RAKAN BLOG MASJID

25 September 2013

PENJAGAAN KESIHATAN FIZIKAL MENURUT KACAMATA ISLAM

Penjagaan Kesihatan Fizikal Menurut Kacamata Islam
Gambar hiasan

Islam merupakan suatu cara hidup dan agama yang mengawal serta menjaga seluruh aspek kehidupan umatnya.  Isam mengambil berat tentang kepentingan setiap penganutnya sama ada dalam aspek fizikal, mental mahupun spiritual. Keseimbangan dan kecemerlangan dalam ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang itu muslim yang ideal dan disukai oleh Allah swt.

Antara perkara penting yang kadang-kala dilupai oleh seseorang muslim adalah dalam aspek penjagaan fizikalnya. Perlulah diigati bahawa penampilan fizikal adalah dituntut dalam Islam sepertimana perlunya memelihara kesempurnaan akal dan hati. Antara perkara yang perlu diambil perhatian berkaitan kesihatan fizikal ini ialah tentang aspek kebersihan dan penampilan diri.

Sesungguhnya Islam ialah suatu agama yang mementingkan aspek kebersihan hati dan fizikal umatnya. Malah Islam merupakan agama yang meletakkan aspek kebersihan sebagai antara perkara asas dan terpenting dalam penerimaan sesuatu ibadah. Perkara ini dapat dilihat melalui pembelajaran-pembelajaran ilmu fiqh dan hadith yang acap kali dimulai dengan bab penyucian atau taharah. Malah kebersihan fizikal ini merupakan lambang keimanan bagi seseorang muslim. Perkara ini berdasarkan firman Allah swt: “Sesungguhnya Allah swt menyukai mereka yang selalu bertaubat dan mereka yang selalu bersuci” (Surah al-Baqarah: 222). Dalam sebuah hadith Nabi saw telah bersabda: “Sesungguhnya kebersihan itu sebahagian daripada iman”. (Hadith direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya).

Apabila membincangkan aspek kebersihan fizikal maka kita dapat melihat bahawa Islam amat mengambil berat tentang hal ini. Contohnya Islam mensyariatkan ibadah wudhuk sebelum daripada menunaikan solat sama ada solat wajib mahupun sunat. Hal ini bertepatan dengan firman Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman apabila kamu semua menunaikan solat  maka basuhlah muka kamu, kedua tanganmu hingga ke siku, sapulah kepala kamu dan basuhlah kaki kamu sehingga ke buku lali.” (Surah al-Maidah: 6). Di samping itu Islam juga mensyariatkan beberapa ibadah lain dalam memastikan umatnya berada dalam keadaan bersih seperti bersiwak (berus gigi), mandi hadas, memotong kuku dan bulu, menyucikan kemaluan setelah membuang air, memastikan pakaian dalam keadaan bersih daripada najis, berkhatan dan sebagainya lagi. Kesemua ini diterangkan oleh Islam secara jelas melalui nas-nas al-Quran mahupun hadith-hadith Nabi saw. Malah segala penerangan ini tidak sama sekali diterangkan oleh agama-agama lain. Perkara ini menunjukkan bahawa Islam adalah suatu agama fitrah yang memelihara fitrah asal manusia yang menyukai kesucian dan kebersihan.

Di samping memastikan fizikal seseorang muslim itu berada dalam keadaan yang bersih, Islam juga menggalakkan umatnya untuk menjaga kesihatan fizikal. Dalam sebuah hadith Nabi saw telah bersabda: “Kejarlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara (antaranya) gunakanlah masa sihatmu sebelum datangnya masa sakit.” (Hadith direkodkan oleh Imam al-Baihaqi dalam Sunannya dan dinilai sahih oleh al-Albani). Dalam hadith ini menunjukkan bahawa Islam meletakkan kesihatan umatnya sebagai  antara perkara penting yang perlu dijaga dan dipelihara. Sesungguhnya muslim yang sihat itu mampu melakukan amalan-amalan soleh yang sama sekali tidak mampu dilakukan oleh muslim yang berada dalam keadaan sakit. Malah apabila seseorang muslim itu sakit maka beliau tidak mampu melaksanakan ibadah-ibadah seperti solat, puasa, haji dan sebagainya secara sempurna. Lantaran itu setiap umat Islam perlu memastikan mereka berada dalam keadaan yang sihat dan jika diserang penyakit maka berubatlah scepat mungkin supaya ianya tidak menjadi semakin parah.

