RAKAN BLOG MASJID

29 June 2011

SOLAT BERMULA SELEPAS ISRAK MIKRAJ

BULAN Rejab mencatat dua peristiwa sedih dalam sejarah perjalanan hidup
Rasulullah s.a.w (juga dikenali sebagai ‘Aam al Huzni).
Dua peristiwa sedih itu ialah kematian isteri kesayangan, Siti Khadijah dan
bapa saudaranya, Abu Talib.Khadijah banyak berkorban harta benda dan wang
ringgit bagi membantu berdakwah mengembangkan syiar Islam. Selepas Siti
Khadijah meninggal dunia disusuli pula kematian Abu Talib yang begitu rapat
dengan Baginda.

Abu Talib adalah orang yang sangat dihormati dan disegani di kalangan bangsa
Arab menyebabkan orang kafir Quraisy tidak berani mengganggu Rasulullah.
Pemergian dua insan yang disayangi itu amat dirasakan Baginda. Selepas itu,
pergerakan dakwah baginda di kota Makkah sering mendapat gangguan daripada
orang kafir Quraisy.
Baginda mendapat tentangan, ejekan serta mendapat ancaman. Rasulullah
akhirnya memutuskan untuk berhijrah ke Taif, tetapi malangnya di Taif juga
Rasulullah turut menerima ejekan dan cacian daripada penduduk di sana.
Maka Rasulullah kembali semula ke Makkah. Penderitaan ditanggung Rasulullah
ketika itu cukup berat dan melihatkan keadaan Baginda itu, Allah s.w.t
memerintahkan Jibril membawanya menjalani peristiwa Israk Mikraj.

Peristiwa menakjubkan itu berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan
Baginda. Ia memberi hikmah dan pelajaran kepada Baginda, sekali gus menjadi
cerminan buat umatnya pada masa akan datang.
Sememangnya peristiwa Israk dan Mikraj amat sukar dimengertikan. Namun ia
membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah yang menguasai seluruh alam ini
termasuk langit dan bumi.
Hikmah yang terkandung di dalamnya perlu direnungi dengan teliti agar dapat
memberi nilai tambah dalam kehidupan umat Islam untuk meningkatkan ketakwaan
dan peningkatan ibadah kepada Allah.

Peristiwa itu dicatatkan di dalam al-Quran Surah Al-Isra’ ayat 1 yang
bermaksud: “Maha Suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk
diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Menurut ulama, Israk dan Mikraj Nabi Muhammad itu adalah pergerakan roh dan
jasadnya sekali. Ia bukan nya satu mimpi, tetapi realiti di mana perkara
berkenaan termasuk salah satu daripada mukjizat yang Allah kurniakan kepada
Baginda.

Justeru, tidak mustahil bagi Allah untuk ‘membenarkan’ tubuh badan
Rasulullah ‘menembusi’ tempat yang terlalu jauh di langit dengan melainkan
dengan kehendak-Nya.
Israk bermakna perjalanan Nabi Muhammad pada suatu malam dari Masjidil Haram
di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dalam tempoh semalaman saja.
Jelas dengan kekuasaan Allah, Dia berkuasa ‘membenarkan’ Baginda diangkat ke
langit untuk bertemu-Nya dalam masa yang teramat singkat.
Sebelum itu, dada Rasulullah dibedah oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati
Baginda dicuci dengan air zamzam kemudian dibuang ketul hitam (‘alaqah)
iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya.
Selepas pembedahan itu, bermulalah Israk Baginda de ngan menaiki sejenis
binatang iaitu yang dinamakan Buraq.
Menurut sarjana, kecepatan Buraq itu membolehkan Nabi Muhammad pergi antara
dua tempat hanya dengan sekelip mata.
Dalam sebuah hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik katanya:
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku didatangi Buraq iaitu seekor
binatang yang berwarna putih rupanya, panjang (tinggi) lebih besar dari
keldai, tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah
perut Buraq mencecah bumi.”

Baginda bersabda lagi: “Tanpa membuang masa, aku terus menunggangnya, ia
melangkah kakinya dengan cepat sejauh penghabisan mata memandang sehinggalah
sampai ke Baitulmaqdis.”
Semasa perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa itu, Rasulullah
diiringi Malaikat Jibrail dan Israfil.
Apabila tiba di tempat tertentu iaitu tempat yang mulia dan bersejarah,
malaikat Jibril mengarahkan Rasulullah bersolat dua rakaat antaranya di
Thaibah (Madinah) iaitu tempat Rasulullah melakukan hijrah, Bukit Tursina
serta Baitul-Laham yakni tempat Nabi Isa dilahirkan.
Selepas itu, Rasulullah turun ke langit dunia semula seterusnya ke
Baitulmaqdis dengan menunggang Buraq pulang ke Makkah pada malam yang sama.
Baginda kemudian naik pula ke langit sampai ke Sidratul Muntaha sehingga ke
Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah dengan melalui tujuh lapis langit.
Selepas itu Baginda kembali semula ke Makkah. Bagi umat Islam, peristiwa
terbabit membawa misi penting iaitu bermulalah kewajipan melaksanakan
perintah menunaikan solat.
Ia menjadi permulaan mukjizat Rasulullah yang menjadi salah satu Rukun
Islam.

Daripada Anas katanya: “Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “…(Selain
dari apa yang aku saksikan semasa aku dibawa Israk dan Mikraj pada malam
itu), maka Allah fardukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang…
lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurang kan lagi bilangan sembahyang
itu yang telah pun dikurangkan sehingga ting gal lima sahaja); maka Allah
berfirman yang bermaksud: ‘Sembahyang fardu (sehari semalam) itu tetap lima
(dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya);
keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti.’” (Hadis riwayat
Bukhari)

Dalam ‘pengembaraan’ luar biasa itu juga Rasulullah menyaksikan banyak
perkara dahsyat terutama balasan yang diterima manusia akibat melakukan
kemungkaran di dunia.
Antaranya Nabi Muhammad melihat wanita digantung de ngan rambutnya dan otak
di kepalanya mendidih kerana tidak mahu melindungi rambutnya daripada
dilihat lelaki lain.
Wanita yang digantung de ngan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada
punggung, minyak panas dituang kan ke dalam kerongkong kerana mereka suka
menyakiti hati suami.
Ada wanita digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum
dituang ke dalam kerongkongnya kerana perempuan itu menyusui anak orang lain
tanpa keizinan suaminya.
Kemudian, wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka
akibat mereka suka mema sy hurkan diri supaya orang melihat perhiasannya.
Begitulah antara seksaan yang menimpa wanita ketika peristiwa Nabi Muhammad
melakukan Israk dan Mikraj. Ia membuatkan Rasulullah berasa sangat sedih
setiap kali mengenangkan peristiwa berkenaan.

sebelum Nabi Muhmmad melakukan Israk dan Mikraj hati Baginda dibersihkan
menunjukkan bahawa hati adalah elemen penting dalam kehidupan manusia.
“Untuk menerima satu tanggungjawab besar seseorang itu perlu memiliki hati
yang bersih dan bersemangat kental.
“Pembentukan individu hebat tidak cukup sekadar membabitkan pengetahuan,
kemahiran, fizikal semata-mata, tetapi memerlukan kepada pembentukan hati
yakni jiwa dan rohani,
kehilangan dua insan yang menjadi tulang belakang kepada Baginda sudah tentu
memberi kesan psikologi yang mendalam.
“Pada tahun ke-11 kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, Baginda menghadapi dua
musibah akibat kehilangan dua insan paling berjasa dan disayanginya.
“Dalam melalui kehidupan apatah lagi melaksanakan pelbagai amanah dan
tanggungjawab bermacam dugaan terpaksa dihadapi.
“Melalui peristiwa Israk dan Mikraj, ia bukan sekadar perjalanan untuk
berlibur, tetapi Rasulullah menerima satu tanggungjawab besar untuk
dilaksanakan Baginda dan umatnya iaitu fardu solat,”
secara analoginya perjalanan itu boleh dikatakan sebagai satu bentuk
lawatan sambil belajar yang dilalui Baginda.
“Sesuatu perjalanan tidak dinafikan boleh membangkit kan kegembiraan dalam
jiwa seseorang.
“Tetapi apa yang dilalui baginda ialah setiap langkah dalam perjalanan itu
mengandungi unsur pengajaran, pemberitahuan bahkan petunjuk kepada baginda
melaksanakan amanah dakwah,”
berdasarkan riwayat permohonan untuk mengurangkan kuantiti solat yang
diwajibkan ke atas umat ini bukanlah dilakukan berdasarkan kehendak Baginda
sendiri, tetapi berdasarkan nasihat beberapa orang rasul terdahulu.

