29 March 2013

PEMBANGUNAN PEMBINAAN PAGAR MASJID BERJALAN LANCAR


Tuan Nazir dan ajk pengurusan Masjis Assalam terutama Team Pembangunan mengucapkan jutaan terima kasih pada semua pihak yang terlibat terutama sumbangan yang dihulurkan oleh jemaah dan ahli kariah serta korporat sekelian. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya , insyallah.

28 March 2013

KENDURI ARWAH, KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT ?

Kenduri Arwan, Kesyukuran dan Doa Selamat: Tidak Di Lakukan Oleh Nabi SAW, Adakah Kita Mesti Tinggalkan?

Nabi SAW tidak pernah melakukan (At-Tarku) Kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat. Baginda juga tidak pula pernah melarang dan tidak pula mewajibkan. Bolehkah kita lakukan perkara tersebut? Kalau dilakukan juga, adakah bid’ah sesat hukumnya semua itu? (1) (2) (3)

Ijmak Ulamak Salaf dan Khalaf bahawa (At-Tark) perkara yang ditinggalkan Nabi SAW bukan merupakan sumber perundangan. Ulamak bersepakat bahawa sumber perundangan hukum itu ialah:

1.Al-Quran
2.Sunnah Nabi SAW malalui perbuatan, percakapan dan takrir.
3.Ijmak Ulamak
4.Qias

Ulamak pula berbeza pendapat di dalam sumber-sumber berikut:
1.Kata-kata para sahabat Nabi SAW
2.Saddu az-zari’ah (Menutup pintu kemudaratan)
3.Perbuatan penduduk Madinah
4.Masolih Mursalah
5.Istihsan
6. Hadis dhoif dan lain-lain lagi

Kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW dan tidak pula pernah dilarang secara sorih kerana ianya tiada di zaman Nabi SAW. Persoalannya, adakah ia menjadi haram, makruh dan sebagainya disebabkan semata-mata ianya tidak dilakukan oleh Nabi SAW sewaktu hayat Baginda?

Di zaman Rasulullah SAW, terdapat banyak petunjuk yang menunjukkan perkara yang tidak dilakukan oleh Baginda, tidak semestinya perlu ditinggalkan juga oleh ummat-Nya.

Antara yang paling masyhur adalah Hadis berkaitan Saidina Bilal Bin Rabah yang kerap kali melakukan solat sunat dua rakaat selepas wudhuk yang pada ketika itu tidak lagi diajar oleh Baginda atau dengan kata lain ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW. Malahan setelah diketahui oleh Baginda perihal Saidina Bilal RA yang seolah-olah mendahului ajaran Nabi SAW, Baginda tidak pula memarahinya dan tidak pula melarangnya agar jangan melakukan perkara yang Baginda tidak ajarkan pada masa akan datang. (4)

Kisah lain antaranya, Rasulullah SAW biasanya menyampaikan khutbah di atas batang pohon tamar. Melihat perkara itu, para sahabat mengambil inisiatif menukarnya dengan mimbar yang lebih sempurna dan mendahului Nabi SAW dalam perkara tersebut. Para sahabat tidak melihat penukaran batang tamar kepada mimbar sebagai perkara bidaah yang sesat dan salah atau haram. Walhal perkara itu tidak pernah dilakukan dan tidak diminta oleh Nabi SAW. (5)


Kisah seterusnya di dalam solat, Nabi SAW tidak mengajarkan membaca ketika bangun dari ruku’ dengan bacaan Rabbana Wa Lakal Hamdu Hamdan Kathira Toiyiban Mubarokan Fiih. Pada suatu hari, seorang sahabat solat berjamaah di belakang Nabi SAW dan pada ketika Nabi SAW bangun dari ruku’ sambil membaca Samiallahu Liman Hamidah, sahabat tadi lantas melaungkan Rabbana Wa Lakal Hamdu Hamdan Kathiran Toiyiban Mubarokan Fiih. Selepas solat, Nabi SAW bertanya siapakah gerangan yang melaungkan bacaan tadi. Lantas, Rasulullah bersabda : Aku melihat lebih dari 33 malaikat berebut-rebut untuk menjadi yang pertama menulisnya. (6)

Menerusi hadis ini, Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolani menakalkan, bahawa harus membaca zikir yang tidak maathur (tidak datang dari Nabi SAW) di dalam solat selagi tidak bertentangan dengan apa yang telah diperintahkan. Jika perkara sebegini dibolehkan di dalam ibadah solat, maka di dalam perkara lain seperti kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat lebih-lebih lagi dibolehkan selagimana kandungannya tidak bercanggah dengan kaedah-kaedah di dalam Islam.

Dari ketiga-tiga kisah ini, para sahabat telah mendahului Nabi dalam keadaan Nabi SAW tidak pernah melakukan perkara tersebut sebelumnya. Mereka tidak menganggap bahawa melakukan perkara yang tidak dilakukan Nabi atau ditinggalkan Nabi itu haram atau bidaah yang sesat semata-semata. Oleh itu, jika nanti dapat dibuktikan bahawa intipati majlis kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat itu tidak bercanggah dengan konsep-konsep di dalam Islam, maka ia juga bukanlah bidaah yang sesat seperti yang dilakukan oleh para sahabat di dalam kisah-kisah di atas. Wallahu A’alam.

___________________________

[1] Soalan di ambil dari buku Senjata Mukmin Karangan Ust Muhidir Cetakan Ke-3 (Mesir)

[2] Rujukan utama masalah pertama ini adalah fatwa Darul Ifta’ Al-Misriyah, Nombor Fatwa 167. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://www.dar-alifta.org/ViewBayan.aspx?ID=167#_ftn5.

[3] Tajuk ini juga pernah dijelaskan oleh As-Syeikh Al-Allamah Saiyid Abdullah As-Siddiq Al-Ghumari di dalam risalahnya, Husnu At-Tafahhum Wa Ad-Dark Li Masalati At-Tark.

[4] Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Sohih Bukhari, jilid 1 hlm. 366 dan Imam Muslim jilid 4 hlm. 1910.

[5] Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam Sohih Bukhari, jilid 2 hlm. 908 dan jilid 3 hlm. 1314.

[6] Fathul Bari, Ibnu hajar Al-Asqolani, jilid 2 hlm. 287.

27 March 2013

NAK TENANG KENANGLAH AKHIRAT

UNTUK TENANG… KENANG AKHIRAT


21Mac


Kaabah dibina oleh insan yang paling baik (Nabi Ibrahim AS), manakala piramid dibina oleh insan yang paling jahat (Firaun laknatullah). Bagaimana dengan kita yang melihatnya?

Bagaimana kita boleh mendapat kebaikan ketika melihat Kabah atau piramid? Semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya. What you see, is what you get – apa yang kita lihat, itu yang kita akan dapat.

Jika Kaabah dilihat dengan mengambil ibrah dan barakah insyaAllah, kita akan mendapat kebaikan. Sebaliknya, jika Kaabah dilihat dengan rasa untuk menunjuk-nunjuk (kerana kita berbangga berada di situ), maka kita akan mendapat keburukan dan kerugian.

Sekalipun melihat piramid yang dibina oleh insan terjahat, kita boleh mendapat kebaikan hasil mengambil iktibar. Namun, sekiranya dilihat dengan penuh kebanggaan atau sekadar ‘melihat-lihat’, maka pandangan itu menjadi sia-sia walaupun mungkin tidak jatuh kepada dosa. Ya, bukan apa yang dilhat itu yang penting tetapi bagaimana kita melihatnya!

