RAKAN BLOG MASJID

Showing posts with label ihsan School of Tots. Show all posts
Showing posts with label ihsan School of Tots. Show all posts

16 March 2014

MISTERI MH370 USTAZ KATA DAH TERSURAT TAPI ADA YANG TERSIRAT!

MISTERI MH370
Nampaknya misteri kehilangan MH370 masih belum terungkai walaupun sudah masuk hari ke 5 kejadian. Pada kuliah maghrib di Masjid as-Salam malam tadi Ustaz ada membincangkan satu hadis peristiwa akhir zaman iaitu hadis ke-23 daripada Hadis 40 Peristiwa Akhir Zaman. 

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (Riwayat Ibnu Majah) 

Keterangan hadis di atas ialah Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi material dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat. 

Kita berada di akhir zaman iaitu zaman hilang moral dan adab2 agama. Pabila Allah turunkan bala maka semua orang akan mendapatnya bukan sekadar orang jahat sahaja. Sudah lama hujan tidak turun, kita di landa kemarau dan jerebu dan kini kita dikejutkan dengan kehilangan penuh misteri pesawat MH370 pula. Perbuatan kita yang penuh maksiat dan dosa mengundang bala Allah.

Namun apakah kita sedar diri akan segala peringatan demi peringatan Allah ini? Tidak, kita terus berlaku zalim dan mengundang murka Allah. Gejala fitnah terus berlaku. Manusia yang tidak bersalah dihumban ke penjara. Perbuatan demi perbuatan yang terus mengundang bala Allah. Selagi kita jauh daripada Allah maka selagi itulah hidup kita terus celaru.

Allah suruh kita dekat dengan Nya. Taqwalah kamu kepada Allah walau dimana kamu berada. Dulu kita sibuk hutan di Sumatera terbakar dan membawa bahana jerebu ke Malaysia. Maka kini hutan kita pula terbakar. Hari ini pada perjalanan saya melalui lebuhraya PLUS ke tempat kerja, saya lihat hutan berdekatan plaza tol Sg Buaya masih terbakar dan mengeluarkan asap tebal. Hutan2 di sekeliling kita terus terbakar setiap hari. Allah turunkan bala ini kepada kita pula.

Saat ini Islam perlu bersatu, kembali kepada Allah. Pabila sudah banyak dosa maka baliklah kepada iman. Jalan nak buat dosa memang banyak namun jalan nak buat baik tak banyak. Tanya diri, kenapa aku dengan Allah terlalu jauh? Siang hari fitnah orang. Malam hari hilang kapalterbang. Ini peringatan Allah. Manusia bangga hebat dengan teknologi canggih namun tidak boleh lawan kuasa Allah. Kita ini paling banyak buat dosa dengan Allah. Lihat sekeliling maka kita akan tengok judi, arak, riba, zina, fitnah, bunuh, rompak, macam2 jenayah berleluasa.

Ini saat akhir zaman bila terlalu nipis iman kita kepada Allah. Sedarlah kita bahawa tugas makhluk ialah tunduk patuh menyembah Allah. Jangan jadi seperti Iblis yang tidak mahu mengikut perintah Allah. Pegang teguh kita dengan tali Allah iaitu al-Qur'an dan ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah. 

Hadis di atas mengingatkan kita pada era akhir zaman akan berlaku kemarau panjang, zaman tandus. Akan timbul kaki2 dusta yang di kata benar. Manakala orang2 benar pula dikata pendusta. Para pengkhianat di suruh pegang amanah. Manakala orang yang amanah pula di kata pengkhianat. Sesungguhnya kamu lalai dan kamu menyimpang. Yang berpeluang bercakap ialah golongan Ruwaibdhah iaitu golongan yang kerdil, hina dan tak faham masalah orang ramai. 

Di akhir zaman akan timbul Dajjal iaitu makhluk perusak yang Allah jadikan untuk sesatkan manusia. Peranan orang beriman ialah kembali ke jalan yang benar. Antara ciri2 orang yang lalai ialah cenderung kepada nafsu, mengetahui yang zahir dalam kehidupan dunia namun yang batin dia tidak peduli. Dan akhir sekali orang yang lalai ini terus menerus ikut jalan yang sesat. Orang yang lalai, natijahnya rugi. Bila kita lalai Allah akan kunci pintu hati, takut2 mati nanti dalam kafir. Sekiranya kamu laku kejahatan maka segeralah lakukan kebaikan. Fitnah besar di tutup dengan cerita sensasi lain. 

Berbalik kepada misteri kehilangan MH370 iaitu pesawat Boeing 777-200 bersama 239 penumpang itu terus menjadi tanda tanya. Maka timbullah pelbagai pendapat, andaian, analisa, lapuran, dan spekulasi. Itu memang normal selagi misteri kehilangannya tidak terungkai. Jika terhempas mana bangkainya? Jika di hijack mana tuntutannya? Jika sudah landing mana lokasinya? Ia mengundang pelbagai tafsiran akal untuk menjelaskan atau mencari jawaban kepada segala tanda tanya itu. Allah kurniakan akal untuk kita sama2 renung dan fikir.

Saya mendapat satu kiriman whatsapp yang bagi saya agak menarik. Mungkin kita kongsikan untuk penialaian bersama. Analisa daripada seorang Juruterbang berpengalaman:
  1. Agak mustahil untuk sebuah kapal terbang terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.
  2. Agak mustahil untuk kita katakan pesawat mengalami total 'electrical shutdown' dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.
  3. Di udara, setiap pesawat akan dapat baca pesawat lain, yang berdekatan.
  4. Setiap laluan yang dilalui oleh mana-mana pesawat, adalah juga laluan yang dilalui oleh pesawat lain. Laluan utama. Jadi mustahil laluan di situ boleh memutuskan bacaan dan komunikasi dengan menara kawalan.
  5. MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi 'maintainance' kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.
  6. Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering "diculik" oleh syarikat penerbangan lain.
  7. Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan, untuk selamatkan pesawatnya, walaupun gunung ada di depan. Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.
  8. Setiap pesawat boleh terkena petir, itu biasa, namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.
  9. Akhir sekali, sebagai penutup, beliau menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang beliau pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.

Pesan Ustaz malam tadi ialah orang ramai dengan kepakaran masing2 punya hak untuk berbincang dan memberi pandangan mereka tersendiri supaya mungkin ada pendapat2 bernas ini bisa membantu kepada permasalahan yang timbul. 

Saya juga ada melihat temuramah TV3 dengan juruterbang Kapten Noruddin yang menyatakan kita sebagai orang beriman kenalah yakin bahawa semua kejadian adalah di bawah pengetahuan Allah, maka katanya in shaa Allah MH370 bisa ditemui iaitu dengan meminta bantuan kepakaran orang2 soleh yang hampir dengan Allah dan juga doa penuh ikhlas waris terdekat para penumpang. Mungkin teknologi terkini sains masih gagal mengesan MH370, maka kembalilah bergantung harap kepada pemilik sains itu iaitu Allah SWT. Kita sekadar hamba yang lemah. Allah yang Maha Berkuasa.

Harapan kita tragedi kehilangan MH370 yang kini sudah menjadi fenomena akan terungkai dalam sedikit masa lagi. Semoga segala persoalan akan terjawab jua. Semoga segala spekulasi akan terpadam. Yang timbul ialah fakta bukan auta. Simpati dan doa kita kepada seluruh penumpang dan crew yang terlibat serta seluruh ahli keluarga mereka. Pray for MH370.http://schooloftots.blogspot.com

06 February 2014

TADABBUR AL-QURAN

Tadabbur al-Qur'an

Ustaz Muhammad Wan Shamsudin Bin Wan Muhamamd Lokman yang dikenali sebagai Ustaz Wan sedang menyampaikan risalah Allah dalam kuliah Maghrib di Masjid Assalam Bukit Sentosa.

"Dah baca al-Qur'an hari ini?" Itu soalan yang biasa. Baca Qur'an setiap hari juga sepatutnya perkara biasa dan menjadi rutin. Sepatutnya tidak perlu diperingat lagi. 

Hari ini sepatutnya kena up sikit pertanyaan berkenaan. " Sudah tadabbur al-Qur'an hari ini?" Mengikut penjelasan Ustaz Wan Samsuddin dalam ceramahnya tempoh hari, tadabbur ini membawa makna memerhati bacaan, gheti apa yang dibaca, dan laksanakan apa yang dibaca tadi dalam mentadbir urus kehidupan ini.

Begitu juga pertanyaan, "Sudah solat?" Sepatutnya tanggung-jawab solat ini sudah menjadi darah daging. Tidak perlu di remind setiap masa contohnya oleh ibu kepada anak, atau suami kepada isteri. 

Solat itu ialah hubungan hamba dengan Allah, penciptanya, dan pencipta seluruh alam ini. Maka kena pelihara benar soal mendirikan solat ini. Pabila elok solat maka eloklah yang lain. Antara syirik dengan kufur batasannya ialah solat. Antara kufur dengan iman batasannya juga solat. Jika meninggalkan solat fardu maka itu ialah kufur yang nyata, dosa besar. Jenayah besar dalam Islam.

