RAKAN BLOG MASJID

29 June 2012

10 CERITERA MENJELANG BULAN RAMADHAN

Sepuluh Ceritera Menjelang Ramadhan SATU “Kita nak sambut raya pulakah ummi…?” Suara anak kecil itu meminta kepastian daripada ibunya mengenai kedatangan Aidilfitri. Senyuman si ibu sambil membelek-belek kain-kain yang bakal dijadikan baju raya untuk anak-anak sudah menjadi jawapan. “Tapi…, sebelum raya kena puasa dulukan? Tak bestlah ummi..!” Begitulah anak kecil. Kalau boleh biarlah Ramadhan tidak muncul dan yang muncul hanyalah Syawal. Hari raya adalah segala-galanya bagi mereka, baju baru, duit raya, kueh raya, balik rumah opah dan banyak lagi. Adakah kita yang sudah bukan anak kecil ini begitu juga? Dilaporkan bahawa Umar bin al-Khattab berkata pada penghujung Syaaban, “Selamat datang wahai pembersih diri kami daripada dosa…” * * * * * DUA Menjelang petang, tumpuan orang ramai adalah pasar Ramadhan. Semua jari tangan tergantung karung-karung berisi makanan dan minuman. Pada pandangan mata, semuanya sedap dan terasa tidak mencukupi. “Besok kita nak berbuka dengan apa pula ya…?” Tanya isteri ketika waktu Maghrib sudah semakin masak. “Ha, kalau ada…. tentu sedap”. Suami pula seperti belum mahu berganjak dari meja makan. Patutkah sikap begini diteruskan? Diriwayatkan bahawa, Abdullah bin Umar tidak pernah berbuka puasa kecuali bersama fakir miskin. Apabila ada orang yang meminta makanan daripadanya, beliau memberikannya. Beliau makan apa sahaja yang ada sehingga ada ketikanya beliau berpuasa dalam keadaan tidak makan apa-apa pada malamnya. * * * * * TIGA “Masjid kampong kita imam baca panjang atau pendek…?” Sambil menyelak helaian akhbar harian, dia bertanya rakannya. “Entah, aku sembahyang di masjid hujung sana. Setengah jam siap semua. Nak ikut… boleh!” Ada orang menghabiskan malam-malam Ramadhan dengan bersembang kosong bersama rakan-rakan di ‘port-port’ yang terpilih. Siangnya pula, dihabiskan dengan tidur. Malam sembang, siang tidur. Bagi yang bekerja, waktu-waktu senggang dihabiskan dengan berbual kosong. Lebih teruk lagi kalau ‘makan daging saudara sendiri yang telah mati’. Adakah itu sudah menjadi tradisi? Dilaporkan, apabila menjelang Ramadhan, Imam Malik menutup kitab-kitabnya dan tidak lagi berfatwa. Beliau memberikan sepenuh tumpuan kepada al-Quran. Ibnu Hajar menceritakan, Imam Syafie menghatamkan al-Quran pada bulan Ramadhan sebanyak enam puluh kali. Begitu juga dilaporkan bahawa, al-Bukhari mengkhatamkan al-Quran sebanyak tiga puluh kali. Pada bulan biasa, Imam Ahmad mengkhatamkan al-Quran sekali seminggu. Menjelang Ramadhan, beliau mengkhatamkan al-Quran dua kali seminggu. * * * * * EMPAT “Akulah tuhan kamu yang maha tinggi…” Bentak Firaun kepada para pengikutnya. Mereka dipaksa menyembahnya. Orang yang melawan akan dihukum bunuh. Perasaan rendah diri terhasil dengan kelaparan. Orang yang tidak pernah lapar, sukar merendah diri. Orang yang sentiasa kenyang sukar memahami makna kesusahan. Setahun sekali, kita memasuki sekolah latihan merendah diri, sekolah Ramadhan. Inilah sekolah yang diasaskan oleh Islam yang telah melahirkan mereka yang menguasai dunia dengan kekuatan sifat rendah diri, bukan dengan kekuatan kesombongan. Bukankah Firaun dimusnahkan selepas dia mempromosikan kesombongannya di hadapan nabi Musa? Dilaporkan, Umar bin Abdul Aziz mendapat berita bahawa anaknya telah membeli sebentuk cincin berharga seribu dirham. Beliau menulis sepucuk surat kepada anaknya, “Aku mendapat berita bahawa kamu membeli sebentuk cincin berharga seribu dirham. Apabila sampai kepadamu suratku ini, kamu hendaklah menjual cincin itu. Belanjakan wang itu untuk membeli makanan kepada seribu orang yang kelaparan. Belilah cincin besi yang berharga dua dirham sahaja dan ukir di atasnya ungkapan ini, Allah merahmati seseorang yang mengetahui kedudukan dirinya.” * * * * * LIMA “Banyak borong…!” Sapa seorang wanita kepada temannya. “Oh…, semua ni bahan untuk buat kueh raya. Raya dah dekat, entah sempat entah tidak…”. Semakin dekat dengan hari raya, malam-malam Ramadahan juga semakin meriah. Sebahagian orang memeriahkannya dengan acara menyediakan kueh raya. Tidak kurang juga yang memeriahkannya dengan peningkatan ibadah kepada Yang Maha Berkuasa. Dengan apakah sepatutnya malam-malam terakhir Ramadhan diisi? As-Sa’ib Ibnu Yazid melaporkan, Umar bin al-Khattab mengarahkan Ubai bin Ka’ab dan Tamim ad-Dariy supaya mengimamkan orang ramai dalam solat pada bulan Ramadhan. Mereka membaca surah-surah yang panjang sehingga kami perlu bertopangkan tongkat untuk berdiri kerana terlalu panjang. Kami tidak berhenti bersolat sehingga hampir-hampir fajar.” Abdullah bin Abu Bakar as-Siddiq meriwayatkan, bapaku berkata, “Kami hanya berhenti beribadat pada bulan Ramadhan ketika para khadam terpaksa bergegas-gegas menyediakan makanan untuk bersahur kerana bimbangkan kemunculan fajar.” * * * * * ENAM “Tak laratlah nak berdiri lama-lama…! Buat pendek-pendek sudahlah”. Getus seorang lelaki separuh umur sambil menyarung selipar. “Kita dah tua, mana larat nak buat panjang-panjang…!” Besoknya, dia menyambung cerita bila ditanya sebab dia terlalu awal meninggalkan solat terawikh di surau. Bolehkah faktor usia dijadikan alasan untuk mengurangkan ibadah? Dilaporkan oleh Asma’ bin Ubaid, beliau bersama Said bin Amir masuk menemui Abi Raja’ al-A’taridiy yang berusia 130 tahun. Beliau berkata, “Mereka menemuiku, mengangkatku kerana badanku yang kurus dan meletakkanku di tempat imam. Aku bacakan di dalam solatku bersama mereka pada bulan Ramadhan, setiap rakaat tiga puluh atau empat puluh ayat. Bahkan diceritakan, Abu Raja’ mengkhatamkan al-Quran di dalam solat pada bulan Ramadhan setiap sepuluh malam. * * * * * TUJUH Tidur pada siang hari pada bulan Ramadhan dikira ibadat khususnya kepada mereka yang puasanya terdedah kepada kerosakan jika dia berjaga. Tapi ada juga orang yang menghabiskan siang dengan tidur dengan alasan letih berpuasa. Justeru, dia akan terlepas peluang untuk meningkatkan ibadah khusus kerana ‘ibadah’ tidur. “Huh… panas betullah hari ini. Nak minum pun tak boleh…” Ada orang merungut begitu. Betulkah puasa menghalang tugas? Peperangan Mu’tah berlaku pada bulan Jamadil Awal. Ibnu Kathir melaporkan, Abdullah bin Rawahah mengetuai peperangan Mu’tah dalam keadaan berpuasa. Abdullah bin Rawahah berkata, “Bawakan kepadaku seketul tulang. Aku ingin ikatkan diperutku untuk menahan lapar”. Selepas itu, beliau diberikan sepotong daging. Sambil memandang matahari, beliau bertanya, “Adakah matahari sudah terbenam?” Beliau berbuka puasa di atas belakang kuda, mengetuai peperangan besar dalam keadaan nyawa berada di hujung pedang. Beliau adalah pemimpin ketiga yang syahid dalam medan peperangan itu selepas Zaid bin Harithah dan Jaafar bin Abi Talib. * * * * * LAPAN Gastrik, penyakit yang menjadi alasan sebahagian orang untuk meninggalkan puasa Ramadhan. “Aku bukan tak nak puasa, tapi aku tak boleh lapar. Aku ada penyakit…!” Kalau betul, orang itu tetap terikat dengan hukum meninggalkan puasa pada bulan Ramadhan kerana sakit. Kalau dia berbohong, dia berdosa kerana berbohong dan berdosa kerana meninggalkan perkara fardu. Sanggupkah kita mensia-siakan anugerah Ramadhan yang sangat berharga itu? Dilaporkan, seorang pemimpin dalam kerajaan Umawi bernama Rauh bin Zanba’ dalam perjalanan melalui padang pasir untuk menunaikan umrah. Ditengah-tengah perjalanan, beliau bertemu seorang arab badwi yang sedang mengembala kambing. “Wahai A’raby, mari ke sini makan bersamaku”, pelawa Rauh bin Zanba’. “Ada orang lain yang lebih mulia daripada kamu mempelawaku”, jawab arab badwi itu. “Siapa?” Rauh memohon kepastian. “Allah, Tuhan semesta alam”, tegas arab badwi itu. “Macam mana?” Rauh kehairanan. “Aku sedang berpuasa dan aku hanya berbuka untuk-Nya sahaja”, jawab arab badwi itu. “Tidak mengapa. Kamu berbuka sekarang, besok kamu berpuasalah lagi”, desak Rauh. “Adakah kamu boleh menjamin bahawa besok aku akan hidup lagi?” soal arab badwi itu. “Kamu mengambil berat terhadap hari-hari kamu, sedangkan kami pula mensia-siakannya”, jawab Rauh dengan tersedu-sedan. * * * * * SEMBILAN “Ya Rasulallah, pakaian ini hamba jahitkan khusus untuk tuan. Terimalah…”. Wanita ini begitu teruja menghadiahkan sehelai pakaian jahitan tangannya sendiri untuk insan yang paling disayanginya. Dirinya seakan-akan melayang ke langit apabila pakaian itu diterima dan dipakai oleh baginda, makhluk paling agung di dunia dan di akhirat. “Ya Rasulallah, berikan pakaian itu kepadaku…” Rasulullah saw memasuki rumah baginda, menanggalkan pakaian yang dihadiahkan oleh wanita tadi dan memberinya kepada lelaki yang meminta itu. “Apa yang kamu buat ni…? Rasulullah telah memakai pakaian itu, baginda memerlukannya. Mentang-mentanglah kamu tahu baginda tidak pernah mengecewakan orang yang meminta, kamu memintanya daripada baginda?” Para sahabat melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap lelaki itu. Mereka tahu, mintalah apa sahaja daripada nabi, baginda akan memberinya. Baginda sangat pemurah melebihi angin yang berhembus. “Demi Allah, aku tidak memintanya daripada baginda kecuali pakaian ini akan aku jadikan kafanku”. Benar, pada hari kematiannya, lelaki itu dikafankan dengan kain yang pernah menyentuh tubuh baginda yang mulia. Alangkah beruntungnya lelaki itu. * * * * * SEPULUH Ingin sekali perkara itu ditanyakan kepada bondanya, namun dibimbangi bondanya berkecil hati. Beliau faham, bagi bonda, walau pun seperit mana kehidupan yang ditempuh bersama buya, bonda sangat berbangga kerana buya hidup sebagai pejuang. Tiada sesaat pun hidup buya, tiada sekalimat yang terpancar dari mulut buya, tiada selangkah buya bergerak kecuali semuanya demi perjuangan untuk meninggikan kalimah Allah. “Bonda, mengapa jari telunjuk buya bergerak-gerak sepanjang masa? Buya seperti menulis sesuatu. Apakah masalah buya?” Akhirnya, setelah kewafatan Buya Hamka, si anak tidak dapat menahan lagi gejolak jiwanya. Akhirnya soalan itu terpacul jua dari bibirnya. “Anakku, buyamu menulis kalimah Allah dengan jarinya. Itulah zikirnya sepanjang hayatnya”. * * * * * Posted by Zolkharnain Abidin