Apa yang menentukan bagaimana kita melihat sesuatu? Kata bijak pandai, “who you are dictates what you see” – siapa kita menentukan bagaimana kita melihat. Jika kita melihat segala-galnya sebagai hamba Allah, maka kita akan dapat melihat segalanya daripada persepektif Islam. Ketika itu apa kita akan dapat melihat kebaikan sekalipun pada benda atau perkara yang buruk. Ketika melihat seekor bangkai kambing misalnya, Rasulullah SAW telah mengalih perhatian para sahabat untuk melihat gigi kambing itu yang masih putih.

Justeru, tidak kira di mana atau ke mana kita pergi… cubalah menjadi orang yang baik, insyaAllah kita akan dapat melihat kebaikan. Bukan hanya Kaabah mampu mengingatkan kita kepada Allah, tetapi piramid juga boleh mengingatkan kita kepada Allah. Kita akan ingat betapa akibatnya manusia paling angkuh (Firaun), namun akhirnya mati terhina walaupun bangunan yang dibinanya masih tersegam kukuh.

Ketika melihat piramid satu ketika itu, saya telah menulis sebuah artikel. Berikut adalah artikel tersebut:

KENANG AKHIRAT, TENANG DI DUNIA

Siapa manusia yang paling jahat? Jika soalan ini ditujukan kepada kita, mungkin ramai yang menjawab, “Firaun!”. Benar, tidak ada siapa yang dapat menandingi kejahatan Firaun. Dia bukan sahaja derhaka kepada Tuhan, bahkan mengaku sebagai Tuhan. Itulah puncak segala kejahatan. Ya, secara sinis kita boleh berkata, “sesiapa yang tidak menganggap Firaun jahat, dia juga adalah seorang yang jahat.”

Namun ada yang menarik pada Firaun, yang dapat dilihat dari sisi lain. Sejahat-jahat Firaun, dia tetap percaya akan adanya Hari Akhirat (kehidupan selepas mati). Buktinya, Firaun membina piramid dan segala di dalamnya disediakan semua bekalannya untuk menghadapi kehidupan selepas mati itu. Walaupun caranya salah, namun dia yakin dan membuat persiapan untuk menghadapi akhirat dengan caranya sendiri.

Bagaimana kita? Bagaimanakah keyakinan kita terhadap Hari Akhirat dan bagaimana pula persediaan kita untuk menghadapinya? Ah, ironinya, kita yang mengaku lebih baik daripada Firaun, namun tidak pula ‘seserius’ dia dalam persediaan menghadapi hari akhirat yang pasti datang itu.

Mengapa tidak ada persediaan menghadapi Hari Akhirat?

Mungkin sesetengah kita beranggapan bahawa keyakinan pada Hari akhirat hanya berguna untuk ‘kehidupan’ di akhirat sahaja. Atas keyakinan itu, iman kita dikira sah dan kita menjadi seorang Muslim. Dan sekiranya keyakinan itu tidak terjejas sehingga ke akhir hayat, kita berpeluang memasuki syurga. Ya itu, benar.

Namun keyakinan pada hari akhirat sebenarnya sangat memberi kesan kepada kehidupan kita di dunia. Dengan erti kata yang lain, beriman dengan Hari Akhirat akan memberikan manfaat yang sangat besar semasa hidup di dunia lagi. Dengan keyakinan pada hari akhiratlah kita tidak akan menderita dan keluh-kesah ketika hidup di dunia.

Apabila manusia yakin akan adanya nikmat yang kekal abadi di dalam syurga, maka itu memberi kekuatan, ketabahan dan harapan untuk mengharungi apa jua kesusahan di dunia. Dia rela susah ketika membuat kebaikan. Dia akan sabar menempuh ujian-ujian dalam kehidupan. Tegasnya, dia rela menerima penderitaan yang sedikit dan sementara di dunia demi mengharapkan kesenangan dan kebahagiaan yang lebih baik dan lebih kekal di akhirat.

Apabila manusia yakin akan adanya azab neraka, maka dia akan rela meninggalkan segala kejahatan dalam kehidupan walaupun kejahatan itu kelihatan seronok, indah dan menggiurkan. Segala kesusahan, ketidakselesaan ketika meninggalkan kejahatan sanggup diredahnya kerana menyedari azab neraka lebih pedih dan berkekalan. Prinsip hidupnya, biarlah bersakit-sakit dahulu di dunia agar tidak bersakit-sakit di akhirat.

Sebenarnya kepercayaan pada hari akhirat adalah fitrah (instinc) semua manusia – tidak kira bangsa, agama dan rupa. Walaupun dengan istilah, hujah dan dalil yang berbeza, namun manusia pada fitrahnya tetap percaya akan adanya kehidupan selepas mati. Agama Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi dan lain-lain semuanya mengajar akan adanya kehidupan selepas mati.

Golongan Atheis sekalipun, juga tidak dapat menolak perasaan akan adanya hari akhirat (‘Sense of The End’) ini. Hati kecil mereka tetap mengharapkan ‘kuasa ghaib’ di saat yang sangat genting yakni apabila semua kuasa mereka sudah lumpuh. Mereka juga mengharapkan keajaiban apabila ikhtiar akal menemui jalan buntu.

Paling tidak, sesetengahnya bangsa atau agama menamakan kehidupan di akhirat sebagai ‘kehidupan kedua’.

Semua percaya bahawa dalam kehidupan kedua (akhirat) itulah nanti semua perbuatan manusia di dunia akan mendapat balasan. Ini disebabkan di dunia ini tidak pernah ada keadilan yang mutlak dapat ditegakkan. Banyak perkara, kejadian atau peristiwa yang berlaku tidak berakhir dengan saksama dan pembalasan yang setimpal.

Contohnya, mengapa seorang bayi yang masih di dalam kandungan lagi telah dijangkiti virus HIV? Apakah dosa bayi yang masih suci itu? Apakah adil dia yang;terhukum’ oleh kesalahan ibu-bapanya? Adil kah begitu? Sering berlaku melalui pengalaman hidup kita, orang yang jahat terus berkuasa, tidak mendapat hukuman malah semakin mendapat sanjungan pula. Manakala pihak yang jujur, baik dan adil, ada kala nya terus ditindas dan dihina. Adil kah begitu?

Keadilan di dunia sangat terbatas. Penyelesaian tuntas dan adil jarang tercapai. Misalnya, apakah adil Slobodan Milosevic – Penyembelih Balkan itu hanya mati sekali sahaja (itu pun kerana penyakit yang dihidapinya dalam penjara ) sedangkan dia telah membunuh ribuan umat Islam Bosnia Herzogoovina? Sepatutnya, dia wajar dihukum dengan dibunuh beribu-ribu kali!

Bagaimana perasaan kita ketika menonton filem yang berakhir dengan penjahat terus bermaharajalela sedangkan heronya pula terkorban? Tidak puas hati bukan? Maka perasaan kita secara automatik mengharapkan ada ‘sequalnya’. Harapan kita agar watak penjahat mendapat balasan yang setimpal dengan kejahatannya, dan yang baik mendapat ganjaran hasil kebaikannya.