Hari ini sepatutnya haq2 solat sudah terpelihara. Apa haq2 solat? Iaitu menjaga syarat sah solat, rukun2 solat yg 13 itu, dan segala adab2 solat. Khusyuk dalam solat ialah ingat Allah tika solat. Setiap kali otak melilau ke tempat lain tika solat, maka kena tarik balik ingat kepada Allah. Kena jaga setiap perbuatan, ikhlas zahir dan batin kerana Allah dan menghadirkan diri ke hadapan Allah, membawa jiwa raga ke hadapan Raja segala raja, Penguasa segala penguasa. 

Tengok tempat sujud sepanjang mendirikan solat itu walaupun bagi mata yang buta, kecuali tika ucapan '..illallah' pada naik jari dalam bacaan tahiyyat, kemudian kembali tengok tempat sujud. Fokus mata, betul serta faham bacaan, dan hadir hati untuk dapat khusyuk solat.

Sempena bulan Rabiulawal yang baru berlalu pergi yang menyaksikan bulan kelahiran dan kewafatan Nabi SAW, maka afdal untuk saya coretkan sedikit bahan untuk memberi semangat kecintaan dan kerinduan kita kepada NAbi SAW, pempimpin agung umat manusia untuk membawa taat kita kepada Allah.

Tidak diutus Nabi SAW kecuali menjadi rahmat kepada sekelian alam termasuklah segala tumbuhan, haiwan, jin, malaikat, dunia, planet, bintang, seluruh ciptaan di cakrawala, kecuali syaitan. 

Nabi SAW di belah dada untuk disucikan hati daripada segala kekotoran jiwa. Mengikut riwayat sirah, Nabi dibelah dada sebanyak tiga kali sepanjang hayatnya iaiatu tika umur 5 tahun, umur 40 tahun sebelum menerima wahyu pertama, dan tika di usia 52 tahun sebelum peristiwa israk-mikraj. Untuk menjadi pemimpin masa depan maka hati mesti di didik sejak kecil. Didik dengan pendidikan Allah, jauhi maksiat dan taat pada Allah dan Rasul-Nya.

Buta huruf Nabi SAW tidak sama dengan buta huruf umatnya. Nabi SAW sangat cerdik dalam ertikata Baginda itu bersifat siddiq iaitu benar, amanah iaitu jujur pada segenap hal, tabligh iaitu menyampaikan segala perintah Allah, dan bersifat fatonah iaitu cerdik dan bijaksana dalam mendatangkan wahyu Allah sebagai pegangan dan cara hidup.

Ibubapa mestilah menekankan pendidikan rabbani demi membentuk seorang anak yang cemerlang bukan sekadar di dunia malah hingga ke akhirat. Kalau dia menghafal al-Qur'an 30 juzuk, takkan tidak boleh menghafal formula matematik? 

Kita lihat tokoh ilmuan dalam sejarah Islam, semuanya adalah hafiz 30 juzuk al-Qur'an. Ibnu Sina yang terkenal sebagai pakar perubatan yang menjadi rujukan barat itu sebenarnya ialah seoarang pakar feqah, pakar hadis dan hafazan 30 juzuk al-Qur'an.

Soalan yang biasa kita dengar dalam masyarakat ialah, "Macamana seorang doktor hafaz al-Qur'an?" Kagum dan macam tak percaya dia.

Sepatutnya soalan yang di tanya ialah, "Macamana hafiz al-Qur'an boleh jadi doktor?" Dalam sejarah keagungan Islam, semua tokoh2 hebat Islam adalah merupakan mereka dalam kalangan penghafaz al-Qur'an. 

Hatta kita lihat para syuhadah yang ramai dipilih Allah untuk gugur syahid menentang kezaliman rejim zionis Israel di Palestin adalah daripada kelompok para hafiz al-Qur'an. Malah ibubapa di sana meletakkan satu standard iaitu kamu mesti hafiz 30 juzuk al-Qur'an untuk layak ke medan juang di barisan hadapan untuk menentang musuh2 Islam. 

Para pejuang yang gugur syahid ini di angkat menjadi idola dalam masyarakat dan gambar2 mereka di letakkan di poster2 besar iklan di tepi jalan2 utama sebagai pencetus umat, penaik semangat jihad dan watak yang dikagumi oleh masyarakat. Bukan poster penyanyi k-Pop, pemain2 bola EPL atau artis2 glamour Hollywood yang anak muda banggakan sebagaimana di negara kita ini.

Sebagai konklusi kita mestilah menyayangi Nabi SAW melebihi sayang kita kepada manusia yang lain hatta anak atau ibubapa sendiri. Nabi SAW adalah tauladan kepada kita. Jadikan Nabi SAW sebagai idola kita. 

Di akhirat nanti kita akan bersama orang yang kita sayangi. Nabi SAW ialah pilhan kita. Di Padang Mahsyar yang hura hara nanti dikala tiada pertolongan hadir malainkan syafaat Nabi SAW maka kecintaan kepada NAbi SAW bakal melayakkan seseorang untuk dapat menikmati keistimewaan dan pertolongan Nabi SAW dalam bentuk yang tidak ternilai iaitu syafaat Nabi SAW.

Tanda cinta kepada Nabi SAW yang sangat boleh kita serlahkan termasuklah menjadikan Nabi sebagai contoh, banyakkan berselawat, biasakan dengan akhlak mulia, selalu merindui Nabi, kena menyampaikan risalah Nabi, sanggup mengorbankan jiwa dan harta dalam menegakkan Islam, teruskan perjuangan sebagaimana perjuangan Nabi, dan berusha membina masyarakat Islam.


*****

Menjadi kewajiban setiap Muslim untuk mentadabbur al-Qur'an bagi kefahaman yang benar. Bagi orang beriman yang bukan ahli ilmu dan tidak pula berbahasa Arab, maka tidaklah menghalang untuk membaca, memahami dan memikirkan isi Al-Quran, mengambil pelajaran daripadanya dan seterusnya dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman kerana Al-Quran telahpun diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Antara kaedah yang diunjurkan untuk mentadabbur al-Qur'an ialah PFFH:

  1. Perhati : Maksudnya melihat dengan teliti, peka atau ambil peduli.
  2. Fikir : Maksudnya menggunakan akal yang bijak dalam memikirkan sesuatu.
  3. Faham : Maksudnya mengetahui sesuatu itu dengan lebih mendalam.
  4. Hayati : Mengalami, merasai atau terkesan sesuatu dalam hati.


Pabila disatukan keempat-empat kaedah tersebut, dapatlah kita melihat Al-Quran itu dari sudut yang sedikit berbeza dari sebelum ini. Contoh ringkas untuk kita sama2 renung dan fikir:

Terjemahan Surah Al-Fatihah:1-2

  • Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  • Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

*****

  1. Perhati : Ini adalah surah pembukaan kepada Al-Quran dan pemulanya adalah pengenalan bahawa Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan pujilah hanya kepada Allah; Rabb yang mencipta dan mengatur seluruh alam.
  2. Fikir : Tidak ada sesiapa pun di muka bumi ini yang lebih pemurah dan lebih penyayang selain Allah kepada makhluknya.
  3. Faham : Sekiranya Allah tidak menetapkan Diri-Nya sebagai Maha Pemurah dan Maha Penyayang dan mengaturkan alam ini (takdir) maka huru-haralah manusia dan pincanglah perjalanan planet-planet yang ada.
  4. Menghayati : Segala sesuatu telah diaturkan kepada makhluknya. 


Jadi kepada mereka yang menolak Al-Quran dan menggantikannya dengan yang lain, sama seperti mereka menolak kurniaan Allah dan inilah orang-orang yang lebih buruk daripada binatang ternakan. Begitu juga bagi mereka yang menyambut sakan maulud Nabi sekali setahun tapi mengingkari ajaran Nabi sepanjang tahun. Nau'zubillah.

"Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakkan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)." (Surah Al-Furqaan:44) 
http://schooloftots.blogspot.com

25 January 2014

HAKIKATNYA ALLAH YANG GERAKKAN LANGKAH KITA

Kaki Melangkah

Kaki ini melangkah namun hakikatnya Allah yg menggerakkan kaki ini untuk melangkah. Kita lahir dulu bergelumang najis, hidup kini pun membawa najis ibarat lori tank Indah Water, mati besok pun jadi bangkai tak ada nilai (lembu lagi bernilai sebab matinya disembelih dan boleh di jual).


Hakikatnya begitulah kita ini. Tidak punya apa2. Hina, lemah dan tiada daya upaya. Semuanya milik Allah. Justru renung dan fikir akan kekayaan & kebesaran Allah, barulah kita sedar siapa kita ini. Allah yang angkat kita menjadi semulia-mulia kejadian. Harapnya aku ini layak bergelar Hamba Allah, yg patuh pada Allah.

