RAKAN BLOG MASJID

21 June 2011

TUKANG BERSIH MASJID , RASULULLAH SANGAT AMBIL BERAT

Kubur dipenuhi cahaya

Satu riwayat dari Abu Hurairah r.a Bahawa terdapat seorang wanita yang berkulit hitam bernama Ummu Mahjan yang biasanya membersihkan masjid, suatu ketika Rasulullah SAW merasa kehilangan dia, lantas beliau bertanya tentangnya. Para sahabat lalu berkata, “Dia telah wafat.” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Mengapa kamu tidak memberitahukan hal itu kepadaku?”

Abu Hurairah berkata, “Seolah-olah mereka menganggap bahawa kematian Ummu Mahjan itu adalah hal yang biasa.” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tunjukkan kepadaku di mana kuburnya!” Maka mereka menunjukkan kuburnya kepada Rasulullah SAW kemudian beliau menyembahyangkannya, lalu Baginda bersabda:

“Sesungguhnya kubur ini terisi dengan kegelapan atas penghuninya dan Allah meneranginya bagi mereka karena aku telah menyembahyangkannya .” HR An-Nasa’i

Semoga Allah merahmati Ummu Mahjan r.ha yang sekalipun beliau seorang yang miskin dan lemah, akan tetapi beliau turut berperanan sesuai dengan kemampuannya.

Oleh karena itu ia mendapatkan perhatian dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam hingga ia wafat. Sehingga baginda bersegera menuju kuburnya untuk menyembayangkannya agar Allah menerangi kuburnya dengan sholat Nabi saw

2 comments:

  1. ITULAH GANJARAN UTK MEREKA YG BERKHIDMAT KEPADA AGAMA DGN KEIKHLASAN DALAM HATI...PASTI MENDAPAT RAHMAT DR ALLAH SWT.....TUE BARU KHIDMAT BERSIHKAN MASJID...APATAH LAGI KHIDMAT SEBARKAN AGAMA KE SELURUH ALAM SEPERTI PARA SAHABAT BERTEBARAN KE SELURUH DUNIA UTK SEBARKAN ISLAM.....

    ReplyDelete
  2. Jazakallah ... mudahan ramai akan sedar kerja yang kita lakukan amat mulia di sisi Allah walau tiada upah atau gaji yg kecil.Cuma mampukah kita meredah cubaan dan halangan semua itu?

    ReplyDelete

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."