Begitulah fitrah manusia. Dan begitulah manusia ketika berdepan dengan kehidupan di dunia. Secara sedar atau tidak kita sentiasa berharap adanya kehidupan kedua (akhirat) – tempat pembalasan bagi kehidupan pertama (dunia). Justeru, kepercayaan pada hari akhirat adalah fitrah semua manusia.

Sebenarnya fitrah ini telah ‘diinstall’ secara tabii dalam diri setiap manusia oleh Allah s.w.t. sebagai persediaan untuk menerima seruan dan didikan iman kepada hari akhirat.

Fitrah inilah yang disuburkan dengan datangnya wahyu Allah menerusi para Rasul terutamanya Nabi Muhammad SAW. Dengan suluhan Al Quran dan Hadis, kepercayaan kepada hari akhirat ini dipandu dengan tepat, betul dan benar. Diterangkan dengan jelas bagaimana bentuk kehidupan ‘di sana’. Apakah yang perlu dijadikan bekalan untuk ke syurga dan terjauh dari neraka. Apakah pula yang menjadi penghalang mendapat kebaikannya. Segalanya tentang Akhirat itu telah diperincikan oleh wahyu dan Al Hadis.

Tegasnya, elemen dalaman manusia telah dipersiapkan untuk diisi dengan kepercayaan kepada Hari Akhirat – yang akan membolehkannya hidup tenang di dunia dengan membuat segala kebaikan dan meninggalkan segala kejahatan. Bukankah ketenangan itu apabila tidak ada kejahatan dan tertegaknya kebaikan dalam kehidupan individu, masyarakat, negara dan dunia?

Benarlah jika keyakinan kepada hari akhirat ini benar-benar mantap, manusia akan mendapat dorongan untuk melakukan kebaikan dengan ikhlas. Walaupun sekiranya kebaikan itu tidak mendapat sanjungan dan pujian. Namun kebaikan itu akan dilakukan jua atas keyakinan kepada Hari Akhirat. Itulah sebabnya, Allah menjanjikan ‘ganjaran’ yang lebih baik dan kekal di akhirat. Dengan keyakinan ini, manusia akan terlatih memberi tanpa mengharapkan balasan. Inilah iman dan inilah jua yang melahirkan keikhlasan.

Ramai manusia merungut, mengeluh malah kecewa bila kebaikan yang dibuatnya tidak mendapat balasan. “Sakit jiwa dibuatnya, kita yang bekerja secara jujur ini tidak dihargai, yang mengampu juga yang dinaikkan pangkat.” Padahal jika keyakinan kepada Hari Akhiratnya mantap, dia tidak kesal apalagi menyesal dengan perbuatan baiknya kerana Allah pasti akan membalasnya di Akhirat.

Dunia adalah tanaman (kebun) untuk Hari Akhirat. Demikian, kata Imam Safie RHM. Ertinya, kehidupan di dunia yang sementara ini adalah satu persediaan untuk menghadapi kehidupan yang kekal abadi di hari akhirat. Walaupun hidup di dunia hanya singkat (berbading akhirat), tetapi ia sangat penting kerana ia adalah penentu kebahagiaan di akhirat.

Oleh itu, untuk mencapai kebahagiaan di akhirat, manusia perlu melakukan sebanyak-banyaknya kebaikan ketika hidup di dunia. Jika ingin memetik buah yang lebat, manis dan segar nanti, maka pokok yang kita tanam kini perlu subur dan sihat. Mana mungkin, pokok yang layu, kering dan tidak sihat menghasilkan buah yang baik?

Hidup di dunia tidak boleh diabaikan hanya memikirkan kehidupan di akhirat. Ingat, orang yang memikirkan kehidupan di akhirat ialah orang yang paling kuat berusaha, beribadah dan membuat kebajikan ketika hidup di dunia.

Justeru, kita tidak boleh persiakan kehidupan di dunia ini. Kata Dr Yusuf Qaradawi,”mencintai Syurga tidak bererti meminggirkan dunia.” Dunia sangat penting demi ke bahagiaan di akhirat. Jadilah seperti petani yang gigih berusaha, berkerja dan menjaga tanamannya. Ya, orang beriman tidak mengenal letih, putus asa dan kecewa dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan di dunia.

Dunia tempat berpenat, akhirat tempat berehat. Oleh itu, orang beriman sangat gigih mengerjakan solat, taat ibu-bapa, tekun belajar, membantu saudara dan sahabat handai tanpa jemu dan merasa lesu. Waktu menanam memanglah susah, tidak semudah waktu menuai. Namun, tanpa melalui kesusahan tidak akan ada kesenangan. Justeru, bagi orang beriman, mereka berpegang kepada prinsip: Bermujahadah (berjuang mentaati Allah) itu pahit kerana syurga itu manis.

Atur jadual harian dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Bermula daripada solat, belajar, membantu ibu-bapa, bersukan, membantu kawan-kawan sehinggalah aktiviti-aktiviti kemasyarakat seperti berderma, bergotong royong dan memberi nasihat – pesan memesan dengan kebenaran dan kesabaran. Insya-Allah, kita akan merasai hidup ini lebih bahagia dan ceria di dunia… dan itulah jua petanda kita akan berpeluang merasai kebahagian dan keceriaan hidup di akhirat. Insya-Allah. Amin!

25 March 2013

HIBURAN DALAM ISLAM

Berhibur itu adalah fitrah manusia. Hati yang tidak dihiburkan akan menjadikan sesorang itu buta atau gila. Namun bukan semua hiburan itu hiburan tapi cuma tipuan.

Nabi Adam di hiburkan dengan segala kemewahan di Syurga namun masih belum lengkap sehinggalah Allah jadikannya seorang pasangan iaitu isterinya Hawa.

Bagi kaki pancing mungkin kepuasannya bila dapat memancing, dapat atau tak dapat hasil pancing perkara kedua, malah bila dapat ikan itu pun dilepaskan atau diberi kepada orang. Yang penting dia terhibur dengan hobi memancingnya itu. Maka hiburan bagaimanakah yang dibenarkan dalam Islam?

Apakah itu hiburan? Hiburan ialah sesuatu yang bisa gembirakan hati dan menghilangkan stress. Bagi seorang datok hiburannya mungkin dengan melihat cucu2 nya bermain di laman. Bagi seorang suami, hiburannya mungkin belai manja dan senyuman isteri tercinta atau masakan kegemarannya. Bagi seorang anak kecil, mungkin terhibur dengan alunan dodoian dan zikrullah di dakapan bapanya. Lenggok bacaan imam membaca surah juga menjadi hiburan para makmum. Hiburan itu sunatullah.

Hiburan bagaimana yang dibolehkan?
Ingat H I B U R A N.

H - Hati jadi tenang. Kalau hati makin serabut maka itu bukan hiburan. Mungkin dendangan nasyid, alunan qasidah atau bacaan al-Qur'an atau bagi seorang datok tadi bila dapat bermain-main dengan cucunya.
I - Ilmu bertambah. Hiburan yang baik ialah yang dapat memberikan kita ilmu. Contohnya lirik lagu yang ada mesej yang membina atau padat dengan pengajaran bermakna.
B - Berpada-pada iaitu hiburan mestilah berpada-pada dan sederhana. Bernashid kalau sampai 8 jam sehari maka itu sudah tidak kena.
U - Usah melampau-lampau dalam berhibur. Ianya adalah penyeri dan pelengkap bagi mencapai hati yang tenang.
R - Raikan hukum halal haramnya. Sekiranya ianya sesuatu yang haram maka tinggalkan dan jangan diteruskan, namun pabila ianya halal dan harus maka bolehlah diteruskan.
A - Akhlak iaitu sopan-santun mestilah dijaga dalam berhibur termasuklah cara berpakaian dan tutur kata.
N - Niat kena betul. Niat berhibur kerana Allah demi mancapai ketenanagan, mengurangkan pening atau meningkatkan produktiviti.

