RAKAN BLOG MASJID

28 March 2012

BAGI YANG DAH BERNIKAH AMALKAN DOA AGAR ZURIAT DILAHIRKAN TERPELIHARA DARI ANGKARA SYAITAN

Doa Bersetubuh - Berikut ini adalah Doa Bersetubuh, yang merupakan bagian dari rubrik Kumpulan Doa-Doa. DOA BERSETUBUH بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا (Bismillaahi Alloohumma jannibnasy syaithoona wajannibisy syaithoona maa rozaqtanaa) Artinya : Dengan Nama Allah, Ya Allah! Jauhkan kami dari syetan, dan jauhkan syetan agar tidak mengganggu apa (anak) yang Engkau rezekikan kepada kami (HR. Bukhari dan Muslim) Keterangan : Doa ini dibaca sebelum bersetubuh. Rasulullah bersabda : أَمَا إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا أَتَى أَهْلَهُ وَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا . فَرُزِقَا وَلَدًا ، لَمْ يَضُرُّهُ الشَّيْطَانُ Sesungguhnya ketika salah seorang dari kalian (sebelum) mendatangi (menyetubuhi) istrinya berdoa "Bismillaahi Alloohumma jannibnasy syaithoona wajannibisy syaithoona maa rozaqtanaa" lalu Allah mengkaruniakan anak, maka ia (anak itu) tidak akan dibahayakan oleh syaitan. (HR. Bukhari) Dalam hadits lain Rasulullah SAW bersabda : لَوْ أَنَّ أَحَدَهُمْ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَأْتِىَ أَهْلَهُ قَالَ بِاسْمِ اللَّهِ ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا ، فَإِنَّهُ إِنْ يُقَدَّرْ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ فِى ذَلِكَ ، لَمْ يَضُرَّهُ شَيْطَانٌ أَبَدًا Jika salah seorang dari kalian menginginkan mendatangi (menyetubuhi) istrinya berdoa "Bismillaahi Alloohumma jannibnasy syaithoona wajannibisy syaithoona maa rozaqtanaa" maka jika Allah mentakdirkan memiliki anak melalui persetubuhan itu, maka ia (anak itu) tidak akan dibahayakan oleh syaitan selama-lamanya. (HR. Bukhari dan Muslim)

27 March 2012

MASJID SELANGOR CEMERLANG NAMUN ADA RUANG TAMBAH BAIK

Masjid Selangor perlu DITAMBAH-BAIK Di Selangor sejak tampuk pemerintahan negeri bertukar pada tahun 2008 salah satu perubahan besar yang dirasakan di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negeri adalah pengembalian hak ahli kariah dalam menentukan pengurusan dan pentadbiran institusi berkenaan. Kuasa dikembalikan kepada ahli-ahli kariah untuk memilih pimpinan masjid dan surau tidak seperti dahulu dimana pimpinan berkenaan diputuskan oleh parti pemerintah tanpa melalui ahli kariah. Beberapa pembaharuan diperkenalkan dalam proses dan kriteria pemilihan yang sangat dialu-alukan. Antaranya Nazir atau Pengerusi Masjid dan Surau mestilah memiliki beberapa kelayakan dan kemahiran antaranya sekurang-kurangnya kelulusan SPM, boleh mengendalikan majlis tahlil, membaca khutbah dan lain-lain. Walaubagaimanapun setelah beberapa tahun pembaharuan ini diperkenalkan saya rasakan wajar juga ia disemak semula untuk ditambah-baik. Isunya di sini adalah kita memilih pimpinan yang akan memimpin “Rumah Allah”. Merekalah yang akan dipertanggungjawabkan memastikan solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat berjalan lancar di masjid, imam dan bilal serta siak bertugas, kewangan masjid diuruskan dengan serba telus dan amanah, mengimarahkan masjid dengan program-program dakwah dan ilmu, serta menyusun program-program kemsyarakatan yang member manfaat kepada ummah. Melaui keadah yang ada kita membuka pemilihan dikalangan ahli-ahli kariah, di sinilah timbul kebimbangan apabila demokrasi mutlak diperkenalkan. Bagus kita member kuasa kepada ahli-ahli kariah, tetapi harus diingati bahawa takrif ahli kariah itu sangat luas dan ia melibatkan semua umat Islam di kawasan berkenaan. Maka termasuklah di sini mereka yang mengunjungi masjid dan yang tidak, yang “practising Muslim” dan yang tidak. Saya melahirkan kebimbangan ini kerana kebetulan semalam saya hadir menyaksikan proses pemilihan pimpinan masjid di sebuah masjid di Daerah Petaling. Kehadiran dalam mesyuarat berkenaan luar biasa berbanding dengan kehadiran ketika solat waktu, kebetulan ia diadakan selepas Maghrib. Apabila berlaku sorak-menyorak dan tepuk tangan dalam masjid ketika proses pemilihan ternyata ramai yang hadir itu tidak tahu akan adab di dalam masjid. Ini membangkitkan persoalan pada kita bagaimana jika lantaran demokrasi mutlak yang kita amalkan itu, dimana pintu pagar terbuka kepada siapa sahaja asalkan ahli kariah, berbodong-bondong yang jahil masuk dan akhirnya dilantik dikalangan mereka kerana suara merekalah yang teramai, lalu bagaimana? Ini bukan pemilihan parti, ini bukan pemilihan NGO atau syarikat korporat, ini pemilihan masjid iaitu saf kepimpinan yang akan diamanahkan menguruskan “Rumah Allah”, bagaimana? Sedang Allah swt berfirman dalam al Quran (an Nisa:58): Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Wajarlah masjid dipimpin oleh orang-orang yang baik dalam masyarakat. Akhlaknya baik, budi-pekerti baik, bertaqwa dan dia sendiri adalah pengunjung masjid. Pimpinan masjid kelak akan menjadi contoh dan tauladan kepada masyarakat bayangkan jika yang dipilih itu jahil, tak pernah ke masjid, terpilih lantaran sokongan dan suara ramai! Oleh itu saya mengesyorkan agar selain jawatan Nazir, jawatan Timbalan Nazir, Setiausaha, Bendahari dan ahli-ahli jawatankuasa masjid juga perlu diperkemaskini dan diperbaiki syarat-syaratnya. Kita tidak boleh menafikan hak ahli kariah, tetapi kita perlu kenakan syarat agar yang dicalon dan yang terpilih nanti benar-benar terdiri dari mereka yang bertaqwa. Mungkin Jabatan Agama Islam boleh mensyaratkan agar mereka ini nanti ditemuduga atau dikenakan menduduki peperiksaan yang menguji kefahaman agama sekurang-kurangnya kita yakin masjid nanti berada dalam tangan mereka yang benar-benar “ahlinya” sebagaimana yang dimaksud oleh ayat Quran di atas. Bayangkan orang jahil yang memegang tampuk kepimpinan masjid, Nauzubillah..... Menteri Besar Selangor yang kini memegang portfolio Agama Islam perlu segera mengarahkan agar JAIS mengkaji perkara ini. Jangan nanti kebaikan yang mahu kita perkenalkan dicemari oleh kelemahan memantaunya. Saya yakin institusi masjid dan syrau di Selangor akan terus menjadi institusi contoh dalam Negara jika perkara ini dipandang serius dan diperbaiki. (25/3/12)