“Nasihat itu mungkin timbul daripada kesedaran mereka mengenai karakter umat
akhir zaman ini dan Baginda sendiri dapat menjangkakan keadaan umatnya
sendiri.
“Jadi, permohonan itu adalah tanda kasih sayang Baginda kepada kita sebagai
umatnya. Jika Baginda tidak memohon kelonggaran itu sudah tentu ramai
kalangan umat Baginda berhadapan dengan kemurkaan Allah disebabkan gagal
memenuhi kewajipan yang menjadi tiang agama itu,”
peristiwa Israk dan Mikraj menguji umat Islam sama ada percaya atau tidak
kepada Baginda.
“Ujian seumpama ini melahirkan dua kelompok manusia iaitu kelompok pertama
yang beriman dengan Rasulullah setelah mereka yakin terhadap kebenaran
peristiwa yang berlaku selepas mereka mengemukakan persoalan bertujuan
mengukuhkan fakta yang disampaikan kepada mereka.
“Kelompok kedua pula ialah mereka yang semakin jauh dalam kesesatan apabila
mendustakan perkhabaran yang disampaikan kepada mereka oleh Nabi Muhammad
s.a.w,”

28 June 2011

SENI & TEKNIK DAKWAH PERLU DIPERTINGKATKAN

Dialog ini adalah anatara contoh teknik menjawab pertanyaan orang yang belum masuk Islam.

Kafir: ?Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

Muslim: Oh.. itu Ka'abah atau nama lainnya Baitullah

Kafir: Baitullah tu apa?

Muslim: Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah.

Kafir: Allah ada dalam tu?

Muslim: Tak..

Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?

Muslim: Yang aku sembah bukannya bangunan tu...

Kafir: Kau sembah apa?

Muslim: Aku sembah Allah SWT.

Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu?

Muslim: Aku menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi aku tak sembah Kaabah.

Kafir: Bukankah kau sujud ke arah Kaabah, maknanya ku sembah Kaabah la.

Muslim: Kau pernah tgk perlawanan bola dalam TV?

Kafir: Pernah.. selalu...

Muslim: Kau tengok TV ke tengok perlawanan bola?

Kafir: Tengok perlawanan bola la.

Muslim: Di mana?

Kafir: Dalam TV la...

Muslim: Cuba buka TV tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.

Kafir: Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada...

Muslim: Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

Kafir: Jadi...?

Muslim: Maknanya kau tengok TV, bukan perlawanan bola.. betul tak?

Kafir: Tak.. Aku tengok perlawanan bola la melaui TV tu...

Muslim: Peliknya...

Kafir: Sebab apa pulak pelik?

Muslim: Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam TV tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat...

Kafir: Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar, tapi TV tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya...

Muslim: Hmmm... jadi tak peliklah ni...?

Kafir: Ya.. tak pelik

Muslim: Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah...

Kafir: Erk.. kau betul..

Petikan: http://www.soutulmujahid.com/

KITA PERLU MENJAGA SOLAT

Jaga Solat
Nabi bersabda, Sesungguhnya amalan pertama yang akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah SOLAT, jikalau solatnya baik maka dia termasuk orang yang bahagia lagi beruntung dan jika solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung." (HR Imam al-Tirmidzi)

Nabi bersabda: “Sesiapa yang memeliharanya solat, maka dia akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan di hari kiamat. Dan bagi mereka yang tidak menjaga solat, maka dia tidak akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan, sedang di hari kiamat dia akan bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalf.” (HR Imam Ahmad)

Ayat 42 & 43 di dalam surah Al-Muddaththir, مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ. قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
Maksudnya: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka Saqar? Mereka menjawab, “Kami dahulu bukan daripada golongan orang yang mendirikan solat”.

Abu Qatadah r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Allah berfirman, 'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi umatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu, sesiapa mengerjakan solatnya pada waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Umatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini". (Riwayat Abi Daud dan Ibnu Majah)

27 June 2011

PERSIAPAN LAWATAN SULTAN SELANGOR SEMPENA PERASMIAN MASJID ASSALAM



Pada 14 Jun 2011 lalu, satu mesyuarat bersama bagu perlaksanaan Persiapan Lawatan Sultan Selangor ke Masjid AsSalam Bukit Sentosa telah dihadiri bebarapa agensi kerajaan negeri seperti MAIS , JAIS, JKR, Majlis Daerah Hulu Selangor, POLIS, pejabat Kesihatan dan Penghulu serta Nazir Masjid berserta ajknya.

Rakyat di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung amat beruntung dengan kesudian Sultan Selangor mencemar duli turun melawat dan merasmikan Masjid AsSalam serta menunaikan solat Jumaat bersama rakyat pada 8 Julai 2011 ini.





26 June 2011

GURU ISLAM WAJAR BERDAKWAH DI SEKOLAH

BERDAKWAH DI SEKOLAH

Dakwah adalah tanggungjawab setiap umat Nabi Muhammad s.a.w untuk
mengembangkan islam.Sebagai seorang guru, nyata ia bukan perkara
enteng atau semudah a b c , lebih-lebih lagi bagi guru yang bukan dari pendidikan Islam.

Umumnya kita tahu tugas seorang guru pendidikan Islam adalah
menyampaikan ilmu terus kepada anak muridnya.Menghapuskan
kejahilan, mempekukuhkan amalan, menerapkan nilai-nilai murni,
mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Tugas ini sudah dianggap sebagai dakwah dan ibadah.Begitulah ber-
tuahnya guru pendidikan Islam yang sudah tersedia jalan menuju
keredaan Allah s.w.t Di samping menjalankan tugas sebagai pendidik,
sudah tersedia jalan dan ruang berdakwah yang nyata seiring dengan
tugas hakiki mendidik anak bangsa.

Selain itu,mereka juga adalah pakar rujuk terutama dalam selok belok
agama bagi warga guru dan kakitangan sekolah.Inilah peluang yang
seharusnya dimanfaatkan oleh guru pendidikan islam di dalam meneruskan
kesinambungan misi dakwah Nabi Muhammad s.a.w

Allah s.w.t berfirman bahawa umat Muhammad s.a.w adalah yang terbaik
diutuskan untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
sepertimana dinyatakan dalam surah al-Imran ayat 110:
"kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh
kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada
Allah.Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara
mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang
fasik."(al-Imran ayat 110)

24 June 2011

PELUK ISLAM TIDAK PERLU TUKAR NAMA

Nama asalnya Ravi A/L Chandran. Ditukar kepada Saiful Islam Bin Abdullah, Saiful pergi ke rumah bapanya lalu menunjukkan kad yang membuktikan ia telah masuk Islam, ayahnya menerima keputusan itu dengan baik, tetapi, ayahnya berkata kepada Saiful, aku tidak pernah menghalang kamu untuk menerima Islam, tetapi, apabila kamu menerima Islam, kamu buang namaku, adakah Islam sebegitu kejam membuang ibu bapa ?
Penukaran nasab seseorang yang menganut Islam kepada Abdullah hanya berlaku di negara Malaysia. Dan tidak berlaku di negara-negara besar seperti Indonesia dan Arab Saudi.
Justeru, di negara ini jika ada persatuan saudara baru yang ratusan anggotanya esemuannya pasti ber "bin" yang sama "Abdullah".