Islam adalah fitrah yang meraikan keinginan untuk berhibur dengan hiburan yang kena mengikut peraturannya dan tidak melanggar syariat. Antara penyebab sesuatu hiburan menjadi haram ialah kerana lokasi dan masa yang tidak sesuai hingga menggangu orang ramai. Hiburan yang melekakan dan menggalakkan pergaulan bebas. Hiburan itu mestilah tidak mengandungi content yang boleh menimbulkan kemarahan orang lain atau mengandungi unsur2 syirik.

Lirik lagu juga mesti di perhatikan kerana ia tidak sepatutnya mengandungi ungkapan zikir yang tidak habis iaitu di baca separuh saja. Lirik yng lucah atau boleh meransang nafsu syahwat. Unsur2 pemujaan jin/makhluk, memuja penggunaan arak/dadah, melanggar adat sopan atau menidakkan ketentuan qada qadar. Unsur2 yang menghina atau mengaibkan orang. Menjadikan ayat al-Qur'an sebagai lirik lagu juga adalah haram. Begitulah juga aspek berpakaiana dan bertutur kata boleh menjadikan sesuatu hiburan itu haram.

Berhiburlah dengan hiburan yang dapat memberi kebaikan dan pahala, contohnya membaca al-Qur'an dan zikrullah hingga mencapai tahap sedap dan lazat. Carilah hiburan yang mententeramkan jiwa dan merapatkan diri untuk lebih taat kepada Allah. Kembalilah kepada Islam yang syumul, agama fitrah.

Kenapa ceramah Ust Azhar Idrus begitu mendapat sambutan hangat anak2 muda sekelian? Salah satunya ialah kerana UAI berjaya menyediakan hiburan bermanfaat kepada mereka.

Hadirkan diri ke majlis2 ilmu. Kalau di Selangor ini majlis ilmu ada di setiap masjid pada setiap hari. Sesuai dengan title negeri berkebajikan kerana majlis ilmu ada di mana2 maka jika diri masih jahii, memang salah diri sendiri kerana gagal meraikan ilmu yang disebarkan saban waktu. Kalau dulu tanggapan orang berjubah berserban sahaja yang dapat masuk syurga, apa tidaknya yang hadir ke masjid dan surau adalah orang tua2 bakal jenazah belaka.

Maka hari ini kita tarik anak2 muda dengan menyediakan platform sesuai termasuklah hiburan yang dibenarkan dalam Islam. Seorang Islam itu identitinya bukan sekadar masjid, surau, sejadah, kupiah dan jubah tapi kehidupan di luar sana. Ia bukan kemuncak tapi permulaan. Menjalani hidup Islam as the way of life itulah sebenarnya Islam. Islam 24 jam sehari semalam. Persepsi yang salah mestilah diperbetulkan.

Acap kali bila di hasilkan sebuah karya seperti drama TV misalnya digambarkan jalan cerita seorang yang sesat kembali ke pangkal jalan dengan penutupnya adegan menadah doa memohon keampunan di tikar sembahyang dengan linangan air mata, seolah-olah itu kemuncaknya. Sedangkan hakikat sebenar ialah itu hanya permulaan kepada perjalanan yang jauh menuju redha Illahi.

Semoga para karyawan seni sekelian dapat menghasilkan slot hiburan yang menjana persepsi dan hasil yang benar. Hidup ini sementara. Buat yang terbaik dan usah hidup dalam kerugian atau kesesatan lagi. Marilah kita beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Setiap kita punyai peranan untuk menyeru manusia kepada Allah.

21 March 2013

AL-FATIHAH: Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti Syahid Dalam Masjid

AL-FATIHAH: Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti Syahid Dalam Masjid Selepas Penyerang Berani Mati Meletupkan Diri.. Ini Kisahnya!!!
إنا لله وإنا إليه راجعون

MASJID Eman musnah berikutan serangan pengebom nekad yang meletupkan diri di dalamnya ketika umat Islam sedang menunaikan solat pada sebelah petang di daerah Mazraa, Damsyik, Syria. Kejadian itu mengakibatkan lebih 42 mangsa terbunuh termasuk ulama terkenal di kalangan warga Syria, Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti, 84 tahun. - Foto AP

DAMSYIK: Serangan pengebom nekad di dalam Masjid Eman yang terletak di tengah-tengah ibu kota Syria awal pagi tadi (waktu Malaysia) meragut 42 nyawa termasuk ulama terkenal Sunni negara itu, Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti yang difahamkan cenderung kepada rejim pemerintah.

Serangan yang dilakukan pada sebelah petang itu menyaksikan pengebom nekad meletupkan dirinya sendiri ketika Mohamed al-Bouti sedang mengadakan ceramah agama untuk pelajarnya.

"Jumlah kematian susulan serangan pengganas ini meningkat kepada 42 di mana 84 mangsa lain mengalami kecederaan.

Kematian Mohamed al-Buti disifatkan satu tamparan hebat kepada Presiden Bashar al-Assad, di mana beliau sedang berusaha menamatkan ancaman pemberontak di negara itu.

Datangnya Ulama' membawa Rahmat. Tanggal 21/03/2013 perginya seorang Ulama' terkemuka dunia dibawa bersama ilmunya. Dia dikurniakan Syahid tatkala di usia senja. Datangnya dinanti penduduk bumi, perginya ditunggu-tunggu penduduk langit.


Terlalu besar jasanya pada ummah ini. Dia adalah seorang Ulama' yang 'alim Rabbani. Semoga Allah merahmati dan mengampuni Al-Fadhil Syekh Dr Ramadhan Al-Buti al-Syahid, seorang Ulama' dari Syria.

Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan berdoa agar kita juga dikurniakan Syahid sepertimana pejuang-pejuang Islam yang ikhlas berjuang di jalan Allah. Al-Fatihah...

Sedikit Kisah...

Kata Al-Habib Ali-Al-Jufri "Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr Ramadhan Al-Buti) berkata pada akhir kalamnya: "Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku."

Pada beberapa hari sebelum kewafatannya, beliau berkata "Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad" (yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran)

*Sheikh Ramadhan Al-Buti Syahid setelah dibom beberapa jam lepas di dalam Masjid Iman di Dimasyq. Beliau akhir-akhir ini mendoakan kehancuran kepada rejim Syiah Nusairiah, dan sedang dikawal ketat oleh pihak tentera. Dalam usahanya untuk keluar dari Syria beliau bersama pengikutnya dibom dan mendapat ganjaran Syahid.

Moga Allah merahmati dan memberi ganjaran yang sebanyak-banyaknya kepada Guruku dan Mujtahid Ummah Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti. Hidupnya sebagai ulama, matinya sebagai syuhada.

Terjemahan oleh: Akhi Fauzan

20 March 2013

PENTINGNYA MEMUJI ALLAH & SALAM KE ATAS RASULULLAH

Kesalahan Menggugurkan Selawat dan Salam Dalam Pengucapan dan Penulisan
Kita disyariatkan untuk berselawat kepada Nabi sallallaahu alayhi wa sallam semasa bersolat di dalam bacaan tasyahhud. Juga semasa berucap, berdoa dan beristighfar. Demikian juga selepas azan, semasa masuk dan keluar masjid dan ketika baginda disebut dalam situasi-situasi yang lain.