28 June 2012

SECARA RINGKAS MENGENAI ASSALAM BUKIT SENTOSA DARI ISLAMGRID !

http://www.islamgrid.my/mosque/detailed.php?id=715
Latar Belakang masjid ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 8 Julai 2011 Binaan Masjid ini mempunyai kubah dan menara yang besar dan tersergam indah , mihrab dan dewan solat utama .Rekaan bangunanya berbentuk segiempat da struktur masjid ini keseluruhanya adala simen. Di dinding masjid ini terdapat seni khat yang bercorak islamik yang menyerlahkan lagi rekaannya. Kemudahan Masjid ini mempunyai dewan solat utama untuk lelaki dan perempuan serta dewan solat tambahan di sebelah luarnya . Selain itu , terdapat juga bilik imam/bilal , bilik stor , pejabat , bilik mesyuarat , dapur ,van jenazah bilik jenazah,wakaf untuk berehat dan tempat wudhuk lelaki dan wanita di masjid ini juga terdapat pengawal keselamatan yang bertugas. Di bahagian luar masjid terdapat beberapa ruang letak kereta khas pegawai masjid berbumbung serta garaj untuk motosikal dan basikal . Ruang letak kereta terbuka pula mampu meletakkan lebih 20 kereta dalam satu-satu masa dalam kawasan masjid sahaja. Keistimewaan Masjid ini mempunyai menara masjid sebagai satu mercu tanda agama Islam itu sendiri serta syiar Islam yang juga melaungkan azan dalam menandakan waktu solat bagi penduduk sekitar. Masjid ini juga sering mengadakan aktivi-aktiviti bercorak keagamaan dan juga kemasyarakatan untuk para jemaah dan juga penduduk sekitarnya.

SEDERHANANYA RUMAH RASULULLAH S.A.W

RUMAH Nabi saw terletak di samping masjid Nabawi. Ia dibina bersamaan pembinaan masjid tersebut ketika sampai di Madinah. Rumahnya sederhana dan mempunyai dua bilik tidur. Sebuah untuk isterinya Saudah binti Zam’ah dan sebuah lagi untuk Aisyah binti Abu Bakar Sidiq. Ketika dibina isteri-isteri baginda masih berada di Mekah, setelah tempat itu siap barulah mereka datang ke Madinah. Tanah tempat rumah Nabi itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim bernama Sahl dan suheil. Keduanya diasuh oleh As’ad bin Zararah. Di atas tanah itu terdapat banyak kuburan orang-orang Musyrik dan pohon-pohon tamar. Menurut perhatian baginda, tanah itu baik untuk pembinaan masjid dan baginda hendak membelinya daripada As’ad. Tetapi As’ad tidak mahu menjualnya kerana ia akan digunakan untuk masjid maka biarlah dipergunakan semata-mata kerana Allah. Tetapi Nabi masih berkeras hendak membelinya kerana teringatkan beliau kepunyaan anak Yatim, akhirnya tanah itu dibeli dan harganya dibayar oleh Abu Bakar. Kemudian di sekitar kawasan itu berdirilah beberapa rumah lagi, manakala rumah Nabi diperbesarkan dengan beberapa bilik untuk isteri-isteri baginda. Di rumah yang sederhana itu Nabi dan keluarganya hidup bersama. Orang ramai yang berkunjung juga bertambah dan bagi orang-orang yang tidak mampu, dibuatkan sebuah tempat yang bernama ‘Suffah’, menyerupai anjung rumah. Di situlah juga baginda menempatkan tetamu yang mengunjunginya. Oleh kerana keadaan yang terlalu ramai itu dan mereka bebas sekali keluar masuk ke rumah baginda dan suasana menjadi tidak teratur maka Alllah telah memberi peraturan dalam rumah Nabi. Peraturan yang diperturunkan Allah ialah melarang siapa saja dari masuk ke rumah baginda sebelum mendapat izin. Bila diajak makan, maka setelah selesai makan mereka hendaklah keluar dan begitu juga untuk bersembang lama-lama dan membuang waktu adalah dilarang. Kalau ada yang perlu diminta pada isteri baginda hendaklah dibalik tabir atau dinding. Peraturan rumahtangga Nabi ini bertujuan memelihara kemuliaan Nabi dan keluarganya. Malahan kepada para isterinya, Allah memberi peraturan agar rumahtangga tetap baik : ”Jangan berkata-kata dengan suara yang menawan hati orang lain. Bercakap dengan baik dan sopan. Di dalam rumah harus berkeadaan baik. Jangan mempamerkan diri pada umum. Kerjakanlah solat, bayar zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya,” Begitulah keadaan di rumah baginda yang serba sederhana. Baginda dan isteri-isterinya hidup secara sederhana walaupun baginda Rasul Allah dan pemimpin umat. Tidak seperti raja’raja di zaman itu yang mementingkan kemewahan dengan memberatkan rakyatnya. Blog Ibn75.wordpress.com