Kenal diri maka baru dapat kenal Allah. 40 tahun dulu tika aku lahir, aku ini tak tahu apa2. Allah pinjamkan akal, Allah bagi ilmu, Allah bagi kekuatan, Allah bagi pancaindera, Allah bagi udara, bagi air, bagi makanan, maka membesar aku hingga dewasa kini. Kenal diri bahawa aku ini hina, lemah, tiada upaya melainkan semuanya milik Allah belaka.

Beramal itu wajib, namun bergantung kepada amal itu tidak boleh. Mesti bergantung kepada Allah. Yang menghasilkan amal itu Allah. Bergantung kepada usha, tak boleh. Kita beramal dan berusha tetapi yang sampaikan ialah Allah. Bergantung kepada Allah. Apa pun kita buat, pergantungan hati mestilah kepada Allah. 

Kena kenal siapa diri kita? Kamu itu fakir di sisi Allah. Allah yang bagi kita tidur. Ada orang yang tak boleh tidur. Boleh mari masjid tak tanpa hidayah Allah? Tidak. Semua Allah sudah susun elok. Sentiasa kita berhajat kepada Allah. Seorang Hamba Allah tidak akan nampak apa pun yang boleh menolongnya melainkan Allah. Kena rasa diri ini fakir dan dhoif. Fakir itu terlajak miskin. Dhoif itu terlampau lemah. 

Orang kaya jangan sombong kerana Allah boleh bagi kamu miskin dalam sekelip mata. Orang miskin jangan putus asa kerana Allah boleh mengubah nasib kamu dalam sedetik waktu. Allah itu kamalat iaitu penuh kesempurnaan. Kenal diri kita yang kita yang penuh kelecehan ini, baru boleh kenal Allah yang Maha Sempurna itu. Tak nampak kaya dia kerana tenggelam dek kaya Allah. Tak nampak hebat dia kerana tenggelam dek hebatnya Allah. 

Semua barang ada tarikh luputnya. Takkan kita tiada tarikh luput? Manusia pun ada tarikh luput iaitu kematian. Semua yang kita miliki ini ialah barang pinjam. Ibarat pakai kereta pinjam, maka sekejap ada sekejap tiada. Maka jangan ada sifat aku punya, usha aku, milik aku, kerana semua milik Allah. Bila mati semua terpaksa ditinggalkan. Buang semua sifat keakuan itu.

Apa yang kita boleh buat? Boleh buat sebijik beras? Boleh buat seekor nyamuk? Tawadduk ini ialah merendah diri. Belajarlah jadi orang yang tawadduk. Beras itu dari padi yang di mesin, buat tepung beras, campur air buat tempe.  Tapi boleh tak manusia buat sebijik beras? Jawabnya tak boleh. 

Tiada yang kuasa melainkan kuasa Allah. Allah yang menentukan takdir. Takdir ini ada dua jenis iaitu bersifat qadim (tetap sejak azali) atau baharu. Jika bersifat baharu yang tidak bertentangan dengan syarak maka bolehlah diteruskan.  Yang ada pada Allah itu bersifat qadim iaitu kekal. Yang berlaku itu bersifat baharu.

Contohnya berlaku seorang pemuda yang pergi ke masjid. Maka kita redha kerana ia satu perbuatan baik. Satu lagi contoh orang buat tok kong hindu. Adakah ikut syarak? Tidak. Maka adakah kita kena redha? Sudah tentu tidak. Sesuatu yang berlaku yang bersifat baharu ini, jika tidak menepati syarak dan berbentuk maksiat maka wajib kita tidak terimanya. Jangan cebderung kepada orang zalim kerana nantinya kamu akan disambar api neraka.

Imam Nawawi menentang hasrat kutipan cukai oleh raja di zamannya. Katanya jual dulu harta raja dan sekiranya masih tidak cukup maka barulah boleh dikenakan cukai itu pada rakyat. Apa yang berlaku hari ini ialah cukai dikenakan kepada rakyat sedangkan para pemerintah masih menjalani kehidupan mewah mereka seperti biasa. Maka janganlah disokong pemerintah yang zalim sebegini.

Redha dengan Allah dengan cara beriman dan mentaati Allah. Jangan redha kepada zalim, maksiat dan kufur. Mohonlah makrifat Allah iaitu anugerah Allah. Nak tuang apa-apa ke dalam gelas mestilah dipastikan gelas itu bersih dahulu. Allah sudah tuang dalam hati ini pelbagai anugerahnya. Dia pilih hati yang bersih. Sentiasa bersihkan hati kita. Allah kasih orang yang bertaubat. Allah campakkan taat buat nya, syukur. Dapat buat taat, syukur. 

Bila dapat bala dan ujian, sabar. Kekadang apa yang kamu benci itu baik untuk kamu. Dan apa yang kamu suka itu, kekadang mudarat buat mu. Orang yang buat maksiat tapi menyesal dan bertaubat itu lebih baik sebenarnya daripada orang yang taat tapi sombong. 

Bersihkan hati dan sentiasa berharap kepada Allah. Amalkan doa muaz mohon kekuatan untuk taat, syukur dan meningkatkan ibadah kita. 

Doa Muaz:                  

اللهُÙ…َّ Ø£َعِÙ†ِÙŠ عَÙ„َÙ‰ ذِÙƒْرِÙƒَ ÙˆَØ´ُÙƒْرِÙƒَ ÙˆَØ­ُسْÙ†ِ عِبَادَتِÙƒَ

Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati Mu, bersyukur kepada Mu dan beribadat dengan baik kepada Mu
(Riwayat Abu Daud dan Al-Nasa’i)

13 January 2014

TAHUKAH BILA ALLAH PILIH KITA !

Allah Pilih Aku

"Jemput ke Masjid malam ni ada Qiamullail pimpinan Ust Hazri," begitulah sms yang di terima isteri saya daripada seorang kawan. Mesej itu isteri saya terbaca tika bangun solat subuh. Mesej berkenaan dihantar oleh kawan tadi pada pukul 3:20 pagi. 

Sebelumnya iaitu pada pukul 8:20 malam isteri saya telah mendapat sms, "Datanglah ke masjid, malam ni Ust Uda Kassim, best." Sms itu juga dihantar oleh kawan yang sama. Mungkin kawan isteri saya ini kehairanan kerana beberapa hari ini tidak melihat kelibat saya dan isteri di Masjid. 

Pagi ini setelah habis bersarapan saya berbual-bual santai dengan isteri. Kata saya, "Allah sebenarnya nak uji kita. Perasan tak beberapa hari ini walaupun niat di hati nak berkunjung ke Masjid saban malam seperti biasa tapi Allah telah memberikan beberapa halangan dan ujian kecil. Allah tidak memilih kita untuk ke rumah-Nya, menjadi tetamu-Nya." 

Hasilnya ialah kita telah gagal berkunjung ke Masjid. Allah tidak memilih kita untuk menjadi tetamu-Nya untuk beberapa malam ini. Mungkin untuk sedarkan balik bahawa mu pergi ke Masjid bukan sesuka hati mu saja tetapi mu telah di pilih. Maka setiap kali terpilih untuk ke Rumah Allah angkatlah tangan berdoa penuh kesyukuran, "Ya Allah, aku syukur Engkau telah memilih aku untuk ke Masjid pada kali ini, Amiiin."

Allah nak uji supaya perbetulkan niat. Aku ke Masjid ini bukan sebab aku balik awal dari ofis atau sebab aku suka Ustaz ini atau Ustaz itu. Aku bukan ke Masjid ini kerana aku ini kaki Masjid atau aku ini cinta ilmu. Bukan. Aku ke Masjid ini nawaitu kerana Allah.

Allah yang memilih aku untuk ke Masjid malam ini. Allah memilih aku. Aku yang terpilih berbanding dengan 30,520 umat Islam yang lain yang ada di khariah Masjid ini. Allah yang pilih aku. Bukan saja-saja aku mari ini. Allah yang gerakkan hati aku untuk mari. Allah yang bagi kelapangan, kesihatan, kemudahan untuk aku mari malam ini. Aku menjadi salah seorang daripada 82 orang yang berada dalam kuliah maghrib malam ini, Alhamdulillah.

Saya merenung kembali dialog dengan isteri malam tadi. "Pa, pergi masjid tak malam ni?" Saya sebenarnya sampai ke rumah sebelum maghrib dari ofis. Mengikut kebiasaannya ia memberi suasana yang kondusif dan ruang yang lapang untuk saya dan isteri sempat ke Masjid sebelum maghrib atau paling tidak pun berkunjung selepas menunaikan solat maghrib berjemaah di rumah dahulu.

Setelah berdiam diri seketika saya bersuara, "Tak kot Ma sebab kaki papa ni sakit lagi la." Tu dia alasan yang agak munasabah. "Ok," sampuk isteri saya mudah. Allah nak uji apakah aku ini sudah mantap iman dan kukuh akidah. Rupanya goyang dan mudah sangat goyahnya, bak pokok pisang di kocok angin, terhoyong-hayang menunggu rebah. Iman yang turun naik.