Ibnu Solah di dalam Muqaddimah Ibnu Solah menyebut di dalam Bab 25 “Pada Menulis Hadith dan Kaedah Penulisan Serta Tuntutan-tuntutannya”, beliau berkata:

Ke-9: Hendak seseorang itu memelihara penulisan selawat dan salam ke atas Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa menyebut baginda. Tidak menjadi sesuatu yang menyakitkan untuk ia dilakukan secara berulang-ulang kerana ia adalah manfaat agung yang segera hadir buat mereka yang belajar hadith serta menulisnya. Barangsiapa yang cuai daripada melaksanakannya, maka terhalanglah dirinya daripada mendapat kurniaan yang besar.

Ibnu Solah juga menegaskan tentang pentingnya memuji Allah semasa menyebut nama-Nya, seperti pujian Azza wa Jalla dan Tabaraka wa Ta’aala dan yang seumpama dengannya.

Katanya, “dan hendaklah dijauhkan perbuatan memuji itu dengan dua kaedah yang cacat iaitu sama ada (i) menulisnya dengan akronim menggunakan satu dua huruf dan yang seumpama dengannya, atau pun (ii) menulisnya secara tidak lengkap seperti berselawat “sallallaahu alayhi”, dan meninggalkan “wa sallam”
http://saifulislam.com

ABU BAKAR CONTOH TERBAIK DARI 4 ABU !

Peristiwa kelahiran baginda Rasulullah pastinya kita tidak akan terlepas daripada mengaitkan kehidupan Rasulullah dengan Empat Abu. Mereka itu ada Abu Bakar As-Sidiq, Abu Talib, Abu Jahal dan Abu Lahab. Dua Abu bertindak sebagai pembela Nabi SAW dan dua Abu sebagai penentang Rasulullah.

Abu Bakar

- -Abdullah bin Abi Qahafah
- - Seorang yang terhormat dari Bani Tamim dan sahabat terawal memeluk Islam
- - Menebus Bilal Bin Rabbah yang diseksa oleh tuanya Umaiyyah
- - Pernah dipukul hingga pengsan kerana mempertahankan Rasulullah di Mekah
- - Digelar As-sidiq kerana membenarkan berita Isra’ dan mikraj Rasulallah
- - Menemani Rasulullah berhijrah ke Madinah dan anaknya Asma menyediakan makanan
- - Menahan Rasulullah daripada dipatuk ular semasa di Gua Thur
- - Mengahwinkan dara suntinya Aisyah ketika usia Aisyah 6 tahun bagi mengubat kesedihan --Rasulullah yang kehilangan Khadijah.
- - Membelanjakan seluruh hartanya dalam peperangan Mu’tah bagi menjamin kemenangan tentera Islam
- - Orang yang disebut oleh rasulullah sebagai orang yang mempunyai timbangan yang lebih berat daripada amal umat selepasnya.
- - Dilantik sebagai khalifah Ar-Rasyidin yang pertama selepas kewafatan baginda nabi SAW

Abu Talib
- -Bapa saudara Rasulullah yang dipilih oleh Rasulullah untuk hidup bersamanya
- - Pernah dinasihat oleh Bukhaira tentang tanda-tanda kerasulan Muhamad SAW ketika beliau membawa nabi berniaga di Syam
- - Bapa kepada Ali bin Abi Talib dan mempunyai anak yang ramai
- - Disegani oleh penduduk Mekah sekalipun beliau seorang yang miskin
- - Menolak tawaran untuk menyerah Nabi SAW kepada musyirkin Mekah dan sanggup dibaikot oleh musyirikin Mekah .
- - Tidak mati dalam keadaan islam sekalipun telah didoakan oleh Rasulullah

Abu Jahal
- - Nama Abu Jahal yang sebenarnya adalah Abdul Hakam bin Hisyam.
- Bukan bapa saudara nabi SAW.
- Sejak sama-sama remaja Abu Jahal senantiasa mengolok-olok Muhammad. Pernah juga keduanya berkelahi, Abu Jahal kalah dan terkilir lututnya. Ia sangat dendam kepada Muhammad.
- Abu Jahal pernah melamar Khadijah binti Khuwailid, tetapi Khadijah menolak lamaran tersebut. Beberapa bulan kemudian, Muhammad meminang Khadijah dan langsung diterima. Hati Abu Jahal semakin dengki kepada Muhammad. Setelah orang-orang lemah masuk Islam, Abu Jahal memproklamirkan dirinya sebagai preman kota Makkah. Orang-orang dhuafa yang masuk Islam semua mendapat penyiksaan pedih dari Abu Jahal. Yasir dan isterinya Sumaiyyah mendapat siksa sampai syahid di tangan Abu Jahal.
- Isra’ Mi’raj terjadi pada 27 Rajab, tahun ke-12 dari kenabian atau 2 tahun sebelum Hijriyah. Setelah Isra’ Mi’raj Rasulullah mengajak manusia supaya percaya kepada kisah perjalanan yang menakjubkan itu. Banyak orang yang tidak percaya, termasuk Abu Jahal. “Bohong kau Muhammad, bagaimana mungkin dalam satu malam saja kamu boleh ke Baitul Maqdis? Kalau kau benar-benar sampai di sana, cuba kau ceritakan apa yang kau lihat dalam perjalanan.” Muhammad bercerita sesuai dengan yang dilihatnya secara akurat. Orang ramai membenarkan kecuali segelintir para munafiq dan Abu Jahal. “Itu sihir yang nyata!”, teriak Abu Jahal.
- Kemudian Abu Jahal dan anak buahnya selalu menganggu orang-orang yang shalat. Mereka sering melemparkan orang-orang shalat dnegan tahi unta, kotoran kambing, dan sebagainya. Mereka ramai dan sering mengejek orang-orang Islam dan Muhammad SAW, namun demikian, nabi dan pengikutnya tetap bersabar dan tidak melawan orang jahil yang berkelompok itu.
- Suatu hari, Abu Jahal sendiri yang ingin membinasakan Nabi Muhammad SAW. Ketika nabi sedang sujud, Abu Jahal muncul mengendap-ngendap dengan batu besar di tangannya. Ia ingin menghantam kepala nabi agar pecah. Tiba-tiba ia melihat seekor unta raksasa yang ingin menelannya. Abu Jahal ketakutan sambil melepaskan batu dan lari terbirit-birit, sampai terkencing dan terberak dalam seluar. Sampai di rumah ia pengsan beberapa saat.
- Dasar orang jahil, Abu Jahal belum merasa serik, ia terus menghina Muhammad, dan dia pula yang merancang siasat agar Muhammad dibunuh atau dihalau dari Makkah. Ketika Muhammad telah hijrah, Abu Jahal berpesta pora. Ia merasa dirinya sudah menang dan merasa cukup. Allah berfirman tentang Abu Jahal ini, “Sekali-kali tidak! Sungguh, manusia itu benar-benar melampaui batas. Karena dia melihat dirinya serba cukup.” (QS. Al-‘Alaq : 6 – 7)
- - Antara orang yang didoakan memeluk Islam oleh rasulullah berasama Umar Al-Khatab


Abu Lahab
-
- Nama Abu Lahab yang sebenarnya adalah Abdul Uzza bin Abdul Muthalib
- Bapa saudara Rasulullah
- Merayakan secara besar-besaran menyambut kelahiran nabi SAW
- Ia adalah tokoh kuffar Quraisy yang sangat membenci Nabi Muhammad SAW dan ajaran Islam yang dibawanya. Dialah yang mempermalukan Nabi di depan umatnya dengan ucapan yang hina, “Celaka engkau hai Muhammad! Apakah ini maksudmu mengundang kami kemari?” kata Abu Lahab dengan sangat marah saat nabi sedang berkhutbah di kaki bukit.