27 June 2012

TOKOH DRS ABDUL GHANI AZMI BIN HAJI IDRIS

Drs. Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris, Tokoh dan Penulis Buku Hadith di Malaysia Seorang tokoh yang sederhana hidupnya dan amat meminati bidang ilmu hadith dan sanggup berbakti demi penyebaran hadith Baginda s.a.w. hingga ke akhir hayatnya. Drs. Abdul Ghani Azmi bin Haji Idris dilahirkan pada 30 Januari 1933 di Kampung Gaal, Pasir Puteh, Kelantan. Pendidikan Setelah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gaal, Pasir Puteh seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya. Beliau kemudiannya telah melanjutkan pengajian agama pondok Wakaf Bunut, Pasir Puteh Kelantan. Manakala di peringkat sekolah menengah pula beliau telah melanjutkan pelajaran di Kota Bharu di Jami’ Merbau al-Ismaili dari tahun 1949 hingga tahun 1945. Semasa di Jamie’ Merbau al-Ismaili beliau merupakan salah seorang murid yang pintar dengan mendapat Syahadah Ibtida’iyyah (Mumtaz) dengan pencapaian keseluruhan sebanyak 81.2.18. Setelah menamatkan pengajian peringkat Thanawi di Jami’ Merbau, beliau telah menyambung pengajian di peringkat Ijazah Perguruan Tinggi Agama Islam Negeri (P.T.A.I.N) Jogjakarta, Indonesia pada tahun 1955 dengan mengikuti kursus pra perguruan selama 2 tahun hingga 1957. Setelah itu beliau menyambung pengajian lagi di Fakulti Syariah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) al-Jami’ah al-Islamiyah, Jogjakarta Indonesia pada tahun 1957. Semasa di IAIN itu, beliau telah mengikuti kursus Quda’ selama beberapa tahun. Akhirnya beliau berjaya meraih gelar Sarjana Agama dari Fakulti Syariah setelah tamat pengajian. Semasa menuntut di IAIN, minat beliau dalam bidang ilmu hadith mula membara apabila beliau amat terpengaruh dengan guru-gurunya seperti Prof Dr. T.M. Hasbi as-Siddiqi yang juga banyak memberi sumbangandalam bidang penulisan buku-buku hadith. Selain dari Prof Dr. T.M. Hasbi as-Siddiqi beliau juga banyak berguru dengan tokoh-tokoh besar seperti Prof Dr Hamka, Profesor Qahar Muzakkir, Prof Mokhtar Ali, Dan Pro Dr Abmad Shalabi dari Mesir Keperibadian Beliau merupakan seorang bapa yang penyayang terhadap anak-anak dan keluarga. Seorang kenalan rapat beliau, En. Nik Mohd Yusoff menyatakan, “Drs. Abdul Ghani Azmi adalah seorang yang tekun dan tetap pendirian dalam sesuatu perkara yang dilakukannya.” Malah beliau amat komited dengan tugas dan minat yang mendalam terhadap ilmu hadith sehinggakan beliauakan memperuntukan masa pada setiap hari untuk menulis khususnya dalam bidang hadith. Tidak Fanatik Mazhab Drs Abdul Ghani sempat mempertahankan tesisnya yang bertajuk “Masalah Pidana Mati Kerana Riddah Dalam Hukum Islam” pada 20 September 1963 di hadapan suatu kumpulan yang terdiri dari tiga orang pemeriksa iaitu Prof T.M. Hasbi as-Siddiqi, A. Hanafi (M.A.) dan Wasith Aulawiy (M.A.), tepat pada saat beliau dan rakan-rakanya dipanggil pulang justeru konfrantasi yang tengah mengamuk. Selepas merangkul gelar ‘Drs.’ Abdul Ghani dikenal sebagai seorang anak muda yang tidak fanatic mazhab. Sangat jelas betapa semasa di Indonesia beliau telah terpengaruh banyak oleh guru-gurunya, di samping terbawa-bawa arus pemikiran pemurnian Islam gaya Muhammadiyah yang pada waktu itu sangat dominan di Jogjakarta. Ketegasannya Terhadap Hadith-Hadith Dhaif dan Maudhu’ Ciri menarik daripada personaliti beliau ialah ketegasannya atau katakanlah keterbukaannya dalam menentang amalan-amalan khurafat dan bid’ah dalam masyarakat umat Islam. Beliau pernah menyatakan kekesalannya tentang banyaknya penggunaan hadith-hadith dhaif dan malahan maudhu’ dalam kehidupan keagamaan umat Islam, yang akibatnya tidak lain ialah: berlakunya penyimpangan amalan dari ajaran atau sunnah Rasulullah saw. “Saya sangat menyayangkan apabila institusi agama yang sepatutnya berperanan meluruskan amalan umat, tiba-tiba menjadi penyebar hadith dhaif atau maudhu’ pula.” Kata-kata yang pernah diluahkannya. Menurut beliau, hadis-hadis seperti ini banyak ditemui dalam khutbah-khutbah Jumaat dan khutbah nikah terbitan Majlis-Majlis Agama Islam negeri. Seperti inilah biasanya nada ucapan beliau dan di atas keyakinannya yang seperti ini, selepas bersara, beliau berusaha mengumpul, mengkaji dan menyemak hadith-hadith yang kemudiannya diterbitkan dalm bentuk buku dan sesetengahnya menjadi siri rencana bersambung dalam majalahPengasuh. Beliau berpendapat bahawa memang terdapat banyak amalan dan kepercayaan bi’dah dan khurafat dalam masyarakat umat Islam di Malaysia hari ini. Sebahagiannya tidak lain, menurutnya, adalah kerana meluasnya penggunaan ‘hadith-hadith’ yang sebenarnya bukan hadith. Malangnya, kata beliau, “Hampir tidak pernah ada usaha lagi membanteras keadaan seperti ini oleh institusi-institusi yang berkaitan atau individi-individu berwewenang.” Masih menurut beliau lagi ialah: Turut berperanan dalam penyebaran ini ialah pengajian kitab-kitab jawi yang banyak mengandungi hadith-hadith yang dipertikaikan kesahihannyaa. Juga pengajian kitab-kitab klasik, termasuk tafsir yang memuat unsur-unsur dongeng dan Israiliyyat. “Sayangnya, kitab-kitab inilah yang banyak dipelajari dan dibaca di masjid-masjid dan madrasah-madrasah,” katanya. Memberi Tumpuan Pada Menulis Selepas bersara dari menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Kota Bharu dan Ketua ABIM Negeri Kelantan pada Disember 1988, beliau mengunci diri di rumah, memberi perhatian sepenuhnya kepada bidang yang menjadi minatnya selama ini iaitu menulis, tetapi tidak sempat dilaksanakan kerana sibuk dengan tugas jawatan. “Inilah masanya beliau tidak diganggu,” kata isterinya. Difahamkan, pada waktu ini, beliau bekerja sepanjang hari di kamarnya, berhabis masa dengan membaca, menulis, menyalin, menyemak dan menterjemah. Selama tempoh ini dia tidak kemana-mana, tidak ada kegiatan kemasyarakat, tidak ada seminar, tidak ada politik dan tidak ada segala-galanya. “Beliah hanya keluar rumah sekali-sekala, itu pun lebih banyak atas urusan keluarga,” cerita isterinya. Menurut isterinya lagi, masa kerja beliau cukup padat, iaitu mulai jam 7.30 pagi hingga 12.00 malam. Tidak ada masa rehat, kecuali untuk makan, mandi dan solat. Jadual ini berlangsung tetap untuk selama lima tahun pertama, ertinya sehingga 1993. Mulai 1994 jadual ini berkurang sedikit, tetapi tetap tidak ada hari yang sunyi dari bunyi ketikan mesin taip di rumahnya (beliau masih menggunakan cara lama dalam menulis). “Malah, sehinnga pada waktu beliau ditimpa sakit pada 1996 pun, beliau masih lagi aktif menulis dan menyemak pruf untuk buku-bukunya,” lanjut isterinya. Karya-karyanya Drs Abdul Ghani telah menghasilkan sejumlah lebih 20 buah tajuk buku, antaranya 13 judul yang telah terbit (tidak termasuk siri tulisan dalam Pengasuh yang terbit hamper setiap keluaran). Buku-buku yang telah terbit antaranya ialah: 1. Himpunan Hadith-Hadith Sahih (3 Jilid) 2. Himpunan Hadith Maudhu’ dan Yang Sangat Dhaif (Jilid 1) 3. Amalan Bi’dah Bulan Muharam, Rejan, Sya’ban dan Ramadhan (al-Hidayah Publishing) 4. Panduan Solat Sunat Rasulullah s.a.w.(Darul Numan) 5. Persoalan Aqidah Islam (terjemahan daripada risalah Syeikh Abdul Aziz Baz) 6. Kewajipan Wanita Islam (Pustaka Aman Press) 7. Kedudukan al-Sunnah Dalam Syariat Islam (terbit sendiri) 8. Dan lain-lain. Manakala buku-buku yang belum terbit (sesetengahnya dalam pruf akhir): 1. Asas Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadith 2. Kutukan dari Langit dan Bumi 3. Himpunan Hadith-Hadith Dhaif (Jilid 1, 2) 4. Solat-Solat Sunat yang bukan Berasal dari Sunnah 5. Dan lain-lain Pulang Ke Rahmatullah Setelah mengalami dan menderita sakit barah selama hampir 2 tahun, akhirnya pada hari Sabtu, 4 April 1998 jam 7.30 pagi, beliau menghembuskan nafas yang terakhir di sisi keluarga di rumahnya berhampiran Masjid Telipot, Kota Bharu, Kelantan. Ramai keluarga dan sahabat kenalan mengiringi jenazah beliau ke tempat peristirehatannya yang terakhir. Beliau meninggalkan seorang balu, Hajah Rashidah binti Haji Wan Ismail, bekas sisiwi Univerisiti Muhammadiyah, Surakarta pada tahun 1961 dan lapan orang anak (empat lelaki dan empat perempuan). Harapan beliau dalam usahanya untuk mempertahankan kesucian agama Islam melalui pemutihan hadith-hadith Baginda s.a.w. amatlah terpuji dan perlu dilangsungkan. Ternyata usaha murni beliau telah diteruskan oleh anak perempuan beliau Cik Ismah yang kini giat menyempurnakan kajian dan penulisan buku yang pernah diusahakan oleh Drs Abdul Ghani Azmi. Walaupun terdapat beberapa pandangan yang berbeza antara beliau dengan beberapa orang tokoh penulis Pengasuh dalam menentukan hadith-hadith yang diklasifikasikan sebagai daif namun apa yang boleh diambil pengajaran ialah semangat dan gaya penulisannya yang dapat diterima oleh pembacaPengasuh. Beliau amat mengharapkan agar dengan terbitnya buku “Himpunan Hadith Da’if Dan Maudu’”, “Himpunan Hadith-Hadith Sahih” sebanyak 3 jilid dan banyak lagi dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam dan membantu mereka dalam menjaga kesucian agama. Disusun oleh: Muhammad Abdulloh Suradi, 11 Jun 2011. Rujukan: 1. Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (Jilid 2) diselenggara oleh Ismail Che Daud 2. Kertas Kerja Drs. Abdul Ghani Azmi bin Idris: Tinjauan Terhadap Sumbangan dan Penulisan Beliau dalam Majalah Pengasuh Mengenai Ilmu Hadith oleh Ahmad Faisal bin Abdul Hamid

