RAKAN BLOG MASJID

24 July 2009

TAKLIMAT NAZIR MASJID AS-SALAM BERSAMA PENGERUSI SEMUA SURAU DI BAWAH MASJID BUKIT SENTOSA

KEPADA : PENGERUSI & S/U SURAU

PER : TAKLIMAT BERSAMA NAZIR DAN PEGAWAI MASJID

TEMPAT : BILIK KULIAH 1, MASJID AS-SALAM, BUKIT SENTOSA

TARIKH : 31 JULAI 2009 (JUMAAT)

MASA : 9.15 - 11 malam (Lepas Isyak )

Jika ada kesulitan sila hubungi S/u Masjid 013-3905622

MINDA MASJID AS-SALAM TERBITAN PERTAMA UNTUK TATAPAN JEMAAH

23 July 2009

TELESKOP TERBESAR DI DUNIA PADA TAHUN 2018


HONOLULU 22 Julai - Hawaii semalam dipilih sebagai tapak teleskop terbesar di dunia, iaitu sebuah peralatan yang berkuasa besar untuk membolehkan para saintis melihat sejauh kira-kira 13 bilion tahun cahaya dan mendapat petunjuk kepada kelahiran alam semesta

Cermin teleskop seluas hampir kira 30 meter dari garis pusat, atau hampir sama panjang dengan sayap pesawat Boeing 737. Ia akan menjadi begitu besar dan berupaya untuk mengumpulkan cahaya yang pernah dilihat dan digunakan kira-kira 13 bilion tahun dahulu untuk bergerak ke bumi.

Ini bermaksud ahli-ahli astronomi boleh melihat melalui teleskop untuk melihat imej pertama bintang dan galaksi yang membentuk kira-kira 400 juta tahun dahulu selepas berlaku letupan besar (Big Bang).

"Ia akan memberi kami mengetahui sejarah mengenai alam semesta,'' kata jurucakap Thirty Meter Telescope Observatory Corp., Charles Blue.

Teleskop itu dijangka siap pada 2018, dibina di puncak gunung berapi yang sudah mati dan popular di kalangan ahli-ahli astronomi kerana puncaknya berada pada ketinggian 4,205 meter dari paras laut dan menawarkan pemandangan yang jelas ke langit untuk selama 300 hari dalam setahun.

Kedudukan Hawaii yang di tengah-tengah Lautan Pasifik juga bermakna kawasan itu bebas daripada pencemaran udara. Bilangan bandar di dalamnya juga bermakna tidak akan ada cahaya buatan manusia yang menganggu pemantauan. - AP

22 July 2009

MESYUARAT AJK MASJID

KHUTBAH DARI RUSILA



Hikmah di sebalik Israk dan Mikraj

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Walaupun para ulama telah bertelingkah di dalam menentukan bulan dan tahun berlakunya Israk tetapi ia adalah peristiwa yang benar-benar berlaku kepada Rasulullah s.a.w. kerana peristiwa ini dinyatakan oleh al-Quranul Karim dan diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadisnya yang sahih, yang diriwayatkan oleh para ulama secara sahih lagi mutawatir sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi.

Matlamat yang penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ini adalah pengajaran yang besar apabila Rasulullah s.a.w. dijemput oleh Allah SWT menjadi tetamu-Nya pada malam yang sangat bersejarah itu.

Firman Allah Taala (maksudnya): "Maha suci Tuhan yang telah menjalankan hamba-Nya pada waktu malam dari Masjidilharam (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Baitulmaqdis) yang Kami telah berkati di sekelilingnya supaya Kami tunjukkan kepadanya ayat-ayat Kami (tanda-tanda kebesaran dan ketuhanan Kami), sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israk: 1)

Peristiwa Israk dan Mikraj untuk menyatakan Rasulullah s.a.w. adalah benar seorang rasul yang dipilih oleh Allah SWT, membawa satu agama dan pengajaran yang bernama Islam, firman Allah (maksudnya): �Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.� (A-li Imran: 19).