- Keranaa kelancangannya itulah, pada hari itu juga Allah mempermalukan Abu Lahab dengan turun Surat Al-Lahab : “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia! Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak (neraka). Dan (begitu pula istrinya, pembawa kayu bakar (penyebar fitnah). Di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal.” (QS. Al-Lahab : 1 – 4).
- Abu Lahab ketika itu tidak sendiri, ada lagi kawan setianya Abu Jahal, Walid bin Mughirah Al-Makhzumi, ‘Ash bin Wail As-Sahmi, Amru bin Hisyam, Abdul Azza, Nadhar bin Harits, Uqbah bin Abi Mui’th, Ubay bin Khalaf, Umayyah bin Khalaf, dan lain-lain.

Kesimpulannya, jadilah kita Abu Bakar yang sentiasa mempertahankan rasulullah. Rugi jadi macam Abi talib, banyak sumbangan kepada rasulullah tetapi tidak mendapat hidayah untuk beramal dan menerima islam sebagai cara hidup. Dan amat malang dan celakanya menjadi seperti Abu Lahab dan Abu Jahal. Takbirrrrrrrr

18 March 2013

PETUA ATASI MALAS UNTUK SEMBAH ALLAH

Petua Mengatasi Rasa Malas Untuk Bersolat

1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan.

2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang.

3. Sentiasa mengingati bahawa malaikat Izrail boleh dating bila-bila masa untuk mencabut nyawa kita, dan kita akan mati.

4. Fikirkan segala azab yang akan diberikan oleh Allah s.w.t.

5. Fikirkan bagaimana siang boleh menjadi malam pada tepat waktunya tanpa sebarang kesilapan. Ia membuktikan kekuasaan Allah s.w.t.

6. Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan langsung menanam benih cinta terhadap Allah. Dengan ini manusia akan turut setiap perintah Allah dan tidak akan melengahkan sembahyangnya. InsyaAllah.

7. Mengingati bahwa solat itu penting sebelum kita disolatkan.

8. Sebagai manusia kita tidak lepas dari membuat dosa, dan waktu bersolat itu adalah masa yang sesuai untuk bertaubat.

9. Pergi ke masjid sekiranya malas bersolat bersendirian.

10.Bersembahyang berjemaah bersama ahli keluarga.

11. Menghayati bahawa solat itu adalah jalan yang benar-benar ke akhirat.

12. Jangan makan terlalu banyak kerana bila perut terlalu kenyang akan membuat kita berat dan mengantuk, maka malaslah kita untuk solat.

http://suraual-ikhwan.blogspot.com/2013/03/petua-mengatasi-rasa-malas-untuk.html

13 March 2013

JANGAN MENCEMOH ORANG


Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang beriman seperti yang terdapat pada pangkal ayat “Wahai orang yang beriman…..” Ayat ini menerangkan tentang etika kehidupan orang-orang yang beriman. Etika ini adalah dalam bentuk peringatan daripada Allah SWT kepada orang-orang yang beriman supaya sesuatu kaum ynag beriman itu tidak mengolok-olokkan kaum beriman yang lain seperti dinyatakan dalam ayat kedua yang bermaksud,”Janganlah sesuatu kaum mengolok-ngolokkan kaum yang lain.”Ini adalah kerana ada kemungkinan kaum beriman yang diperolok-olokkan itu adalah lebih baik daripada mereka yang memperolok-olokkan itu.

Peringatan ini disampaikan dengan cara yang halus tetapi tepat. Orang yang beriman seharusnya sentiasa muhasabah diri untuk melihat kekurangan pada dirinya. Orang yang tidak beriman sahaja yang boleh menghina orang lain kerana mereka menganggap diri mereka sempurna. Dengan demikian, tidak mungkin orang beriman boleh merendah-rendahkan saudara sesama Islam yang lain.


Seterusnya ayat berikut pula yang bermakna,” Dan jangan pula wanita-wanita mengolok-olokkan wanita yang lain; kerana boleh jadi yang diperolok-olokkan itu lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan). Ayat ini mengingatkan pula kaum wanita supaya tidak melakukan perkara yang sama iaitu merendah-rendahkan wanita lain yang beriman. Larangan ini tidaklah terbatas kepada lelaki yang beriman sahaja. Pentafsir menjelaskan lagi keterangan ayat–ayat ini dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang berbunyi seperti berikut:

“Kesombongan itu ialah menolak kebenaran dan memandang rendah manusia.”

Berdasarkan hadis ini mesej yang hendak disampaikan ialah perlakuan memperolok dan merendahkan orang lain itu adalah sikap orang yang sombong. Orang sombong merasa diri mereka sempurna dan tiada cacat celanya. Maka itu mereka tidak akan dapat menyedari kekurangan mereka sedangkan sebenarnya merekalah yang punya banyak kelemahan dan kekurangan.

Ayat berikutnya yang bermaksud,” Dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri.” Ayat-ayat sebelum ini melarang keras orang beriman mencela orang beriman yang lain sedangkan ayat ini menekankan tentang pencelaan diri sendiri yang juga turut dilarang. Mengikut pentafsir perbuatan mencela dan mengaibkan orang lain itu akan mengakibatkan orang yang dicela dan diaibkan itu mencela dan mendedahkan keaiban mereka yang mencela pula sebagai tindak balas. Maka perbuatan mengaibkan orang lain itu samalah seperti mengaibkan diri sendiri.

Pentafsir seterusnya menjelaskan pula balasan bagi golongan ini dengan ayat al-Quran berikut:

“Neraka wailun buat setiap orang yang suka mencedera orang dan mencela orang.” ( Surah 104. Al-Humazah : 1).

Humazah diertikan sebagai mencedera iaitu memukul dengan tangan sedangkan Lumazah pula membawa makna mencela, iaitu degan mulut. Humazah juga diartikan dengan sikap hidup yang tidak senang diam kerana sibuk menjaga tepi kain orang . Jika umpatan dan celaan itu ternyata fitnah dan tidak benar maka mereka tergolong orang yang fasiq seperti dalam ayat 6 sbelum ini.

Ayat seterusnya juga berkaitan dengan celaan iaitu memanggil orang lain dengan nama yang buruk seperti terjemahan berikut:

“Dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar yang buruk.”

Pentafsir memberi contoh mengenai kebiasaan orang Arab Jahiliyyah yang gemar memberi gelaran kepada seseorang mengikut perangai orang tersebut seperti gelaran yang diberikan kepada Zaid yang gemar kepada kuda kenderaan yang indah. Maka Zaid digelar Zaid Al Khail iaitu Zaid Kuda. Nabi SAW menukarnya kepada Zaid Al-Khair iaitu Zaid Baik!. Nabi SAW menyarankan kepada orang-orang jahilliyah supaya menukar nama kepada gelaran yang baik setelah mereka beriman. Dalam konteks masa kini, pentafsir memberi contoh keadaan yang sama iaitu apabila seorang kafir itu memeluk Islam ada baiknya ia menukar namanya kepada nama yang baik, walaupun tidak wajib. Pentafsir juga telah memberikan contoh panjang lebar mengenai masyarakat Islam Indonesia yang gemar memberi gelaran nama yang tidak baik dan mengaibkan. Contoh-contoh yang diberikan adalah lebih kurang sama dengan apa yang terjadi dalam masyarakat Islam Melayu di Malaysia.