26 June 2012

CARA GANTI PUASA RAMADHAN & BAYAR FIDYAH PUASA

Cara Ganti Puasa Ramadhan & Bayar Fidyah Puasa Soalan : Assalamualaikum ustaz, saya menuntut di luar negara. saya telah mengqadha segala puasa saya yg saya tinggalkan dizaman remaja dulu. hampir 70 hari kesemuanya. semua telah siap saya qadha. masalahnya ialah, saya tidak tahu cara membayar Fidyah. saya tahu cara mengira nya. cuma saya tidak tahu di mana harus saya bayar Fidyah tersebut sebelum masuk Ramadhan tak lama lagi. adakah saya harus bayar di malaysia iaitu ditempat saya dibesarkan, atau saya boleh bayar sahaja di negara saya belajar sekarang? tapi, jika saya bayar disini, harganya sangat mahal. bolehkah saya bayar di Malaysia dengan hanya mengirim wang kepada rakan dan membayarnya di mana2 pusat pungutan zakat di Malaysia? tapi urusan nya agak rumit dari segi pemindahan wang, bolehkah saya membayar Fidyah tersebut dalam bentuk seolah2 saya bersedekah sahaja kepada pihak masjid dengan memasukkan duit zakat mengikut jumlah bayaran Malaysia? saya keliru la ustaz.. saya ada jumpa satu laman web yg menyediakan segala maklumat bank untuk kita bayar zakat. ianya berpangkalan di Sri Lanka. boleh kah saya bayar sahaja Fidyah tersebut kepada pusat zakat sri lanka tersebut? ianya mudah bagi saya, kerana saya tidak perlu menyusahkan sesiapa mewakili saya membayar Fidyah. saya hanya perlu transfer duit sahaja. jika boleh, kadar Fidyah yg mana satukah yg saha kena guna? adakah harga secupak beras Sri Lanka, atau secupak beras negeri Terengganu (kelahiran saya) atau secupak beras yg saya makan di tempat saya sekarang? atau, paling senang, bolehkah ustaz tolong saya bayarkan Fidyah tersebut? saya boleh masukkan duit ke dalam akaun ustaz. saya segan untuk minta tolong ahli keluarga di malaysia.. saya tak nak lah mereka tahu yg saya 'ponteng' puasa. harap ustaz boleh jelaskan.. terima kasih. Jawapannya : Puasa atau dalam istilah arabnya saum secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu. Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya. Firman Allah yang bermaksud : “Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah : 183) Orang Yang Dilarang Puasa Wanita yang didatangi haid dan nifas. Diriwayatkan dari 'Aisyah ra. ia berkata : “Disaat kami haidh di masa Rasulullah saw, kami dilarang puasa dan diperintahkan mengqadhanya, dan kami tidak diperintah mengqadha Shalat " ( H.R Bukhary Muslim) Orang Yang Diberi Kelonggaran Tidak Berpuasa Orang yang musafir yang tiada tenaga dalam musafirnya oleh berbuka dan wajib ia ganti puasa tersebut. Orang yang uzur seperti orang tua yang tidak mempunyai kekuatan untuk berpuasa. Ibu yang menyusu anaknya, kalau di dapati ibu tersebut lemah disebabkan anaknya menyusu dan lemah disebabkan puasa, maka ibu tersebut boleh berbuka puasanya. Orang Islam yang pergi berperang dan berhadapan dengan musuh Islam, maka dibolehkan mereka berbuka untuk memberikan kekuatan kepada mereka melawan musuh Islam. Orang yang sakit dan dinasihatkan oleh doktor perubatan bahawa beliau tidak perlu puasa dan jika ia puasa sakitnya lebih teruk lagi. Wanita yang hamil dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berpuasa, kerana dikuatiri dirinya menjadi lemah dan akan membahayakan kandungannya, maka wanita itu tidak wajib berpuasa. Cara Menggantikan Puasa Ramadhan Orang Islam yang diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa Ramadhannya, wajib digantikan kembali puasanya jika ia berkuasa dan sakitnya sembuh selepas puasa nanti. Orang yang musafir yang berbuka puasanya disebabkan tiada kuasa dalam perjalanannya, maka ia diwajibkan ganti semula puasanya selepas bulan Ramadhan. Tahun pertama orang yang meninggalkan puasanya atau berbuka puasanya, maka ia diwajibkan ganti semula kesemua puasa yang ditinggalkannya. Tetapi bagi orang yang memang tidak mampu untuk berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa, jika ia puasa akan mendatangkan kemudharatan kepadanya. Maka ia tidak diwajibkan menggantikan puasanya dan ia diwajibkan Fidyah kepada orang miskin. Cara Mengeluarkan Fidyah Maksud Fidyah ialah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakilli satu hari yang tertinggal puasa Ramadhan padanya. Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670gram. Contohnya sipulan telah meninggalkan puasanya sebanyak 5 hari, maka dia wajib membayar Fidyahnya sebanyak 5 cupak beras kepada fakir miskin. Firman Allah yang bermaksud : “(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran Fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi Fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Al-Baqarah : 184) Fidyah dikenakan kepada orang yang tidak mampu berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa lagi. Maka dengan itu Islam telah memberikan keringanan (rukshoh) kepada mereka yang tidak boleh berpuasa dengan cara membayar Fidyah iaitu memberikan secupak beras kepada orang fakir miskin. Begitu juga kepada orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan kembali (setahun), maka dengan itu mereka dikehendaki berpuasa dan juga wajib memberikan secupak beras kepada fakir miskin. Begitu juga pada tahun seterusnya. Fidyah akan naik setiap tahun selagi mana orang tersebut tidak menggantikan puasanya. Untuk semakkan atau perkiraan boleh klik di sini. Fidyah tidak boleh digantikan dengan zakat, kerana zakat dan Fidyah adalah dua perkara yang berbeza. Zakat fitrah lain dan Fidyah juga lain. Jika anda terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk membayar Fidyah, maka anda boleh wakilkan kepada orang yang dipercayai untuk membayar fidyah anda kepada fakir miskin.