Dan Allah menyatakan juga (maksudnya): "Dan sesiapa yang mencari (berpegang) dengan agama selain daripada Islam, maka Allah tidak akan menerima dan pada hari akhirat dia tergolong dalam orang-orang yang rugi." (A-li Imran: 85) Pada malam yang bersejarah itu, Rasulullah s.a.w. dihimpun bersama dengan roh para nabi dan rasul 'alaihimus solatu wassalam di Masjidil Aqsa, mereka solat berjemaah bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam kepada mereka.

Ini menandakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah satu daripada mata rantai ajaran Islam yang bersambung-sambung dari seorang nabi dan rasul kepada nabi dan rasul yang lain, bermula dari Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan nabi akhir zaman, tidak ada lagi nabi selepas Muhammad s.a.w.

Allah SWT memilih nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan manusia. Mereka terdiri daripada manusia yang memiliki akhlak yang luhur lagi tinggi, bersifat benar, amanah, menyampaikan, cerdik dan bijaksana di kalangan kaumnya dan dipelihara daripada melakukan kesalahan dan dosa.

Adapun mereka yang tidak memahami dan buta al-Quran tidak akan percaya kepada peristiwa Israk dan Mikraj, kerana pada malam Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. ditemukan dengan nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan Bani Israil dan nabi-nabi dan rasul di kalangan umat-umat yang lain, yang cerita-cerita mereka disebut dalam al-Quran, sebuah kitab Allah yang masih wujud sehingga hari ini. Ini menandakan kebenaran al-Quran.

Kebenaran al-Quran bukan sahaja menandakan betulnya Rasululah s.a.w. bahkan juga menjadi pengajaran kepada umatnya. Semua nabi adalah menganut agama yang satu iaitu agama Islam.

Semua mereka bersolat dalam keadaan menghadap Allah SWT dengan cara-cara solat yang diajar oleh Allah. Semua nabi berpegang dengan akidah tauhid lailahaillallah, tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah, tuhan yang layak disembah kepada-Nya, tuhan yang menjadikan dan menguruskan alam ini. Alam ini tunduk di bawah undang-undang peraturan Allah, maka wajib manusia hanya tunduk kepada undang-undang dan peraturan Allah SWT. Itulah ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul yang terpaksa berjuang mengharungi perjuangan yang panjang.

Di dalam peristiwa itu juga ditunjukkan kepada Rasulullah s.a.w. rasul yang disertai oleh pengikut yang ramai. Ada rasul yang disertai oleh pengikut yang sedikit, ada yang berjalan seorang diri, ada nabi yang dibunuh dan ada yang dipenjara.

Itulah nabi-nabi dan rasul-rasul yang membawa ajaran Allah yang berdepan dengan cabaran golongan manusia yang menjadi bala tentera iblis yang akan wujud sehingga hari kiamat.

Peristiwa Israk dan Mikraj untuk meningkatkan semangat Rasulullah s.a.w. supaya jangan takut dan gentar di dalam perjuangan Islam, kerana Islam yang dibawa itu ialah Islam Allah SWT.

Seluruh kuasa besar yang ada dalam dunia adalah habuk-habuk yang kecil yang boleh ditiup angin, bahkan ia lebih kecil lagi apabila berdepan dengan ketuhanan Allah SWT pada hari kiamat.

Seseorang yang menganut Islam hendaklah merasa mulia, tinggi dan hebat dengan Islam, dengan syarat mereka berpegang dengan Islam. Allah SWT memuliakan umat ini dengan Islam. Kehinaan yang menimpa umat ini apabila mereka meninggalkan Islam.

Ditunjukkan pada malam Israk dan Mikraj itu di mana perginya orang yang berpegang dengan Islam sehingga mati dan ke mana arah orang yang menyeleweng dan meninggalkan agama Islam.