Ayat 11 ini diakhiri dengan ayat yang bererti:

“Dan barangsiapa yang tidak taubat, maka itulah orang-orang yang aniaya.”

Penggantian nama yang buruk ketika fasiq kepada yang baik setelah beriman adalah petanda baik sejak awal lagi. Pentafsir turut memberi satu contoh iaitu tuntutan berkhitan atau bersunat bagi orang yang baru masuk Islam, walaupun ia tidak wajib. Namun dengan bersunat itu dia telah mengikuti sunnah semua Rasul sebagai ujian permulaan menerima Islam. Orang beriman yang telah fasiq diingatkan supaya bertaubat. Ini adalah jalan penyelesaian bagi mereka kerana Allah SWT itu Maha Mengasihanidan Maha Penerima Taubat. Orang yang enggan bertaubat diingatkan pula bahawa mereka akan menganiaya diri mereka sendiri.

Asbabun Nuzul surah al-Hujurat ayat 11
Abu Jubair Ibnu Dhahak r.a menegaskan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan seorang yang dipanggil dengan nama tertentu, agar orang itu tidak senang dengan panggilan itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi – Hadis hasan sahih)
Rasulullah SAW bersabda :إن الله لا ينظر إلى صوركم وأموالكم ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم
Maksudnya :”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupamu dan harta kekayaanmu, akan tetapi Ia memandang kepada hatimu dan perbuatanmu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Hadis ini mengandung isyarat bahawa seorang hamba Allah jangan memastikan kebaikan atau keburukan seseorang semata-mata kerana melihat kepada amal perbuatannya saja, sebab ada kemungkinan seorang nampak mengerjakan amal kebaikan, padahal Allah SWT melihat di dalam hatinya ada sifat yang tercela, dan sebaliknya pula mungkin ada seorang yang kelihatan melakukan suatu yang nampak buruk, akan tetapi Allah SWT melihat dalam hatinya ada rasa penyesalan yang besar yang mendorong kepadanya bertaubat dari dosanya. Maka amal perbuatan yang nampak di luar itu, hanya merupakan tanda-tanda saja yang menimbukan sangkaan yang kuat, tetapi belum sampai ke tingkat meyakinkan. Maka Allah SWT melarang orang-orang mukmin memanggil orang dengan panggilan-panggilan yang buruk setelah mereka beriman.
Ketika Rasulullah SWT tiba di Madinah, maka orang-orang Ansar banyak mempunyai nama lebih dari satu, dan jika mereka dipanggil oleh sahabat mereka, kadang-kadang dipanggil dengan nama yang tidak disukainya, dan setelah hal itu dilaporkan kepada Rasulullah SAW maka turunlah ayat ini.
Ibnu Jarir meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas dalam menafsirkan ayat ini, beliau menerangkan bahawa ada seorang laki-laki yang pernah di masa mudanya mengerjakan suatu yang buruk, lalu ia bertaubat dari dosanya, maka Allah SWT melarang siapa saja yang menyebut-nyebut lagi keburukannya di masa yang lalu, kerana hal itu dapat membangkitkan perasaan yang tidak baik, membangkit-bangkit kefasikan setelah beriman. Itu sebabnya Allah melarang panggilan-panggilan dengan gelar-gelar yang buruk itu.
Adapun gelar-gelar yang mengandung penghormatan, itu tidak dilarang seperti sebutan kepada Abu Bakar dengan As Siddiq, kepada Umar dengan Faruq, kepada Usman dengan sebutan Zun Nurain dan kepada Ali dengan Abu Turab dan kepada Khalid bin Walid dengan sebutan Saifullah (pedang Allah).
Panggilan yang buruk dilarang diucapkan sesudah orangnya beriman kerana gelaran-gelaran buruk itu mengingatkan kepada kederhakaan dimasa lalu yang sekarang tidak seharusnya diberikan kepada orang yang telah beriman. Barang siapa tidak bertaubat, bahkan terus pula memanggil-manggil dengan gelar-gelar yang buruk itu, maka mereka itu dicap oleh Allah SWT sebagai orang-orang yang zalim terhadap diri mereka sendiri dan pasti akan menerima balasan berupa azab dari Allah SWT pada hari akhirat.
Asy-Syahid Sayyid Qutb rahimahullah dalam kitab tafsir Fizilal Quran menafsirkan surah al-Hujurat ayat 11 menyatakan :
“Masyarakat gemilang yang ditegakkan Islam dengan bimbingan al-Quran itu adalah sebuah masyarakat yang mempunyai adab sopan yang tinggi. Setiap warganegaranya mempunyai kehormatan yang tidak boleh disentuh kerana kehormatannya merupakan sebahagian dari kehormatan masyarakat. Perbuatan mengaitkan mana-mana warganegara bererti mengaibkan diri sendiri kerana masyarakat itu merupakan satu kesatuan yang mempunyai satu kehormatan.Di dalam ayat ini al-Quran menyeru orang-orang mukmin dengan seruan yang mesra : ” Wahai orang-orang yang beriman”
Dan melarang mereka supaya jangan ada lelaki yang menghinakan kaum lelaki yang lain kerana boleh jadi mereka yang dihinakan itu lebih baik dari mereka, dan jangan ada kaum wanita yang menghina kaum wanita yang lain kerana boleh jadi mereka yang dihinakan itu lebih baik dari mereka mengikut pertimbangan neraca Allah SWT.
Ungkapan ayat ini mengandungi satu saranan yang halus bahawa nilai-nilai lahir yang dilihat kaum lelaki dan kaum wanita pada diri mereka itu bukanlah nilai-nilai hakiki yang dapat digunakan untuk mengukur manusia. Di sana ada nilai-nilai lain yang mungkin tersembunyi kepada mereka, iaitu nilai-nilai yang diketahui Allah dan yang digunakan untuk mengukur manusia. Kadangkala lelaki yang kaya menghinakan lelaki yang miskin, lelaki yang kuat menghina lelaki yang lemah, lelaki yang biasa menghina lelaki yang luar biasa, lelaki yang cerdik meghina lelaki yang bodoh, lelaki yang banyak anak menghina lelaki yang mandul, lelaki yang ada ibu bapa menghina lelaki yang yatim piatu. Kadangkala perempuan yang cantik menghinakan perempuan yang hodoh, perempuan yang muda menghinakan perempuan yang tua, perempuan yang tidak cacat menghinakan perempuan yang cacat dan perempuan yang kaya menghinakan perempuan yang miskin. Tetapi semua nilai-nilai ini dan sebagainya adalah dari nilai-nilai bumi yang tidak boleh dijadikan ukuran-ukuran kerana pertimbangan neraca Allah yang mengangkat dan menjatuhkan seseorang itu bukanlah didasarkan di atas nilai-nilai seperti itu.Tetapi al-Quran tidak hanya berpada pada saranan yang halus itu malah ia membangkitkan sentimen persaudaraan keimanan dan mengingatkan orang-orang yang beriman bahawa mereka semua adalah ibarat satu diri sahaja dan barang siapa yang mencela orang lain bererti mencela diri sendiri.
“Dan janganlah kamu mengaibkan diri kamu sendiri”

Kata-kata “talmizu” (mengaibkan) itu sendiri mempunyai satu nada dan bayangan tertentu. Ia seolah-olah merupakan satu tikaman fizikal bukannya keaiban mental.