25 June 2012

JAUHI SIFAT BOROS & BERFOYA-FOYA

Allah SWT Larang Sikap Boros, Berfoya-foya BERUSAHA mencari rezeki halal dan membelanjakannya bagi memenuhi keperluan hidup yang selesa dan sempurna adalah antara ibadat yang besar ertinya dalam kehidupan seseorang Muslim. Kehidupan yang baik dan selesa kadang-kadang dikurniakan Allah sebagai balasan awal terhadap keimanan dan ketaatan hamba-Nya. Demikian juga penderitaan dan kesengsaraan hidup, kadang-kadang adalah balasan yang disegerakan di dunia bagi membolehkannya menerima nikmat sepenuhnya di akhirat tetapi ada juga penderitaan itu akibat kelemahan iman terhadap kekuasaan Allah dan berleluasanya kemungkaran dalam kehidupannya. Hakikat ini dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Sesiapa yang mengikuti petunjuk daripada-Ku, nescaya dia tidak akan sesat dan tidak pula akan menderita azab sengsara. Dan sesiapa yang berpaling daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit." (Surah Al-Taha: ayat 123-124) Di samping unsur kerohanian, Islam juga mengakui bahawa kebendaan turut berfungsi memberi keselesaan kepada manusia. Justeru, Islam menghalalkan kita mengambil makan minum yang lazat, memilih tempat dan kediaman yang memenuhi kehendak dan cita rasa, memiliki kenderaan yang cantik dan pasangan hidup yang damai dan tidak mendatangkan masalah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Empat perkara bakal mendatangkan kebahagiaan: isteri yang salihah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa. Empat perkara yang mengundang kekacauan: isteri yang buruk akhlak, jiran yang jahat, kenderaan yang buruk dan rumah yang sempit." Bagi mengekalkan keselesaan dan kebahagiaan di dunia, Islam juga menolak beberapa tabiat buruk yang boleh mengancam kesejahteraan hidup dan menukarnya dengan sekelip mata daripada senang kepada susah, daripada hidup mewah kepada menderita dan papa kedana. Antara tabiat buruk yang mengancam kesejahteraan umat ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu. Al-Quran mengingatkan manusia dua perkara penting melalui dakwah dan Rasul, iaitu bahaya kehidupan mewah dan tabiat sukakan pembaziran. Firman Allah SWT bermaksud: "Dan orang yang tidak melarang perbuatan mungkar di bumi ini menitikberatkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan jadilah mereka orang yang berdosa." (Surah Al-Hud: ayat 116) Dr Yusuf al-Qardawi mengulas mengenai kemewahan, katanya: "Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza." Imam Fakhr al-Razi mengertikan kemewahan yang menjadi punca keruntuhan masyarakat ialah tabiat hidup yang sombong dengan kenikmatan yang dirasai. (Tafsir Al-Kabir, 18/75) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam tetapi kehidupan mewah dan sombong adalah suatu cara hidup yang buruk dan dikeji. Sikap sombong dengan nikmat yang diperoleh, sering membawa manusia melupai Allah SWT dan jauh daripada jalan yang benar. Atas dasar mewah dan sombong inilah, Islam mengharamkan penggunaan peralatan emas dan perak, hamparan sutera dan melarang lelaki memakai pakaian yang diperbuat daripada emas dan sutera. Selain hidup berfoya-foya dengan kemewahan, al-Quran juga menentang amalan boros dan pembaziran harta ketika berbelanja sehingga melampaui batas kesederhanaan sekali pun barang yang dibelanjakan diperoleh daripada sumber yang halal. Banyak ayat menyentuh mengenai keburukan tabiat ini, antaranya firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya Firaun adalah orang yang sombong takbur lagi terbilang dalam golongan orang yang boros berbelanja." (Surah Al-Dukhan: ayat 31) Membazir dan boros berbelanja diertikan dengan mengguna harta tanpa muslihat dan kepentingan. Amalan ini juga bertentangan dengan prinsip kesederhanaan yang menjadi sifat utama Ibad al-Rahman (hamba-hamba Allah yang maha penyayang) dan dikehendaki Islam sebagaimana firman-Nya bermaksud: "Hamba-hamba Allah ialah mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tidak boros dan tidak kedekut, sebaliknya perbelanjaan mereka adalah sederhana." (Surah Al-Furqan: ayat 67) Al-Quran juga sering menggambarkan keburukan tabiat ini dengan menyatakan beberapa persamaan antara mereka dan syaitan, sebagaimana dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya orang yang boros adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah Al-Israk: ayat 27) Imam Fakhr al-Razi mengulas erti pembaziran yang diharamkan Islam, iaitu menghabiskan harta pada jalan yang tidak membawa faedah. Ini bermakna jika harta dibelanjakan pada jalan kebaikan dan kepentingan umum, tidak boleh disifatkan sebagai membazir atau boros. (Tafsir Al-Kabir: 20/195) Pembazir harta dikira sebagai saudara syaitan kerana ada beberapa persamaan, antaranya ialah sama-sama kufurkan nikmat Allah yang dikurniakan kepadanya dan tidak menggunakan nikmat yang ada untuk faedah umum yang mendatangkan kebajikan. Pembaziran harta disebut juga dalam hadis Rasulullah dengan Idat al-Mal atau memusnahkan harta benda. Sikap ini termasuk amalan yang dibenci Allah. Dr Yusuf al-Qardawi dalam bukunya "Dawr al-Qiyam Wa al-Akhlak Fi al-Iktisad al-Islami" memberi contoh pembaziran yang berlaku dalam masyarakat sama ada secara disedari atau tidak, seperti mengabaikan ternakan dan tanaman, tidak menjaga makanan sehingga musnah dan tidak boleh dimakan, membiarkan pakaian kotor sehingga cepat luntur, tidak menyelenggara rumah kediaman, kereta dan barang kepunyaan sendiri sehingga cepat rosak. Membiarkan lampu menyala tanpa sebarang muslihat, membiarkan paip air bocor menyebabkan kerugian terpaksa ditanggung, membuang makanan yang masih boleh dimakan pada hal ada orang miskin yang kelaparan, memusnahkan pakaian yang masih baik dan boleh dipakai semata-mata kerana dianggap ketinggalan zaman pada hal ada orang memerlukannya untuk menutup aurat, menaiki kenderaan bersendirian pada hal masih ada beberapa tempat duduk yang kosong dan ada orang yang memerlukannya untuk menuju ke destinasi yang sama dan makan bersendirian padahal dia boleh dikongsi beberapa orang. Mensia-siakan harta adalah suatu sikap yang bertentangan dengan budaya Islam, termasuklah membiarkan bumi kosong tanpa ditanam sebarang pokok atau tanpa diambil langkah menghidupkan buminya, perusahaan yang tidak ditingkatkan produktivitinya pada hal ia masih boleh ditingkatkan, haiwan disembelih tetapi banyak bahan yang berfaedah terbuang seperti kulit, bulu dan seumpamanya. Justeru, pembaziran bertentangan dengan budaya Islam. Rasulullah pernah menegur seorang lelaki yang sedang mengheret bangkai kambing untuk dibuang, sabda baginda: "Mengapa kamu tidak buang kulitnya terlebih dahulu?" Jawab mereka: "Kulit kambing ini bangkai yang tidak berguna lagi." Sabda baginda: "Bangkai itu hanya haram dimakan, tetapi kulitnya masih boleh dimanfaatkan." Justeru, harta benda tidak boleh disia-siakan. Imam al-Bukhari menjudulkan hadis di atas dengan suatu judul yang menarik, iaitu: "Perlukah tempayan arak dipecahkan?" Maksud beliau ialah jika tempayan arak boleh dibersihkan, tidak ada sebab mengapa ia harus dimusnahkan. Pemikiran Islam jelas sekali dalam hal ini dan kita percaya hasrat kerajaan supaya mengambil langkah berjimat cermat bagi mengatasi masalah kemelesetan ekonomi akibat kejatuhan nilai ringgit akan tercapai sepenuhnya dalam tempoh terdekat jika ajaran Islam ini dihayati dengan sebaik-baiknya. (Dipetik dari Berita Harian Online Oktober 18, 1997)