Tidak Berlaku Pada Zaman Sahabat
Pada zaman Nabi S.A.W jika baginda amalkan hal ini, tentulah majoriti para sahabat akan ber "bin" kan "Abdullah". Maka tidak adalah lagi disebut Umar bin al-Khattab, sebaliknya Umar bin Abdullah, tidaklah Uthman Bin Affan sebaliknya Uthman Bin Abdullah. Juga tidak adalah lagi Ali Bin Abi Talib, sebaliknya Ali bin Abdullah. Hal ini kerana kesemua bapa-bapa mereka tidak menganut Islam. Adakah Rasulullah S.A.W menyuruh mereka-mereka ini menukar nama bapa mereka kepada Abdullah ? tidak sama sekali.
Orang Arab amat menjaga salasilah keterunan mereka sehingga ke beberapa peringkat. Merujuk dalam kitab "Riyadh as-salihin, karangan Imam An-Nawawi, menyebutkan : "Amir al-Mukminin Umar Al-Khattab bin Nufail Bin Abd al-Uzza.
Abd al-Uzza bermaksud " hamba sembahan berhala". Jika dilihat nama datuk Nabi....bin Kilab. Kilab bermaksud anjing. Adakah Islam mengubah nama-nama ini kepada 'Abdullah" ? tidak sama sekali.

Patung Al-Uzza di Kuil Manatu, Petra Dalil-dalilnya :
Firman Allah S.W.T :Maksudnya :
"Panggilan anak-anak angkat itu ( dengan ber "bin" kan ) kepada bapa-bapa mereke sendiri, cara itulah yang lebih adil disisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu seagama dan sebagai maula-maula kamu. Kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu. Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani
( Surah AL-AHZAB : 5 )

Al-Imam At-Tabari dalam tafsirnya mengatakan, ayat di atas, adalah dalil bahawa tidak boleh menasabkan sesorang kepada bukan bapanya. Islam amat menjaga keterunan.Sabda Rasulullah S.A.W :Maksudnya : "Sesiapa yang mengaku anak kepada bukan bapanya, sedangkan dia tahu itu bukan bapanya, maka syurga haram ke atasnya."
( Riwayat Al-Bukhari )

Sabda Rasulullah S.A.W :Maksudnya :
" Antara pendustaan terbesar ialah seseorang mengaku anak kepada bukan bapanya"
( Riwayat Al-Bukhari )

Dr Wahbah Az-Zuhaili

Kata Dr Wahbah Az-Zuhaili dalam karyanya al-fiqh al-islami wa adillatuhu :
"Keadilan hak menuntut dan mewajibkan agar dinasabkan anak kepada bapanya yang hakiki. Bukan bapa rekaan. Islam agama hak dan keadilan, sesiapa yang ada bapa yang dketahui, maka nasabkan kepada bapanya. Ini semua demi mencegah perubahan hakikat sebenar.
"Abu Bakr al-Jazairi dengan lebih sinis dalam tafsirnya Aisar at-Tafasir menyebut : "Wajib mem "bin" kan anak-anak angkat kepada bapanya yang dikenali sekalipun bapanya seekor keldai.
"Nabi Muhammad S.A.W hanya mengubah nama individu yang menganut Islam jika namanya mengandungi makna yang buruk, tetapi tidak menukar nama bapanya.
Umpamanya baginda mengubah sahabat Abd asy-Syams bin Sokhr kepada Abd Rahman bin Sokhr. Hal ini kerana Abd asy-Syams bermaksud hamba matahari. Namun nama Sokhr yang bermaksud batu tetap dikekalkan.
Ini jelas Islam tidak pernah melarang umatnya mengekalkan nama asal bapa dan ibu asal.

23 June 2011

BUDAYA BERSIH AMAT DITUNTUT DALAM ISLAM

Budaya kebersihan dalam kehidupan

MENJAGA kebersihan adalah amalan terpenting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan tonggak kehidupan yang selesa dan harmoni selain menjadi manifestasi keteguhan iman seseorang kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman.”

Islam menganjurkan umatnya sentiasa mengamalkan kebersihan mencakupi kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal dan tempat beribadat kerana suasana bersih dan suci membawa kepada persekitaran sihat, selamat dan impak kesejahteraan kepada umum.

Dalam konteks kebersihan diri, bukan hanya setakat kebersihan luaran, tetapi merangkumi kebersihan hati nurani daripada kekufuran dan segala perkara yang boleh membawa kepada bahaya dan dosa termasuk perbuatan mensyirikkan Allah.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah mengabdikan diri kepadaNya dengan mengerjakan segala perkara selagi tidak bercanggah dan mendatangkan kemudaratan. Allah menyukai hamba-Nya yang sentiasa menyucikan diri.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah, ayat 222)

Membudayakan amalan kebersihan, bermakna kita sentiasa mengambil berat aspek kebersihan dan memberi keutamaan kepada penjagaan kebersihan.

Mengabaikan kebersihan bermakna kita dengan sengaja mengundang pelbagai penyakit seperti kolera, cirit-birit, denggi dan keracunan makanan.

Untuk melahirkan persekitaran hidup yang bersih dan sentiasa kelihatan menarik, perkara berikut perlulah kita hayati bersama:

Kita hendaklah mempertingkatkan kesedaran terhadap kebersihan diri, tempat tinggal, tempat beribadat, tempat kerja dan seluruh tempat awam sebagai cermin kemurnian ajaran Islam yang mengutamakan kebersihan dalam semua bidang kehidupan.
Setiap individu daripada semua kalangan sama-sama memikul tanggungjawab dan menanam sikap suka kepada kebersihan secara berterusan dengan melaksanakan amalan ini setiap masa bagi menghindari berlakunya kekotoran di merata tempat.
Kita sama-sama mendisiplinkan diri bagi menjaga imej Islam yang mementingkan kebersihan dengan melahirkan persekitaran yang sejahtera dan selesa.
Mempertingkatkan amalan tegur-menegur dan nasihat-menasihati sesama kita dalam hal menjaga kebersihan. Dengan demikian, ia akan melahirkan perasaan cinta kepada kebersihan dan benci kepada kekotoran, di samping memastikan tidak merebak penyakit berjangkit.

Kebersihan itu melambangkan keteguhan iman seseorang kepada Allah. Suatu amalan lain yang pada masa sama akan berlaku ketika sama-sama menjaga kebersihan di persekitaran ialah semangat gotong-royong yang menjadi lambang kesepakatan.

Usah mengharapkan pihak berkuasa tempatan atau pihak tertentu melakukannya kerana sebagai pengguna dan warganegara yang baik kita juga perlu memainkan peranan membudayakan kebersihan dalam kehidupan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tolong menolong melakukan kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu tolong menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” (Surah Al-Maa’idah, ayat 2)

Langkah kerajaan menganjurkan kempen kebersihan turut memberi ruang kepada semua pihak membantu kebersihan dan keselesaan di persekitaran hidup kita.