26 March 2012

AMBIL IKHTIBAR URUSTADBIR MASJID JIRAN MALAYSIA

Kunjungan ke Brunei untuk melihat sendiri usaha-usaha kerajaan negara itu dalam memartabatkan institusi masjid dan imam amat memberangsangkan. Sebaik sahaja menjejakkan kaki di lapangan antarabangsa yang terletak di Bandar Seri Begawan, suasananya sungguh aman, damai dan mempersona. Tidak ada kekalutan atau hiruk-pikuk, semuanya lancar. Ketibaan kali ini disambut Awang Haji Matusin, rakan lama yang banyak membantu memberi maklum balas tentang perubahan-perubahan yang semakin pesat di negara darussalam ini. Kawasan letak kereta lapangan terbang ketika ini dalam proses penambahbaikan, jadi kami perlu berjalan jauh sedikit. Dengan melihat kereta-kereta di kawasan itu, pengunjung yang kali pertama melawat Negara Brunei Darussalam boleh menjangkakan yang negara ini mempunyai penduduk yang berpendapatan tinggi. Kawasan sekitar juga bersih. Berada di atas pesawat lagi saya dapat melihat puluhan masjid yang beraneka bentuk dibina di Brunei. Dua masjid utama ialah Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin dan Masjid Jame’ Asri Hassanal Bolkiah. Bergerak dari Bandar Seri Begawan ke Serdang, Mentiri, Sungai Buluh dan Muara, seterusnya ke Bunut, Kilanas, Sengkurong, Jerudong dan Tutong sampai ke Lumut dan Kuala Belait serta Sungai Tujuh, kemudian patah balik ke Temburong, dapat disimpulkan bahawa semua masjid di Brunei adalah berhawa dingin. Di Malaysia, masjid berhawa dingin tidak banyak kerana pengunaannya boleh meningkatkan kos elektrik.
Brunei mengamalkan sistem monarki iaitu sultan berkuasa penuh ke atas pentadbiran negara. Prinsip pembangunan adalah selari dengan konsep Melayu Islam Beraja. Sehingga kini negara itu adalah satu-satunya negara di Asia yang mengamalkan konsep ini. Urusan pentadbiran dilaksanakan oleh jemaah menteri. Sultan Brunei juga berkenan menubuhkan Majlis Mesyuarat Negara (Legislative Council) untuk membincangkan isu-isu yang bersangkut paut dengan pembangunan negara. Hampir 75 peratus rakyat beragama Islam, selebihnya beragama buddha dan kristian. Justeru, sebuah kementerian berkaitan agama Islam ditubuhkan dengan nama Kementerian Hal Ehwal Agama. Semua urusan berkaitan agama Islam dan institusi Islam di peringkat kampung, mukim, daerah dan negara diuruskan oleh kementerian ini termasuk masjid dan imam. Pentadbiran masjid-masjid di Brunei sangat teratur di bawah seliaan Jabatan Masjid yang diketuai seorang pengarah. Salah seorang bekas pengarah yang saya kenali ialah Haji Rajid yang sangat terbuka kepada idea-idea pengimarahan masjid khususnya dalam usaha mendekatkan golongan muda kepada masjid. Di samping itu masjid juga semakin aktif mengajak masyarakat untuk menggunakan kemudahan yang disediakan. Contohnya di Masjid Kampung Bunut, terdapat perpustakaan yang masih dikenali sebagai “khutub kanah” di samping pusat komputer. Penggunaannya terbuka kepada masyarakat sekitar tanpa mengira usia. Salah seorang imam masjid berkenaan ialah Haji Jubli. Ketika menyampaikan khutbah jumaat, suaranya lantang, kemas susunan ayatnya dan intonasi suara ketika penyampaian khutbah sangat bersesuaian. Semua khatib yang akan menyampaikan khutbah jumaat diwajibkan untuk mempraktikkan penyampaian mereka supaya mesej yang disampaikan kepada masyarakat dapat difahami. Haji Jubli merupakan golongan imam yang mempunyai semangat keilmuan yang tinggi. Ketika di Masjid Bunut, beliau berazam menambah ilmu pengetahuan lalu memohon untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda. Kini beliau sedang melengkapkan pengajian sarjana. Jawatannya sudah tinggi dan ditempatkan di kementerian. Laluan kerjaya Haji Jubli sangat jelas dan menarik iaitu seorang imam boleh meningkat maju dalam kerjayanya kerana kerajaan sendiri yang melihat keperluan imam sangat penting. Imam yang berpendidikan tinggi akan lebih bijak dan matang dalam melaksanakan tugasnya. Imam kedua ialah Haji Daud, seorang qari dan sering mengimami solat fardhu di Masjid Kampung Tamoi. Beliau memiliki pelbagai idea dalam pembangunan komuniti di sekitar kampung air khususnya pembangunan akademik pelajar. Setiap tahun beliau menjadikan agenda kecemerlangan akademik sebagai “sasaran kerja tahunan” supaya peranan masjid tidak terhad kepada aktiviti keagamaan sahaja. Program kemahiran pelajar diselang seli dengan program solat hajat dan bacaan yaasin sebaik sahaja pelajar akan menempuh peperiksaan. Kebersihan masjid sangat membanggakan. Tidak terdapat tandas yang rabak pintunya atau lubang tandas hitam berlumut. Pintu-pintu tandas lengkap dengan kunci, penarik pam tandas juga dalam keadaan baik dan salur paip lengkap dengan tempat penyangkut. Dapat dirumuskan bahawa sesebuah masjid disenggara dengan sempurna sama ada di bandar atau luar bandar. Keadaan ini sangat berkait dengan taraf hidup masyarakat Islam Brunei yang lebih tinggi kerana sistem pendidikan telah berjaya menerapkan nilai-nilai menjaga kebersihan diri dan masyarakat. Kedua-dua imam ini memberi gambaran kepada kita tentang pengurusan cekap institusi masjid dan imam. Laluan kerjaya imam sudah disediakan dan para imam mendapat peluang yang sama untuk memajukan diri. Oleh kerana imam-imam ini merupakan pegawai kerajaan, mereka menikmati keistimewaan yang dinikmati oleh pegawai-pegawai kerajaan yang lain. Imam di Malaysia tidak semuanya mendapat gaji tetap khususnya di luar bandar. Kadang-kadang hanya mendapat imbuhan elaun dan sesekali bonus. Walaupun majlis agama Islam di setiap negeri bertanggungjawab ke atas masjid dan imam, ada sesetengah surau dan masjid cenderung kepada pertubuhan politik atau aliran pemikiran tertentu. Namun kawalan dan pemantauan daripada pihak berkuasa dapat mencegah berlakunya perkara-perkara tidak diingini sehingga kini. Melihat kepada usaha-usaha Brunei memartabatkan institusi masjid dan imam, kita boleh mempelajari banyak perkara supaya masjid dan imam kita dapat memberikan peranan masing-masing. Kita juga berharap para imam kita berlumba-lumba menambahkan ilmu masing-masing supaya pemikiran dan tindakan mereka berasaskan ilmu dan kemahiran yang dipelajari.

19 March 2012

SUBHANALLAH ! WANITA GAGAH ?

Kegagahan Wanita Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:- Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan. Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah ajaranku walau pun satu ayat". Surah Al-Ahzab:Ayat 71 "Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan." Posted by Lee Al Peraki

