Sebagai orang yang beriman, kita kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat status atau darjat terbaik di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia di dunia sahaja tetapi kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana kaum atau puak atau golongan manusia yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan....Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Dan Adakah menghalang orang Islam yang berilmu dengan ilmu Allah berceramah, tazkirah atau berucap di dalam rumah Allah tidak menjadi kesalahan terhadap Allah! Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."
Rasulullah Saw besabda,
“Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya. Maka barangsiapa tidak mampu (mengubah dengan tangannya), hendaklah ia mengubah dengan lisannya, dan barangsiapa tidak mampu (mengubah dengan lisannya), hendaklah ia mengubah dengan hatinya, tetapi yang demikian itu adalah selemah-lemah iman” (HR Muslim).
Hadits ini dengan jelas menunjukkan bahwa mengubah kemungkaran merupakan kewajiban setiap Muslim. Sesuai dengan urutannya, setiap Muslim hendaknya berupaya semaksimal mungkin untuk menghentikan kemungkaran dengan tangannya. Bila tidak mampu dengan tangan, maka dengan lisannya. Bila tidak mampu juga, maka cukuplah hati kita mengingkari dan menolaknya, bukan justru mendukungnya.
Namun, kebanyakan umat Islam saat ini kurang peduli dengan kemungkaran yang merebak di masyarakatnya. Atau ia langsung memilih alternatif ketiga, yaitu mengubah kemungkaran dengan hatinya, padahal ia belum mencoba mengubah dengan tangannya atau dengan lisannya.
Dalam konteks amar ma’ruf nahi munkar, ma’ruf adalah maa ‘arofahu al-aqlu wasy-syarru’ (sesuatu dianggap ma’ruf bila seusai dengan ajaran Islam dan akal), sehingga ukuran kebaikan itu tidak terletak pada subyektifitas perorangan. Kita sering mendengar sesuatu baik, akan tetapi tidak jelas baik menurut siapa. Baik dalam mustholahul Islami adalah baik menurut Allah dan baik menurut akal. Sedangkan al-munkar adalah maa ankaro ‘alaihi aqlu wasy-syar’ (sesuatu yang diingkari oleh akal dan Islam). Jadi amar ma’ruf nahi munkar itu dua istilah terminologi dalam Islam, sehingga cara memahaminya harus dikembalikan kepada Islam itu sendiri.
RAKAN BLOG MASJID
02 October 2011
SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI KE MALAYSIA
S/U Masjid AsSalam(Sdr Ramle Mey) alhamdulillah telah dipilih Allah dan telah bertolak ke Mekah pada 29 September lepas bersama isteri yang dikasihi. Semoga beliau dikurnia kesihatan dan ibadah yang diterima Allah dan selamat pulang ke Malaysia dengan selamat selepas melakukan ibadah yang merupakan rukun Islam ke 5 itu.
Tuan Nazir (Ustaz Abu Bakar ) , Timbalan Nazir (Kapten(B) Nazaruddin) ,pegawai , ajk dan ahli kariah masjid mendoakan kesejahteraan beliau dan keluarga di sana. Aminnnn..
Ops ! Maaf Tuan Imam II (Ustaz Abdul Halim) kerana memilih foto yang unik ini kerana ada kisah yang mahu dikaitkan almaklumlah tidak lama lagi Hari Raya Korban. Teringat , beliau adalah tukang sembelih berpengalaman dan sekiranya beliau dipilih Allah ke Mekah maka kenalah cari yang lain sebagai pengganti di hari raya eiduladha nanti.
Pak Imam ini adalah nama dalam simpanan Tabung Haji yang boleh dipanggil bila-bila
masa untuk dipilih ke Mekah.
Timbalan Nazir juga dalam kesibukan tugas dan bisnis sendiri diberitakan sedang menunggu panggilan dari Tabung Haji untuk dihantar ke Mekah.
01 October 2011
ALHAMDULILLAH 9 ORANG DITAJA MAIS TUNAIKAN HAJI 2011
KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menaja 9 orang bakal-bakal haji bagi menunaikan haji untuk tahun 2011 pada Majlis Menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku oleh Bakal-Bakal Haji 1432H di Istana Alam Shah pada 19 September yang lalu.
Tajaan diberikan kepada pegawai masjid dan mualaf yang banyak memberi sumbangan kepada pembangunan Islam di negeri Selangor. Selain itu, bakal-bakal haji yang terpilih ini terdiri daripada mereka yang cemerlang dan banyak menyumbang masa tenaga serta fikiran kepada masyarakat dan jabatan masing-masing.
Penyampaian cenderahati kepada individu-individu yang mendapat tajaan menunaikan haji disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Selain MAIS, turut menaja bakal-bakal haji bagi menunaikan haji ialah DYMM Sultan Selangor seramai 6 orang, Tabung Bantuan Menunaikan Haji Tajaan Waris / Kerabat DiRaja Selangor dan Dato'-Dato' DiRaja Selangor seramai 4 orang, Lembaga Zakat Selangor (LZS) seorang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) seramai 3 orang dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) seramai 18 orang menjadikan jumlah keseluruhan bakal-bakal haji yang ditaja adalah seramai 41 orang.
Turut hadir pada majlis ini ialah YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, YAD Dato’ Setia Pengerusi MAIS, YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor dan Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor.

