RAKAN BLOG MASJID

24 March 2011

MASJID 'BLACKOUT' ! ADA HIKMAH DARI ALLAH?


Sebahagian wayar yang telah terbakar.


Masjid AsSalam telah mengalami gangguan letrik beberapa kali sebelum ini.Ini di tambah dengan rahmat Allah dengan musim hujan yang berterusan setiap hari. Dengan tak semena-mena 'blackout' serius telah berlaku pada petang selepas Asar 20 Mac Ahad yang lalu. Masjid Asalam telah memanggil TNB dan didapati peti suis utama telah terbakar.


Pendawaian sedang diperbaiki.


Siak dan kontraktor sedang bertungkus lumus membaiki dan menganti wayar yang rosak terbakar.

1 comment:

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."