Di antara perbuatan-perbuatan yang menghina dan mengaibkan ialah perbuatan memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk yang tidak disukai oleh seseorang, iaitu gelaran-gelaran yang dirasakan menghina dan mengaibkan. Di antara kewajipan mukmin terhadap mukmin yang lain ialah tidak memanggilnya dengan apa sahaja gelaran yang tidak disukainya dan dirasakan terhina.

Rasulullah SAW telah mengubahkan berbagai-bagai nama dan gelaran-gelaran orang Islam yang dipakai dizaman jahiliah kerana nama-nama dan gelaran-gelaran itu menurut perasaan baginda yang halus dan hati baginda yang luhur adalah menghinakan tuan-tuan tubuh yang memakainya atau kerana nama-nama dan gelaran itu memberi sifat-sifat yang buruk kepada mereka.”

Rujukan:
Tafsir Al-Azhar HAMKA
Tafsir Fi Zilalil Quran SYED QUTB

JANGAN CIUM TANGAN SEMBARANGAN


IMAM IBNU HAJAR AL-ASQALANI telah menakwil pendapat Imam Nawawi sebagai berikut :

قالَ الاِمَامْ النَّوَاوِيْ : تقبِيْلُ يَدِ الرَّجُلِ ِلزُهْدِهِ وَصَلاَحِهِ وَعِلْمِهِ اَوْ شرَفِهِ اَوْ نَحْوِ ذالِكَ مِنَ اْلاُمُوْرِ الدِّيْنِيَّةِ لاَ يُكْرَهُ بَل يُسْتَحَبُّ.

Ertinya : Imam Nawawi berkata : mencium tangan seseorang kerana zuhudnya, kebaikannya, ilmunya, atau kerana kedudukannya dalam agama adalah perbuatan yang tidak dimakruhkan, bahkan hal yang demikian itu disunahkan.

Namun, sekiranya (cium tangan) kerana kekayaan seseorang, pangkat atau status di mata manusia di dunia ini dan sebagainya ianya adalah makruh. [Lihat juga al-Azkar an-Nawawi, ms. 262]

12 March 2013

KISAH LIMA PULUH SEN

KISAH BENAR LAGI MEMBUAT AIR MATA ANDA MENGALIR ~

Kisah Sedih 50 sen

Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.

Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu.

Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.

Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?

Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..

Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh sy, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50 sen utk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.

Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan sy dgh pelajar ini supaya lebihkan bersedekah..

JANGAN PERKECIL AMALAN BAIK WALAU KECIL SEKALIPUN


Abu Zar melaporkan, "Nabi Muhammad menjelaskan kepada saya, 'Saudara jangan sesekali memperkecilkan satu amalan yang baik walau bagaimana kecil sekalipun. Walaupun hanya senyum kepada kawan saudara'." - Direkodkan oleh Muslim


Jika kita dapat menghayati Hadith di atas dan mengamalkannya, sudah pasti kita akan tergolong dalam kalangan mereka yang berjaya dalam apa saja yang dilakukan.


Marilah kita cuba sedaya upaya untuk:

Segera melakukan kebaikan kecil dan jangan teragak-agak mengamalkannya di mana saja adanya peluang. Jangan peduli samada orang hargainya atau tidak kerana kebaikan yang kita sangka kecil itu sebenarnya adalah besar!
Sentiasa menghargai kebaikan yang ada pada orang lain sekecil manapun. Jangan diremehkan seseorang hanya semata-mata dia tidak melakukan kebaikan yang besar dan anggap banyak kebaikan kita lebih baik daripada kebaikannya.

Mari kita cuba senaraikan kebaikan kecil yang boleh kita lakukan dan hargainya apabila orang lain lakukan:

Memberi senyuman. Banyak orang cepat-cepat tunduk mengelakkan diri dari bertentangan muka dengan orang yang lalu di depannya sedangkan jika kita tunggu dan melihatnya, kita boleh memberikan senyuman. (Jangan salah guna pada pulak...fahamkan?)
Buang sampah kecil di karpet masjid atau surau. Ini perkara mudah yang boleh dilakukan oleh semua orang. Jika terlihat sebiji pasar atau secebis kertas kecil, segera buang atau masukkan dalam poket.
Belanja kawan minum. Ini perkara biasa yang ramai dah lakukan. Tetapi ada juga jenis yang asyik dibelanja kerana anggap mereka yang kaya sahaja perlu mengeluarkan duit dan dia terkecuali daripada belanja orang lain.
Tahan pintu ketika keluar jika ada orang dibelakang kita. Ramai juga yang jenis buka sedikit saja ngam-ngam muat hanya untuknya, walaupun tahu ada orang dibelakangnya, punyalah sombong!
Ucapkan terima kasih. Bila dibantu, ucapkanlah terima kasih dengan jelas. Kenapa malu-malu?
Keluar majlis sebentar bila nak buang angin. Ada jenis yang selamba sahaja mengalunkan bunyian nyaring ketika berada bersama orang lain.
............

Anda tambahlah pulak! berdasarkan amalan kecil yang biasa dilakukan moga idea tersebut dapat diamalkan dan anda mendapat ganjaran apabila saya dan pembaca lain mencontohi amalan anda.

07 March 2013

SUNAT JUMAAT DAN IBADAT DALAM DARURAT



أعُوْذُ بِاللهِ السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

IBADAT DALAM DARURAT

Islam adalah satu-satunya agama yang mudah. Mudah dalam erti kata ada kelonggaran dan tolak ansur dalam mengamal dan menunuaikan Ibadat di dalamnya. Umpamanya dalam perkara bersuci dan pilihan untuk menggunakan selain daripada air ketika ketiadaannya. Demikian juga solat dan puasa, ada kelonggaran cara melaksanakan kedua-duanya

Ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT di dalam ayat (286) surah Al-Baqarah yang bermaksud

« Allah tidak memaksa individu / diri seseorang melainkan yang berupaya «

لا يكلف الله نفسا الا وسسعها

Dan ditegaskan lagi di dalam ayat (185) surah al-Baqarah

“Allah mengkehendaki kamu mendapat kemudahan dan tidaklah ia mengkehendaki kamu beroleh kesusahan “

يريد الله بكم اليسسر ولا يريدبكم العسر

Rasulullah SAW pula dengan Hadisnya tambah memperkuatkan penegasan tersebut dengan sabdanya

Yang bermaksud

Agama Islam adalah mudah, tidak akan sanggup seseorang mempersusah-susahkan sesuatu amalan melainkan dia pasti kalah

Dengan demikian, setiap individu muslim hendaklah beriktikad bahawa tiap-tiap ibadat yang fardhu / diwajibkan dalam Islam tidak boleh tidak, mesti ditunaikan dalam berpandukan cara dan pengajaran dalam ilmu Fiqah

Oleh sebab itulah dosa dan siksaan ditimpakan ke atas seseorang yang mengingkarinya ~ tidak mahu menunaikan nya