18 March 2012

BIARLAH AKU TERUS BERSEDEKAH

وعن أبي ذر – رضي الله عنه – قال : سألت النبي – عليه الصلاة والسلام – : أي العمل أفضل ؟ قال : إيمان بالله ، وجهاد في سبيله. قال : قلت : فأي الرقاب أفضل ؟ قال : أغلاها ثمنا وأنفسها عند أهلها .قلت : فإن لم أفعل ؟ قال : تعين صانعا أو تصنع لأخرق . قلت : فإن لم أفعل ؟ قال : تدع الناس من الشر ; فإنها صدقة تصدق بها على نفسك – متفق عليه Daripada Abi Zar radiallahuanhu “Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, amalan apakah yang paling utama?” Beliau menjawab, “Iman kepada Allah dan berjihad di jalanNya.” Aku bertanya lagi, “Memerdekakan hamba mana yang paling utama?” Nabi menjawab, “Hamba yang paling berharga dan paling mahal di sisi pemiliknya.” Saya bertanya lagi, “Jika saya tidak mampu melakukannya?” Nabi menjawab, “Kamu membantu seorang pekerja atau membuatkan orang yang tidak dapat bekerja.” Saya berkata, “Wahai Rasulullah, jika saya tidak mampu melakukannya?” Nabi menjawab, “Kamu meninggalkanberbuat jahat kepada orang lain, maka itu merupakan sedekah kamu atas dirimu.” Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah yang mengurniakan kepada saya dengan apa yang ada hari ini. Saya tidak terlalu mengharapkan lebih dari ini. Jika Allah beri dan tambah, saya bersyukur. Sekira Dia menahan sesungguhnya itu adalah hak Dia. Sewaktu saya tamat belajar, hampir setahun saya menganggur, sedang saya sudah punyai seorang anak. Subhanallah! “Setiap ucapan Tasbih SEDEQAH.” Dengan sepenuh ketentuanNya saya mampu untuk hidup (survival). Saya tidak meminta-minta, tetapi rezeki Allah, jika ia datang siapa yang mampu menyeka. Walaupun ketika di luar negara saya pernah menjawat Yang Dipertua persatuan pelajar Kelantan dan biasa berurusan dengan pimpinan negeri, saya tidak ambil peluang jadikan ia passport untuk saya peroleh jawatan. Ada sekali secara langsung ke sebuah sekolah mengusung sijil, kalau-kalau mendapat simpati dan rezeki. Itu pun kerana mentaati desakan ibu saya. Bukankah memenuhi kehendak ibu sebesar-besar SEDEQAH. Tidak berbekal keyakinan saya pergi dalam keadaan saya tidak kenal siapa-siapa pun di sekolah yang jaraknya kurang lebih 4 kilometer dari rumah orang tua saya. Kerana tiada keyakinan itulah saya menapak keluar dari sekolah itu dengan tiada apa yang berpihak kepada saya kecuali pahala SEDEQAH senyuman semanis kurma. Sekolah itulah yang hari ini warganya banyak meletakkan harapan dengan jawatan saya hari ini saya boleh membantu sekolah. Di situ saya nekad tidak lagi akan mengguna modus operandi saya sama ke sekolah lain. Saya bermula berkhidmat di Yayasan Islam Kelantan (YIK) secara kebetulan berjumpa dengan seorang rakan yang menjadi mudir di sekolahnya. Kebetulan pula masa itu beliau kekurangan 3 orang guru. Ketika itu saya baru saja 2 hari bertugas di SMJK Chung Hua Kota Bharu sebagai guru ganti. Saya sambut pelawaan dan mencadangkan isteri saya yang ketika itu bekerja di sekolah rendah swasta di Kuala Lumpur. Seorang lagi, saya cadangkan seorang rakan yang pernah berjasa menyatukan saya dan isteri saya di Mesir! Bukan niat nak balas jasa itu, tetapi niat SEDEQAH. kebetulan dia juga menganggur seperti saya. Cuma lebih dia, berkepakaran dalam hal ehwal perkomputeran. Ringkasnya saya dan rakan saya diterima dan isteri saya ditolak. Alhamdulillah wa syukrulillah segala puji bagi Allah. Sabdaan Nabi “Setiap kalimah tahmid itu adalah SEDEQAH” Sepanjang berada di YIK, saya berkhidmat di dua buah sekolah, selama 8 tahun, sebelum dipelawa berada dalam jawatan saya pegang sekarang. Asalnya tiada perancangan langsung untuk meninggalkan YIK meskipun perasaan saya bagi disentap-sentap untuk meninggalkan sekolah terakhir saya kala itu. Kenapa dan mengapa tak perlulah saya khabarkan. Yang berlalu biarkan ia pergi. Kalau diungkit bimbang terguris kembali dan menyentuh peribadi orang lain boleh jadi pula menghakis pahala SEDEQAH saya. Selepas meninggalkan YIK, selama 5 tahun saya kehilangan anak murid. Terasa juga kerana saban tahun saya bertaaruf dengan ratusan manusia bernama pelajar. Seronok berusrah, bertamrin dan bermukhayyam bersama. Paling gembira bila bekas muris-murid saya itu sekarang sedang bekerja bersama-sama saya. “Dan menyuruh kebaikan serta mencegah kemungkaran itu adalah SEDEQAH” (Al Hadis) Bila ditanya apakah saya selesa berada di posisi kerjaya saya hari ini. Apa yang disebut sebagai Pegawai Khas kepada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan. Suatu jawapan yang bukan mudah untuk saya jawab dan ia terlalu subjektif. Tugas ini bukan suatu yang mudah. Terkadang berdepan dengan situasi dilemma, terkadang situasi yang bersimpang, terkadang keliru, terkadang lelah. Manusiakan suka mendedah yang negatif. Positif tak perlu saya senaraikan. Belum pun saya memahami tugas hakiki saya di Blok 1 Pejabat SUK, saya ditawarkan untuk berada di Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan (PKINK). Fikiran saya bersimpang dilemma lagi. Tidaklah tahap keliru dan lelah. Situasi ditelan mati kanda, diluah mati abang terkena pada saya. Exco dan Pegawai Sumber Manusia. Kedua-duanya saya kenali agak dekat. Dan kedua mereka pula cukup rapat, rapat yang mengatasi kerapatan saya pada kedua-duanya. Kedua-duanya adalah mithali saya. Saya menganalisis, mengimbang. Istikahrah dan isytisayrah. Baru berapa bulan di sini, haruskah aku beralih profesyen lagi. Oh! Ya Tuhanku! Dalam serba salah saya mengadap sembah kepadaNya. Saya memilih untuk kekal dengan sedia ada dengan alasan saya baru mahu bermula di sini. Walaupun saya agak optimis sekiranya saya memilih untuk ke PKINK, exco saya tiada masalah. Saya diberi jaminan-jaminan masa depan berada dalam agensi Kerajaan Negeri itu. Ya, sedang jawatan yang saya sandang ini adalah tidak kekal untuk saya. Saya hanya pegawai bertaraf kontrak yang tiada apa-apa keistimewaan kecuali orang kata saya orang besar yang bersasa kurus. Saya tidak kisah akan itu, kerana saya yakin sebenarnya sebagaimana saya mula memperoleh kerja, ia adalah kerjaan Allah. تعين صانعا أو تصنع لأخرق Atas inspirasi hadis di atas, peluang yang ada saya usahakan untuk membantu rakan lain pula. Saya mencadangkan rakan lain berada di situ. Saya yakin juga pada hadis: الله في عون العبد