21 June 2012

Majlis Khatam AlQuran Dan As-Salam Berselawat Bersama Syeikh Dr. Mahmoud Mrglani Sabtu, 23 Jun 2012 (Selepas Maghrib)

PENGAJIAN BERSANAD TOK GURU HJ RAHIM

18 June 2012

PERINGATAN BAGI YANG LUPA

FORUM ISRAK MIKRAJ ASSALAM 17 JUN

Alhamdulillah program Israk Mikraj 1433Hijrariah bersamaan 17 Jun 2012 berjaya dilaksanakan di mana panel terdiri dari Ustaz Hazri dan Ustaz Fauza serta moderatornya adalah tidak asing lagi iaitu Ustaz Abu Bakar mantan Nazir masjid Assalam. http://alkuliahforall.blogspot.com/2012/06/forum-perdana-misi-sidratulmuntaha-jun.html#links

14 June 2012

MAHA SUCI ALLAH ! BERAPA CAJ NAK MASUK SYURGA ?

Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seraya seorang lelaki menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.” Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya. Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.” Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya? Oleh: Mentari Hidup

13 June 2012

IDEA MENARIK : KHUTBAH BERBAHASA INGGERIS MENARIK ORANG KE MASJID!

14 Jun 2012 Khutbah berbahasa Inggris menarik jama'ah untuk datang ke Masjid INDIA (Arrahmah.com) - Sebuah Masjid di kota Hyderabad, India telah menggunakan bahasa Inggris untuk berkhutbah dalam upaya untuk menarik lebih banyak jama'ah untuk datang ke Masjid dan menyebarkan pesan-pesan tentang Islam yang benar dengan lebih efektif. "Saya lebih nyaman untuk mendengarkan bahasa Inggris dan memahaminya lebih baik daripada saya memahami Urdu," kata Insiya Abdul Rahim (23), seorang sarjana Psikologi, mengatakan kepada Times of India pada Selasa (12/6/2012). "Dan karena saya memiliki kehausan untuk memahami agama," tambahnya..... Masjid di Banjara Hills, Hyderabad telah memulai strategi ceramah dengan bahasa Inggris kepada para Jam'ah Muslim setempat, disebabkan lebih banyak yang memahami bahasa Inggris ketimbang Urdu. Program itu langsung membuahkan hasil, jama'ah yang datang bertambah secara teratur ke Masjid yang ber-AC itu. Suasana Masjid yang nyaman juga menambah kenyamanan para Jama'ah untuk berdiam diri di Masjid untuk mempelajari tentang ajaran Islam. Selain itu, sejumlah besar mahasiswa asing juga turut terbantu dengan program khutbah berbahasa Inggris tersebut, sehingga banyak dari mereka berdatangan, karena kebanyakan Masjid lainnya biasa berkhutbah dengan bahasa Urdu. Bahasa Urdu adalah bahasa kedua setelah bahasa Hindi yang populer di India, namun kini bahasa Inggris tak kalah populer di negeri itu, dikarenakan banyaknya mahasiswa asing dan juga banyak orang India sendiri mendapatkan pendidikan di luar negeri, seperti Amerika dan Inggris. Sehingga ide untuk menyampaikan khutbah dengan bahasa Inggris datang untuk mempermudah bagi mereka yang kurang paham bahasa Urdu. "Prinsip komunikasi adalah penyebaran pemikiran dan pengetahuan," kata Mirza Yawar Baif, seorang imam Masjid dan Khatib jum'at di Masjid itu. "Khutbah bertujuan untuk membantu Muslim untuk memahami kehidupan mereka dan kejadian terkini dalam konteks Al-Qur'an, Sunnah dan sejarah Islam," tambahnya. "Tujuan Khutbah akan kalah, jika orang-orang tidak memahaminya." (siraaj/arrahmah.com)

12 June 2012

UNTUK PARA SUAMI , BACALAH LAGI CERITA INI !

Suami kesal abaikan isteri yang baik sehingga menemui ajalnya... Assalamualaikum…. Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun…. Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata. Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia… Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu. Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?” Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya. Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai… Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah. Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong. Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi. Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya. Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya. Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya…. Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal. Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya. Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu. Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan. Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima. Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.” Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya. Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….. Terima kasih ustaz….doakan saya……. Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright….tajuknya now and forever… sumber: informasi.my@amekaw

11 June 2012

APA ITU FATWA ?

Apa Itu Fatwa? Definisi Fatwa Pada bahasa ia diambil daripada afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan. Dari Segi Istilah Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya: Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya. Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus. Peruntukan Mengenai Fatwa Dalam Undang-Undang Di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34 iaitu: Maksud Fatwa iaitu pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubung dengan Hukum Syarak; Mengenai bila sesuatu fatwa itu boleh dibuat, iaitu apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri; Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai fatwa jika pernyataan itu disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum Syarak; Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di negeri itu, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum Syarak; dan Fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri itu. Status Keputusan Jawatankuasa Fatwa MKI Keputusan/ pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa MKI bukan merupakan fatwa mengikut peruntukan undang-undang. Ia adalah merupakan keputusan/ pandangan hukum yang dicapai secara bersama oleh Mufti-Mufti seluruh Malaysia yang menganggotai Jawatankuasa berkenaan. Keputusan/ pandangan yang dibuat sebenarnya tidak mengikat negeri-negeri, tetapi sebaliknya ia hanya boleh dikuatkuasakan di peringkat negeri jika negeri berkenaan mengambil tindakan atau menerima pakai keputusan/ pandangan tersebut dan menjadikan ianya sebagai fatwa mengikut proses pembuatan/ pengeluaran fatwa negeri masing-masing. Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa MKI hanya merupakan majlis diskusi/ muzakarah bagi membincang dan memutuskan sesuatu isu/ perkara yang memerlukan pandangan hukum khususnya yang berkaitan dengan isu/ persoalan yang bersifat nasional dan melibatkan kepentingan seluruh persekutuan. Soalan-Soalan Lazim S: Apakah nama sebenar Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan? J: Nama sebenar Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ialah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia atau ringkasnya disebut Jawatankuasa Fatwa MKI dan sering disebut sebagai Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. S: Bilakah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ditubuhkan? J: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ditubuhkan pada awal tahun 1970 di bawah Perkara 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). S: Apakah tugas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan? J: Tugas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ialah menimbang, memutus dan mengeluar fatwa atas apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. Jawatankuasa akan mengemukakan pendapat-pendapatnya kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang kemudian menghantarkanya bersama-sama dengan pengesyoran-pengesyoran kepada Majlis Raja-Raja. S: Apakah Status Keputusan Fatwa Kebangsaan? J: Keputusan/ pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bukan fatwa mengikut peruntukan undang-undang. Ia merupakan pandangan hukum terhadap sesuatu isu yang dibincangkan dan ia merupakan keputusan bersama sesama Mufti dari setiap negeri yang menganggotai Jawatankuasa tersebut. Keputusan/ pandangan tersebut tidak mengikat negeri-negeri, tetapi sebaliknya ia hanya boleh dikuatkuasakan di peringkat negeri jika negeri berkenaan mengambil tindakan atau menerima pakai keputusan/ pandangan tersebut mengikut kaedah pembuatan/ pengeluaran fatwa negeri masing-masing. S: Berapa ramai Mufti di seluruh Malaysia. J: Jumlah Mufti di Malaysia ialah seramai 14 orang iaitu setiap negeri mempunyai seorang Mufti. S: Berapa kali Jawatankuasa Fatwa MKI bermuzakarah setahun? J: Mengikut perancangan, Jawatankuasa Fatwa MKI dijadualkan bermuzakarah sebanyak 6 kali setahun ATAU mengikut keperluan dan isu-isu berbangkit. S: Bagaimana proses Jawatankuasa Fatwa MKI membuat keputusan? J: Jawatankuasa Fatwa MKI dalam membuat sesuatu keputusan/ memberikan pandangan hukum terhadap sesuatu isu/ perkara adalah berdasarkan kajian dan penyelidikan yang mendalam. Hasil kajian tersebut terlebih dahulu diteliti dan dibincang oleh Panel Kajian Akidah (PKA) atau Panel Kajian Syariah (PKS) JAKIM sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Fatwa MKI untuk diputuskan. Sesuatu keputusan/ pandangan hukum itu hanya akan diputuskan setelah Jawatankuasa berpuashati mengenainya. Keputusan/ pandangan hukum adalah keputusan yang dicapai secara bersama oleh Mufti-Mufti seluruh Malaysia yang menganggotai Jawatankuasa berkenaan. S: Apakah e-Fatwa? J: e-Fatwa ialah satu laman web yang memuatkan keputusan/ pandangan hukum Jawatankuasa Fatwa MKI dan Fatwa Negeri-Negeri sama ada yang diwartakan atau tidak diwartakan serta maklumat berkaitan dengan program/ aktiviti Institusi Fatwa di negara ini. e-Fatwa boleh diakses melalui alamat URL http://www.e-fatwa.gov.my ATAU melalui Laman Web JAKIM ATAU laman-laman web Jabatan-Jabatan Mufti di seluruh Malaysia. http://www.e-fatwa.gov.my/apa-itu-fatwa

06 June 2012

SAUDARA BARU MENJADI KEKASIH ALLAH !

