07 March 2013
SUNAT JUMAAT DAN IBADAT DALAM DARURAT
أعُوْذُ بِاللهِ السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
IBADAT DALAM DARURAT
Islam adalah satu-satunya agama yang mudah. Mudah dalam erti kata ada kelonggaran dan tolak ansur dalam mengamal dan menunuaikan Ibadat di dalamnya. Umpamanya dalam perkara bersuci dan pilihan untuk menggunakan selain daripada air ketika ketiadaannya. Demikian juga solat dan puasa, ada kelonggaran cara melaksanakan kedua-duanya
Ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT di dalam ayat (286) surah Al-Baqarah yang bermaksud
« Allah tidak memaksa individu / diri seseorang melainkan yang berupaya «
لا يكلف الله نفسا الا وسسعها
Dan ditegaskan lagi di dalam ayat (185) surah al-Baqarah
“Allah mengkehendaki kamu mendapat kemudahan dan tidaklah ia mengkehendaki kamu beroleh kesusahan “
يريد الله بكم اليسسر ولا يريدبكم العسر
Rasulullah SAW pula dengan Hadisnya tambah memperkuatkan penegasan tersebut dengan sabdanya
Yang bermaksud
Agama Islam adalah mudah, tidak akan sanggup seseorang mempersusah-susahkan sesuatu amalan melainkan dia pasti kalah
Dengan demikian, setiap individu muslim hendaklah beriktikad bahawa tiap-tiap ibadat yang fardhu / diwajibkan dalam Islam tidak boleh tidak, mesti ditunaikan dalam berpandukan cara dan pengajaran dalam ilmu Fiqah
Oleh sebab itulah dosa dan siksaan ditimpakan ke atas seseorang yang mengingkarinya ~ tidak mahu menunaikan nya
As salam semua sahabat. Alhamdulillah. Saya amat kagum dengan perkembangan terbaru Masjid As Salam. Tahniah kepada semua AJK yang telah melakukan kerja dengan baik sekali.
ReplyDeleteSemoga Allah memberikan tuan/puan kekuatan untuk terus mengimarahkan Masjid As Salam ini.
Saya juga dengan ini mohon supaya di pantau para penceramah supaya tidak cuba menyelitkan isu politik yang mampu memecahkan kariah dalam ceramah2 mereka.
As salam.
Haji Yaziz Yunus