RAKAN BLOG MASJID

10 June 2013

AMANAH PERLU DIPIKUL AJK MASJID! !

Segala puji- pujian dipersembahkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam untuk Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.

Terlebih dahulu, ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kerana masih ada peluang, ruang dan kesempatan untuk dinukilkan sepatah dua kata di laman blog rasmi Masjid Assalam Bukit sentosa ini.

Sabda Rasulullah s.a.w dalam sepotong hadisnya yang masyhur bermaksud: "Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah, dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji"
(Riwayat al-Bukhari)

Menerusi mafhum hadis di atas telah dijelaslah betapa pentingnya peranan amanah dan janji sehingga kedua-duanya menjadi syarat bagi kesempurnaan iman dan agama (Islam).

Sesungguhnya amanah ialah tanggungjawab yang ditaklifkan kepada diri kita manusia. Pada asasnya ia terbahagi dua iaitu amanah kepada Allah dan Rasul. Kedua, amanah antara manusia dengan manusia.

Seterusnya Nabi s.a.w bersabda;"Sesungguhnya bagi Tuhanmu atas dirimu ada hak, bagi keluargamu atas dirimu ada hak dan bagi dirimu atas dirimu ada hak maka berikanlah hak atas setiap yang empunyanya."

Dalam ruangan yang terbatas ini, apa yang perlu ditekankan ialah amanah atau tanggungjawab sebagai barisan pimpinan bagi sesebuah masjid di kariah kita masing-masing. Sesungguhnya amanah ini amat besar ertinya untuk memastikan sesebuah masjid itu benar-benar berfungsi sebagai pusat ibadah dan pusat pendidikan kerohanian serta pembangunan masyarakat Islam setempat.

Tidak dapat dinafikan betapa besarnya peranan pimpinan bagi sesebuah masjid kerana masjid itu beroperasi dari pagi ketika hampir menjelang waktu subuh, hingga jam 10:00 malam atau lebih selesai aktivitinya dan selesai solat Isyak. Beroperasi tujuh hari seminggu. Sedangkan sebuah sekolah dibuka dari jam 7:00pagi hingga 1:00 t/hari (sesi pagi) dan 1:00 t/hari hingga 6:30 petang (sesi petang). Bagi sesebuah pejabat pula biasanya beroperasi tidak lebih daripada 8 jam dalam sehari. Pejabat dan sekolah ada cuti mingguan dan cuti-cuti tertentu.

Walaupun seseorang imam dan pegawai serta AJK masjid kariah tidak dibayar gaji, namun jika ikhlas bertugas dengan penuh amanah, Allah akan memberikan ganjaran yang besar, hidup dalam ketenangan di dunia dan bakal dibalas dengan syurga yang penuh nikmat di akhirat kelak, insyaallah.

Apabila masjid sentiasa makmur dengan jemaah insya-allah keberkatan dan kesejahteraan dilimpahkan kepada ahli-ahli kariah.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."