ما دام العبد في عون أخيه “Allah membantu hambaNya selama hambaNya membantu saudaranya” Allahuakbar! Allah mengatur jalannya. Kata Nabi “Setiap Takbir itu adalah SEDEQAH.” Bukankah membantu rakan itu akan memperoleh pahala SEDEQAH yang tidak ternilaikan. Setiap kali rakan-rakan memerlukan khidmat dan tenaga, selalunya saya jadi rujukan kerana saya punya tentera yang boleh dikerah bila-bila masa. Setiap tentera itu saya kenal hati budi, kudrat dan kebolehan mereka. Termasuk juga barangkali mereka mengenal kelemahan dan kedhaifan saya. Selama 8 tahun di sekolah saya membina empayar tentera manusia. Saya adalah lantikan politik. Saya dilantik oleh orang-orang politik terdiri daripada pimpinan saya. Saya sedar diri siapa yang letak saya di situ. Atas sifat kenallah, saya cuba kenal diri saya, siapa saya tanpa mereka. Sebagai balasannya saya perlu menggunakan peluang yang ada untuk membantu semula pihak yang membantu saya. Pihak itu tentu pihak yang memperjuangkan agama agar ia menjadi suatu negara. Suatu sisi saya bekerja dengan kerajaan dan pada sisi yang lain saya adalah lantikan politik. Bukan mudah untuk mengimbangi keduanya. Saya perlu ada fiqhu aulawiyyat dan fiqhu muazanaat. Saya perlu memilih proriti dan pertimbangan keduanya. Dan pasti neraca saya lazimnya tercondong kepada jemaah yang saya dokongi. Biarpun saya terikat dengan pelbagai pekeliling dan peraturan penjawat awam, saya tetap mengutamakan jemaah saya. Ketika saya melaksanakan tugas-tugas kerajaan juga, objektif dan misi saya gariskan demi memperkasa jemaah. Saudara bekerja sehingga jam 5 petang, sedang kami kerja sampai ke lewat malam, terbabas ke dinihari. Balik pukul satu pagi dan sewajibnya berada di pejabat seawal jam 8 pagi. Bukan sekali, sehari dua, bahkan kadang-kadang berturut-turutan hari malam. Penat memang penat, tapi bukankah Nabi mengatakan setiap 360 persendian itu ada padanya sedeqah. Kepenatan itulah yang akan menjamin kedudukan kita di hadapan Yang Maha Esa أي العمل أفضل ؟ قال : إيمان بالله ، وجهاد في سبيله Saya tiada alasan atau cari idea buat alasan untuk lari dari perjuangan. Berapa ramai rakan-rakan saya yang sama belajar, sama berorganisasi, sekali berusrah tapi hilang dalam dunia sendiri. Tidak sedih, cuma kadang-kadang terkilan juga. Sebagai menyejuk hati, saya sematkan bahawa masing-masing ada posisi membawa matlamat yang sama. Cara saja yang berbeza. Bukan semua orang tugasnya memimpin bala tentera atau mengusung panji syiar. Kekallah di kedudukan kalian, asal kalian juga sedang berjuang di jalan Allah. Terimakasih Ustaz Baha yang melorongi saya mengenali Berek 12. Bila Iblis memain perasaan saya dengan alasan-alasan persis kekangan masa dan pelbagai tuntutan kerja saya akan menjawab kepada Iblis dan bermonolog pada diri saya “Tok Guru Menteri Besar lagi sibuk dari aku!.” Mursyidul Am, Pesuruhjaya Negeri dan Menteri Besar! (sekadar mengambil contoh tiga itu sahaja) Pun begitu saya tidak dapat dari daripada berdepan dengan karenah. Tolonglah wahai tuan-tuan memahami saya. Janganlah merebut peluang wewenagnya atas diri saya yang maha kerdil ini. “Ustaz Din, ejas JKR 10 malam ni!!” “Ustaz, nok baju 100 helai, pisoh lah lagu mana pun dengan bos enta. Lusa nok guno!” “Oloh! Nok surat ko? Enta ejas la lagu mano pun biar buleh!” “Ana nok enta gi opis MB, oyak belah-belah mano pun kena jadi!!” Masyaallah! Pahala SEDEQAH yang hendak dilorongkan pada saya biarlah dengan sepadan dengan keupayaan dan kudrat mampu saya! Saya juga bagaikan fobia apabila dilontar dengan pelbagai kata-kata. “ Dia orang kemah, ore sedak” “ Ustaz ore besar lo ni” والكلمة الطيبة صدقة “Dan kalimah yang baik itu adalah SEDEQAH” Masyaalah tabaarakallah!! Adakah kerja ini penuh dengan kemashyuran. Demi Allah tidak tuan-tuan. Saya minta jauh daripada tanggapan itu. Apa guna kemasyhuran jika ia menghancurkan. Apa guna kedudukan, seandainya kedudukan itu tidak menjamin untuk menghidu haruman syurga. Apakah dengan memakai kot blazer bertali leher kita sudah asal keturunan makan budu. Adakah kerana bersuit hitam baju kebangsaan pandangan kita mula terdongak ke langit. Adakah dengan baju rasmi istiadat maka kita mula berkarenah birokarasi dengan rakyat marhaen? Jangan begitu tuan! Terngiang-ngiang kata syeikh kami, Syeikh Muhammad Nuruddin Al Makky “Setinggi mana pangkat kedudukan kamu, sedarlah bahawa perut kamu sama juga membawa najis yang busuk!!” Saya tidak pasti nasib saya waktu terdekat ini. Pilihanraya Umum 13 suatu yang pasti mendatang. Apabila dewan dibubarkan maka saya juga akan turut tergugur. Menunggu-nunggu pula nasib diuntung. Seperti awalnya ia sedikitpun tidak menggangu emosi saya. Saya serah tawwakal kepada Allah. Bagaimana tawwakal tanpa usaha?. Itu lain. Hidup saya ini sudah suatu usaha. Selebihnya saya bergantung kepadaNya. Saya yakin jemaah saya tidak mengiya-iyakan saya. Soalan akhir, apa guna saya ceritakan segala amalan saya yang berkait dengan sedeqah saya. Tidakkan ia akan menghangus dan umpama debu yang mansura. Tidak!! Saya menyakini firman Allah الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ “Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, Maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Al-Baqarah: 274) Jangan kau alas hatimu itu, Dengan secebis warna kehitaman, Dialah seperti anai-anai, Lambat laun hancurlah dirimu Nau’zubillah daripada sifat yang menghanguskan kayu api SEDEQAH saya. Namun terus terang saya katakan saya punya sifat dengki dan iri hati. Dengki dengan orang yang memiliki lebih ilmu yang menggunung tinggi dan orang yang lebih banyak berSEDEQAH. Anda ada prinsip saya ada prinsip Sebagaimana saya menyantuni prinsip saudara, railah prinsip saya Saya terbuka mengubahsuai prinsip saya Kendatipun saya tiada hak mempertikai konsistensi prinsip saudara. Biarkan saya terus BERSEDEQAH

17 March 2012

FORUM MAULIDUL RASUL DI SURAU ALKHAIRIAH , ADENIUM

Panel Ustaz Muhamad Hazri Bin Hashim
Saf forum sambutan Maulidur Rasul di Adenium Surau AlKhairiah yang dipengerusikan oleh Ustaz Abu Bakar Nazir Masjid Assalam Bukit Sentosa.
Nazir Masjid Ustaz Abu Bakar Yang .
Panel Ustaz Wan Mohd Shamsuddin

16 March 2012

SERONOKNYA BILA NAMA ANDA DIJAMIN KESYURGA !