Amat rugi jika kita tidak menggunakan kesempatan ini untuk sama berbakti di samping mengharapkan ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

SUNNATULLAH !

Allah SWT mencipta langit, bumi dan seluruh isinya termasuk manusia. Allah juga mewujudkan peraturan demi untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka bukan sahajadi dunia, bahkan juga di Akhirat, tempat tinggal terakhir buat manusia.

Peraturan atau syariat Allah yang berlaku di bumi tempat tinggal sementara manusia ini, itulah yang dikatakan sunnatullah.

Ia merupakan peraturan dan perjalanan yang Allah Taala telah tetapadi dan peraturkan untuk manusia.

Yang wajib kenalah manusia ikut dan patuhi. Jika manusia tidak patuhi dan menolak sunnatullah itu, pasti manusia rosak dan binasa. Rosak dan binasa itu pasti terjadi di dunia lagi sama ada dalam jangka masa pendek mahupun panjang.

Apabila kita memperkatakan sunnatullah iaitu satu sistem dan peraturan yang ditentukan oleh Allah Taala buat manusia di dunia ini, ia tidak akan berubah dan tidak ada siapa yang boleh merubahnya sejak Allah Taala wujudkannya hinggalah sampai bila-bila.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah, engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan sunnatullah itu. (Fathir: 43)

Perlu diingat bahawa sunnatullah itu terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama:Manusia menerimanya secara terpaksa
Kedua: Manusia menerima secara sukarela

Firman Allah:

Maksudnya: "Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi tunduk menurut, sama adadengan sukarela atau dengan terpaksa." (Ar Ra'd: 15)

1. Secara terpaksa (karhan)
Sunnatullah yang pertama, manusia terpaksa menerimanya secara terpaksa (karhan).

Di antaranya seperti:
– Jika manusia ingin bernafas, Allah sudah tentukan dengan udara bukan dengan air dan lain-lain.
– Bernafas melalui hidung bukan melalui mata dan lainlainnya.
– Makan dan minum melalui mulut bukan melalui dubur dan lain-lain jalan.
– Berjalan menggunakan kaki bukan melalui tangan dan lain-lain.
– Kalau mahu rehat dan untuk memulihkan kesegaran kenalah tidur dan rehat, bukan melalui bermain atau panjat pokok dan lain-lain.

Begitulah keadaannya. Banyak contoh-contoh lain lagi yang tidak perlu disebutkan di sini. Kiaskan sahaja.

2. Secara sukarela (tau'an)
Sunnatullah yang kedua ialah Allah Taala membuat peraturan sebagai sunnatullah yang tidak akan diubahi seperti:

– Makan dan minumlah yang halal seperti nasi dan air mineral, jangan makan dan minum yang haram seperti daging babi dan arak.

– Inginkan perempuan kenalah berkahwin. Jangan berzina.

– Inginkan kaya, berusahalah secara halal seperti berniaga,bertani dan berternak. Jangan mencuri, jangan menipudan jangan rasuah.

– Jika inginkan keselamatan negara dan masyarakat, kenalah mengguna hukum Allah Taala yang berdasarkan AlQuran dan Sunnah.

– Kalau mahu kehidupan di bidang ekonomi berjalan sihat,tidak ada penipuan dan penindasan, tolaklah sistem riba,monopoli dan memperniagakan yang haram.

– Jika mahu kehidupan manusia seimbang agar terjamin kebahagiaan dan keharmonian, bangunkanlah kehidupanyang bersifat material dan juga pembangunan rohaniah.Demikianlah beberapa contoh. Terlalu banyak lagi. Kiaskan sahaja.

Kedua-dua sunnatullah itu sama ada yang bersifat terpaksa(karhan) mahupun bersifat sukarela atau pilihan (tau'an) atau ada usaha memilih untuk melaksanakannya, kalau dilanggar atau tidak dipatuhi, pastilah manusia akan binasa di dunia ini sebelum binasa di Akhirat kelak. Sebab-sebab manusia menolak itu mungkin kerana manusia itu mahu buat peraturan sendiri sebab tidak puas hati dengan peraturan Tuhan itu. Maka mereka pun membuat sunnah sendiri.

Sunnatullah yang pertama, tidak ada manusia yang menentang atau menolaknya. Semua orang boleh menerimanya kerana dari pengalaman manusia, mereka boleh menerima dengan penuh suka dan puas hati. Tidak ada yang terasa berat menerimanya. Bahkan tidak ada yang merasa inferiority complex menerimanya. Semua menerimanya dengan berpuas hati dan senang hati. Tidak ada yang merasakan kolot, ketinggalan zaman,out of date. Tidak ada yang mengatakan, "Ia sudah ketinggalan zaman,semenjak Nabi Allah Adam lagi manusia bernafas dengan udara.Sudah terlalu lama, sudah kolot. Inikan zaman sains dan teknologi,zaman IT canggih, tidak sepatutnya kita bernafas dengan udara lagi. Patut kita bernafas dengan air. Patut kita ubah rasa." Tiada manusia yang mengatakan begitu.

Mengapa manusia boleh menerima bahkan berpuas hati dengan sunnatullah yang pertama iaitu yang bersifat karhan?

Mengapa tidak ada mempertikainya?

Mengapa tidak terasa kolot menggunakan peraturan yang sudah terlalu lama itu?

Manusia boleh menerimanya kerana kalau melanggar sunnatullah itu risikonya besar dan cepat sekali rosak binasa hingga boleh membawa mati. Bahkan sudah ramai yang mati disebabkan air. Cubalah bernafas dengan air! Bolehkah hidup? Bolehkah bernafas? Sudah tentu tidak boleh. Kalau diteruskan juga, masa itu juga binasa. Jadi oleh kerana kalau melanggar sunnatullah yang pertama,yang bersifat terpaksa itu (karhan), manusia akan cepat menerima risikonya, maka tidak adalah manusia yang melanggar sunnatullah yang pertama itu. Malahan manusia boleh patuh dengan puas hati. Di sini manusia merasa selamat menerima sunnatullah yang bersifat karhan.

Manusia berpuas hati menerima peraturan itu. Manusia mengakui siapa yang melanggar sunnatullah itu, mereka pasti rosak binasa. Ertinya mematuhi peraturan yang bersifat karhan itu, ia sangat menyelamatkan dan menguntungkan manusia. Bagaimanapun, manusia payah mahu menerima sunnatullah yang kedua iaitu yang bersifat sukarela (tau'an). Termasuklah sebahagian besar umat Islam di dunia, di akhir zaman ini. Allah Taala membenarkan manusia untuk memilih menerima atau menolak sunnatullah yang bersifat tau'an ini tetapi risikonya tetap ada bahkan lebih besar lagi. Sama ada yang akan berlaku di dunia, betapalah yang akan ditimpakan di Akhirat kelak. Umat Islam sendiri merasa malu untuk menerimanya, ragu melaksanakannya, takut tidak maju, takut huru-hara, malu dengan yang bukan Islam. Ia dianggap ketinggalan zaman dan sudah tidak sesuai lagi.

"Sekarang zaman sains dan teknologi,zaman IT canggih, bukan zaman unta."

Begitulah umat Islam sendiri dengan penuh angkuh dan sombong menolaknya.
Bahkan benci dan prejudis terhadap pejuang-pejuang yang hendak menegakkan sunnatullah kedua yang bersifat tau'an ini. Ramai manusia yang menolak, termasuklah sebahagian besar umat Islam, kerana apabila menolak sunnatullah yang kedua ini risikonya lambat. Kebinasaan dan kerosakan tidak terus berlaku di waktu itu. Ianya lambat berlaku. Adakalanya selepas sepuluh tahun, lima belas tahun atau dua puluh tahun. Sehinggakan apabila risiko dan kerosakan menimpa, di waktu itu mereka sudah tidak dapat kaitkan lagi ia dengan perlanggaran dan penolakan sunnatullah yang dilakukan sejak bertahun-tahun yang lalu.