Kalau pada kebiasaan, isteri yang agak mantap pendiriannya untuk ke Masjid setiap malam kerana begitu teruja dengan majlis2 ilmu yang berlangsung dan pautan hatinya yang katanya begitu tenang dan damai tika berada di Rumah Allah, akan menafikan alasan yang saya beri untuk tidak ke Masjid malam ini. "Boleh tak mama pergi sendiri ke Masjid malam ni?" Respon sebegitu yang saya biasa dengar. Tapi malam ini rupanya Allah mahu uji. 

Nikmat ibadah yang Allah tarik balik untuk beberapa hari ini. "Ya Allah, menyesalnya mama dah beberapa hari tak dapat ke Masjid," keluh isteri saya menuju ke dapur tadi. Allah uji dengan kesibukan isteri saya masak dinner untuk anak2 kami yang balik dari UIA. Allah sibukkan dengan kerja2 rumah yang tak berkesudahan. Allah uji dengan suami yang tak berapa sihat.

Allah uji pula saya dengan beberapa ujian juga. Malam pertama hari tu tak sempat ke Masjid kerana balik lambat kerana urusan anak di UIA dan beli netbook anak. Malam kedua, balik lambat sebab ada urusan kerja. Malam kedua di timpa masalah demam dan terpaksa menelan ubat dan berselimut di katil. Malam ketiga pula di uji dengan sakit kaki. Malam keempat, walaupun balik awal tapi di uji lagi dengan kepenatan dan rasa tidak sihat. Semuanya Allah nak uji.

Maka benarlah aku ini terpilih untuk ke Masjid. Ia bukan berlaku secara gitu2 saja. Siapa yang pilih? Allah. Ibarat kita tidak akan sembarangan menerima orang asing untuk menjadi tetamu di rumah kita. Allah akan memilih siapa yang Dia ingini untuk menjadi tetamu di rumah-Nya.

Saya dan isteri bukan tiada niat untuk ke Masjid. Memang dah niat. Memang dah rancang. Tapi asbab sedikit ujian yang Allah berikan, segala hajat itu gagal terlaksana. Betapa mudah goyahnya. Ingatkan sudah utuh dipasak hingga tertegak sebagai binaan yang kukuh. Rupanya tanggapan yang meleset sama sekali. Allah hanya uji sedikit sahaja, berkecai runtuhnya.

"Ya Allah, pilihlah aku untuk menjadi tetamu-Mu. Ya Allah, kurniakan kami taufiq dan hidayah-Mu." Apakah itu taufiq? taufiq itu ialah kekuatan untuk melaksanakan hidayah Allah. Allah dah bagi hidayah untuk pergi ke Rumah Allah, mengerjakan solat2 sunat, mengerjakan solat fardhu berjemaah, dan duduk di majlis ilmu tetapi kekuatan dan iltizam untuk melakukannya tiada atau diberi sedikit ujian, maka gagal juga. Justru itulah taufiq sangat utama. Mesti di pohon berpasangan dengan memohon hidayah Allah.

Sebagai konklusi usahlah dibangga aku ini kaki masjid atau pencinta majlis ilmu. Semua milik Allah. Allah bisa membolak-balik hati seseorang dalam split second. Usah bangga diri apatah lagi riak. Usah fikir aku ke Masjid ini sebab aku kaki masjid. Atau aku ke masjid ini sebab aku cinta ilmu.

Aku ke Masjid ini kerana Allah. Aku taat pada Allah. Aku mencari redha Allah. Aku ke Masjid kerana tiada sebab lain. Aku ke Masjid bukan kerana makhluk. Bersihkan hati ini. Kosongkan hati ini. Isikan dengan Allah semata. "Ya Allah, kembalikan nikmat ke Masjid ini. Janganlah engkau tarik balik nikmat ini."

08 January 2014

KAKI MASJID ?

Orang beriman yang cinta masjid ibarat ikan masuk ke air, kerana nalurinya ke situ, ingatannya sentiasa untuk ke Rumah Allah. Hatinya lega dan seronok setiap kali dapat duduk di masjid, dapat niat iktikaf, dapat mendirikan solat2 sunat, dapat zikrullah dan membaca al-Qur'an. Pernah lihat ikan bila di lepaskan ke dalam air kolam? Gembira dia tidak terkata.


Bersiap siaga untuk ke masjid walaupun saban hari mungkin sampai hampir senja ke rumah dari tempat kerja. Hatinya terikat di masjid. Terasa rugi benar jika tidak menghadiri kuliah2 maghrib yang diadakan setiap malam di masjid. Segala ilmu yang dia dapat di catit, di pahat di dada, di amalkan dan disebarkan. 

Teruja sungguh dia menatap jadual kuliah dengan slot2 ceramah penuh setiap bulan tertampal di papan kenyataan masjid. Sibuk dia menyemak ustaz mana yang tertera namanya di situ. Tenang jiwanya.

Nama2 regular seperti Ust Hafizi Hussen, Ust Kamal Azhari, Ust Irwan Syah, Ust Fazlur Rahimi, Ust Zahidi Abdullah, Ust Hazri Hashim, Ust Sidek Nor dan Ust Wan Shamsuddin, semuanya menjadi pencerah penyuluh jalan belaka dengan ilmu tasauf, tauhid, feqah, tafsir, hadith dan sirah. Pelajaran dan pengajian ilmu yang percuma. Kenapa tidak menyahut nya? Rugi Tuan2. Jadilah kaki masjid bukan kaki botol atau kaki bangku.

Syukur benar dia bila dipilih Allah untuk dapat mendirikan solat2 fardu secara berjemaah di masjid. Itulah ibaratnya seorang hamba Allah yang beriman dan bertaqwa untuk sentiasa taat kepada Allah. 

Begitu teruja dia untuk ke rumah Allah menyambut pelawaan Allah bertandan pada setiap kesempatan masa yang ada. Tika laungan iqamat keluar dari celah bibir muazzin maka dia terus bersegera untuk memenuhi sof pertama kerana faham sangat dia akan fadhilat berdiri di sof pertama pada setiap perlakuan solat berjemaah itu. Ibarat ikan puyu masuk ke air. 

Tambahan lagi dia tidak kedekut untuk menyebarkan salam dan mengukirkan senyuman kepada setiap tetamu Allah bila bertentang mata atau berselisih bahu. Begitu juga ringan tangannya bersedekah memperuntukkan sejumlah wang pada setiap malam untuk di masukkan ke dalam tabung bergerak masjid. Atau peluang khidmat pada setiap kesempatan yang ada. Bahagia nya dia seperti ikan pulang ke air atau sireh pulang ke ganggang.

Berbeza pula dengan orang yang munafik atau tiada keikhlasan di hati. Datang dia ke masjid itu boleh diumpamakan sebagai burung masuk ke sangkar. Terasa terpenjara jiwa, hati berkecamuk, minda tidak tenang dan sentiasa mencari peluang dan ruang untuk membebaskan diri dari sangkar yang mencengkam itu. Sekejap berlunjur, sekejap berpusing, kerap ke bilik air, sekejap menguap, acap kali tertidur. Keluh kesah dia. Mata menyudut pada kelemahan dan kekurangan.

Pantang ada sebutan daripada Ustaz yang berceramah yang terkena batang hidungnya atau menyentuh soal2 kebenaran walaupun pahit maka punggungnya terasa panas macam duduk atas bara api dan cuping telinganya terasa pedih dan dia pun tidak segan untuk bangun berlalu pergi dan terus keluar dari masjid. Ada makhluk sebegini. Rajinlah memerhati. Yang sedihnya ramai dari kelompok ini ialah golongan veteran yang rumah kata pergi kubur kata mari, namun hidayah masih terhijab untuknya.

Ada pula ramai jemaah yang usai solat terus bangkit macam kuih bangkit pergi entah kemana terutamanya tika solat jumaat. Begitu sombong dengan Allah hingga kan tiada kesempatan untuk zikrullah barang sebaris dua atau menadah tangan untuk berdoa bergantung harap pada Yang Esa? Sibuk sangatkah? Hingga masa 24 jam yang Allah bagi ini tidak cukup buatmu? Janganlah jadi manusia jahil yang tidak kenal diri. Begitu banyak nikmat yang Allah bagi dengan percuma, tapi engkau jadi angkuh, sombong dan lupa diri.

Ada juga manusia yang tidak ikhlas untuk beribadah di rumah Allah. Pergi ke masjid membawa nawaitu yang tidak jelas. Apakah kerana jawatan aku sebagai AJK, atau kerana menghabiskan masa lapangku, atau untuk menunjuk-nunjuk kepada orang. Wallahu'alam. 