Dari sahabat Abu Dzar RA, bahawa Rasulullah masuk ke rumah Aisyah RA dan bersabda: “Wahai Aisyah, inginkah engkau mendengar khabar gembira?” Aisyah menjawab : “Tentu, ya Rasulullah.” Lalu Nabi SAW bersabda, ”Ada sepuluh orang yang mendapat khabar gembira masuk syurga, iaitu : Ayahmu masuk syurga dan kawannya adalah Ibrahim; Umar masuk syurga dan kawannya Nuh; Usman masuk syurga dan kawannya adalah aku; Ali masuk syurga dan kawannya adalah Yahya bin Zakariya; Thalhah masuk syurga dan kawannya adalah Daud; Az-Zubair masuk syurga dan kawannya adalah Ismail; Sa’ad masuk syurga dan kawannya adalah Sulaiman; Said bin Zaid masuk syurga dan kawannya adalah Musa bin Imran; Abdurrahman bin Auf masuk syurga dan kawannya adalah Isa bin Maryam; Abu Ubaidah ibnul Jarrah masuk syurga dan kawannya adalah Idris Alaihissalam.”

14 March 2012

ABU BAKRAH PERAWI HADIS

Abu Bakrah Perawi Hadis Abi Bakrah adalah seorang sahabat ra yang meriwayatkan Hadis tentang perempuan diharamkan menjadi pemimpin, sebagaimana diterangkan dalam kitab Sahih Bukhari yang disyarah oleh Imam Ibnu Hajar Asqalani, bahawa apabila Permaisuri Buran (Purandakh) berkomplot mengambil alih pemerintahan Parsi dan akhirnya berjaya menjadi pemimpin di sana. Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah SAW, Baginda SAW kemudian bersabda dari Hadis Abu Bakrah (ra) bahawa Nabi s.a.w apabila sampai kepada baginda berita kaum Farsi melantik pemerintah mereka seorang wanita baginda berkata: لن يفلح قوم ولوا أمرهم امرأة (Maksudnya: “Tidak akan berjaya sama sekali kaum yang melantik wanita sebagai pemimpin mereka” – Al-Bukhari, Al-Tarmizi, dll). Abu Bakrah dijadikan mangsa oleh sesetengah golongan Feminist yang anti dengan hadis di atas, maka mereka cuba melemahkan Abu Bakrah dengan peristiwa kesaksian Zina terhadap Mughirah b Syu'bah dengan Ummu Jamil. Yang mana setelah melemahkan Abu Bakrah ra (character assassination) maka dengan kata lain lemahlah hadis melarang kepimpinan wanita. Untuk membaca kisah ini. Untuk mendalami masalah ini dipersilakan membaca artikel di bawah. Oleh MOHD. NORZI NASIR BIOGRAFI nama lengkap Abu Bakrah ialah Nafi' bin al-Harith bin Kaldah Bin 'Amr bin Ilaj bin Abi Salamah. Namanya Abd. al-Uzza bin Ghayrah bin Awf bin Qays. Namanya turut dikenali sebagai Masruh. Menurut Ibnu Sa'd, dalam beberapa catatan hadis, ibunya adalah Sumayyah saudara seibu dengan Ziyad bin Abi Sufyan. Bapanya Abd. al-Harith bin Lakadah. Abu Bakrah pernah mengecapi zaman kanak-kanaknya sewaktu di Taif. Ketika Rasulullah SAW mengepung penduduk kota tersebut, baginda bersabda: "Siapa saja yang datang kepada kami, maka dia bebas (merdeka) daripada penghambaan". Baginda memanggilnya dengan nama Abu Bakrah. Menurut Ibnu Abd al-Bar, al-Hasan al-Basri salah seorang ulama tabien terkemuka, mengatakan, "Tidak ada seorang sahabat pun dari kalangan sahabat Rasulullah SAW yang tinggal di Basrah lebih mulia dibandingkan dengan Imran bin al-Husayn dan Abu Bakrah r.a. Beliau mempunyai banyak pengikut dan merupakan orang terhormat di Basrah". Sifat keadilan Abu Bakrah Ibnu Hajar sebagaimana memetik ungkapan al-'Ijli mengenai Abu Bakrah, "Abu Bakrah r.a. merupakan antara sebaik-baik sahabat". Abu Nu'aym al-Asbahani mengatakan: "Abu Bakrah merupakan seorang lelaki yang soleh dan warak. Nabi SAW telah mempersaudarakan antara beliau dan Abi Barzah". Persaksian Al-Mughirah Ibnu Shu'bah Riwayat tentang peristiwa kesaksian dan hukuman sebat ke atas Abu Bakrah pada zaman Umar al-Khattab banyak dimuatkan oleh ulama sejarah mahupun ulama tafsir, seperti al-Tabari, dalam kitab tarikh atau tafsirnya. Demikian juga Ibnu Sa'd dalam al-Tabaqat al-kubranya dan Ibnu Abd. al-Barr dalam al-Isti'ab fi ma'rifat al-ashab. Dalam catatan ahli sejarah, sebagaimana dikutip oleh al-Tabari daripada al-Waqidi, Abu Bakrah pernah bersumpah menyaksikan perbuatan sumbang al-Mughirah bin Shu'bah r.a, yang merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW ketika sama-sama tinggal di Basrah. Kedua-duanya adalah jiran yang terpisah oleh sebuah jalan. Al-Mughirah ditemui oleh Abu Bakrah dan beberapa sahabat sedang berada di bawah kedua kaki seorang wanita. Beliau kemudian meminta mereka memberi kesaksian dan mereka sepakat bahawa perempuan itu adalah Umm Jamil dari suku Amir bin Sa'sa'ah yang sememangnya telah lama menyimpan perasaan dengan al-Mughirah. Nama Umm Jamil ialah Umm Jamil binti Amr bin al-Afqamal Hilaliyah. Suaminya bernama al-Hajjaj ibnu Atiq ibnu al-Harith ibnu Awf ibnu Wahb ibnu Amr al-Jashimi. (al-Asqalani, Ahmad ibnu Ali ibnu Hajar, al-Isabah, 2: 33). Kejadian ini berlaku pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab. Setelah mendengar kes ini, Umar mengutuskan Abu Musa al-Ash'ari ke Basrah. Abu Musa tidak bersedia berangkat seorang diri kerana khuatir adanya subahat dan sebagainya. Justeru, beliau meminta keizinan Umar untuk membawa bersamanya 29 orang sahabat. Mereka ialah Anas bin Malik, Imran bin Husayn, dan Hisham bin Amir. Sementara al-Mughirah, Abu Bakrah, Shibl bin Ma'bad al-Bajali dan Ziyad kemudian berangkat ke Madinah untuk menemui Umar bin al-Khattab. Setibanya mereka di hadapan Umar, Abu Bakrah menerangkan kesaksiannya. Kemudian dua daripada tiga saksi yang ada, iaitu Nafi' dan Shibl bin Ma'bad al-Bajali, memberi kesaksian bahawa apa yang dikatakan oleh Abu Bakrah adalah benar; sedangkan Ziyad menyatakan penyaksian yang berbeza. Oleh kerana kesaksian ini dianggap tidak cukup, Umar menjatuhkan hukuman sebat ke atas Abu Bakrah, Nafi dan Shibl. Mereka kemudian diperintahkan bertaubat. Dua di antaranya, selain Abu Bakrah, telah bertaubat. Sebaliknya Abu Bakrah tidak bersedia sambil menyatakan, "Engkau meminta aku bertaubat semata-mata agar engkau dapat menerima kesaksianku?" Umar menjawab: "Benar". Abu Bakrah membalas kata Umar, "Aku wajib untuk tidak bersaksi antara dua perkara (antara kebenaran dan kesalahan) dalam kes al-Mughirah, selama aku masih hidup". Keputusan Umar tidak menerima kesaksian Abu Bakrah tidak menghilangkan kredibiliti keadilan Abu Bakrah sebagai perawi. Hukum tersebut berkaitan dengan kesaksian Abu Bakrah bukan periwayatannya. Malah ia berkaitan dengan hukum penolakan kesaksiannya akibat ketidakcukupan jumlah serta ketidaksediaan beliau menarik balik kesaksiannya dan bertaubat di hadapan Umar yang menjadi hakim ketika itu. Pada masa yang sama, keputusan Abu Bakrah juga merupakan hukuman yang dipilih oleh beliau. Lebih baik daripada melakukan pembohongan kepada Allah SWT meskipun kesaksiannya akan diterima kembali. Sebagaimana kejadian ke atas Abu Bakrah, peristiwa tersebut juga jelas tidak menggugat kredibiliti al-Mughirah sebagai sahabat. Sifat adl al-Mughirah ibn Shu'bah juga tetap terpelihara kerana persaksian Abu Bakrah, Nafi' dan Shibl adalah tidak tepat. Al-Sheikh al-Amin al-Shanqiti mengatakan wanita yang dilihat berada bersama al-Mughirah ibnu Shu'bah ketika angin membuka pintu rumah tersebut ialah isteri al-Mughirah. Kebetulan, wajah isteri al-Mughirah menyerupai seorang wanita lain yang sering dilihat mengunjungi para pemimpin yang lain. Maka mereka membuat andaian bahawa isteri al-Mughirah adalah wanita yang sama tanpa bertujuan buruk, namun sangkaan tersebut adalah salah. Al-Mughirah tidak melakukan sebarang kemungkaran kerana para sahabat Nabi SAW terkenal dengan naluri dan penghayatan iman yang tinggi. Sehingga mereka mampu mencegah diri mereka daripada sesuatu kemungkaran. Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui hakikat yang sebenar. Periwayatan hadis Sheikh Muhammad al-Amin al-Shanqiti menegaskan, ulama bersepakat menerima periwayatan Abu Bakrah walaupun beliau dihukum oleh Umar al-Khattab atas persaksiannya tentang perlakuan zina al-Mughirah. Sealiran pendapat dengan gurunya Abd. Al-Muhsin al-Abbad membuat rumusan antaranya pertama, para ulama Muslimin sama ada salaf atau khalaf sekian lama telah bersepakat menerima periwayatan Abu Bakrah. Kedua, tuduhan qazaf dengan menggunakan lafaz menghina seperti wahai penzina atau seumpamanya menyebabkan persaksian dan periwayatan seseorang itu tertolak melainkan sekiranya bertaubat dan berlaku baik dan hal ini tidak berlaku pada Abu Bakrah. Tambahan Abd. Al-Muhsin, Sheikh Ala' al-Din al-Muglatai dalam kitab Ikmal tahdhib al-kamal jilid 12 halaman 77 menyebut, tidak ada seorang pun di kalangan tabien atau selepas mereka yang melarang periwayatan Abu Bakrah dan berhujah dengannya. Justeru tidak dijumpai seorang pun perawi hadis yang mentajrihkan Abu Bakrah berkenaan kisah persaksian beliau dalam kes al-Mughirah. Ibnu Qudamah pula dalam kitab Rawdat al-nazir wa jannat al-manazir jilid 1 halaman 303 mengatakan di dalam perkara qazaf jika berlaku dengan lafaz persaksian maka perkhabaran (periwayatannya) tidak ditolak. Dalam kisah Abu Bakrah kekurangan bilangan saksi bukanlah kehendaknya. Sehubungan itu ramai perawi menerima dan meriwayatkan hadis daripada beliau. Al-Imam al-Ala'i dalam kitab Tahqiq munif al-rutbah liman thabata lahu sharif al-suhbah berkata, ulama-ulama usul al-fiqh dalam membahaskan kisah Abu Bakrah, mereka berpandangan bahawa apa yang berlaku ke atas Abu Bakrah dan sahabat-sahabatnya tidak mencacatkan sifat adl (keadilan) mereka sebagai sahabat Rasulullah SAW. Periwayatan hadis Abu Bakrah adalah sepertimana periwayatan para sahabat Rasulullah yang lain. Penerimaan periwayatan Abu Bakrah terbukti apabila periwayatannya diriwayatkan oleh para ulama dan mukharrij hadis terkemuka seperti al-Imam al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmidzi, al-Nasai dan Ibn Majah. Riwayat Abu Bakrah terkumpul di dalam keenam-enam kitab ini sebanyak 55 hadis, dan disebut oleh al-Mizzi di dalam Tuhfat al-Ashraf dari hadis 11654 hingga hadis 11708, al-Imam Ahmad mengeluarkan hadis Abu Bakrah di dalam Musnadnya sebanyak 152 secara berulang, hadis 20,373 hingga hadis 20,524. Abu Bakrah tidak hanya meriwayatkan satu hadis sebaliknya beliau meriwayatkan 14 hadis yang dimuatkan al-Imam al-Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih mereka. Hadis yang diriwayatkan secara bersama-sama al-Imam Muslim adalah lapan hadis, lima hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari dan satu hadis diriwayatkan oleh Muslim. Justeru adalah tidak tepat untuk menolak periwayatan hadis Abu Bakrah (sebagaimana yang dilakukan oleh Fatima Mernissi, seorang aktivis feminisme liberal kelahiran Maghribi dengan melakukan kritikan terhadap periwayatan Abu Bakrah. Mernissi mendakwa bahawa Abu Bakrah meriwayatkan hadis yang berunsur 'anti wanita' dan bermotifkan kepentingan peribadi). Kewafatan Para ulama berbeza pendapat tentang tarikh kewafatannya. Al-Mada'ini mengatakan Abu Bakrah wafat pada tahun 50H. Sa'd pula mengatakan Abu Bakrah wafat di Basrah sewaktu pemerintahan Mu'awiyah bin Abi Sufyan. Para ulama berpendapat bahawa Abu Bakrah wafat pada tahun 51H sementara Ibnu Khayyat dalam kitab al-Tabaqat berpendapat Abu Bakrah wafat pada tahun 52H. Ihsan Dawn Of Caliphate