Lantaran itu kalau ada orang atau golongan yang sedar, memberitahu kerosakan moral, jenayah, perpecahan dan lain-lain lagiy ang berlaku sekarang ini disebabkan kita sejak dahulu telah melanggar sunnatullah, mereka akan menolaknya. Bahkan marah dan bermusuh pula dengan orang itu. Mereka tidak boleh hendak mengaitkan gejala sosial yang berlaku, yang telah merosakkan masyarakat hari ini dengan kesalahan mereka menolak hukum atau sunnatullah itu.

Sebagai contoh, keruntuhan akhlak dan gejala tidak sihat yang berlaku di dalam masyarakat sekarang seperti bohsia,bohjan, budaya lepak, vandalisme, rompak, samun, rasuah, krisis rumah tangga dan sebagainya itu adalah akibat dari apa yang kita telah lakukan sejak puluhan tahun yang lalu. Ianya berlaku apabila sistem pendidikan tidak mengikut syariat Allah, sistem ekonomi berdasarkan kapitalisme, perlembagaan negara bertentangan dengan sunnatullah iaitu tidak mengikut Al Quran dan Hadis, masyarakat kita tidak dihalang daripada pergaulan bebas dan media massa yang tidak dikawal daripada memaparkan apa yang dilarang oleh Allah seperti mempamerkan gambar-gambar lucah yang merangsang nafsu.

Jadi, gejala sosial yang berlaku adalah buah dari pokok yang sudah lama kita tanam.Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa sunnatullah yang kedua ini yang bersifat tau'an, jangan dilanggar. Kalau dilanggar tetap memudarat dan merosakkan masyarakat manusia tetapi memakan masa yang panjang baru nampak risikonya.

Setelah lama barulah terlihat kesannya. Sama ada sunnatullah yang pertama mahupun yang kedua,yang bersifat karhan mahupun yang bersifat tau'an, kalau dilanggar juga kita akan binasa. Hidup kita akan huru-hara. Masyarakat kita akan pincang. Kebahagiaan kita akan tercabar dan keharmonian kita akan hilang. Cuma pelanggaran yang pertama cepat kebinasaannya tetapi pelanggaran yang kedua lambat. Itu sahaja bezanya.

Justeru itu kalau didapati di dalam masyarakat kita berbagai-bagai jenayah, kerosakan akhlak, krisis, bahkan bencana alam,rujuk cepatlah kepada Allah Taala. Jangan lengah-lengah lagi.Muhasabah diri dan sistem yang kita bangunkan. Ada atau tidak pelanggaran sunnatullah itu. Kalau didapati ada pelanggaran, kenalah perbetulkan. Tukar segera dengan sunnatullah, kemudian memohon ampun sebanyak-banyaknya kepada-Nya sebelum Allah Taala menimpakan balasan dan hukuman yang lebih berat dan teruk lagi.

SEMINAR REMAJA DI SG BUAYA 26 JUN


SEMINAR KECEMERLANGAN REMAJA MUSLIM - 26 JUN 2011

PENCERAMAH I :
DR AHMAD TARMIZI B ABDUL RAZAK
(ASTRO OASIS)

PENCERAMAH II:
USTAZ AMALUDDIN B NAPIAH
(PENDAKWAH BEBAS)

PENCERAMAH III:
USTAZ DR. AZHAR B YAAKOB
(PENDAKWAH BEBAS)

PENCERAMAH IV:
USTAZAH NOR ANISAH MUSA
(PENGACARA PROGRAM TANYALAH USTAZAH TV9 / TIMBALAN MUDIR, MAAHAD TAHFIZ DARUL FURQAN, KL)

MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

21 June 2011

TUKANG BERSIH MASJID , RASULULLAH SANGAT AMBIL BERAT

Kubur dipenuhi cahaya

Satu riwayat dari Abu Hurairah r.a Bahawa terdapat seorang wanita yang berkulit hitam bernama Ummu Mahjan yang biasanya membersihkan masjid, suatu ketika Rasulullah SAW merasa kehilangan dia, lantas beliau bertanya tentangnya. Para sahabat lalu berkata, “Dia telah wafat.” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Mengapa kamu tidak memberitahukan hal itu kepadaku?”

Abu Hurairah berkata, “Seolah-olah mereka menganggap bahawa kematian Ummu Mahjan itu adalah hal yang biasa.” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tunjukkan kepadaku di mana kuburnya!” Maka mereka menunjukkan kuburnya kepada Rasulullah SAW kemudian beliau menyembahyangkannya, lalu Baginda bersabda:

“Sesungguhnya kubur ini terisi dengan kegelapan atas penghuninya dan Allah meneranginya bagi mereka karena aku telah menyembahyangkannya .” HR An-Nasa’i

Semoga Allah merahmati Ummu Mahjan r.ha yang sekalipun beliau seorang yang miskin dan lemah, akan tetapi beliau turut berperanan sesuai dengan kemampuannya.

Oleh karena itu ia mendapatkan perhatian dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam hingga ia wafat. Sehingga baginda bersegera menuju kuburnya untuk menyembayangkannya agar Allah menerangi kuburnya dengan sholat Nabi saw

ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

20 June 2011

BERSEDIH ADA BATASAN

La Tahzan(Jangan bersedih)

1)Yang Berlalu Biarlah Berlalu

Mengingati masa yang lalu dan bersedih dengannya merupakan suatu kebodohan dan bersikap gila.Selalu mengingati masa yang lepas adalah sebuah pembunuhan terhadap sebuah cita-cita.File masa yang lalu bagi orang yang cerdik biasanya dilipat dan tidak diceritakan.Masa yang lalu ditutup dan dikunci rapat dalam peti lupa,sebab ianya sudah berlalu dan telah berakhir.

Selayaknya umat manusia tidak perlu menoleh kebelakang ..hembusan agin ke hadapan,rombongan kafilah bergerak kedepan..oleh itu janganlah menyalahi sunah kehidupan.

Allah telah menyebut dan menceritakan apa yang telah berlaku kepada kaum kaum terdahulu seperti dibawah

Allah s.w.t telah berfirman (Al-Baqarah:141)

Yang maksudnya berbunyi:

“Itu adalah umat yang lalu”

Kita sering terlena dengan istana istana indah dan menangisi keruntuhan yang telah berlaku.Ingatlah jika manusia dan jin dikumpulkan untuk mengembalikan apa yang telah berlalu nescaya gagal dan tidak mampu kerana ianya mustahil.

2)Biarkan Masa Hadapan Datang Sendiri

Allah s.w.t berfirman (Al-Nahl:1) yang bermaksud:

“Telah pasti datang ketetapan Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan(datang) nya”

Jangan sesekali mendahului peristiwa yang belum terjadi.Adakah anda ingin melahirkan anak sebelum sempurna hamil?Adakah anda ingin memetik buah sebelum tiba masak?

Mengapa kita perlu sibuk untuk hari esok,mengapa kita berasa bimbang terhadap malapetaka ,peristiwa hari esok sedangkan kita belum tentu menjumpai hari esok.

Apa yang amat penting ditanam dalam fikiran kita ialah hari esok masih lagi dalam alam ghaib.Memberi peluang yang luas kepada akal fikiran untuk memikirkan masa hadapan dengan seolah kita membiarkan diri kita dibawah pengaruh panjang angan-angan.

Sesunguhnya ianya tindakan yang dimurkai oleh hukum syariat.Meramalkan suatu yang bakal terjadi pada masa hadapan adalah tindakan tercela berdasarkan hukum akal yang sihat.