Syeikh Abdul Wahid bin Zaid adalah seorang wali Allah yang suka mengembara dan berdakwah ke satu tempat khususnya tempat yang belum pernah dia sampai. Pada suatu hari dia mengembara ke suatu tempat dengan menaiki sebuah perahu layar. Apabila sampai di tengah lautan tiba-tiba datang ribut taufan sehingga menghanyutkan perahunya dan dia terdampar ke sebuah pulau. Di pulau itu Syeikh Abdul Wahid berjumpa dengan seorang lelaki yang asyik menyembah berhala. Setelah menunggu agak lama beliau akhirnya berkesempatan berkenalan dengan lelaki tersebut dan berbual serta bertukar-tukar fikiran. Setelah memperkenalkan dirinya Syeikh Abdul Wahid bertanya kepada lelaki itu: "Wahai lelaki ! Apakah yang engkau sembah tu? "Tegur Syeikh Abdul Wahid. "Aku menyembah Tuhanku ini", jawab lelaki itu sambil tangannya menunjukkan sebuah berhala yang berada tidak jauh dari situ. "Siapa yang buat berhala Tuhanmu ini?", tanya Syeikh Abdul Wahid. "Aku sendiri yang membuatnya", lelaki itu menjawab secara spontan. "Kalau begitu engkau sendirilah yang membuat tuhanmu itu? Akupun boleh buat benda seperti yang engkau sembah ini, bahkan lebih banyak daripada itu pun aku mampu", perli Syaikh Abdul Wahid. "Berhala ini engkau sendiri yang membuatnya, engkau pula yang menyembahnya. Wahai lelaki, berhentilah daripada perbuatan yang sia-sia ini,"sambung beliau lagi. Lelaki itu yang pada mulanya merasa bangga dengan tuhannya, mulai bingung apabila tetamu yang tidak diundang itu seolah-olah menghalang perbuatannya menyembah berhala selama ini. "Lalu siapa yang engkau sembah?" Lelaki itu minta kepastian daripada Syeikh Abdul Wahid. "Aku menyembah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi. Dia yang menghidupkan dan Dia juga yang mematikan. Namanya sangat Agung dan mulia dan Dialah Tuhan yang sebenar-benarnya yang wajib kita sembah", terang Syeikh Abdul Wahid. "Wahai Tuan Syeikh, siapakah yang mula-mula mengajar kamu mengenal Tuhanmu itu ?" tanya lelaki penyembah berhala itu. "Tuhanku telah mengutuskan seorang Rasul; pesuruhNya kepada kami, beliaulah yang mengajar kami tentang Dia" terang Syeikh Abdul Wahid. "Lalu apa yang dibuat oleh Rasul tadi?", tanya lelaki itu ingin tahu. "Setelah Rasul itu menyampaikan semua wahyu yang diturunkan oleh Tuhan Yang Maha Agung itu dengan sempurna dan lengkap maka dia pun wafat", Syeikh Abdul Wahid menerangkan kepada lelaki tadi. "Adakah tanda-tanda atau peninggalan Rasul itu padamu sekarang? "Penyembah berhala itu bertanya kepada Syeikh Abdul Wahid. Syeikh Abdul Wahid berkata; "Ya ada. Tuhan Yang Maha Agung itu telah menurunkan kitab suci al-Qur'an kepadanya untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup umat manusia di dunia dan di akhirat." "Cuba engkau tunjukkan kitab itu kepadaku, biasanya kitab seorang raja itu sangat indah dan menarik", lelaki itu berkata seorang diri apabila meminta kitab al-Qur'an daripada Syeikh Abdul Wahid. Syeikh Abdul Wahid yang sentiasa membawa kitab suci al-Qur'an ke mana-mana segera memberikannya. Lelaki penyembah berhala itu membelek-belek Mushaf tersebut sambil memerhatikan tulisan dan hurufnya satu persatu walaupun dia tidak dapat membacanya kerana beliau tidak mengenali huruf-huruf Arab. "Wahai Sheikh, aku tidak tahu apa isi kandungan di dalamnya, bolehkah engkau membacakan untukku?" Pinta lelaki itu. Kemudian Syeikh Abdul Wahid membacakan sebahagian daripada surah di dalam kitab al-Qur'an tersebut. Sedang lelaki penyembah berhala itu mendengar dengan khusyu', tiba-tiba dia menangis tersedu-sedu sehinggalah Syeikh Abdul Wahid sempat menghabiskan bacaan surah tersebut. Tangisannya tidak dapat ditahan-tahan lagi. "Wahai Tuan Syeikh, aku mohon maaf, Kalam itu betul-betul menyentuh hati sanubariku. Maka tidak patut kita berpaling daripadaNya", katanya sebaik saja Syeikh Abdul Wahid selesai membaca al-Qur'an tersebut. Ekoran daripada peristiwa itu, terbukalah pintu hati penyembah berhala tersebut, dengan turunnya hidayah Allah kepadanya. Demi kebesaran Tuhan Yang Maha Agung diapun secara sukarela memeluk Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Syeikh Abdul Wahid. Sejak lelaki itu memeluk Islam Syeikh Abdul Wahid mengajar syariat Islam seperti tauhid, ibadah, akhlak, membaca al-Qur'an dan sebagainya. Ajaran-ajaran itu diikuti dan dikerjakannya dengan tekun dan sabar sehinggalah dia menjadi seorang penganut Islam yang sangat taat akan ajarannya dan seorang yang salih. Apabila mengerjakan ibadat sembahyang, dia biasanya berjemaah bersama-sama Syeikh Abdul Wahid. Pada suatu malam sesudah mengerjakan sembahyang Isya', dia bersama-sama Syeikh Abdul Wahid bersiap-siap untuk tidur, tiba-tiba dia berkata:" Wahai tuan Syeikh, apakah Tuhan yang tuan perkenalkan kepadaku itu tidur juga di waktu malam?" "Wahai hamba Allah! Ketahuilah bahawa Tuhan Allah itu Maha Agung, Dia Yang Maha Hidup, Dia tidak pernah mengantuk dan tidak sekali-kali tidur." Terang Syeikh Abdul Wahid. "Wahai hamba Allah! alangkah buruknya menjadi hamba seperti kita yang sentiasa mengantuk dan tidur sedangkan Tuhan kita tidak pernah mengantuk dan tidur, "jelas lelaki itu. Syeikh Abdul Wahid sangat kagum terhadap kata-kata lelaki itu. Baru saja masuk Islam, ruh keislamannya sudah begitu meresap di lubuk hatinya sehingga dapat mengeluarkan kata-kata seperti seorang ahli sufi. Setelah beberapa lama tinggal di pulau itu, tibalah masanya Syeikh Abdul Wahid ingin kembali ke negeri asalnya. Apabila beliau menyampaikan hasratnya kepada lelaki itu, ternyata lelaki itu merasa sedih di atas kepulangan Syeikh Abdul Wahid dan minta dia dibawa bersama. Setelah melihat kesungguhan lelaki itu mahu mengikutinya, mahu tidak mahu terpaksa juga dibawanya saudara baru itu pulang bersama-sama dengannya. Tatakala sampai ke negerinya, lalu Syeikh Abdul Wahid memperkenalkannya kepada saudara-saudara Islam yang lain. "Wahai teman-teman sekalian! Ini adalah saudara baru kita yang baru saja memeluk agama Islam", kata Syeikh Abdul Wahid. Kaum muslimin yang lain mengalu-alukan dan mengucapkan selamat kepada saudara baru tersebut dan di atas kesedaran ukhuwah Islamiah, mereka mengutip derma untuk diberikan kepada lelaki tersebut. "Eh..apa ini?" Tanya lelaki itu kepada Syeikh Abdul Wahid ketika kutipan derma tersebut diserahkan kepadanya. "Ini ada sedikit derma untuk perbelanjaan engkau", jawab salah seorang daripada hadirin. ............., kamu semua telah menunjukkan aku ke jalan yang benar dan jalan yang diredhai oleh Allah, yang mana sebelum ini aku tinggal di sebuah pulau, Dia Tuhan yang tidak pernah mengabaikan aku, sekalipun ketika itu aku menyembah selain daripadaNya (berhala). Sekarang ini setelah kamu semua tunjukkan aku ke jalanNya dan aku mengenalNya, apakah dia akan mengabaikan aku begitu saja?" tanya lelaki itu dengan penuh perasaan. Semua hadirin termasuk Syeikh Abdul Wahid tertunduk kagum akan kekuatan iman lelaki ini, kerana dia sekali-kali tidak sudi menerima kutipan derma tersebut kerana anggapannya selama ini Allah sentiasa memeliharanya walaupun ketika itu dia menyembah berhala. Inikan pula dia sudah menjadi seorang Islam yang kuat berpegang dengan ajaran-ajarannya, apakah Allah akan mensia-siakannya. Dengan kata lain dia sekali-kali tidak mengharapkan bantuan lain selain daripada Allah. Tiga hari selepas peristiwa itu ada orang datang menyampaikan berita bahawa lelaki itu sedang sakit. Mendengar berita itu Syeikh Abdul Wahid dan kaum muslimin yang lain pun datang menziarahinya. "Wahai hamba Allah, apakah engkau ada sesuatu hajat yang perlu disampaikan kepadaku? "Tanya Syeikh Abdul Wahid. "Semua hajatku telah tertunai dengan kedatanganmu ke pulau itu", suara lelaki itu tersekat-sekat menahan sebak. Tiba-tiba Syeikh Abdul Wahid merasa mengantuk dan tertidur di sisinya. Dalam tidurnya itu dia bermimpi melihat sebuah taman yang sangat indah dengan tanam-tanaman yang sentiasa menghijau. Di tengah-tengahnya terdapat sebuah kubah yang di dalamnya disediakan sebuah katil yang siap ditunggu oleh bidadari-bidadari yang tidak ada tolok banding cantik dan indahnya. Tiba-tiba bidadari itu bersuara: Dengan nama Allah! Alangkah baiknya kalau dia segera datang kepadaku. Aku sungguh rindu kepadanya. Syeikh Abdul Wahid terjaga daripada tidurnya dan didapati lelaki itu baru saja meninggal dunia di sisinya. Dengan perasaan yang sangat sedih beliau segera memanggil kaum mislimin bagi pengurusan jenazahnya. Di sebelah malamnya Syeikh Abdul Wahid bermimpi lagi, dia melihat taman yang sama sebagaimana mimpinya yang pertama. Dalam taman tersebut juga terdapat kubah yang sangat indah yang di dalamnya terdapat sebuah katil yang ditunggu oleh para-bidadari. Tapi bertambah terkejutnya Syeikh Abdul Wahid kerana kali ini bidadari-bidadari tersebut sedang mendampingi lelaki yang baru meninggal petang tadi. Masya Allah... Sambil bermesra dengan bidadari-bidadari itu lelaki tadi membaca firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Ar-Ra`d, ayat 23-24 :Tafsirnya : "Sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan) : Salamun `Alaikum Bima Shabartum (Keselamatan atas berkat kesabaranmu)." Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu." Begitulah jika Allah menghendaki sesuatu kebaikan terhadap hambaNya, ternyata dalam sekelip mata saja seorang saudara baru, yang sebelumnya, penyembah berhala boleh menjadi kekasihNya buat selama-lamanya.

