RAKAN BLOG MASJID

31 March 2011

MADU BAIK UNTUK SEMUA


Anda tentu sedia maklum ALLAH S.W.T telah memberi kelebihan kepada lebah dengan kekuasaannya mengeluarkan madu asli dari perutnya memberi manfaat dan berkhasiat kepada setiap manusia menggunakannya.

Madu ialah bahan cairan yang membersih (menyah toksik) , menyembuh, membanteras racun, menambah selera dan kecergasan. Madu membantu berperanan sebagai pemangkin kesihatan manusia kerana ia menggerakkan sel-sel (tisu) baru, mempunyai daya pencergas, mampu membaiki tisu yang rosak, kaya dengan glukos serta bahan makanan yang berperanan membentuk sel manakala Vitamin A,B dan C di dalamnya sebagai makanan anggota badan, menumbuh dan memeliharanya.

Vitamin utama dan enzim dalam madu berperanan mencergaskan otak, menggilap dan memberi daya pengingat. Enzim membantu metabolisma (penukaran zat) makanan.Madu menambah dan mengembangkan ‘glycogen’ dalam hati, membersihkan hati dari racun dan kuman serta memberi tenaga kepada badan melawan kuman-kuman penyakit.

Madu berperanan sebagai bahan paling mujarab untuk penyakit dalam perut. Ia membersihkan perut, usus, saluran urat dan saluran lain untuk kesihatan. Zat asam manganese dan besi dalam madu membantu pencernaan dan memproses makanan serta menolong masalah sembelit, bengkak dan bernanah dalam perut dan usus dan masalah panas dalam perut.

Manakala zat asam Namlik merupakan zat utama dapat menahan sesuatu dari kebusukan dan kerosakan di samping dapat mematikan kuman dalam perut.
Dalam satu artikel yang ditulis oleh Dr. Dixon, ia mengatakan, madu sangat kuat menguasai kuman. Sehingga tidak ada satu kuman pun yang sanggup berhadapan dengan madu. Dr Dixon, merupakan seorang dari sekian banyak para ilmuwan yang diberi anugerah oleh Allah dapat mengkaji manfaat madu. Padahal, khasiat madu sudah diungkapkan oleh Allah SWT melalui Al-Quran yang maknanya: “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya, pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkannya.” (An-Nahl 69-69).

Dalam satu kajian oleh para saintis pula madu dikatakan mempunyai bahan antioksidan yang dapat membunuh dan mengeluarkan toksin yang terdapat pada badan manusia yang merupakan punca kepada penyakit-penyakit berbahaya. Rasulullah SAW sangat menggalakkan umatnya mengambil madu sebagai ubat dan Baginda SAW sendiri sangat menyenangi madu.

Oleh yang demikian, mari kita sama-sama periksa balik kabinet didapur rumah kita ada tak madu. Kalau takde pergi lah dapatkan sekarang. Tapi satu masalah, susah sangat nak dapat madu yang asli sebab ramai sangat peniaga penipu . Tapi kalau anda ada madu yang asli insya Allah ianya mampu mengubati demam. Semalam saya sendiri diserang demam dan sebelum tidur 2 sudu madu saya telan. Dengan izin Allah, bangun pagi saya sudah segar seperti biasa.

Nak dapatkan madu asli seperti yang saya beli, boleh dapatkan di Darul Syifa' Bandar Baru Bangi. Saya membelinya disitu. Mungkin ada rakan pembaca yang lain boleh membantu untuk kita kenal pasti tempat-tempat lain yang ada menjual madu lebah yang asli. Pada kaum-kaum wanita, jangan risau jika suami gemarkan madu. Ianya baik untuk kesihatan. Selamat bermadu... Eh silap.. Selamat minum madu...

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."