Kebanyakan dunia sekarang nie asyik berfikir dan berkira pelbagai peristiwa yang bakal berlaku seperti penyakit,bencana kelaparan dan kemiskinan yang menimpa manusia.

Sesunguhnya ia tidak membawa menfaat kepada kita,ia merupakan kajian kajian syaitan sebagaimana :

firman Allah S.W.T (Al-Baqarah:268) yang bermaksud,

“Syaitan menjanjikan(menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan(kikir);sedangkan Allah menjanjikan untuk mu ampunan daripadaNya dan kurnia.Dan Allah Maha Luas(kurnia-Nya)lagi Maha Mengentahui”

Jadi janganlah ditunggu hari esok biarlah ia datang sendiri dan sibuklah untuk hari ini dan janganlah sesekali panjang angan-angan dan usah ditanya pasal hari esok.

19 June 2011

MESYUARAT AGUNG ASSALAM KE2 BERI KESAN MENDALAM


Foto Antara Pegawai dan Ajk Masjid AsSalam 2009/2011 yang telah menjayakan misi memakmorkan masjid dan ahli kariah sepanjang tempoh tersebut.

Pembentangan yang menyeluruh laporan aktiviti oleh Tuan Nazir dan Ketua Lujnah serta disediakan laporan bercetak yang lengkap amat memuaskan hari ahli mesyuarat.

Ahli mesyuarat terdiri dari ajak masjid, wakil ajk surau dan ahli kariah khusyuk mendengar pembentangan laporan.


Kelihatan kiri Timbalan Nazir Sdr Kapten(B) Nazaruddin dan kanan Tuan Nazir Masjid Ustaz Abu Bakar Yang.

Setiap lujnah yang dibentang amat mendapat respon yang baik dengan cadangan, ulasan dan penjelasan dan komen dari ahli mesyuarat.

Persediaan rapi sebelum mesyuarat bermula.

TAHNIAH USTAZ HAZRI MURAH REZEKI


Tuan Nazir Masjid AsSalam , Ustaz Abu Bakar Yang hadir kenduri aqiqah Ustaz Muhamad Hazri Hashim yang merupakan Ustaz Kuliah Dhuha di AsSalam. Bersama En. Yusof Eksekutif FOMCA yang menjadi jiran dan ahli kariah Taman Kemboja.

Majlis diserikan dengan dendangan berzanji dari orang lama dan baru.

Ustaz Hazri hebat dengan berserban dan berselempang di bahu gembira dikurniakan anak lelaki yang beru dilahirkan 12 hari lalu.

Sungguh ramai yang hadir mengucapkan tahniah dan beruntung menikmati juadah dan halua telinga dari kumpulan marhaban, berzanji dan berendoi.

Ustaz Muhamad Hazri bersama menghadap anak lelaki yang diaqiqahkan dengan adat berendoi.

17 June 2011

DUNIA BARU ISLAM

Sempena mengenang kembali pembukaan kota Konstinople(Istanbul) tanggal 29 Mei 1453 oleh Sultan Muhammad Al Fateh, marilah sama-sama kita hayati Nasyid ini yang mengingatkan kita kepada kenangan Indah Islam dan seterusnya kita hayati pengorbanan Rasulullah serta para sahabat baginda dan pejuang-pejuang Islam.

Dunia Baru Islam

Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam

Perubahan Memerlukan Perubahan

15 June 2011

GERHANA BULAN 16 JUN 2011 SUBHANALLAH !

Gerhana Bulan - 14 Rejab 1432H ||
Salam.
Subhanallah
Alhamdulillah
Menikmati keindahan Gerhana Bulan.
Subhanallah.

191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.



Tahun 2011 bakal menyaksikan 6 peristiwa gerhana akan berlaku. 4 darinya ialah gerhana matahari separa dan 2 darinya ialah gerhana bulan penuh.

Untuk kita di Malaysia, hanya gerhana bulan sahaja yang dapat diikuti di sini iaitu pada 16 Jun pada jam 4.13 pagi dan 10 Disember pada jam 10.33 malam. Gerhana matahari tidak kelihatan kerana kawasan liputan gerhana matahari adalah sangat kecil berbanding gerhana bulan.

[ TasNeem Version ]
[ Lokasi: V5, UTP, Perak, Malaysia ]
[Time: 2.30am - 3.45am (sorry,timing dlm tu tercepat sejam)]

BERSIH & ISLAM

Penulis masih ingat sewaktu kecil, semasa menghadiri kelas fardhu ain di madrasah sebelah petang, ustaz akan mengajar kelas yang penulis paling suka iaitu kelas Fekah. Kebiasaannya penulis akan lebih memberi tumpuan tentang fekah yang disampaikan ustaz daripada ilmu-ilmu lain. Di antara tajuk yang paling awal diajar di dalam ilmu ini oleh ustaz ialah tentang Thaharah.

Thaharah adalah bab tentang penyucian diri. Bermula dari asas pengenalan tentang jenis-jenis air kepada mengambil wuduk sebelum solat sehinggalah merangkumi kepada penyucian hadas kecil dan hadas besar. Pendekata, bab Thaharah ini adalah bab yang sangat penting kerana ia adalah asas utama kepada ibadah kita dengan Allah.

Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bertanya pada sahabatnya:

"Adakah kamu percaya bahawa kotoran melekat pada tubuh seseorang yang mandi lima kali sehari dalam sungai yang mengalir di depan rumahnya?".

Jawab para sahabat: "Tidak, kotoran tidak akan melekat pada tubuhnya".

Sabda rasulullah: "Begitulah umpama kesan solat yang dikerjakan lima kali sehari. Dengan rahmat Allah, ia menghapuskan segala dosa"

Wuduk adalah asas kepada penyucian diri manusia sebelum dia berjumpa Allah lima kali sehari sebelum solat. Ia adalah lambang kebersihan fizikal dan penyucian rohani. Tanpa wuduk maka seseorang itu tidak boleh melaksanakan solat. Maka wuduk itu adalah wajib sebagaimana wajibnya solat. Cuba bayangkan, tiang kepada agama tidak boleh dilaksanakan tanpa hadirnya pembersihan diri. Ini menunjukkan peri pentingnya kebersihan di dalam melaksanakan ibadah di dalam Islam.


BANGSA MELAYU ADALAH PEMBERSIH

Pernah suatu waktu dahulu penulis duduk bersama seorang rakan doktor berketurunan india serani di sebuah restoran untuk makan tengahari. Doktor ini menceritakan detik indah beliau sewaktu bersekolah rendah dahulu bersama-sama kawan yang terdiri daripada keturunan melayu dan cina. Hubungan persahabatan yang terjalin sangat rapat dengan masing-masing mengayuh basikal ke sekolah bersama-sama, singgah untuk terjun ke sungai selepas pulang dari sekolah dan kadangkala bertandang ke rumah kawan-kawan masing-masing pada waktu petang.

Rumah kawan beliau yang berketurunan melayu hanyalah sebuah pondok kayu yang sederhana binanya. Walaupun berdinding kayu dan beratap nipah, namun salah satu yang beliau perkara yang masih kekal dalam ingatan beliau adalah kebersihannya. Beliau menyatakan bahawa orang melayu adalah orang yang pembersih. Halamannya bersih, berandanya bersih, di dalam rumahnya bersih dan tandasnya bersih.

Kenapa kehidupan di alam masyarakat melayu khususnya tidak lari daripada tuntutan menjaga kebersihan? Ini adalah kerana masyarakat melayu adalah umumnya beragama Islam dan tuntutan Islam terhadap kebersihan adalah yang paling tinggi.


