RAKAN BLOG MASJID

26 September 2011

JANGAN JADI JUMUD

Apa itu Jumud?

Jumud dalam bahasa Arab bermaksud BEKU, KAKU, dan KOLOT. Kenapa saya pilih perkataan Jumud untuk membawa blog saya ini ke mata pembaca? Kerana Jumud ini sangat memberi impak yang besar kepada saya apabila seorang pengetua sekolah menengah telah memanggil saya dengan perkataan JUMUD. Siapa nama pengetua sekolah tu? Tu bukan persoalan penting untuk dijawab kat sini.


Jumud?

Apa yang jumud? Siapa yang jumud? Kenapa wujud manusia jumud? Jumud adalah sempit, fanatik tak bertempat, bagai Abu Lahab dan Abu Jahal, pemuka Quraisy yang ketakutan apabila wahyu Tuhan turun melalui kata-kata Nabi Muhamad SAW menafikan 'tuhan-tuhan' mereka. Apa yang mereka lakukan dalam kehidupan mereka sehingga mereka boleh melawan Tuhan? Apa yang mereka buat dalam hidup mereka? Adakah mereka takut kerana wahyu2 Tuhan itu berlawanan dengan apa yang mereka faham sebelum itu? Apa yang mereka niagakan, apa yang mereka buat untuk mengumpul kekayaan? Adakah mereka peniaga2 agama yang kononnya menjaga kesucian agama, namun akhirnya wahyu Tuhan turun mempertikaikan apa2 yang mereka lakukan itu? Tuhan membenci perlakuan kafir, mungkar, syirik dan segala penyembahan berhala. Tuhan, melalui Nabi melarang segala kemungkaran dan kezaliman yang mereka lakukan atas nama agama. Tuhan tidak mengizinkan Agama-Nya, Cahaya-Nya, Jalan-Nya dipergunakan hanya untuk kesenangan duniawi dan dikotori dengan nilai batil serta unsur kezaliman. Sedangkan Maha Suci Tuhan bukan seperti apa yang orang kafir fahami. Maha Suci Tuhan tidak berbentuk, tidak seperti manusia, tidak menindas, dan tidak zalim. Mesej 'SATU' itu perlulah difahami dengan lebih jelas. Mesej 'ADIL' pun hendaklah disucikan dari segala unsur2 kekotoran nafsu. Kerana yang adil sudah tentunya Suci, dan yang suci adalah daripada ciptaan Tuhan. Dan fitrah kejadian manusia juga daripada kejadian yang suci, bukannya kotor. Kekotoran adalah yang bersifat iblis, ego, ingkar, dan merasakan diri hebat.

Jauhilah segala yang bersifat 'kotor', dan peluklah yang 'suci'.

Wallahualam bil sawab..

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."