RAKAN BLOG MASJID

07 March 2011

SEMANGAT ANAK-ANAK UNTUK BERJIHAD

Semangat Anak-anak untuk berjihad di zaman Rasulullah s.a.w

lbnu Abi Syaibah telah memberitakan dari As-Sya'bi, bahwa ada seorang wanita menyerahkan sebilah pedang kepada anaknya pada hari perang Uhud, tetapi malangnya sang anak tidak kuat mengangkatnya, lalu pedang itu diikatkannya pada lengan anak itu. Kemudian dia mengajak anak itu menemui Rasulullah SAW seraya berkata kepadanya: Ya Rasulullah! Ini anakku, dia dapat mempertahankanmu dari musuhmu! Maka Nabi SAW berkata kepada anak itu: Hai anak kecil, mari menghadapi orang-orang yang di sini! Kemudian beliau menyuruh lagi supaya menghadapi orang di sana! Kemudian anak kecil itu mengalami luka-luka dan terjatuh, maka orang membawanya kepada Nabi SAW; dan bila melihat luka-luka itu, beliau lalu berujar: Hai anak kecil! Barangkaii engkau menyesal ikut berperang?! jawab anak itu: Tidak, wahai Rasulullah! (Kanzul Ummal 5:277)

Ibnu Asakir telah memberitakan dari Sa'ad bin Abu Waqqash ra. dia berkata: Rasulullah SAW telah menolak Umair bin Abu Waqqash ra. dari ikut serta pada perang Badar, kerana menganggap dia masih kecil. Kerana itu, Umair telah menangis, sehingga akhirnya beliau mengizinkannya ikut berperang. Berkata Sa'ad lagi: Lalu aku menolong Umair rnengangkatkan pedangnya. Dan saya sendiri telah mengikuti perang Badar, dan pada wajahku masih belum tumbuh suatu helai rambut pun (yakni masih belum berjanggut). (Kanzul Ummal 5:270)

Ibnu Sa'ad telah memberitakan dari Sa'ad ra. dia berkata: Saya menemui saudaraku Umair bin Abu Waqqash ra. sebelum kami diperiksa oleh Rasulullah SAW pada hari perang Badar, dan aku lihat Umair mencoba melarikan diri dari orang ramai. "Kenapa engkau berlari-lari begitu, hai Umair?", kataku kepadanya. "Aku takut Rasulullah melihatku ", jawab Umair. "Ada apa kalau dia melihatmu?" "Nanti dia akan menganggapku masih kecil, dan menolakku untuk berjihad",jawab Umair lagi. "Kalau dia tidak mengizinkan engkau berjihad, pulang sajalah!" saranku. "Tidak", jawab Umair dengan penuh kesal. "Aku tetap ingin berjihad, siapa tahu aku dapat mati syahid", sambungnya lagi. Apabila Umair diperiksa oleh Rasulullah SAW, benarlah dia ditolak kerana dianggapnya masih kecil lagi. Maka Umair terus menangis, dan meminta supaya dia diperbolehkan berjihad juga, maka Rasulullah SAW pun memgizinkannya ikut berjihad. Berkata Sa'ad lagi: jadi akulah yang membawakan pedangnya, kerana dia tidak kuat membawa pedang itu. Maka betullah seperti yang diinginkannya sebelum itu, bahwa dia adalah di antara orangorang yang terbunuh syahid di medan perang itu, dan ketika itu usianya masih muda, yaitu 16 tahun saja.
(Al-Ishabah 3:135; Maima'uz-Zawa'id 6:68)

2 comments:

  1. DAPATKAN AL-QURAN DIGITAL DI SINI

    Al-Quran Digital ini juga disertai dengan bacaan oleh imam-imam tersohor seperti

    * Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais
    * Sheikh Mahir Al-Moaqeli
    * Sheihk Saad Al-Ghamidi
    * Sheikh Ali bin Abdul Rahman Al Hudhaify
    * Sheikh Muhammad Ayoub

    Dengan ini dapat memudah lagi para pengguna merujuk dan menyemak bacaan setiap ayat yang di baca

    Dilengkapi bersama Al-Quran ini adalah terjemahan dalam 24 bahasa-

    Albanian, Azerbaijani, Bosnian, Dutch, English, Finnish, French, German, Hausa, Indonesian, Italian, Latin, Malaysian, Persian, Polish, Purtuguese, Russian, Spanish, Swahili, Tamil, Thai, Transliteration, Turkish, Urdu
    Antara lain terdapat lebih 1000 koleksi Hadith-hadith sahih termasuk Al-bukhary dan Muslim dimana anda dapat merujuk sebarang hadith dengan cepat dan pantas.

    Apa lagi ciri-ciri menarik dengan Al-Quran versi digital ini

    1) Setiap Ayat boleh dibaca dalam satu mukasurat seperti Kitab Al-Quran sebenar bersama audio
    2) Waktu Solat dan Arah Kiblat setiap bandar di seluruh dunia
    3)Buku-buku mengenai Islam dan pelbagai panduan serta rujukan
    4)Terdapat audio dan video nasyid dan lain-lain lagi
    5)Panduan Haji dan Umrah
    6)BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI HADIAH

    Terjemahan dan tafsir dalam 24 bahasa
    * Tafseer Ibne Katheer (Arabic)
    * Tafseer Ibne Katheer (English)
    * Tafseer Ibne Katheer (Urdu)
    * Tafseer Al-Jalalain (Arabic)
    * Tafseer Al-Jalalain (Indonesian)
    * Tafseer Al-Qurtabi (Arabic)
    * Tafseer Al-Tabari (Arabic)
    * Saheeh Al-Bukhari (Arabic)
    * Saheeh Al-Bukhari (English)
    * Saheeh Al-Bukhari (Indonesian)
    * Saheeh Al-Bukhari (Urdu)
    * Saheeh Muslim (Arabic)
    * Saheeh Muslim (Urdu)
    * Riad-as-Salheen (Arabic)
    * Riad-as-Salheen (English)
    * Riad-as-Salheen (French)
    * Sunnen Ibne Majja (Arabic)
    * Sunnen Nissaie (Arabic)
    * Sunnen Abu Dowood (Arabic)
    * Sunnen Tirmizi (Arabic)
    * Arabaeen Nawawi (Arabic)
    * Arabaeen Nawawi (English)
    * Hadeth Qudsi (Arabic)
    * Qasas-ul-Anbia (Arabic)
    * Al-Kabaer (Arabic)
    * Al-Rahiq Al-Makhtum (Arabic)
    * Belugh elmaram
    * Hisn-ul-Muslim (Arabic)
    * Hisn-ul-Muslim (English)
    * Ahakm Al-Tajweed

    dapatkan al-quran digital di sini
    KLIK DISINI UNTUK TEMPAHAN: http://www.mydigitalquran.com/index.php?ref=zack2210

    ReplyDelete
  2. kita hari nie x de iman,taqwa,kecintaan pada agama macam sahabat ada, sebab tue kita mundur dalam agama.....agama dalam diri kita makin mundur dan agama dalam diri umat makin mundur.....oleh itu kita kena usaha utk dapatkan iman,taqwa,muhabbah pada agama sepertimana sahabah....mereka para sahabah telah berjaya mandapatkan redha ALLAH tp kita belum.......

    ReplyDelete

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."