Dalam sebuah hadith Nabi saw telah bersabda: “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan disukai oleh Allah berbanding mukmin yang lemah dan pada setiap seorangnya terdapat kebaikan.” (Hadith direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya). Hadith ini membawa maksud seseorang muslim yang kuat imannya lebih baik dan dicintai oleh Allah swt berbanding muslim yang lemah imannya. Namun hadith ini juga boleh difahami secara zahirnya bahawa setiap mukmin yang kuat dalam segala perkara sama ada dalam aspek fizikal, akal dan rohani itu lebih disukai Allah swt berbanding seseorang mukmin yang lemah fizikal, akal dan juga rohaninya. Oleh demikian seseorang muslim itu perlulah memastikan bahawa tubuh badannya itu kuat dan sihat dan pada masa yang sama tidak menafikan keperluan kekuatan akal dan rohani dalam kehidupan.

Dalam sebuah hadith Nabi saw telah bersabda: “Sesungguhnya bagi jasad kamu itu keperluannya.” (Hadith direkodkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahinya).  Hadith ini menerangkan kepada kita bahawa Nabi saw menyuruh umatnya supaya memberikan hak-hak yang sepatutnya kepada tubuh badan. Hal ini termasuklah dari aspek pemakanan dan juga rehat yang mencukupi. Namun perkara ini kadang kala dipandang remeh oleh umat Islam masa kini. Jika dilihat kepada aspek pemakanan maka boleh dibuat kesimpulan bahawa kita dilimpahkan rezeki oleh Allah swt dengan pemberian nikmat makanan yang cukup lazat dan melimpah ruah. Namun pada masa yang sama apabila tabiat pemakanan ini tidak dijaga maka ianya boleh mengundang pelbagai jenis penyakit.

Di samping itu bagi memastikan kesihatan badan terjaga maka seseorang muslim itu perlulah memastikan stamina dan tubuh badannya berada dalam keadaan yang baik. Stamina yang tinggi akan melahirkan kekuatan pada tubuh badan manusia. Firman Allah swt: “Dan bersedialah kamu semua dengan apa yang kamu mampu dari segi kekuatan” (Surah al-Anfal: 60). Dalam ayat ini Allah swt memerintahkan umat Islam supaya mengumpul kekuatan dan antara kekuatan utama ialah kekuatan fizikal yang boleh dimanfaatkan untuk agama.

Di samping menjaga pemakanan dan bersukan umat Islam juga diwajibkan untuk meninggalkan segala bentuk amalan buruk yang boleh memberi kemudharat kepada tubuh badan. Sesungguhnya setiap perkara yang membawa kepada kemudharatan hukumnya adalah haram di dalam Islam. Firman Allah swt: “Dan janganlah kamu semua mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan dan berlaku baiklah sesungguhnya Allah menyukai mereka yang membuat kebaikan.” (Surah al-Baqarah: 195). Dalam ayat ini Allah melarang hamba-hamba-Nya daripada menjerumuskan diri ke lembah kebinasaan. Hal ini termasuklah melakukan sesuatu perkara yang boleh menghasilkan kemudharatan kepada tubuh badan seperti berzina, minum arak, makan daging khinzir, menagih dadah dan sebagainya lagi.

Antara perkara yang boleh memudharatkan tubuh badan manusia ialah merokok. Sepertimana yang kita ketahui bahawa merokok telah difatwakan haram oleh majlis fatwa kebangsaan dan juga majlis fatwa di setiap negeri. Pengharaman rokok ini disebabkan ia memberi kemudharatan kepada penghisapnya di samping membawa kepada pembaziran yang sia-sia. Malah kajian perubatan telah menunjukkan bahawa asap rokok yang disedut dan dilepaskan boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan merupakan penyebab utama kepada penyakit kanser. Justeru sewajarnya setiap umat Islam sedar akan bahayanya merokok malah seseorang yang merokok itu telah dianggap berdosa di hadapan Allah swt kerana mencampakkan dirinya dan masyarakat sekitarnya kepada kemudharatan.

