Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Bahawa Malaikat Maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali 
dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, 
didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. 
Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, 
sedangkan aku diutus oleh Allah Ta'ala untuk mencabut nyawanya, 
tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."
Manusia memang tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan 
oleh Malaikat Maut itu, kecuali orang-orang yang soleh yang sentiasa 
mengingati kematian yang akan tiba pada bila-bila masa walaupun di dalam
 keadaan sihat wal-'afiat. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar 
akan kehadiran Malaikat Maut itu, kerana mereka sentiasa ingatkan Allah 
dan Rasul-Nya. Apatah lagi jika sering menatap hadis-hadis Nabi SAW yang
 menjelaskan perkara-perkara gho'ib, terutama mengenai hal-hal kematian dan hubungan kaitnya dengan Malaikat Maut itu.
Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, namun 
manusia tidak mungkin dapat melihat kehadiran Malaikat Maut itu. Namun 
pandangan mata hati, mereka mampu melihat alam ghaib itu dengan 
memandang dan berkeyakinan berdasarkan iman dan ilmu yang ada di dalam 
dada.
كُلُّ نَفْسٍ
ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ
فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

No comments:
Post a Comment