Ketidakikhlasan ini kadang2 terserlah jua dengan izin Allah. Pelbagai penyakit hati menguasai dirinya. Maka tergolonglah mereka di kalangan orang2 yang rugi. Kenapa rugi? Kerana segala amal ibadahnya tadi tiada nilaian walau sekupang di sisi Allah SWT. Kekedang tu dia jadi asing atau segan untuk ke masjid kerana sifat dendam kesumat atau rasa tidak puas hati yang terbuku di hati.

Sebagai konklusi pilihlah untuk berada dalam kategori mana. Janganlah di sia2kan masa yang ada. Usahlah lagi dibazirkan baki usia yang tinggal ini. Ya Allah berkati sisa2 usia ku ini. Aku kah ikan yang terjun ke air itu atau aku kah burung yang terperangkap dalam sangkar emas? Tepuk dada tanya iman. Tuan suluh diri Tuan, saya suluh diri saya. Ya Allah, pilihlah aku jadi Kaki Masjid yang tegar, tidak mudah goyah.

03 December 2013

SUBHANALLAH ! SENI POLITIK NABI YUSUF A.S

Buku Belajar Seni Politik Nabi Yusuf

Buku setebal 345 mukasurat ini telah selamat saya khatamkan semalam. Buku ini karya Amru Khalid terbitan Syabab Book Link cetakan 2012. Penulis telah memaparkan kisah Nabi Yusuf AS dengan sederhana sebagai teladan dan iktibar. 

Pelbagai hikmah dan pengajaran berdasarkan Surah Yusuf dihuraikan bagi manfaat umat. Juga untuk menggerakkan minda dan hati kita agar dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Penulis juga mengharapkan para pembaca dapat mencontohi akhlak dan teladan Nabi Yusuf yang cekal menghadapi pelbagai ujian. Juga supaya dihilangkan segala kegelisahan dan kesedihan di hati kita. 

Antara dugaan yang dihadapi oleh Nabi Yusuf ialah menjadi sasaran kedengkian adik-beradiknya, terpisah dari  keluarga, dicampakkan ke dalam perigi, menjadi hamba sahaya, digoda dan dirayu wanita, dituduh memperkosa, dipenjarakan, memperoleh kekayaan dan kenikmatan yang banyak, memaafkan saudara-saudaranya, dan menghadapi ujian yang berterusan.

Di mukasurat 201 diceritakan Nabi Yusuf dan kaedah berdakwahnya. Antara ciri utama  dalam berdakwah ialah akhlak yang terpuji, penampilan yang menarik, memanfaatkan potensi dan bakat, yakin kepada diri sendiri, menyayangi manusia lain dengan sepenuh hati iaitu berdakwah dengan kasih sayang sepenuh hati demi untuk mengajak manusia taat kepada Allah dan mencapai redha Allah. 

Kesediaan menyelesaikan masalah orang lain, sikap tidak memaksa, mudah didekati dan kemampuan menarik perhatian (emosi) orang, sering memperingatkan mengenai nikmat Allah, serta kepakaran dan pengetahuan untuk bercakap mengenai sesuatu dengan adab yang baik.

Di mukasurat 277, dinyatakan dua kriteria utama yang perlu dimiliki oleh seorang petugas atau pemimpin yang dimanahkan terhadap sesuatu tanggungjawab iaitu sifat amanah dan mempunyai pengetahuan yang tinggi. 

Sekiranya ia silap memilih pemimpin yang tidak mempunyai kedua-dua ciri tadi maka tugas yang hendak dipertanggungjawabkan itu akan menemui kegagalan dan tidak menepati sasaran yang diinginkan. 

Raja Mesir talah melantik Nabi Yusuf menjadi Menteri Kewangan untuk menjaga perbendaharaan dan hasil bumi Mesir.

"Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan. Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa." (Yusuf:56-57)

11 July 2013

KOMENTAR YANG BAIK DARI SOT

 
Selawat dan salam kepada Rasulullah, keluarga Baginda dan para sahabat Baginda. Alhamdulillah kerana dipanjangkan usia oleh Allah SWT untuk terus bernafas di udara Ramadan yang kini masuk hari ketiga. Malam tadi masjid terus di penuhi ribuan jemaah. Hidangan moreh yang disediakan habis licin dan ramai para jemaah yang tak dapat menjamahnya untuk malam ketiga berturut-turut. Tapi tidak mengapa bukan moreh idaman hati tapi ikhlas beribadah di Rumah Allah itu yang utama.

Bulan Ramadan adalah sebaik-baik bulan, malamnya sebaik-baik malam, siangnya sebaik-baik siang dan waktunya adalah sebaik-baik waktu. Istimewa dan mulianya bulan Ramadan ini layaknya sebagai penghulu segala bulan. Istimewanya lagi ialah kita semua dikumpulkan dalam kemuliaan ini. Maka sangat rugilah jika hari-hari Ramadan ini dibiar berlalu tanpa dosa-dosa diampunkan, amalan yang tidak bertambah dan gagal menjadi tetamu di Rumah Allah.

Kita mohon supaya dapat menjalankan amalan di bulan Ramadan ini dengan sebaik-baik amalan. Semoga Allah kurniakan kita kekuatan fisikal dan dalaman untuk dapat melakukan ibadah. 24,000 nafas turun naik kita ini dikira tasbih. Tidur kita dikira ibadah. Semua doa kita dimakbulkan Allah. Inilah masanya menadah tangan memohon ampun kepada Allah. Inilah masanya Allah memandang kita dengan penuh rahmat dan kasih sayang.


Diri kita ini tergadai dengan segala amal buruk yang kita lakukan setiap hari. Maka cara menebusnya ialah dengan memperbanyakkan istighfar dan memanjangkan sujud dalam solat kita mohon keampuanan  daripada Allah SWT.

Antara amalan istimewa di sepanjang Ramadan ini termasuklah menyediakan juadah berbuka kepada orang yang berbuka puasa dengan juadah yang terbaik yang kita sendiri sukai. Sebaik-baik amalan itu ialah yang paling sulit kita melakukannya. Allah SWT memberi pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa yang yang lalu.

Sesiapa yang mendirikan solat-solat sunat di bulan agung ini, balasannya ialah dijamin mereka dibebaskan daripada api neraka Allah. Sesiapa yang mendirikan solat fardu, nilainya umpama mendirikan 70 solat fardu di bulan-bulan yang lain. Ketiganya ialah memperbanyakkan selawat di mana ini akan memberatkan timbangan amal kebaikan di padang mahsyar nanti. Seterusnya ialah membaca satu surah al-Qur'an di bulan Ramadan ini adalah umpama membaca 30 juzuk al-Qur'an di bulan yang lain.

Maka sebagai konklusi, "Ini Kali Lah !!"  Usah tangguh. Usah tunggu lagi. Tingkatkan amal soleh kita. Hari-hari Ramadan pantas berlalu. Jangan biarkan ia berlalu pergi tanpa peningkatan dalam amalan kita. Ramadan adalah anugerah yang tertinggi untuk umat ini. Terimalah anugerah ini. Raihlah segala keuntungan yang tiada tolok bandingnya walaupun dunia dan seisinya. Muliakan diri di sisi Allah SWT. Ini Kali Lah !!

25 June 2013

DAH JADI AHLI MASJID?

Dah Jadi Ahli?

"Dah jadi ahli?" sms saya kepada Amir di UAI. "Ahli ape Pa?" balasnya. "Ahli Masjid," jawab saya. "Owh jadi Pa...he he," jawabnya.

Apa makna jadi Ahli Masjid? Hati terpaut kepada Masjid. Rindu dan cinta kepada Masjid. Sangat ingin berkunjung ke Masjid. Sentiasa peka dan sedia untuk ke Masjid. Rasa resah bila tidak ke Masjid. Rasa teruja dan sangat syukur dipilih Allah untuk ke Masjid. Itulah ciri utama Ahli Masjid.

"Ini rezki," kerana tidak semua dapat datang ke Masjid.  Islam mendorong kita jadi orang baik dengan berada di Rumah Allah. Islam mengajak kita bercakap dan mendengar benda baik. Islam mengajar kita untuk membuat amal soleh bagi mendapat petunjuk dan redha Allah. 

Kita datang ke Masjid juga malam ini kerana nak faham Agama supaya dapat beramal dengan perkara yang baik2. Cerdiklah siapa yang datang ke Masjid. Beruntunglah sesiapa yang terpilih untuk datang ke Masjid. 

Dalam meniti usia, entah berapa hari lagi yang tinggal? Menghitung hari? Benarkah dapat lagi berjumpa Ramadan tahun ini? Belum tentu. 

Terbina Islam atas lima rukun dan terbina Iman atas enam rukun. Ada 13 Rukun semuanya. Adakah sudah faham semua? Adakah sudah beramal semua? Bila dikatakan dirikan solat lima waktu sehari semalam itu sebagai salah satu rukun Islam, maka untuk solat kena ambil wudhuk. Maka jadilah wudhuk itu sebahagian daripada rukun. Bila berkahwin mengikut syariat Islam yang dicetuskan oleh pegangan dua kalimah syahadah itu maka jadilah perkahwinan sebagai tuntutan rukun Islam itu sendiri. Begitu luas ilmu Allah yang hendak di ketahui yang hendak dituntut dan dipelajari.