Orang yang berpegang dengan Islam diletakkan di syurga dan mereka yang menyeleweng daripada Islam berada di dalam neraka. Hal ini digambarkan dengan jelas supaya diberitahu kepada umatnya sehingga kiamat.

Marilah kita menghayati peristiwa Israk dan Mikraj dengan bukan hanya kita mendengar cerita yang berlaku di dalamnya tetapi yang lebih penting ialah untuk menambah iman kepada Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran Islam untuk sehidup semati dengan Islam sebagaimana yang diperintah oleh Allah SWT.

Firman Allah (maksudnya): �Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam.� (A-li Imran: 102). � la

17 July 2009

MALAM INI BERSAMA USTAZ SUBRI ARSHAD

18 JULAI 2009 LEPAS MAHRIB
SEMUA AHLI KARIAH & PENDUDUK BUKIT SENTOSA / BUKIT BERUNTUNG
BERPELUANG MENDENGAR & MENCARI ILMU
BERSAMA USTAZ SUBRI BIN ARSHAD SELEPAS MAGRIB DI MASJID AS-SALAM
SEMUA DIJEMPUT HADIR

16 July 2009

JOM SOLAT MALAM DI MASJID AS-SALAM

GOTONG ROYONG RAMADHAN 9 OGOS 2009

Ahad 9/8/2009

Masjid As-Salam, Bukit Sentosa
Gotong Royong Sempena Ketibaan Ramadhan
anjuran Pemuda Masjid.

13 July 2009

BERUMUR BAWAH 40 TAHUN HARUS KENAL BELIAU


Sesungguhnya individu ini menjadi simbol perjuangan dan jihad umat Islam di Malaysia yang suatu masa dulu dipanggil Tanah Melayu. Mungkinkah boleh dikatakan perjuangan Dr.Burhanuddin yang sentiasa menyebut slogan "Membentuk Jiwa Merdeka" akan memberi cetusan pembukaaan minda bebas berpandukan Islam dalam era perjuangan umat Islam 1950an dahulu .
Al-Fatihah dan belangkasukawa untuk beliau. Moga Allah menempatkan roh beliau di tempat yang tinggi di sisi Allah bersama para suhada.

04 July 2009

Masjid Bukit Sentosa Akan Melangkah Setapak Dalam Merakyatkan Penduduk Sekitar deng Program Mengimarakkan, Mendekati dan Mengaktifkan Fungsi Masjid

Alhamdulillah Program Nisa' iaitu 'Fiesta Feminin' telah berjaya diadakan dengan kemuncaknya diresmikan oleh Exco Pembangunan Wanita YB Roziah Bt Ismail .
Program ini mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri dan Pentadbiran Masjid As-Salam, Bukit Sentosa.
Nazir Masjid Ust abu Bakar Yan memberi segala kerjasama ruang dan peluang untuk semua yang terlibat dalm menjayakan program tersebut.

02 July 2009

SEMUA RAKYAT HULU SELANGOR DIJEMPUT MEMERIAHKAN PROGRAM MASJID AS-SALAM BESOK !



SESIAPA SAHAJA MENDAPAT MAKLUMAT JEMPUTAN INI , DIALU-ALUKAN TIDAK
KIRA DARI MANA ANDA BERASAL

FEMININ FIEST ANJURAN MASJID AS-SALAM & KERAJAAN NEGERI SELANGOR




PROGRAM AN-NISA' & KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI MASJID AS-SALAM BUKIT SENTOSA , RAWANG

Program Feminin Fiesta An Nisa dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor akan diadakan pada hari Sabtu 4hb Julai 2009.
Program akan dipenuhi dengan acara sukan khusus untuk wanita dan kanak-kanak, pameran,sesi derma darah,kaunseling,ceramah dan forum. Dan pada sebelah malamnya akan diakhiri dengan Forum Perdana.
Marilah sama-sama memeriahkan program yang dianjurkan ini. Insyallah

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."