Kesimpulannya Islam menuntut umatnya untuk menjaga kesihatan diri sama ada dalam aspek kebersihan mahupun penjagaan tubuh badan daripada serangan penyakit. Di samping itu umat Islam diwajibkan untuk meninggalkan segala perkara yang membawa kepada kemudharatan tubuh badan. Sesungguhnya tubuh badan yang sihat menggambarkan kehidupan seorang muslim yang ideal dan pada masa yang sama disayangi oleh Allah swt.

amalan sunnah harian, fizikal, hadith shahih, hindar penyakit, ibadah, Imam Muda Asyraf, kebersihan luaran dan dalaman, kesihatan, penampilan, sunnah, syariat, umat
http://imamudasyraf.com/v2/?p=902

19 September 2013

PERINGATAN UNTUK REMAJA DAN PEMUDA ISLAM


Peringatan Penting dan Wajib Orang Muda Baca :
Bagi org muda yang rajin buat kerja tapi malas solat. Nauzubillah..

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.


Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah..

HAK IBU BAPA MENEGUR/MEMANTAU ANAK YANG BISING DALAM MASJID

  1. Masjid, surau dikenali kepada rumah Allah.Memang Allah itu esa dan tunggal tapi rumah Allah banyak kerana manusia diwajibkan menyembahnya dimana umatnya berada dilokasi yang berlainan. Namun dewasa ini ramai ibu-bapa dan kariah di masjid dan surau terlepas pandang atau buat-buat tak pandang bila kana-kanak yang rata berumur 4 hhingga 13 tahun membuat bising. Kadangkala ada yang duduk dalam saf tapi bermain dan berbuat bising seolah masih belum mumayiz. Padahal kebanyakan sudah bersunat tapi bila anak dah bersunat ibu-bapa seolah lepas tangan. Ketahuilah Hak Ajk Masjid dibolehkan Menghalau kanak-kanak bising , Hak Ibu-bapa pula lebih besar kerana beliau bertanggungjawb kepada anak yang datang ke masjid.
    Bagi orang dewasa yang lambat tiba berjemaah tidak wajar mereka menarik kanak-kanak yang sedang solat di dalam saf semata ingin mengikut fekah bahawa kanak-kanak mesti di saf belakang. Kecuali di atur sebelum Imam takbir memulakan solat berjemaah. Semuanya ini dirujuk pada Kitab Al-Sunnah Waljamaah ditulis oleh Imam Nawawi.

13 September 2013

PENDAKAP GIGI KEPERLUAN ATAU MENCANTIKKAN !






Islam adalah agama yang menggalakkan umatnya agar menjaga kecantikan dan keindahan tetapi dalam masa yang sama islam juga melarang umatnya dari melakukan sesuatu yang boleh mengubah ciptaan Allah secara kekal.
Sebenarnya mencantikkan gigi ini bukanlah suatu perkara yang baru bahkan ia telah pun berlaku sejak sebelum Nabi s.a.w diangkat menjadi Rasul lagi.Ketika itu menjarangkan gigi ini menajdi “trend” wanita Jahiliyah supaya ia kelihatan cantik. Amalan kecantikkan wanita jahiliyah seperti itu dilarang oleh Nabi s.a.w dengan laknat dari baginda Nabi s.a.w
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Dilaknat wanita-wanita yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik,yang mengubah ciptaan Allah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dizaman teknologi yang serba cangggih ini manusia boleh melakukan bermacam-macam cara untuk menjadikan bahagian-bahagian dari tubuh mereka terutamanya bahagian muka dan gigi sehingga ia menjadi lebih cantik dari yang asal.
Menjawab persoalan hukum memakai pendakap gigi. Ramai Ulama’ yang telah memberi fatwa mengenainya..
Jika seseorang itu giginya dikategorikan cacat maka ia dibenarkan(harus) menggunakan pendekap gigi atau apa-apa sahaja alat atau ubat yang digunakan bagi membaiki kecacatan giginya.Membaiki gigi yang cacat tidak termasuk mengubah ciptaan Allah.Adapun jika seseorang yang memakai pendekap gigi sedangkan giginya elok tidak ada cacat celanya,dipakai pendekap gigi supaya giginya menjadi lebih cantik lagi maka hukumnya adalah haram tapi jika perubahan itu tidak bersifat kekal ia tidaklah haram, contoh mewarna rambut dengan inai dan meluruskan rambut yang krinting tidaklah haram kerana perubahannya tidak kekal, ia hanya bersifat sementara.
Description: http://admax.effectivemeasure.net/emnb_1_827871.gif
Termasuk kecacatan yang boleh saya bawakan contohnya ialah:
-Seorang yang asal giginya cantik dan rata saja tapi bila dia terlibat dengan kemalangan giginya jadi tidak berapa elok sepeti yang asal,maka harus untuk dia memakai pandakap gigi.
-Seorang yang giginya jongang yang memayahkan untuk dia mahu mengunyah makanan,maka harus untuk dia memakai pendakap gigi..
Saya kongsikan bersama fatwa Ulama-Ulama antarabangsa berkaitan hukum memakai pendakap gigi ini.
Kata al imam Yusuf al Qaradhawi:
“Seandainya orang tersebut mempunyai kecacatan yang menjijikkan pandangan,misalnya terdapat daging tambahan yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan,tidaklah berdosa untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya.Ini kerana Allah tidak menjadikan agama untuk kita dengan penuh kesukaran”
(Al-Halal wal Haram Fil Islam).
Disebutkan di Dalam Islam Online : “selama mana pendakap itu membaiki sesuatu,maka ia dibenarkan”
Kata Syeikh Faizal al-Moulawi :
Pendakap gigi bagi tujuan kesihatan adalah dibenarkan menurut syara’ bahkan ia juga diperlukan.
Wallahu a’lam