28 September 2011
INSENTIF YANG AMAT BAIK UNTUK USAHA MENGIMARAHKAN MASJID
Komen Admin AsSalam : Kita yang menguruskan masjid memang mengalu-alukan insentif sebegini baik dan semoga siapa sahaja Kerajaan yang memerintah Malaysia akan melakukan perkara yang sama akan disokong oleh kami.
Sebahagian Cadangan Bajet Yang dijangka untuk 2012.
Semua imam Masjid, Surau seluruh Malaysia akan menerima ganjaran sara hidup bulanan ehsan selama 12 bulan sebanyak RM2,000 seorang. Semua jawatankuasa masjid dan surau seluruh Malaysia akan menerima elaun khas ehsan selama 12 bulan sebanyak RM250 seorang, kecuali Bilal dan Siak sebanyak RM500 seorang. Elaun Ehsan ini sebagai tambahan dan insentif menjalan usaha-usaha imarah Masjid dan Jemaah Kariah. Elaun untuk beli petrol motosikal dan motorkar, bukan buat tak tentu ARAH.

INGATLAH ! BALA ALLAH TIDAK MEMILIH
AS Diserang Wabak Listeria, 13 Maut
Setakat ini sudah 13 kematian akibat wabak jangkitan bakteria yang disebabkan oleh Listeria di lapan lokasi di AS, dan kematian dijangka akan meningkat.
Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan AS mengatakan bahawa sejak Juali lalu, dua orang telah meninggal kerana listeriosis di Colorado, empat di New Mexico, dua di Texas dan masing-masing di Kansas, Maryland, Missouri, Nebraska dan Oklahoma, Denver Post melaporkan pada hari Selasa lepas (27/9).
Food and Drug Administration (FDA) AS mengatakan mereka telah menemukan Listeria monocytogenes, dalam sampel melon yang diambil dari sebuah kawasanpertanian yang berpusat di Denver, yang bernama Jensen Farms.
Jensen Farms sendiri telah menarik semua melon Rocky Ford mereka sejak 14 September lalu sebagai respon terhadap wabah Listeria.
Setakat ini, sudah ada 72 orang yang terjangkit di 18 negara bahagian AS, termasuk 15 di Colorado.
FDA telah menyarankan konsumen untuk tidak mengkonsumsi melon sampai menjadi jelas apakah melon tersebut telah terinfeksi.
Listeria adalah jenis bakteria yang umum ditemukan di tanah, air, tanaman mati dan kotoran haiwan.
Bakteria ini dapat menyebabkan masalah demam, diare dan lainnya namun relatif kecil efeknya pada orang dewasa sihat, tetapi dapat berakibat fatal bagi wanita tua hamil dan orang dengan sistem imun tubuh yang lemah.
Pada tahun 1998 hingga 1999, listeria menyebabkan 14 kematian, dan empat keguguran atau bayi yang lahir mati.(fq/prtv)
sumber
Posted by MR. SATU UMAT
http://www.eramuslim.com/berita/dunia/azab-allah-amerika-sekarang-diserang-bakteri-listeria-13-orang-telah-tewas.htm

MAIS Rapatkan Hubungan India Muslim Dengan India Non-Muslim

Syabas Cikgu Kamarulzaman (Ajk Mask=jid AsSalam) memang aktif dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah .

MAIS Rapatkan Hubungan India Muslim Dengan India Non-Muslim
Rawang – Buat pertama kalinya, Unit Dakwah Global, Bahagian Pembangunan Insan MAIS telah mengadakan satu Majlis Muhibah Ei’dulfitri bersama Komuniti India sempena sambutan hari raya bagi meraikan kesyukuran sebagai tanda kemenangan dan kejayaan umat Islam selepas sebulan berpuasa khusus untuk komuniti India di Rawang.
Majlis ini diadakan di Dewan MPS Taman Kanching Jaya pada 18 September yang lalu dengan kerjasama Unit Pembangunan Insan, Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Persatuan Dakwah Islamiah kebajikan Saudara Baru India se-Malaysia, Perkim cawangan Rawang dan Hidayah Center Cawangan Rawang.
Seramai 300 orang jemputan yang hadir ke majlis ini merangkumi masyarakat India Muslim/Mualaf dan non Muslim terdiri daripada golongan dewasa dan kanak-kanak. Program ini bertujuan mewujudkan suasana harmoni dalam menyatupadukan komuniti India Muslim/Mualaf dengan komuniti India non-Muslim selain dapat mengukuhkan hubungan di antara saudara India Muslim/Mualaf bersama keluarga mereka yang belum menerima hidayah Islam.
Majlis ini dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Ab. Halim Bin Tamuri, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Negeri Selangor. Turut hadir Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Ketua Penolong Setiausaha Sektor Sosial MAIS dan Setiausaha PERKIM Cawangan Rawang Dr. Nakoo Mustan.
27 September 2011
MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA SAUDARA SEISLAM BARU DI ASSALAM
Dari kiri : Dr Azhar Jailani Pengarah Hidayah Center Ikram, Tn Hj. Zakaria dan Ustaz Hamizi (Imam I )
Semalam 27 September lepas Isyak , Cikgu Kamarulzaman ajk Masjid telah berusaha meraikan dan merapatkan silatulrahim keluarga ajk Masjid dengan saudara baru yang masih baru memeluk Islam di sekirat Bukit Beruntung/Bukit Sentosa terutama yang mengikuti kelas mendalami Islam di Masjid Assalam pada setiap Khamis lepas Isyak.
Ahli Majlis Sdr Sazali Norsaham dan Penolong Pendaftar Nikah Ustaz Nor Azmi juga sudi hadir meraikan majlis tersebut.
Cikgu Kamarulzaman sangat ceria mengendalikan majlis serta mempengerusikan majlis tersebut.
Anak-anak lelaki saudara baru Islam ini kelihatan gembira dengan suasana menganut agama Islam yang satu-satu diiktirah oleh Allah s.w.t
Muslimat yang merupakan isteri dan anak saudara baru seIslam turut hadir merapatkan ukhuwah dan berkenal-kenalan dengan isteri dan anak Muslimat ajk Masjid yang hadir.
Lagi kelihatan saudara baru.
Anak-anak saudara seIslam kita juga dijemput hadir bagi memeriahkan suasana dan menggambarkan tiada jurang yang jauh di antara yang Islam dan yang baru masuk Islam.
Antara Saudara baru yang hadir bersama.
Tuan Nazir Masjid Assalam Ustaz Abu Bakar Yang sempat memberikan ucapan dan pesanan serta merasmikan majlis tersebut.
Dr Azhar sdang memberikan ucapan dan nasihat terutamanya kepada saudara se Islam baru yang diraikan dan bagaimana pergaulan orang yang sudah Islam dengan saudara baru serta kehidupan bermasyarakat dengan pelbagai jiran yang beragama lain.
Alhamdulillah majlis ini juga dihadiri ahli kariah, ahli korporat , NGO dan wakil penduduk sekitar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERINGATAN BAGI LELAKI !
Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat
tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit
kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."