13 March 2012

SEDEKAH BERKAHNYA LUAS

Pengertian Sedekah Secara umum sedekah memiliki pengertian menginfaqkan harta di jalan Allah SWT. Baik ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, mahupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah. Makna sedekah memang sering menunjukkan makna memberikan harta untuk hal tertentu di jalan Allah SWT, sebagai mana yang terdapat dalam banyak ayat-ayat dalam Al-Qur’an. Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan mengungkit-ungkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun daripada apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. [Al-Baqarah: 264] Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [At-Taubah: 60] Kedua ayat di atas menggambarkan bahawa sedekah bermakna mendermakan wang di jalan Allah SWT. Bahkan pada ayat yang kedua, sedekah secara khusus adalah bermakna zakat. Bahkan banyak sekali ayat mahupun hadis yang berbicara tentang zakat, namun diungkapkan dengan istilah sedekah. Secara bahasa, sedekah atau sadaqah berasal daripada kata shidq yang bererti benar. Dan menurut Al-Qadhi Abu Bakar bin Arabi, benar di sini adalah benar dalam konteks sejalannya perbuatan dengan ucapan dan keyakinan. Dalam makna seperti inilah, sadaqah diibaratkan dalam hadis: “Dan sadaqah itu merupakan burhan (bukti).” [Riwayat Muslim] Antara zakat, infaq, dan sadaqah memiliki pengertian tersendiri dalam bahasan kitab-kitab fiqh. Zakat iaitu kewajipan atas sejumlah harta tertentu dalam waktu tertentu dan untuk kumpulan tertentu. Infaq memiliki erti lebih luas daripada zakat, iaitu mengeluarkan atau menafkahkan wang. Infaq ada yang wajib, sunnah dan infaq. Infaq wajib di antaranya adalah zakat, kafarat, infaq untuk keluarga dan sebagainya. Infaq sunnah adalah infaq yang sangat dianjurkan untuk melaksanakannya namun tidak menjadi kewajipan, seperti infaq untuk da’wah, pembangunan masjid dan sebagainya. Sedangkan infaq infaq adalah infaq yang tidak masuk dalam kategori wajib dan sunnah, serta tidak ada anjuran secara tekstual ayat mahupun hadis, di antaranya seperti infaq dalam bentuk kenduri atau jamuan dan sebagainya. Sedekah lebih luas maknanya daripada sekadar zakat mahupun infaq. Kerana sedekah tidak hanya bererti mengeluarkan atau mendermakan harta. Namun sedekah meliputi segala amal atau perbuatan baik. Dalam sebuah hadis digambarkan, “Memberikan senyuman kepada saudaramu adalah sadaqah.” Makna sedekah yang terdapat dalam hadis di atas adalah merujuk pada makna sedekah di atas. Bahkan secara tersirat sedekah yang dimaksudkan dalam hadis adalah berbagai bentuk kebaikan yang dilakukan oleh setiap Muslim dalam rangka mencari keredhaan Allah SWT baik dalam bentuk ibadah atau perbuatan yang secara lahiriyah terlihat sebagai bentuk taqarrub kepada Allah SWT, mahupun dalam bentuk aktiviti yang secara lahiriyah tidak tampak seperti bertaqarrub kepada Allah, seperti hubungan intim suami isteri, bekerja, dsb. Semua aktiviti ini bernilai ibadah di sisi Allah SWT. Berbagai Jenis Sedekah Rasulullah SAW dalam hadis di atas menjelaskan tentang ruang lingkup sedekah yang begitu luas, sebagai jawapan atas kegundahan hati para sahabatnya yang tidak mampu secara maksimum bersedekah dengan harta mereka, kerana mereka bukanlah orang yang termasuk banyak hartanya. Lalu Rasulullah SAW menjelaskan bahawa sedekah merangkumi: 1. Tasbih, Tahlil dan Tahmid Rasulullah SAW menggambarkan pada awal penjelasannya tentang sedekah bahawa setiap tasbih, tahlil dan tahmid adalah sedekah. Oleh kerana itu mereka ‘diminta’ untuk memperbanyak tasbih, tahlil dan tahmid, atau bahkan zikir-zikir lainnya. Kerana semua zikir tersebut akan bernilai ibadah di sisi Allah SWT. Dalam riwayat lain digambarkan: Daripada Aisyah RA, bahawasanya Rasulullah SAW berkata, “Bahawasanya diciptakan daripada setiap anak cucu Adam tiga ratus enam puluh persendian. Maka barang siapa yang bertakbir, bertahmid, bertasbih, beristighfar, menyingkirkan batu, duri atau tulang daripada jalan, amar ma’ruf nahi mungkar, maka akan dihitung sejumlah tiga ratus enam puluh persendian. Dan ia sedang berjalan pada hari itu, sedangkan ia dibebaskan dirinya daripada api neraka.” [Riwayat Muslim] 2. Amar Ma’ruf Nahi Mungkar Setelah disebutkan bahawa zikir merupakan sedekah, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa amar ma’ruf nahi mungkar juga merupakan sedekah. Kerana untuk merealisasikan amar ma’ruf nahi mungkar, seseorang perlu mengeluarkan tenaga, fikiran, waktu, dan perasaannya. Dan semua hal tersebut dianggap sebagai sedekah. Bahkan jika dikaji secara mendalam, umat ini mendapat julukan ‘khairu ummah’, kerana memiliki misi amar ma’ruf nahi mungkar. Allah SWT. berfirman: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. [Ali Imran: 110] 3. Hubungan Intim Suami Isteri Hadis di atas bahkan menggambarkan bahawa hubungan suami isteri merupakan sedekah. Satu pandangan yang cukup asing di telinga para sahabat, hingga mereka bertanya, “Apakah salah seorang di antara kami melampiaskan syahwatnya dan dia mendapatkan sedekah?” Kemudian dengan bijak Rasulullah SAW. menjawab, “Apa pendapatmu jika ia melampiaskannya pada tempat yang haram, apakah dia mendapatkan dosa? Maka demikian pula jika ia melampiaskannya pada yang halal, ia akan mendapat pahala.” Di sinilah para sahabat baru menyedari bahawa makna sedekah sangatlah luas. Bahawa segala bentuk aktiviti yang dilakukan seseorang, dan diniatkan ikhlas kerana Allah, serta tidak melanggar syariah-Nya, maka itu akan dianggap sebagai sedekah. 4. Bekerja dan memberi nafkah pada sanak keluarganya Al-Miqdan bin Ma’dikarib Al-Zubaidi RA, daripada Rasulullah SAW berkata, “Tidaklah ada satu pekerjaan yang paling mulia yang dilakukan oleh seseorang daripada pekerjaan yang dilakukan daripada tangannya sendiri. Dan tidaklah seseorang menafkahkan hartanya terhadap diri, keluarga, anak dan pembantunya melainkan akan menjadi sedekah.” [Riwayat Ibnu Majah] 5. Membantu urusan orang lain Daripada Abdillah bin Qais bin Salim Al-Madani, daripada Nabi Muhammad SAW bahawa baginda bersabda, “Setiap Muslim harus bersedekah.” Salah seorang sahabat bertanya, “Bagai mana pendapatmu, wahai Rasulullah, jika ia tidak mendapatkan (harta yang dapat disedekahkan)?” Rasulullah SAW bersabda, “Bekerja dengan tangannya sendiri kemudian ia memanfaatkannya untuk dirinya dan bersedekah.” Salah seorang sahabat bertanya, “Bagai mana jika ia tidak mampu, wahai Rasulullah SAW?” Baginda bersabda, “Menolong orang yang memerlukan lagi teraniaya.” Salah seorang sahabat bertanya, “Bagai mana jika ia tidak mampu, wahai Rasulullah SAW?” Baginda menjawab, “Mengajak pada yang ma’ruf atau kebaikan.” Salah seorang sahabat bertanya, “Bagai mana jika ia tidak mampu, wahai Rasulullah SAW?” Baginda menjawab, “Menahan diri daripada perbuatan buruk, itu merupakan sedekah.” [Riwayat Muslim] 6. Mendamaikan dua orang yang berselisih Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Setiap ruas-ruas persendian setiap manusia adalah sedekah. Setiap hari di mana matahari terbit adalah sedekah, mendamaikan di antara manusia (yang berselisih adalah sedekah).” [Riwayat Bukhari] 7. Menziarahi orang sakit Daripada Abu Ubaidah bin Jarrah RA berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang menginfaqkan lebihan hartanya di jalan Allah SWT, maka Allah akan melipatgandakannya dengan tujuh ratus (lipat ganda). Dan barang siapa yang berinfaq untuk dirinya dan keluarganya, atau menziarahi orang sakit, atau membuang duri, maka mendapatkan kebaikan dan kebaikan dengan sepuluh lipat gandanya. Puasa itu perisai selama ia tidak merosaknya. Dan barang siapa yang Allah uji dengan satu ujian pada fizikalnya, maka itu akan menjadi penggugur (dosa-dosanya).” [Riwayat Ahmad] 8. Berwajah manis atau memberikan senyuman Daripada Abu Dzar RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu menganggap remeh satu kebaikan pun. Jika ia tidak mendapatkannya, maka hendaklah ia ketika menemui saudaranya, ia menemuinya dengan wajah ramah, dan jika engkau membeli daging, atau memasak dengan periuk / kuali, maka perbanyaklah kuahnya dan berikanlah pada tetanggamu daripadanya.” [Riwayat Tarmidzi] 9. Berlumba-lumba dalam amalan sehari-hari ( yaumiyah) Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Siapakah di antara kamu yang pagi ini berpuasa?” Abu Bakar menjawab, “Aku, wahai Rasulullah.” Rasulullah SAW bersabda, “Siapakah hari ini yang membawa jenazah orang yang meninggal?” Abu Bakar menjawab, “Aku, wahai Rasulullah.” Rasulullah SAW bertanya, “Siapakah di antara kamu yang hari ini memberikan makan pada orang miskin?” Abu Bakar menjawab, “Aku, wahai Rasulullah.” Rasulullah SAW bertanya kembali, “Siapakah di antara kamu yang hari ini telah menziarahi orang sakit?” Abu Bakar menjawab, “Aku, wahai Rasulullah.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah semua amal di atas terkumpul dalam diri seseorang melainkan ia akan masuk syurga.” [Riwayat Bukhari] ihsan NOOR FADZILA HJ WAN TEH

12 March 2012

JANGAN SOMBONG DI DUNIA

INGATAN BAGAIMANA RASULULLAH MENTARBIYAH REMAJA

Bagaimana Rasulullah SAW Mentarbiyah Remaja? Abu Ridhwan. Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya), lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catitan. ' (HR. Tarmizi dan dia berkata : Hadisnya hasan lagi sahih). Pengajaran: 1. Untuk Ibn Abbas, sejak kecil Rasulullah SAW telah berdoa untuknya - "Ya Allah berikanlah kepadanya pemahaman tentang din, dan ajarkanlah kepada hikmah". Apabila beliau di peringkat remaja, baginda bermusafir bersama-samanya dan terus mengambil peluang mentarbiyahnya. 2. Baginda memanfaatkan setiap detik masa, hatta sewaktu bermusafir pun baginda mentarbiyah mad'unya yang masih remaja. Baginda tidak merasa enteng terhadap mad'u kecil, bahkan baginda mengambil hal ehwal tarbiyahnya. 3. Baginda sentiasa bersemangat untuk mentarbiyah mad'unya, sehinggakan sewaktu penat bermusafir pun baginda tidak melepaskan peluang untuk mentarbiyah. 4. Baginda, seorang ketua negara yang agung dan manusia paling mulia, tidak merasa terhina menaiki kenderaan bersama remaja kecil. Baginda memperlihatkan contoh KEDEKATAN FIZIKAL dan kemesraan dengan anak remaja. Baginda tiada "generation gap" dengan orang muda. 5. Baginda mentarbiyah orang muda dengan silibus yang berpada, ringan tetapi berterusan - sepertimana kata baginda - "aku ingin mengajar kamu BEBERAPA PERKATAAN". 6. Baginda sentiasa meletakkan asas tauhid sebagai asas tarbiyah generasi muda. 7. Generasi muda yang sering gelisah dan sering dilanda pelbagai ketidaktentuan, baginda berpesan supaya bergantung dan memohon pertolongan kepada Allah. 8. Hakikatnya, baginda merencanakan tarbiyah jangka panjang untuk Ibn Abbas. Akhirnya lahirlah Ibn Abbas sebagai tokoh, pejuang dan pewaris risalah baginda.