12 September 2013

KENAPA TIDAK HADIRKAN DIRI KE MAJLIS WALIMATUL'URUS?




Menghadiri majlis walimatul ‘urus adalah wajib di dalam Mazhab Syafie. Ini berdasarkan hadis sahih:
“Apabila kamu dijemput ke kenduri perkahwinan, maka hendaklah kamu menghadiri”
Namun kewajipan ini dikecualikan jika terdapat kemungkaran. Ini disebutkan di dalam Minhaju tolibin:
“Dan diantara syarat wajibnya hadir ke majlis walimah adalah tidak ada perkara kemungkaran. Maka sekiranya kemungkaran akan hilang dengan sebab kehadirannya maka hendaklah dia hadir. Diantara kemungkaran adalah hamparan sutera, gambar atau patung haiwan”(Rujuk:Minhaju tolibin bersama syarahnya Mughni al Muhtaj 3\314)
Gugur Hukum Wajib Menghadiri Walimah Apabila:
- Jika majlis kenduri hanya khusus untuk orang kaya sahaja
- Majlis mempamerkan atau mendedahkan gambar bernyawa
- Bercampur pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram
- Jika majlis kenduri itu terdapat arak
- Ada tari menari
- Menggunakan set makanan dan minuman yang diperbuat emas dan perak
- Diselitkan majlis hiburan yang melanggar batasan syarak

Sumber: Minda Kini

TIP PENTING DARIHAL IBADAH QURBAN!


EIDUL TASYRIK DLM BULAN ZULHIJJAH @@@@@

1) EIDUL QURBAN = hari menyembelih haiwan Qurban.
2) EIDUL ADHA = hari-hari penyembelih dlm WAKTU DHUHA.
3) EIDUL NAHAR = hari mengalirnya darah haiwan Qurban.
......
: Tarikh dlm bulan ZULHIJJAH (12) sahaja iaitu 10, 11, 12 & 13 haribulan setiap tahun.

: HUKUM MELAKUKAN QURBAN = mazhad Hanafi "WAJIB KIFAYAH"
manakala dlm mazhad Shafei, Hambali & Maliki "SUNAT MUA'AKADAH".

: Sesiapa yang mengerjakan QURBAN sekurang-kurangnya melihat DARAH haiwan yang disembelih dgn NIAT melakukan kerana ALLAH SWT.

: DAGING QURBAN HENDAKLAH DIBAHAGIKAN 3 BAHAGIAN IAITU:-
1) 1/3 UNTUK FAKIR MISKIN
2) 1/3 UNTUK DIRI & KAUM KERABAT.
3) 1/3 UNTUK ORANG BERADA & MAMPU IAITU JIRAN SETEMPAT.

: AFDALNYA DAGING QURBAN DIAGIHKAN OLEH SI PELAKSANA SENDIRI TANPA DIMASAK iaitu diberikan mentah.



  

06 September 2013

RAHSIA SUNNAH CICIP GARAM RASULULLAH S.A.W


Rahsia Garam... Amalan sunnah yang tak diketahui...

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."