Maka menjadi Ahli Masjid ini bisa sangat menjana seseorang untuk lebih ada ilmu. Usah segan lagi untuk mampir duduk di majlis2 ilmu di Masjid saban malam. Sangat malang bila Masjid sunyi sepi daripada majlis2 ilmu, sangat sadis dan pecah amanah. Sangat malang dan petaka besar bila majlis ilmu saban malam diadakan tapi kita tidak kunjung tiba menghadirinya. Tinggal berapa hari lagi usia ini?

Kekadang banyak sangat aircond akan bekukan otak. Naik kereta pasang aircond, pergi ofis aircond, balik rumah aircond, tidur bilik aircond, makan kat restoran aircond. Tentulah otak beku. Bila beku otak walaupun duduk berdekatan dengan Masjid akan gagal hadir ke Masjid. Sayang meninggalkan ruang tamu atau bilek tidur yang ber aircond walupun azan berkumandang di cuping telinga.

Duduk di Jalan Makruf tapi sekelilingnya mungkar belaka. Duduk di Bukit Beruntung tapi masih rugi tak kesudahan. Rumah di jalan suaidamai tapi hati dok asyik gundah dan gulana sepanjang masa. Ahli seumur hidup khairat kehidupan tapi lupa nak daftar masuk sebagai ahli khairat kematian. Sepanjang hidup tak pernah jejak kaki ke Masjid tapi bila mati tetap cari orang Masjid untuk urus mayatnya yang mula membusuk.

Berapa ramai pula Ahli Masjid tapi hati masih jauh dari Agama? Berapa ramai yang dekat dengan Masjid tapi tak faham Agama? Berapa ramai pula yang hadir mendengar kuliah Maghrib tapi jiwanya melayang entah kemana. Ini juga masalah. Berapa ramai manusia yang sudah mengaku Ahli Masjid tapi masih menyokong pemimpin yang menolak Islam?

"Pakcik nak tanya, ada tak orang Islam masuk Neraka?" Ustaz menjawab, "Ramai." Kalau setakat dengan nama, orang Islam boleh masuk Syurga maka ramai lah orang Yahudi dapat masuk contohnya di zaman Nabi orang yang bernama Abdullah Bin Ubai seorang kafir yahudi. "Jika seseorang meremeh-remehkan rukun Islam yang lima itu, maka sesatlah orang itu." Hanya orang yang beriman dan bertaqwa yang mendapat redha Allah dapat masuk ke dalam Syurga Allah. Hidayah itu milik mutlak Allah. Semoga kita berada dalam hidayah Allah.

Pemimpin yang kapitalis akan mengkapitaliskan rakyatnya. Pemimpin yang komunis akan mengkomuniskan rakyatnya. Pemimpin yang sekular akan mensekularkan rakyatnya. Itulah lumrah pemimpin yang berkuasa dari dulu hingga kini. 

Di zaman Kerajaan Umaiyyah, Khalifah ke-6 Sulaiman Bin Abdul Malik tidak minat kepada Agama tapi lebih menumpu kepada pembangunan, suka membina bangunan dan landmark. Dia juga membina tempat perlindungan dan rawatan untuk orang sakit yang menjadi asas kepada hospital yang kita kenali kini. Dia bangga dengan bangunan dan pembangunan fisikal. Pengisian ruhani terabai. Aqidah pemimpin akan mencorak aqidah rakyat jelatanya. 

Khalifah ke-7 ialah al-Walid Abdul Malik adalah seorang pencinta wanita, sukakan perempuan dan hiburan. Maka rakyatnya juga menjadikan perempuan dan hiburan sebagai topik perbincangan. Khalifah ke-8 ialah Umar Bin Abdul Aziz seorang pemimpin yang bertaqwa. Misinya jelas memimpin negara kepada redha Allah. Agenda utama ialah Agama. Rakyat bercerita fasal Agama. Di zamannyalah himpunan hadis-hadis dibukukan. Umar Bin Abdul Aziz terkenal dalam sejarah sebagai salah seorang Khalifah yang teragung dalam dunia Islam.

Statistik tahun 2010 yang dipaprkan dalam majalah al-Islam menunjukkan terdapat satu juta anak luar nikah di Malaysia. Maka sudah tentu emak dan bapa anak2 ini juga tidak bernikah. Maka di sini ada tiga juta manusia luar nikah. Satu gejala sosial yang sangat memudaratkan. Apakah solusinya? Kembali kepada Allah.

Larilah berjumpa Allah di rumah-Nya. Jadilah Ahli Masjid. Janganlah menyesal tidak membuat perubahan di dunia ini hinggakan tiada perubahan di Akhirat nanti. Kau terimalah amalanku ya Allah. Kenapa aku tidak jadikan Rasulullah sebagi role model aku? Di Akhirat nanti hanya Rasulullah yang bisa memberi syafaat. Umat terdahulu menyatakan, "Beruntunglah sesiapa yang dapat menjadi umat Nabi Muhammad." Tapi mengapa kita tidak merasa beruntung? Tidak merasa beruntung sehinggakan sanggup menentang Rasulullah.

Sebagai konklusi carilah suasana iman supaya dapat mencetus keimanan yang mantap. Lingkungkan diri bersama sahabat-sahabat yang alim dan bertaqwa. Carilah majlis2 ilmu untuk dihadiri supaya kita dapat jadi orang berilmu kerana sesungguhnya amal tanpa ilmu sangat kosong. Dan orang berilmu itu tinggi darjatnya di sisi Allah. Daftarlah dalam minda masing-masing aku ini Ahli Masjid. Masjid tempat peberet aku, insyaAllah.

19 June 2013

'ROLLERCOASTER' IMAN MENUJU RAMADHAN !

Rollercoaster Iman Menuju Ramadan
Iman ini ibarat rollercoaster. Sekejap di atas sekejap di bawah, kekadang di puncak kekadang merundum, sekejap laju sekejap slow down. Apakah itu lumrah hamba yang hina? Ya Allah kekalkan hamba Mu ini dalam istiqamah melakukan ibadah dan amal soleh.

Pada pemanduan rutin sejauh 46km ke tempat kerja pagi ini, seorang hamba Allah memberi perkongsian bahawa dia penuhinya dengan zikrullah, slawat, istighfar dan sedekah hafazan ayat2 suci al-Qur'an kepada arwah orang2 tersayang. Diselit juga dengan muhasabah diri dan tangisan taubat dan memohon keampunan daripada Pencipta. Bukan niat riak katanya cuma sekadar pembakar semangat atau pencetus fikir.

Kalau selama ini kita menghitung pada neraca masa iaitu berapa minit berapa jam berapa hari? Atau jari sibuk dengan tasbih atau counter untuk mengira. Apa kata sepanjang memandu itu kita hitung guna jarak pula, berapa km? Usah peduli bilangan lagi. Mungkin mencapai ribu-ribu. Biar Allah saja yang tahu. Yang penting kita ikhlas nawaitu kerana Allah.

Cuba bayangkan: "Subhanallah" selama 9km, "Alhamdulillah" selama 9km. Kemudian break sekejap mendengar slot motivasi pagi pada pukul 7:30 di radio IKIM sekadar 10 minit. Kemudian sambung "Allahu Akbar" sejauh 9km, Selawat sepanjang 9km, muhasabah diri, penyesalan, taubat dan mohon keampunan Allah sejauh 1km dan Istghfar sejauh 9km lagi. Wow 46km pengisian yang padat dan mantap. Pulang dari ofis pun boleh membuat pengisian sebegini atau yang sewaktu dengannya. Maka tidak sia2lah waktu di jalanan itu. Lagi jem lagi bagus sebab lagi banyak zikirnya.

Cuba bayangkan dari Rumah ke simpang Sg Choh di penuhi dengan bacaan surah2 lazim dengan niat sedekah kepada waris dan kerabat di alam barzakh. Dari Sg Choh ke simpang Mydin Rawang zikir "Subhanallah". Dari Mydin ke Tesco Rawang bibir dibasahi "Alhamdulillah". Dari Tesco ke Selayang "Allahu Akbar". Dari Selayang ke Batu Caves sibuk berselawat. Dari Batu Caves ke Melawati muhasabah diri. Akhirnya Melawati hingga sampai ke ofis istighfar. Perjalanan 46km yng sangat tinggi nilai manfaatnya dalam konteks bekalan harta untuk Akhirat yang kekal abadi.

Ya Allah aku bergantung harap kepada Mu, hanya pada Mu, tidak pada makhluk. Engkau permudahkan segala urusanku, cukupkan rezkiku. Janganlah Engkau mufliskan aku di Akhirat yang kekal abadi dan janganlah Engkau mufliskan aku di dunia Mu yang fana ini. Jadikan segala aktivitiku hari ini sebagai ibadah kepada Mu.

