RAKAN BLOG MASJID

05 August 2011

TADARUS MUSLIMIN DAN MUSLIMAT TERUS JADI TERAS RAMADHAN ASSALAM

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah s.w.t walau suara-suara mengenai fakta jarang sekali menjumpai orang-orang bertadarus di mana yang bertadarus hanyalah orang tua namun di Masjid AsSalam dan surau-surau di sekitarnya menampakkan peningkatan dalam bertadarus. Dulu anak-anak muda agak sulit kita jumpa bertadarus namun di AsSalam ini tahun ini atas usaha Imam 1 Ustaz Noor Harmizi telah membuahkan hasil . Ramai remaja dan kanak-kanak telah turut serta dalam program bertadarus kali ini.
Mungkin kita boleh anggap keadaan sekarang memang sedikit berbeza namun Zaman telah berubah zaman langit terbuka zaman cobaan astro dan sebagainya menimbulkan kekangan kepada sukanya kepada tadarus ini. Terkadang membuat hati menjadi berdetak bila membaca al-quran sudah tidak lagi diminati oleh anak-anak muda. Kini , semangat tadarus seperti diwaktu saya masih sekolah telah kembali dan harapan kita mereka(remaja) anak-anak kariah AsSalam terutamanya akan suka sekali mengaji dimasjid bersama-sama teman-teman. Dengan membaca al-quran secara kumpulan dan berketuakan seorang yang mahir Al-Quran yang boleh menegur kesilapan bacaan amatlah menyeronokan jika alami suasana begitu.

Impian kita(sebagai orang Islam) alangkah indahnya bila semangat tadarus akan menghidupkan semangat ikhlas untuk menjadikan al-quran sebagai bacaan kita setiap muslim melalui gerak hati dengan nafasnya dalam setiap langkah kegiatan kita dalam kehidupan sehari-hari untuk senantiasa menyebarkan cinta dan kasih sayang bagi sesama.



Moga kita dirahmati Allah SWT,

Persoalan mengenai tadarus al-Quran.

1) Apa itu tadarus al-Quran??
2) Bila ia disyariatkan??
2) Bagaimana amalan sunnah mengenai tadarus ini??
3) Apa keistimewaan dan kebaikan bertadarus??
4) Apakah tadarus hanya ada amalannya di bulan ramadhan seperti berterawikh??

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

1. Amalan tadarus telah dijelaskan dalam Sunnah Rasulillah SAW, antaranya:

Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. seorang yang sangat-sangat pemurah (dan sentiasa bersedekah), lebih-lebih lagi kemurahannya dan sedekah pemberiannya dalam bulan Ramadhan, ketika malaikat Jibril datang menemuinya. Baginda ditemui oleh Jibril tiap-tiap malam dalam bulan Ramadhan untuk bertadarus al-Qur'an bersama. Sebenarnya Rasulullah s.a.w. sangat-sangat bermurah hati dan sentiasa mengerjakan kebajikan (dengan tidak bertangguh lagi), lebih deras daripada hembusan angin (pembawa rahmat)" (Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)

Hadith ini menjelaskan bahawa tadarus al-Quran dilakukan dengan Jibril a.s. membaca lebih dahulu dan Rasulullah s.a.w. mendengar, kemudian Baginda membaca dan Jibril pula mendengar.

2. Seperti di dalam hadith yang lain, Sabda Rasulullah SAW:

" Setiap tahun sekali biasanya Jibril menyemak al-Quran denganku, tetapi pada tahun ini beliau menyemak denganku sebanyak 2 kali dan aku tidak menyangka demikian kecuali sudah dekat akan ajalku " (Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)

3. Di dalam hadith yang lain:

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: " ... dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, sedang mereka membaca kitab Allah, serta mereka mempelajari kandungan isinya, melainkan turun kepada mereka ketenangan dan mereka diliputi oleh limpahan rahmat, mereka pula dilingkungi oleh malaikat, serta mereka dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya". (Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

4. Hadith ini pula menjelaskan makna tadarus bukan hanya sekadar membaca al-Quran, tetapi juga mempelajari kandungan isinya untuk mengetahui maknanya serta memahami hukum-hukamnya secara mendalam.

Hadith ini juga menjelaskan kelebihan-kelebihan orang yang bertadarus al-Quran dan ia tidak hanya pada bulan Ramadhan tetapi digalakkan juga pada bila-bila masa.

Wallahu allam
Video hanya sebagai contoh sampingan

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."