SUBHANALLAH ! PILIH MISKIN WALAU HARTA BERBILION

JUTAWAN DAN PENGASAS BANK AL-RAJHI MEMILIH UNTUK MISKIN Sulaiman Al-Rajhi pengasas Bank Al-Rajhi, Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia. Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi. Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia. Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut. Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia. Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini. Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya. Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam. Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia. Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah. Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan. Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun. Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak. Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut. Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun. Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi. Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah. Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan. Temubual: Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula? Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin. Mengapa berbuat begitu? Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya. Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta? Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka. Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan? Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan. Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan? Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah. Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri? Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk. Bagaimana pula dengan hobi syeikh? Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi. Ketepatan masa Al-Rajhi Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.” Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut. Penyelesaian Masalah Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.” Sumber– Mynewshub.my

04 June 2012

KISAH PEMBERSIH MASJID TANPA UPAH !

Nenek Pemungut Daun Dahulu di sebuah kota di Madura, ada seorang nenek tua penjual bunga cempaka. Ia menjual bunganya di pasar, setelah berjalan kaki cukup jauh. Selesai jualan, ia pergi ke masjid Agung di kota itu. Ia berwudhu, masuk masjid,dan melakukan salat Zhuhur. Setelah membaca wirid sekedarnya, ia keluar masjid dan membungkuk-bungkuk di halaman masjid. Ia mengumpulkan dedaunan yang berceceran di halaman masjid. Selembar demi selembar dikaisnya. Tidak satu lembar pun ia tinggalkan. Tentu saja agak lama ia membersihkan halaman masjid dengan cara itu. Padahal matahari Madura di siang hari sungguh menyengat. Keringatnya membasahi seluruh tubuhnya. Banyak pengunjung masjid jatuh hiba kepadanya. Pada suatu hari Takmir masjid memutuskan untuk membersihkan dedaunan itu sebelum perempuan tua itu datang. Pada hari itu, ia datang dan langsung masuk masjid. Selesai salat, ketika ia ingin melakukan pekerjaan rutinnya, ia terkejut. Tidak ada satu pun daun terserak di situ. Ia kembali lagi ke masjid dan menangis dengan keras. Ia mempertanyakan mengapa daun-daun itu sudah disapukan sebelum kedatangannya. Orang-orang menjelaskan bahwa mereka kasihan kepadanya. "Jika kalian kasihan kepadaku," kata nenek itu, "Berikan kesempatan kepadaku untuk membersihkannya." Singkat cerita, nenek itu dibiarkan mengumpulkan dedaunan itu seperti biasa. Seorang kiai terhormat diminta untuk menanyakan kepada perempuan itu mengapa ia begitu bersemangat membersihkan dedaunan itu. Perempuan tua itu mau menjelaskan sebabnya dengan dua syarat: pertama, hanya Kiai yang mendengarkan rahasianya; kedua, rahasia itu tidak boleh disebarkan ketika ia masih hidup. Sekarang ia sudah meninggal dunia, dan Anda dapat mendengarkan rahasia itu. "Saya ini perempuan bodoh, pak Kiai," tuturnya. "Saya tahu amal-amal saya yang kecil itu mungkin juga tidak benar saya jalankan. Saya tidak mungkin selamat pada hari akhirat tanpa syafaat Kanjeng Nabi Muhammad. Setiap kali saya mengambil selembar daun, saya ucapkan satu salawat kepada Rasulullah. Kelak jika saya mati, saya ingin Kanjeng Nabi menjemput saya. Biarlah semua daun itu bersaksi bahwa saya membacakan salawat kepadanya." Perempuan tua dari kampung itu bukan saja mengungkapkan cinta Rasul dalam bentuknya yang tulus. Ia juga menunjukkan kerendahan hati, kehinaan diri, dan keterbatasan amal dihadapan Alloh swt. Lebih dari itu, ia juga memiliki kesadaran spiritual yang luhur: Ia tidak dapat mengandalkan amalnya. Ia sangat bergantung pada rahmat Allah. Dan siapa lagi yang menjadi rahmat semua alam selain Rasululloh saw? Insya Allah, Bermanfaat dan dapat dipetik Hikmahnya. Wallahua'lam bishshowwaab Wassalaamu'alaikum Wr Wb Posted by UTARA TRADER

02 June 2012

SELAMAT BERTUGAS SAF NAZIR & AJK BARU MASJID ASSALAM

Alhamdulillah 1 Jun adalah tarikh saf ajk Masjid Assalam Bukit Sentosa bagi sessi 2012/2014 . Jutaan terima kasih pada saf ajk lama yang diketua Ustaz Abu Bakar bin Yang yang telah menghasilkan pencapaian yang cemerlang menguruskan rumah Allah ini. Insyallah admin blog akan mengemaskini maklumat terbaru saf ajak baru nanti.

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."