Syaaban sudah mencapai angka 9. Bagaimana pengisiannya setakat hari ini? Di simpang tiga Sg Choh tadi saya lihat ada sebuah banner mempromosi satu kuliah maghrib oleh Dr Basit di surau al-Ikhlas Sg Buaya. Terpapar dalam huruf besar kata2, "Rejab dan Syaaban dipinggirkan,Ramadan tidak terkesan, Kenapa?" Begitulah lebih kurang ayatnya. Membawa makna pentingnya perlakuan dan rutin harian kita di bulan Rejab dan Syaaban ini demi untuk memberi kesan hebat pabila Ramadan tiba.

Seorang Ustaz memberitahu bahawa Rejab itu kalau dalam pertanian ibarat buat earthwork, clear semak, ratakan tanah, gemburkan tanah, bakar semak samun, sediakan tapak untuk menanam, menyemai pokok, dan menabur anak benih.

Syaaban pula dipenuhkan dengan menyiram tanaman, membaja, meracun serangga perosak dan membelai anak pokok dengan kasih sayang demi mencapai pokok dan tanaman yang tumbuh dan membesar dengan subur.

Maka tibanya Ramadan adalah bulan dimana aneka tanaman itu menampakkan hasilnya. Tanaman hijau dan segar. Elok benihnya eloklah hasilnya. Benarlah tidak rugi berbudi pada tanah. Tanam benih yang baik di bulan Rejab/Syaaban untuk dapat hasil yang baik di bulan Ramadan nanti.

Bunga yang berputik bakal menghasilkan buah yang enak dan baik. Kelopak2 daun segar dan pucuk2 baru terus petah bercambah silih berganti. Siraman air yang mencukupi, semak samun yang di cantas, dan pembajaan yang berkahasiat membuatkan pokok sayuran dan buahan yang di tanam membuahkan hasil yang diharapkan untuk manfaat hari2 mendatang. Bukan setakat itu kerana suasana dan cuaca yang elok akan menggandakan hasil tanaman pada kadar yang tak terfikir dek akal. Lumayan sungguh pendapatan si petani dan penguasaha tanah Allah ini.

Maka Ramadan akan dimanfaat sepenuhnya tidak lagi lesu atau tiada beza daripada bulan2 yang lain. Ramadan sebagai masa terbaik meraih keuntungan berlipat ganda. Maka sangat penting untuk tidak meminggirkan Rejab dan Syaaban sebagai bulan2 kerja keras untuk memenuhi syarat2 pre-requisite, bulan latihan intensif untuk menguasai segala teknik dan strategi kejayaan.

Syaaban yang bebaki 20 hari ini jangan dipinggirkan lagi. Penuhi dengan berlatih, berusaha sedaya upaya dan plan bertindak yang di praktikkan iaitu segala aktiviti amal soleh.

Kalau Rejab dimulai dengan 2-3 hari ibadah puasa sunat, mengaji al-Qur'an yang sekali sekala, zikrullah atau slawat yang tidak konsisten, solat tahajjud atau witir yang jarang-jarang, solat dhuha yang kadang-kadang, sedekah yang masih liat, ke masjid yang masih payah, acap ponteng majlis2 ilmu atau solat jemaah yang masih tak lekat, maka Syaaban ini biarlah segalanya berubah.

Pendakian slow motion sebuah rollercoaster yang akan diikuti dengan penuruan dengan pecutan laju pada landasan berpusing atau bengkang-bengkok yang di hujung landasan itu biar ada kepuasan dan rasa lega yang hebat.

Gandakan usaha amal soleh hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Bersihkan hati untuk mudah mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah yang tidak terhitung banyaknya, sabar pada setiap ujian Allah dan redha menerima segala ketentuan Allah.

Usah putus harap. Menaiki rollercoaster iman menuju Ramadan adalah pengalaman yang menyeronokkan pada hati yang hidup, pada jiwa yang dahaga, minda yang sering fikir dan risau. Kekalkan di jalan yang lurus menuju redha Allah. Bila terlintas untuk melakukan sesuatu amal soleh, jangan bertangguh lagi. Terus lakukan.

Di mana pengakhiran hidup ini, apakah di Syurga atau Neraka? Maka setiap langkah dan pengisian masa dalam perjalanan menuju kehidupan akhirat yang kekal itu akan sentiasa diambil secara peka dan berhati-hati. Langkah atau strategi yang silap bisa menjerumus diri ke lembah kehinaan dan penyesalan yang tiada gunanya.

12 February 2013

IKHLAS ITU RAHSIA ! ALLAH SAHAJA YANG TAHU

Syukur atas nikmat Iman dan Islam. Moga2 beroleh kejayaan untuk taat kepada Allah, dapat tekun beribadah, istiqamah melakukan amal soleh dan mencapai matlamat takwa hingga memberi kejayaan di dunia dan akhirat.

Kita tahu kita ini lemah bangat, maka atasi kelemahan ini. Kita sedar kita ini selalu lalai, maka tepuk dahi dan celik minda berubah supaya tidak lalai lagi. Kita tahu kita ini banyak dosa, maka apa tunggu lagi untuk taubat pada Allah, mohon keampunannya? Apa boleh buat saya ini bodoh. Buang sifat bodoh itu, kena mengaji kena belajar. Jangan lagi ikut lemah diri. Kena jadi kuat.

Kena ada ilmu. Ibadah tanpa ilmu ibarat tanam pokok buah tapi tak keluar buah. Ibadah tanpa ilmu ditakuti ditolak. Ilmu itu ibarat baja yang memberi hasil kepada ibadah, menyubur pokok dan melebatkan buah. Sebab ibadah orang alim orang berilmu ini walaupun nampak sikit tapi besar di sisi Allah. Ibadah membuka jalan untuk ke Syurga.

Bila ada ilmu mestilah beramal lakukan ibadah dan janakan usaha dakwah hinggalah tahap tertinggi berjihad menegakkan agama Allah. Kita tahu dah mengaji itu wajib belajar itu wajib, tapi tak nak mengaji tak nak belajar tu apa hal? Maka marilah sama2 suloh diri supaya dapat memelihara, mendidik dan membimbing diri memandu secara berhemah di jalan yang lurus.

Kita doa dalam bacaan surah al-Fatihah tidak kurang 17 kali sehari dalam solat2 fardu supaya Allah “Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”

Sebelum wajib ada wajib. Contohnya sebelum wajib solat maka kenalah wajib belajar solat. Kita belajar tauhid dah lama dah tapi yang sadisnya masih gagal mentauhidkan Allah. Kena ubah. Belajar itu jalan kita. Jangan membesarkan tidur sebab tidur hanya dapat taik mata. Ada orang yang tidur tapi hatinya celik. Sehingga boleh mebezakan antara dosa dan pahala, nafsu dan syaitan.

Ikhlas itu rahsia. Jika diberitahu orang maka ia bukan ikhlas lagi. Ikhlas di hati ialah kosongkan hati selain Allah. Penuhi hati dengan Allah semata. Nawaitu kerana Allah. Ikhlas ialah menunggalkan Allah iaiatu mengesakan Allah. Qur’an sahaja yang benar. Allah sahaja yang Esa. Tiada sesuatu perihal makhluk dapat disamakan dengan Allah. Melihat Allah tidak dengan perantaraan makhluk. Jika Allah itu digambarkan sekian-sekian, maka itu bukan Allah.

Pelajaran perihal tauhid mesti di ulang-ulang sampai dapat faham. Bila difikir hebatnya barang yang dijadi maka kena fikir apatah lagi hebatnya penjadi. Maka kena fikir hebat pencipta kepada penjadi. Contoh kita tengok penduduk Malaysia seramai 28 juta ini, cop jari dia unik satu pun tak ada yang sama. Barang jadi yang hebat. Apa lagi penjadinya,tentulah Maha Hebat.

Barang buatan makhluk ni ada tempoh masa, lama-lama jemu. Tapi ciptaan Allah tak jemu kita. Untuk jadi hamba Allah ini kena di mana-mana. Bukan setakat di masjid atau di depan orang. Di masjid aku ini hamba Allah, di rumah pun aku ini hamba Allah. Bila orang tak nampak pun, aku tetap hamba Allah.

Bersihkan hati daripada segala sifat tercela yang dikeji sehingga suci. Pencuci hati ini pun kenalah ada bahan pencucinya. Antara lain bahan pencuci yang efektif ialah taubat, zikir dan selawat. Setiap yang bersih tak semestinya cuci dan setiap yang suci sudah semestinya bersih. Maka pilihlah yang suci.

Ibarat nak potong rambut, kenalah cari jari jemari yang suci pegang kepala kita yang mulia. Kalau pemotong rambut orang kafir, mungkin tangannya bersih sebab basuh dengan sabun tapi tidak semestinya suci sebab mungkin dia pegang daging babi atau sentuh anjing atau berak tak basuh. Maka afdal lagi pilih tukang gunting rambut yang Islam.