KEBERSIHAN DI DALAM SELURUH ASPEK KEHIDUPAN

Kebersihan tidak hanya dijaga sewaktu mendirikan solat atau mana-mana ibadah khusus yang lain. Ia meliputi segenap ruang kehidupan. Kebersihan perlu dititik beratkan sewaktu menyediakan, memasak dan menghidangkan makanan kepada ahli keluarga kita sehari-hari. Makanan yang bersih dan halal bukan sahaja memberikan tenaga untuk menjalankan kerja sehari-harian dan sumber protein untuk tumbesaran tubuh, malah ia mampu menghindarkan diri daripada terkena jangkitan penyakit bawaan makanan.

Allah berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman , makanlah barang yang baik yang telah kami kurniakan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah SWT dan hanya kepada dia yang disembah.” (Al-Baqarah:172)

Makanan yang baik terdiri daripada makanan yang seimbang secara gizinya dan tentulah daripada makanan yang bersih sumbernya dan bersih cara penyediannya. Makanan yang bersumberkan yang haram, kotor dan tercemar tidak boleh dikategorikan sebagai makanan yang baik. Di dalam surah ini, Allah mengaitkan orang yang memakan makanan yang baik dengan orang-orang yang beriman. Menjaga makanan daripada sumber yang halal dan bersih sehari-hari adalah cara yang baik untuk menjaga iman.

Kebersihan juga perlu dititik beratkan di dalam persekitaran rumah. Rumah dan persekitaran yang bersih boleh mengelakkan daripada malapetaka yang lebih besar seperti penyakit bawaan vektor seperti nyamuk, tikus, lipas dan lalat. Sampah perlu dilupuskan dengan sebaik-baiknya dan longkang perlu dibersihkan supaya tidak tersumbat. Jangan biarkan air bertakung di kawasan rumah bagi mencegah penyakit denggi.

Memang di kawasan luar rumah, udara kita dipenuhi dengan asap-asap karbon monoksida dari ekzos-ekzos kereta, habuk-habuk dan bahan-bahan buangan perindustrian. Namun begitu, ramai ibu bapa yang terlupa untuk memastikan anak-anak mendapat udara yang bersih di dalam rumah. Asap rokok yang mempunyai pelbagai bahan kimia dan racun yang merbahaya merupakan udara kotor yang memberi pelbagai implikasi kepada kesihatan diri dan anak-anak. Perokok perlu memberhentikan tabiat buruk mereka atau sekurang-kurangnya tidak merokok di dalam atau di persekitaran rumah. Udara tanpa asap rokok boleh mengurangkan lebih banyak penyakit seperti asthma, kanser dan masalah paru-paru yang lain.


KEKOTORAN MENYUMBANG KEPADA PENYAKIT

Sewaktu bertugas di sebuah klinik, seorang warga Bangladesh telah membawa anaknya berjumpa penulis. Pada awalnya, penulis menyangka anaknya yang berumur 4 tahun itu mengalami demam kerana wajahnya kelihatan sugul dan letih. Setelah berkenalan sebeberapa ringkas, si bapa menceritakan sewaktu anaknya membuang air besar, bapanya diberitahu oleh anaknya bahawa terdapat beberapa ekor “ular” keluar bersama najisnya.

Ketika menyaksikan apa yang dikatakan “ular” itu, bagai tidak percaya, si bapa melihat beratus-ratus (mungkin beribu-ribu) ekor cacing membentuk gumbalan sebesar sebiji bola golf keluar dari punggung anaknya. Peristiwa ini berlaku kira-kira 4 tahun lalu.

Penulis memeriksa lubang dubur kanak-kanak itu (tentulah dengan berbekalkan sedikit keberanian!). Kelihatan ketika itu beberapa ekor cacing halus sedang menggeliut mesra sambil menguit-nguit. Apa yang berlaku selepas itu tidak perlulah penulis ceritakan lebih lanjut kerana ia boleh membangkitkan nostalgia kurang enak di zaman muda.

Kecacingan adalah perkara yang lumrah di kalangan kanak-kanak, tetapi lebih cenderung terjadi kepada mereka yang kurang menjaga kebersihan diri. Keadaan sanitasi yang tidak sempurna, hidup di kawasan perumahan yang sempit dan keadaan persekitaran yang kotor, merupakan faktor penting ke arah masalah kecacingan.

Salah satu cara cacing boleh berjangkit ialah melalui makanan yang tercemar dengan telur cacing yang masuk ke dalam tubuh akibat tangan yang tidak dibasuh setelah ke tandas. Makanan yang tidak dibasuh bersih dan daging-daging yang tidak dimasak secukupnya juga boleh menyumbang ke arah masalah ini. Cacing pita sebagai contoh mudah membiak di dalam perut manusia akibat memakan daging yang masih belum sempurna dimasak.

Salah satu cacing yang berbahaya kerana ia boleh menghisap darah manusia dikenali sebagai cacing kerawit. Cacing ini mempunyai taring halus yang boleh melekat di dalam usus dan hidup secara sembunyi. Larva cacing kerawit boleh masuk ke dalam darah melalui kulit tapak kaki kanak-kanak yang terdedah yang tidak memakai kasut atau selipar semasa bermain di luar rumah.

Di antara langkah-langkah untuk mencegah masalah ini ialah dengan cara mengamalkan kebersihan yang dituntut oleh Islam. Kita perlu mendidik anak-anak untuk menjaga kebersihan diri dengan mengamalkan budaya membasuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas. Kuku perlu dipotong pendek agar tidak menjadi pusat pengumpulan kuman dan telur cacing. Kasut atau alas kaki perlu dipakai ketika keluar rumah. Setelah pulang dari bermain di luar, anak-anak perlu dimandikan untuk membersihkan badan mereka. Bersihkan sayur-sayuran sebelum makan dan masak daging dengan sempurna sebelum makan agar makanan yang kita makanan betul-betul terhindar daripada kuman.


KEBERSIHAN MENUNTUT PERUBAHAN SIKAP

Penulis pernah berkunjung ke beberapa buah negara Islam seperti Pakistan dan negara timur tengah yang lain. Apa yang menyedihkan ialah negara-negara islam ini tidak menjaga kebersihan yang dituntut oleh Islam. Tandas awamnya tidak diselenggarakan dengan baik dengan kotoran yang bersepah-sepah di atas lantai tandas. Jalan-jalan awamnya penuh dengan sampah di kiri dan kanan jalan raya. Sikap penduduk mereka yang kencing merata tempat dan di dinding-dinding kawasan awam serta suka membuang sampah merata-rata tidak langsung mencerminkan bahawa Islam itu agama yang menuntut kebersihan

Berbeza pula dengan sikap bukan islam seperti di Jepun dan di barat. Mereka mengamalkan kebersihan secara tuntas di dalam kehidupan seharian. Menurut seorang sahabat yang pernah ke Jepun, tidak banyak disediakan tong-tong sampah di tempat-tempat awam. Sekiranya mereka ingin membuang sampah, mereka akan menyimpan sampah itu di dalam poket masing-masing sebelum membuangnya setibanya di rumah. Sikap menyantuni kebersihan sebagai amalan hidup di negara bukan islam sangatlah mengagumkan walaupun mereka tidak mengamalkan islam.

Tidak perlu pergi jauh, di Malaysia sendiri terdapat masjid-masjid yang tandasnya sangat kotor dan tidak diselia dengan sebaiknya. Sedangkan masjid adalah tempat berkumpulnya orang-orang yang beriman dan kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Tidak menjadi salah jika dikatakan bahawa sekiranya kebesihan sesebuah tandas itu dipertandingkan, sewajibnya tandas-tandas di masjidlah akan berjaya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga.