11 March 2012

NAJIS DEDAH AURAT

RASULULAH SAW bersabda.. (صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا …. وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا ) رواه أبو داود . “Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: ……Wanita yang berpakaian tapi telanjang (nipis atau tidak menutup seluruh aurat), berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (HR. Abu Dawud) RASULULAH SAW bersabda.. ( لا تقبل صلاة حائض إلا بخمار ) رواه الإمام أحمد وأبو داود والترمذي وابن ماجه ”Tidak diterima sholat perempuan yang sudah haidh (balighah) kecuali dengan mengguna pakai tudung.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah rahimahumullah) Penelitian ilmiah modern telah membuktikan bahawa tabarruj (bersolek) perempuan dan telanjangnya (tidak menutup aurat) mereka dianggap sebagai sumber malapetaka kepadanya. Data statistik menunjukkan adanya penyebaran penyakit barah (terutama barah kulit) pada anggota tubuh yang tidak tertutup dari tubuh manusia, khususnya wanita-wanita yang memakai pakaian pendek (mini) atau tidak menutup aurat. Antara yang tersebar di majalah-majalah Eropah "Barah Melanoma, dulunya adalah salah satu jenis barah biasa, sekarang meningkat bertambah pada wanita. Khususnya wanita yang sedang meningkat remaja, menjangkiti barah tersebut pada lelaki mereka, melalui penyebaran pakaian seragam mini wanita yang terkena sinar matahari dalam waktu lama, sepanjang tahun. Juga melalui stokin kaki yang nipis tidak cukup untuk menghalang sinar matahari kena kaki mereka.” Majalah tersebut meminta dokter ahli Epidemiologi bergabung dengan mereka dalam mengumpulkan maklumat tentang penyakit ini. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: (وَإِذْ قَالُواْ اللَّهُمَّ إِن كَانَ هَـذَا هُوَ الْحَقَّ مِنْ عِندِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً مِّنَ السَّمَاء أَوِ ائْتِنَا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ) سورة الأنفال : 32 ”Dan (ingatlah), ketika mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Ya Allah, jika betul (Al Qur'an) ini, dialah yang benar dari sisi Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih.” (QS. Al-Anfaal: 32) 'Adzab yang pedih' atau sebahagiannya telah turun dalam bentuk barah (kanser) yang buruk. Penyakit ini timbul kerana membiarkan anggota tubuh terkena sengatan sinar matahari dan secara khusus sinar Ultraviolet dalam rentang waktu yang lama. Itulah yang terjadi pada pakaian mini atau bikini. Barah itu menimpa seluruh tubuh dengan kadar yang bertingkat-tingkat. Awalnya muncul bercak hitam kecil, terkadang sangat kecil. Kebanyakan muncul ditumit atau betis, dan terkadang di mata. Kemudian menyebar ke seluruh tubuh. Bertambah berkembang penyakit itu dari tempat awal muncul, kemudian menyerang kelenjar limpa (kelenjar getah bening) di atas paha lalu menyerang darah, akhirnya bersarang di hati dan merosakkannya. Terkadang ia bersarang di seluruh tubuh, di antaranya tulang-belulang, organ dalam dan ginjal. Terkadang diikuti dengan hitamnya air kencing disebabkan rosaknya ginjal akibat serangan barah ganas tersebut. Terkadang berpindah ke janin (bayi) yang ada di perut ibu, dan penyakit ini tidak memberikan tempo (jeda) lama kepada pengidapnya. Pengubatan dengan operasi tidak memberikan jaminan keselamatan (kesembuhan) seperti pada barah lain, yang mana barah jenis ini tidak mampan diubati dengan terapi sinar X. Maka, jelaslah hikmah syari’at Islam mewajibkan wanita memakai pakaian sopan menutupi seluruh tubuh itu. Menutupi dengan pakaian longgar, tidak ketat, tidak nipis, yang disertai dengan toleransi boleh terbuka wajah dan tapak tangan. Jadi, budaya 'kahwin bogel' pula adalah adalah satu bentuk penyerangan kepada syariat Islam tersebut. Maka jelaslah bahawa pakaian kehormatan diri dan pakaian kesopanan (pakaian Muslimah ikut syar’i) adalah pencegah terbaik dari adzab dunia yang terealisai dalam bentuk penyakit ini. Pakaian menutup aurat adalah sebagai pencegah dari adzab ke'tidak baik'an di dunia dan keselamatan di akhirat. Sekian.

07 March 2012

REZEKI ALLAH JANGAN DIBUAT MAIN!

Dalam satu perlawanan UEFA Cup antara Athletic Bilbao (Spain) dan Trabzonspor (Turki), ketika perlawanan menuju minit-minit akhir, salah seorang penyokong Bilbao cuba untuk mengalih perhatian penjaga gol Trabzonspor, Tolga Zengin dengan melemparkan sebuku roti kepada penjaga gol tersebut. Tetapi Tolga Zengin telah mengutip roti tersebut dan meletakkannya di dahi. Kemudian beliau memberikan roti tersebut kepada pengawal keselamatan bagi mengelakkan roti tersebut hancur dalam perlawanan itu. Selepas perlawanan itu, atas permintaan wartawan Eropah, Tolga Zengin yg juga merupakan kapten pasukan Trabzonspor telah mengadakan sidang akhbar bagi menjawab tindakan beliau; "Tiada apa yg mengejutkan dengan tindakan saya. Apa yg mengejutkan saya ialah apabila melihat sebuku roti telah dilemparkan ke atas padang untuk menyakiti saya sedangkan ramai manusia sedang kebuluran di Somalia"