Suloh diri aku ini umat Nabi? Dah cukup 1,000 kali aku selawat kepada Nabi hari ini? Kalau belum layakkah nak mengaku aku ini umat Nabi? Di Akhirat besok katanya nak bersama di sisi Nabi. Maka kenalah usaha dan menzahirkan kecintaan kepada Nabi. InsyaAllah sempena Maulid Nabi ini marilah azam untuk istiqamah selawat 1,000 kali sehari.

Ciri ikhlas ialah tidak mengharap pujian. Boleh puji tapi jangan lebih2. Kembalikan pujian kepada Allah. “Ish sedap bacaan Imam.” Alhamdulillah. Di hina sama di puji sama. Setiap kepandaian yang kita ada ini, semuanya daripada Allah belaka. Bila2 masa Allah boleh tarik balik.

Dunia ini ibarat syurga kecil. Semuanya bersifat sementara. Sedap yang dirasa itu bersifat sementara. Kalau tak ada sifat rasa maka tiada lagi nikmat makan itu. Rasa masam atau rasa manis, kedua-dunya nikmat. Maka syurga besar itu ialah di Akhirat. Nikmat yang kekal. Maka carilah bekal supaya dapat bawa ke Akhirat.

Kena faham bahawa setiap amal soleh yang dilakukan ini, yang terimanya Allah. Maka kenalah consisten dan istiqamah iaitu di depan orang pun sama di belakang orang pun sama. Di sini sempurna di rumah pun sempurna. Kena rasa kamu dilihat. Jangan jadi hamba Allah yang meragui aku ini hamba Allah.

Seseorang yang menuntut redha Allah maka dunia pun dia dapat akhirat pun dia dapat manfaatnya. Contoh bila saya khidmat kepada ayah saya dan niat saya untuk mendapat redha Allah. Maka saya akan dapat kedua-duanya iaitu redha ayah dan redha Allah. Sekiranya kamu mengajar agama jangan mengharap upahnya. Tapi kalau orang bagi ambil. Rezki Allah sudah tentukan.

Kenapa berubah? Kerana Allah. Jika dulu kaki perempuan, sekarang tidak lagi kaki perempuan. Kerana apa? Kerana cacat sebab accident. Kenapa bukan lagi jadi kaki maksiat? Kerana uzur. Maka itulah yang kamu dapat. Tiada nilaian di sisi Allah. Jangan sampai ada tersirat niat lain selain kerana Allah. Nak hijrah kepada kebaikan mesti nawaitu kerana Allah.

Nak sampai kosongkan hati memang susah. Kena latih. Banyak sebut Allah. Ikhlas itu rahsia. Lupakan kebaikan kamu kepada orang dan lupakan kejahatan orang kepada kamu. Ingat hanya Allah dan kematian. Ulamak bedah hati kita dan kita rasa sakit sebab kita ini berpenyakit. Apa jua yang Nabi kasih maka Syaitan akan benci. Sama2lah kita suloh diri masing2. Semoga jalan kita benar.

@@@
Posted by School Of Tots

26 December 2011

JANGAN JEMU NIKMATI SUMBER ILMU DI MASJID

Sumber Ilmu Di Kuliah Maghrib
Dalam perbualan saya dalam kereta bersama isteri sekejap tadi sekembalinya kami dari majlis ilmu di Masjid As-Salam, saya berkata "Bagi orang awam rasanya Kuliah2 Maghrib di masjid dan surau saban malam itu adalah merupakan sumber ilmu yang paling sesuai. Cuma masalahnya malas nak pergi majlis, itu yang payah faham agama." Tambah saya lagi, "Cumanya memetik kata2 Ustaz Azhar Idrus, setakat belajar di Kuliah Maghrib tak bolehlah nak mencapai tahap nak jadi ustaz untuk mengajar orang. Tu kena mengadap tok guru dan usaha tadah kitab dalam pelbagai cabang ilmu."

Tiang dalam agama ialah memahami agamanya. Maka tidak boleh tidak kenalah kita mengaji dan menuntut ilmu. Jangan berputus harap. Cintailah majlis2 ilmu terutamanya kuliah2 maghrib. Kalau dapat hadir 5 kuliah maghrib seminggu Alhamdulillah...mantop.

Menuntut ilmu bermanfaat itu bakal mendekatkan diri pada Allah, menjadikan kita rasa seronok beribadah, akan terasa kerugian jika meninggalkannya, akan menambah sifat tawadduk dan rendah diri. Apa yang diketahui itu terlalu sedikit berbanding dengan ilmu Allah yang maha luas. Ilmu bermanfaat bisa membuka mata hati untuk kita muhasabah diri dan berusaha semampu mungkin untuk mengatasi kelemahan diri.

Barangsiapa yang diberi kebaikan selalunya Allah akan kurniakan kefahaman agama yang baik. Dengan kefahaman agama ini akan mendekatkan diri kepada ketaqwaan. Ramai lagi umat Islam termasuk blogger2 sekelian yang masih memberi ucapan selamat kepada sambutan hari kebesaran agama lain, sedangkan ini sangat ditegah. Hari2 perayaan ini merupakan kemuncak pengiktirafan tuhan mereka sekaligus syirik kepada Allah. Bagi kamu agama kamu dan bagi aku agama aku, tiada kompromi perihal aqidah. Usah terperangkap dengan agenda masyarakat majmuk atau persoalan sosial, kalau ia menyentuh persoalan aqidah secara di sedari ataupun tidak. Allah itu Esa.

Fahaman golongan liberal dan kelompok pemikir bebas ialah menganggap semua agama itu sama. Setiap sesuatu ada tiang2nya ada batasan2nya. Tuhan hanya satu. Mana boleh semua agama itu sama. Syirik kepada Allah adalah dosa nombor uno yang tiada maaf bagimu. Ramai pemimpin2 muslim dunia masih zalim dan tidak amanah menjaga kepentingan rakyat kerana begitu takut kepada kuasa memerintah yang ada melebihi takut mereka kepada Allah yang Esa. Kefakiran ilmu agama bakal menyesatkan manusia. Mantapkan aqidah untuk selamat dunia dan akhirat.

Dalam menuju kemantapan iman, kita kena mencari ilmu terutamanya ilmu tauhid dan tasauf. Seterusnya bertaubat atas kesilapan dan dosa2 yang kita lakukan dengan sepenuh penyesalan, meninggalkan secara total kemungkaran itu dan tiada lagi niat untuk mengulangi perbuatan dosa berkenaan. Step ketiga ialah mengatasi halangan memanjang yang boleh menghalang ibadah kita daripada sampai kepada Allah SWT iatu halangan dunia, manusia, syaitan dan nafsu.

Janganlah cintakan dunia hingga melepaskan akhirat. Tidak salah mencari harta dan wang ringgit namun gunakanlah ke jalan Allah supaya dunia akan membawa faedah bernilai untuk akhirat. Zikrullah itu tampak seperti perbuatan yang membuang masa tapi hakikatnya hasil lumayan menanti untuk dikutip di akhirat. Manusia selalu bergaduh dan bercakaran kerana urusan dunia. Ada kita bergaduh soal akhirat?

Rintangan yang menghalang ibadah kita untuk sampai kepada Allah yang datangnya secara berkala pula ialah rezki, rasa khuatir, qada Allah, dan musibah. Persoalan rezki ini adalah dalam budget Allah sepanjang hayat kita. Rezki seseorang sudah termaktub di atas sana. Namun ia tidak menghalang kita berusaha mencari rezki di dunia ini semampu mungkin.

Khuatir pula ialah perasaan yang menyebabkan kita bimbang tidak tentu hala. Untuk melawan perasaan khuatir dan bimbang ini, kita kenalah buat apa yang Allah suruh sekaligus meninggalkan apa yang Allah larang. Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah.

Yang kaya dan yang miskin ialah qada Allah belaka. Ditakdirkan kita miskin maka bersyukurlah kerana Rasulullah lebih suka kepada orang miskin. Namun orang yang kaya iman ialah orang yang terhebat di sisi Allah. Ilmu Allah cukup lengkap, namun ia tidak menafikan hak untuk berusaha dan berikhtiar yang terbaik. Seterusnya berserah kepada ketentuan Allah. Man Jadda Wajjada. Sesiapa yang berusaha dia akan mendapat.

Musibah yang menimpa seseorang samada musibah kecil atau besar sebenarnya ialah tanda kasih sayang Allah. Maka kembalilah kepada Allah. Pada setiap musibah seperti kematian, kemalangan atau sakit adalah ujian daripada Allah, tanda kasih sayang-Nya.

Teruskan pencarian ilmu. Jangan putus harap untuk menjadi manusia yang lebih baik. Marilah berusaha dan berikhtiar untuk menjadikan segala perlakuan kita besok lebih baik daripada hari ini, insyaAllah.

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."