Sikap umat islam tentang kebersihan perlu berubah. Perubahan ini perlu dimulakan dengan menanam pemahaman yang lebih tuntas di dalam individu, keluarga dan masyarakat bahawa setiap orang islam perlu bersih di dalam segenap aspek kehidupan. Islam memandang kebersihan dan kesucian itu melebihi dari kebersihan secara fizikal. Islam meletakkan kebersihan dari sudut yang lebih meluas termasuk kebersihan diri, spiritual, nafsu, akal, ideologi dan harta. Semua aspek ini yang membentuk diri kita sbagai muslim.

Kebersihan melahirkan muslim yang kuat fizikal, kuat jiwa dan tahan lasak di dalam menghadapi penyakit. Fizikal dan jiwa yang kuat akhirnya akan direfleks oleh penghasilan ibadah yang lebih berkualiti. Justeru, terpulanglah kepada kita untuk menjadikan kebersihan dan kesucian diri kita sebagai aspek ibadah di dalam kehidupan kita sehari-hari.
Anda mungkin juga meminati:


Oleh : Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin, M.B.B.S (IIUM)

13 June 2011

IMAM GHAZALI DAN 12 SIFAT SAHABAT

12 SIFAT SAHABAT
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

{petikan "Bimbingan Mu'minin" Imam Ghazali}

REJAB ANTARA 4 BULAN ISLAM YANG DIHARAMKAN BERPERANG

Hubungkait antara bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan dijelaskan dalam sepotong doa yang diriwayatkan oleh Anas r.a daripada Rasulullah SAW yang bererti, “Ya Allah, Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadan”. (diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalam al-Syua’aab, Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Sunniy).

Sebenarnya keistimewaan Rejab turut disebut di dalam al-Quran dengan menyenaraikannya sebagai salah satu daripada 4 bulan haram. Allah berfirman yang maksud-Nya: Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram…. (at-Taubah: 36)

Para ulama bersepakat Rejab adalah antara bulan yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam ayat ini dan beberapa ayat lain. Jelas bahawa Allah SWT sendiri di dalam al-Quran telah memuliakan bulan Rejab dengan mengisytiharkannya sebagai salah satu daripada bulan-bulan haram.

Mengikut pandangan yang masyhur di kalangan ulama, Allah SWT juga telah memuliakan bulan Rejab dengan berlakunya di antara peristiwa terpenting dalam sirah Nabi SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj di dalamnya.

Sebagai golongan hamba-Nya yang terpilih, keistimewaan bulan Rejab tidak terlepas daripada pandangan ulama baik dahulu dan sekarang. Mereka telah menunjukkan contoh serta menggalakkan kita mempertingkatkan amalan dengan bersangka baik dengan Allah SWT bahawa dengan keberkatan bulan ini ganjaran amalan dan rahmat Allah SWT akan berlipat ganda. (Imam Ibn Jarir al-Tobari ada meriwayatkan pandangan Ibn Abbas r.a mengenai hal ini dalam tafsirnya).

Jika dikira hubungan Rejab, Syaaban dan Ramadan memang sesuailah kita lebih banyak berpuasa dan solat sunat, tilawah al-Quran, berzikir dan bersedekah sebagai membina momentum ke arah penghayatan Ramadan yang lebih cemerlang.

Sebahagian ulama menganjurkan kita membanyakkan istighfar di bulan Rejab dengan semangat al-Takhalliy iaitu untuk mengosongkan atau membersihkan diri kita. Ini disusuli penganjuran kita memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi SAW di bulan Syaaban sebagai fasa al-Tahalliy yang bererti mengisi atau memperhiaskan diri sesudah diri kita dikosongkan dan dibersihkan dengan istighfar dan taubat.

Sesudah kita bersiap dengan membersih dan memperhiaskan diri barulah layak untuk kita bertaqarrub langsung dengan Allah SWT (al-Tajalliy) dengan memperbanyakkan tilawah al-Quran, sepanjang Ramadan.

Jika direnungi, anjuran para ulama ini sangat mendalam falsafah dan hikmahnya demi membantu kita menghayati bulan-bulan yang mulia ini dengan lebih bermakna.

Di bulan Rejab ini banyak masjid, surau dan institusi mengambil peluang mengadakan ceramah dan majlis Israk Mikraj. Perbuatan ini jika dianggap sebagai suatu adat dan tradisi untuk menghimpunkan orang ramai bagi mendekatkan diri mereka dengan agama tanpa dianggap sebagai suatu pensyariatan adalah suatu amalan yang terpuji dan tidak bercanggah dengan mana-mana usul agama.

Malah para pendakwah dan mereka yang cintakan agama sepatutnya sentiasa mencari munasabah bagi menghimpun orang-ramai dalam majlis-majlis yang dipenuhi dengan penambahan ilmu, peringatan, doa dan zikir.

Inilah antara pandangan tokoh besar ulama dunia Islam, al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani r.a dalam tulisan khususnya mengenai Israk dan Mikraj bertajuk al-Anwar al-Bahiyyah min Isra’ wa Mi’raj Khayr al-Bariyyah.

Beliau turut menegur golongan yang menentang penganjuran majlis sedemikian dengan katanya: “Memanfaatkan perhimpunan orang ramai dengan memberikan peringatan, petunjuk, nasihat dan mengarahkan mereka kepada kebaikan adalah lebih utama daripada menghalang, menolak dan mengingkari perhimpunan mereka dengan alasan yang tidak ke mana. Selama ini pun, apa yang dapat dilihat tegahan mereka tidak pun memberikan sebarang kesan”.

Sememangnya peristiwa Israk dan Mikraj menyajikan pelbagai pengajaran untuk memperkukuhkan lagi ikatan iman umat. Selain antara mukjizat besar yang membuktikan kenabian Nabi kita SAW, ia telah menjadi saat umat Islam dianugerahi ibadah solat sebagai Mikraj roh kepada Allah setiap hari.

Ia juga memperjelaskan keistimewaan kedudukan kita sebagai umat Nabi SAW dengan sebab menumpang keistimewaan dan keutamaan Nabi SAW yang menjadi Imam segala Nabi dan Rasul. Melalui peristiwa tersebut kita juga diperingatkan realiti kehidupan akhirat dengan balasan azab dan nikmat yang akhirnya meletakkan segala yang kita lalui dan punyai dalam kehidupan ini dalam perspektifnya yang sebenar.

Inilah sekadar segelintir perkara iktibar di sebalik kehadiran bulan Rejab dan peristiwa Israk dan Mikraj yang wajar diperincikan lagi dan diulang-ulangkan.

Malangnya ada juga penceramah yang kurang berhati-hati lalu dalam membicarakan tentang peristiwa ini turut membahaskan isu-isu kontroversi seperti mensabitkan tempat dan sifat bagi Allah SWT, Maha Suci Allah daripada menyerupai makhluknya.

Tokoh ulama mutakhir, Sheikh Yusuf al-Dijwi ada menegur tentang perkara ini dalam himpunan tulisan dan fatwanya.

Beliau menegaskan, adalah tidak wajar ayat-ayat mutashabihat berkaitan dengan isu ini dibicarakan kecuali di dalam majlis-majlis khusus di kalangan para ulama berdasarkan keperluan. (Maqalaat wa Fatawa al-Shaikh Yusuf al-Dijwi, (Kaherah, Dar al-Basoir, 2006) Jld 2, ms.724)

Semoga kita dikurniakan kesedaran, kesihatan, semangat dan himmah yang tinggi dalam naungan taufik untuk menunaikan hak setiap hari yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Semoga bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan kita tahun kita lebih baik daripada tahun sebelumnya.

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."