06 March 2012

MASYALLAH ! BERTEMU JUTAWAN BERTAQWA

Assalamualaikum, "Ya Allah, aku mohon kepada Mu Ya Allah. Temukanlah aku dengan mereka yang boleh memberi pengajaran kepada ku di Tanah Suci. Temukanlah aku dengan mereka yang boleh mengubah hidupku ke arah yang lebih baik". Inilah doa yang saya baca sebelum menunaikan haji. Alhamdulillah. Saya bersyukur kepada Allah. Allah temukan saya dengan begitu ramai orang yang banyak memberi pengajaran dalam hidup saya. Yang pertama, Allah temukan dengan Prof Kamil ( www.muhdkamil.org ) Bagi saya, buat masa ini tiada orang boleh memberi kesedaran kepada saya seperti mana yang Prof Kamil berikan kepada saya. Prof banyak memberi kesedaran kepada saya. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Prof. Yang kedua, Allah temukan saya dengan seorang jutawan. Rumahnya sahaja dah RM6 juta. Keretanya BMW X6. Plat kereta pun TAF15. Tak usahlah saya menceritakan kekayaan beliau yang lain. Datuk Zainal. Pengerusi Zahafiz. Namun, orangnya sederhana. Boleh dikategorikan sebagai golongan 'jutawan bertakwa'. Inilah yang kita semua mahukan. Kaya dan dalam masa yang sama bertakwa kepada Allah. Di suatu pagi, saya duduk di lobi hotel. Dan tiba tiba Datuk Zainal datang duduk berhampiran saya. Datuk Zainal Abidin merupakan Pengurusi Zahafiz Travel Sdn Bhd. Tahukah anda apakah maksud ZAHAFIZ? Z adalah Zainal. A adalah nama Isteri Datuk HAFIZ pula adalah kerana kesemua anak Datuk adalah Hafiz dan Hafizah Al Quran. Bagi saya ia amat menarik. Datuk Zainal begitu 'simple'. Beliau kekal merendah diri dan ramah bila bertemu dengan para jemaah Zahafiz. Sebab itu agak mudah saya bersembang dengan beliau. "Datuk, boleh tak Datuk cerita kepada saya 'rahsia' kejayaan Datuk dalam perniagaan yang Datuk jalankan, sebab saya pun buat business juga" saya bertanya kepada Datuk, "Biasanya saya tak cerita dekat orang. Tapi sebab kamu dah tanya. Insya Allah saya akan ceritakan," Datuk menjawab. Datuk menceritakan beliau bukanlah dari latar belakang agama. Beliau merupakan bekas pegawai polis dahulu. Beliau memulakan perniagaan Zahafiz ini lebih kurang sejak 15 tahun yang lepas. Beliau menceritakan ada 3 faktor utama dari segi amalan yang beliau rasa ia membantu dalam perniagaan yang dijalankan. 1) Restu dan Doa Ibu Beliau menceritakan, pada peringkat awal beliau mahu berhenti kerja sebagai polis dan memulakan sebuah perniagaan. Sebelum memulakan perniagaan itu, beliau bertanya kepada ibunya sama ada beliau boleh berhenti kerja dan memulakan perniagaan itu. Ibunya tidak merestuinya. Maka beliau tidak berhenti kerja dan tidak membuat perniagaan itu. Jika kita fikirkan, apa rasionalnya Datuk yang berumur sekitar 40 tahun meminta izin dari ibunya untuk membuat keputusan berhenti kerja? Bukankah Datuk pada waktu itu cukup matang untuk membuat keputusan sendiri. Namun, Datuk amat menitik beratkan restu ibu. Datuk mahu ibunya sentiasa mendoakan beliau dalam apa jua keadaan. Selepas itu, Datuk meminta izin daripada ibunya untuk membuat perniagaan Umrah dan Haji ini. Dan Alhamdulillah, kali ini ibunya membenarkan beliau berhenti kerja dan membuat business ini. Selepas mendapat restu ibu. Barulah Datuk berhenti kerja sebagai polis dan memulakan perniagaan ini. Dan Alhamdulillah, perniagaannya berjaya. Datuk menceritakan kepada saya beliau meminta ibunya untuk mendoakan kejayaan beliau setiap hari. Dan Datuk berkata doa seorang ibu kepada anaknya amat mustajab dan ia tiada hijab. Maka, sebab itulah Datuk merasakan perniagaannya boleh berjaya. Datuk juga menceritakan kepada saya pentingnya kita untuk mengambil berat dan menjaga ibu bapa kita sekiranya mereka masih hidup. Datuk menceritakan dalam apa jua keadaan, Datuk sentiasa melebihkan ibunya daripada isterinya. Dan 'isterinya' faham keadaan ini. Datuk memberitahu supaya jangan risau apabila beliau melebihkan ibunya, ini kerana mereka akan mendidik agar anak lelaki mereka juga suatu hari akan melebihkan ibunya berbanding isterinya. Ini yang sepatutnya. Namun kita hari ini sering 'melupakan' kekuatan doa ibu dalam hidup kita. Kita 'lupa' untuk mengirim wang kepada ibu bapa kita setiap bulan. Kita 'lupa' untuk mendoakan kesejahteraan mereka. Dan yang lebih teruk, kita 'lupa' untuk berhubung dengan mereka bertanya khabar dek kesibukan kita mengejar 'kejayaan dunia'. Sedangkan 'kejayaan' itu lebih mudah dikecapi dengan doa dari mereka. Datuk bertanya kepada saya, "Firdaus ada mak lagi tak sekarang ini?" "Ya, mak saya masih ada" "Satu nasihat saya, tolonglah jaga dan sayang ibu bapa Firdaus sepanjang hayat mereka. Lebihkan mereka dalam apa jua keadaan. Minta mereka doakan apa yang Firdaus buat. Insya Allah, Firdaus akan dapat lihat keberkatan dalam kehidupan Firdaus nanti" Datuk menasihatkan saya. "Sekarang, mak saya dah meninggal dunia. Setiap hari saya mendoakan agar Allah ampunkan dosa mak saya. Sekurang kurangnya, saya menjalankan 'tanggungjawab' saya sebagai anak untuk mak saya" Kata kata Datuk ini amat memberi kesan kepada saya. Insya Allah, saya berazam untuk sentiasa membahagiakan ibu bapa saya dalam apa jua keadaan. 2) Solat Sunat Dhuha Datuk menceritakan amalan kedua yang beliau amalkan dan yakin 'membantu' dalam keberkatan dalam perniagaannya adalah Amalan Solat Sunat Dhuha. Beliau menceritakan yang beliau telah amalkan solat Sunat Dhuha sejak sekian lama. Setiap hari beliau bersolat Sunat Dhuha sebanyak 4 rakaat. Dua rakaat dibuat dua kali. Dan ia dilakukan setiap hari tanpa 'miss'. Beliau menceritakan kepada saya apabila kita bersolat Sunat Dhuha dan membaca doanya setiap hari, ini bermakna kita berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki setiap hari. Dan waktu Dhuha adalah antara waktu afdhal untuk kita berdoa. Dengarlah Doa Solat Sunat Dhuha ini. Anda pasti akan tersentuh hati mendengar doa ini yang dibaca dalam bentuk nasyid yang begitu indah. Saya amat suka mendengar doa ini setiap hari. “Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu Dhua Mu, kecantikannya adalah kecantikan-Mu, keindahannya adalah keindahan-Mu, kekuatannya adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, perlindungannya adalah perlindungan-Mu." "Ya Allah, jika rezki kami di langit, turunkanlah, jika di bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, kecantikan Mu, keindahan Mu, kekuatan Mu dan kekuasaan-Mu." "Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh" Sama samalah kita hayati maksud doa ini. Jika dibaca dengan penuh pengharapan, boleh mengalir air mata kita mengharapkan rezeki daripada Allah. Bayangkanlah, jika ini yang kita doakan setiap hari dalam hidup kita. Insya Allah. Suatu hari pasti dan pasti Allah akan kabulkan hajat hajat kita dan dimurahkan rezeki kita. Datuk menceritakan mereka yang selalu mengamalkan solat Sunat Dhuha akan dimurahkan rezeki oleh Allah. Dan kita kena faham konsep rezeki itu sendiri. Duit yang kita peroleh adalah rezeki. Ini yang biasa kita faham. Namun, kesihatan juga rezeki. Kereta tidak rosak juga rezeki. Anak anak tidak sakit juga rezeki. Rumah tidak bocor juga rezeki. Dijauhi dari malapetaka dan bencana juga rezeki. Dapat anak yang soleh juga rezeki. Dan konsep rezeki perlu diperluaskan agar kita lebih mudah faham rezeki yang Allah berikan kepada kita. Agar kita lebih bersyukur kepada Nya. "Firdaus, amalkanlah Solat Sunat Dhuha setiap hari. Insya Allah, Firdaus akan saksikan sendiri kehebatan amalan itu sendiri. Allah akan buka jalan agar dimurahkan rezeki kepada Firdaus daripada pintu yang tidak disangka sangka," kata kata nasihat Datuk ini benar benar terkesan dalam hati saya. Insya Allah Datuk, akan saya amalkan. 3) Bersedekah "Firdaus, amalan ketiga yang saya rasakan ia memurahkan rezeki saya adalah amalan bersedekah. Setiap hari, di dalam poket seluar saya mesti ada duit kecil. Saya akan bersedekah kepada sesiapa sahaja yang saya rasakan perlu. Tak semestinya saya kenal dia. Tak semestinya saya hanya bersedekah kepada peminta sedekah. Kalau saya nampak cleaner sedang sapu sampah. Saya bagi. Kalau saya nampak 'guard' di bank pun saya bagi. Sekadar nak membiasakan diri dengan amalan bersedekah. Dan saya lakukan ini setiap hari. Dan bila saya masuk satu satu masjid, saya tidak akan keluar dari masjid itu melainkan saya sudah bersedekah untuk masjid itu," Datuk menceritakan panjang lebar. Datuk menerangkan yang amalan bersedekah amat besar fadhilatnya. Dan apabila kita bersedekah, kita bukan mengurangkan rezeki kita. Sebaliknya kita menambah rezeki kita. Allah akan gantikan kepada kita melalui cara yang lain. Cara yang kita tidak sedar. "Datuk, datuk selalu derma berapa ringgit?" Saya bertanya kepada Datuk. "Janganlah tanya saya derma berapa. Tapi, dermalah ikut kemampuan kita. Kalau kita ada lebih, kita bagi lebih. Kalau kita ada kurang. Kita bagi sedikit. Yang penting, kita harus biasakan dengan memberi". "Tahu tak, bila kita menderma kepada seseorang yang tidak kita kenali. Salah seorang daripada mereka ini pasti 'mendoakan' kepada kita secara tidak langsung. Tahu tak, doa daripada seorang muslim yang tidak diketahui oleh orang yang didoakannya itu amat mustajab." Datuk menambah lagi. Kalau difikirkan begini, ia memang benar. Kita tidak kaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. Jika kita banyak memberi, insya Allah banyak lagi yang akan kita terima. Inilah sifirnya di dalam Islam. "Kamu tahu tak Syarikat Bin Laden. Kontraktor terbesar di Saudi. Setiap hari, mereka membelanjakan sekitar SR30,000-SR40,000 untuk didermakan kepada orang ramai." Datuk memaklumkan kepada saya. "Banyaknya yang dia orang derma!" saya mencelah. "Firdaus, janganlah tengok berapa yang dia orang keluarkan. Tengok pula berapa yang dia orang dapat hari tu. Berapa juta yang masuk. Salahkah kalau nak keluarkan setakat SR30k-SR40k sehari kalau projek yang masuk juta juta," terang Datuk. Datuk memberikan contoh yang amat jelas kepada saya. Contoh yang bersertakan bukti yang kukuh. Saya benar benar bersyukur kepada Allah. Allah temukan saya dengan Datuk Zainal. Pertemuan yang tidak dirancang. Tetapi ia benar benar memberi kesan dalam diri saya. Insya Allah Datuk. Akan saya cuba amalkan apa yang Datuk nasihatkan kepada saya. Orang kata, kalau nak belajar, belajarlah dari orang yang dah berjaya. Bagi saya, mengambil pengajaran dari kisah kejayaan Datuk amat penting dalam hidup saya yang juga turut membuat business. Semoga saya juta begitu. Semoga satu hari nanti saya boleh memiliki rumah besar, kereta besar, berjiwa besar. Dan yang paling penting. Menjadi 'JUTAWAN YANG BERTAKWA'. Tak guna kalau kaya harta tapi miskin jiwa. Tak guna kaya kalau tak rajin bersedekah. Semoga, pengajaran yang saya peroleh ini dapat dikongsi oleh kita semua. Semoga kita semakin hampir kepada Nya. Wassalam * Saya tak pasti Datuk ada membaca blog ini atau tidak. Namun, satu yang ingin saya ucapkan, jutaan terima kasih saya kepada Datuk. Nasihat Datuk selama setengah jam kepada saya memberi kesan besar dalam hidup saya. Banyak pahala yang Datuk dapat selepas ini. Insya Allah. Posted by MariaFirdaus

04 March 2012

HUKUM SEORANG LELAKI DAN WANITA BERDUA-DUAAN

Hukum Seorang Lelaki Dan Seorang Wanita Berdua-duaan kecuali suami-isteri yang sah. http://fiqh-sunnah.blogspot.com Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda (maksudnya), “Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama melainkan jika ditemani oleh mahramnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3006) Juga melalui hadis berikut (maksudnya), “Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 1/18) Adalah dibolehkan sekiranya sekumpulan (lebih dari seorang) lelaki (yang baik) yang dikenali dan tidak mungkin melakukan perkara yang buruk untuk menemui seseorang wanita. Pernah suatu ketika sekelompok orang dari Bani Hasyim masuk (ke rumah) Asma’ binti ‘Umais, lalu Abu Bakar ash-ShiddiQ datang (di mana Asma’ adalah isterinya), ia membencinya lalu menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam dan kemudiannya Abu Bakar menjelaskan, “Aku tidak melihat melainkan kebaikan”. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda (maksudnya), “Sesungguhnya Allah telah membebaskannya.” Seterusnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam berdiri di atas mimbar lalu bersabda, “Janganlah selepas hari ini (walau) seorang pun laki-laki masuk ke dalam (rumah) seorang wanita di ketika suaminya tiada melainkan jika ia bermasa seorang atau dua orang yang lain.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2174)

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."