RAKAN BLOG MASJID

30 May 2013

HADITH SUMBER KEDUA KEILMUAN ISLAM !

Hadith Sumber Kedua Bagi Keilmuan Islam

Hadith (Riwayah) dimaksudkan ialah segala apa yang dihubungkan dengan Nabi s.a.w. daripada perkataan, perbuatan, taqrir, sifatnya dan apa yang diriwayatkan (athar) berhubung dengan Rasulullah s.a.w.
Adapun dari segi ilmu Hadith (Dirayah) ialah ilmu berhubung dengan kanun-kanun yang dikenali dengannya perkara-perkara yang berhubung dengan sanad dan matan. Atau sebagaimana kata Shaykh al-Islam al-Hafiz Ibn Hajar ialah, mengetahui kaedah-kaedah mengenali hal rawi dan yang diriwayatkan.
(Dr. Muhammad al-Ujjaj al-Khatib, Usul al-Hadith Ulumuhu wa Mustalahuhu, Beirut: Dar al-Fikr, 1409H./1989M: 7-8).

Contoh Hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah berkata (maksudnya):

Bersabda Rasulullah s.a.w. Dibina Islam di atas lima: Syahadah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad hambaNya dan Rasulnya dan mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan Haji ke Rumah (Allah) dan puasa bulan Ramadhan.
(Hadith Sahih Muslim (Terjemahan), Juz` 1 (Oleh H.A.Razak dan H.Rais Lathief), Jakarta, Pustaka al-Husna, 1980: 42).

Penekanan bagi permulaan ialah Hadith (Riwayah):
Kedudukannya sebagai sumber kedua penting bagi agama Islam berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

``Aku tinggalkan kepada kamu sekalian dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.``
(Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta`)

Kitab Allah ialah al-Qur`an, manakala Sunnah Rasul bahawa:

``Al-Sunnah mengikut ahli bahasa membawa erti: Jalan, cara perilaku dan cara hidup, sama ada baik ataupun jahat, manakala Al-Sunnah dalam syarak membawa erti: Setiap perintah dan larangan Rasulullah s.a.w, sama ada sabdanya ataupun yang dikatakan oleh baginda, yang tidak ada di dalam al-Qur`an. Oleh itu dalil syarak diambil daripada al-Kitab dan al-Sunnah. Yakni al-Qur`an dan al-Hadith.``
(Badrul Munir Muhamad Nur, Kedudukan Al-Sunnah Dalam Sintaksis Arab, Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Selangor: 2005, hlm. 47-48).

Adalah logik bahawa Rasulullah yang menerima wahyu al-Qur`an, mengetahui isi kandungan dan menyampaikan kepada sahabat-sahabat, bahawa bagindalah lebih arif di dalam mengulas dan menyampaikan berbagai maklumat, baik tentang agama Islam dan kehidupan. Demikian peranan Hadith.

Hadith yang sampai kepada kita adalah melalui riwayat, sanad dan matan. Keperluan dijaga dan dipelihara Hadith-Hadith Nabi timbul selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Bimbangkan hilangnya Hadith-Hadith maka para sahabat berusaha menjaga Hadith dengan menghafaz, menanda dan mengumpulkannya sebaik mungkin. Bahkan sebelum berakhirnya zaman sahabat terdapat pengumpulan dan pembukuan secara peribadi oleh beberapa tokoh seperti :

Al-Sahifah al-Sadiqah oleh Abdullah bin `Amru r.a.
Al-Sahifah al-Sahihah oleh Hammam ibn Munabbih (Murid Abu Hurayrah r.a)
Sahifah Jabir ibn `Abd Allah al-Ansari r.a.
Sahifah Sayyidina Ali k.w.
(Haziyah Hussin dll., Hadis Cabaran Dan Masa Depan, Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa, 2006: XII).

Sebagai catatan, ``Di waktu Islam datang ke Makkah hanya terdapat 11 orang sahaja yang pandai membaca dan menulis, iaitu Umar, Ali, Usman, Abu Ubaidah, Talhah, Yazid bin Abi Sufyan, Muawiyah, Abu Sufyan ibn Harb, Abu Huzaifah ibn Utbah, Hathib bin Amr, Abu Salamah ibn Abdul Asad al-Makhzumy. (Antara mereka menjadi jurutulis bagi Rasulullah s.a.w) Ditambah dengan empat penulis wanita, iaitu Al-Syifa binti Abdullah al-Adawiyah, Hafsah binti Umar (Isteri Rasulullah), Ummu Kalthum binti Utbah dan Karimah binti Miqdad.

Di Madinah sedikit sahaja yang tahu menulis dan membaca dari kalangan Aus dan Khazraj. Beberapa Yahudi menguasai penulisan dan mengajar kepada anak-anak Madinah pada peringkat awal. Bila Islam tiba ke Madinah terdapat beberapa orang yang pandai menulis-membaca, iaitu Sa`ad bin Ubadah al-Mundhir ibn Amar, Ubai ibn Ka`b, Zaid bin Thabit (pandai Arab dan Ibrani), Rafi Ibn Malik, Usaid ibn Hudhair dan sejumlah sebelas yang lain. Rasulullah s.a.w. menggalakkan anak-anak belajar menulis membaca, antaranya dengan memerintah tawanan perang yang pandai menulis membaca mengajar anak-anak menulis dan membaca.
(M. Hasbi Ash-Shidieqy, Sejarah Hadis, Kuala Lumpur: Pustaka Al-Shafa, 2006, hlm. 67).

Dalam erti kata yang lain tradisi lisan dan ingatan (menghafal) masih dominant dalam masyarakat Arab. Sebagaimana telah disebutkan bahawa tradisi meriwayat dan menghafal kata-kata tokoh-tokoh terkenal seperti penyair dan pemimpin-pemimpin berlaku sejak zaman Jahiliyyah oleh kerana pada masa itu masyarakat umum belum menguasai tulisan. Penurunan maklumat secara riwayat berlaku, contoh puisi Urwah bin al-Ward (m.616M.) yang mempunyai kedudukan, tinggi dengan keindahan bahasa, dan halus cita rasa kemanusiaan, berakhlak mulia dan dermawan, katanya dalam puisinya:

`Tilamku tilam tetamu dan rumahku rumahnya`

hingga riwayat tentang `Urwah sampai kepada Saidina Umar al-Khattab, bahkan riwayat keindahan puisi dan sifatnya sampai kepada Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan dan Khalifah Al-Mansur. Tentang Penyair `Urwah ini kata Muawiyah:

``Kalaulah `Urwah mempunyai anak, nescaya aku ingin berbesan dengannya !``
Bahkan kata Khalifah Abdul Malik bin Marwan:

Tidak ada yang menggembirakan daku dari seorang Arab yang melahirkan turunanku, tapi tidak kepadaku daripada `Urwah bin al-Ward. Lihat keintiman puisi (`Urwah) tentang kemuliaan peribadinya:

Aku tidak kisah cawan minumanku diguna kawan
Walaupun cawan minumannya diguna hanya seorang

(Diwan `Urwah bin al-Ward wa al-Shamauul, Beirut: Dar Sadir, tt. Hlm. 7- 9).

Orang-orang Arab sebelum Islam menurut Hasbi Ash-Shidieqy, ``Mereka berpegang pada kekuatan hafalan dalam mengumpulkan syair, salsilah keturunan mereka, kejadian-kejadian sejarah dan ucapan-ucapan yang mereka ucapkan diwaktu masing-masing kabilah mengutarakan kemegahan dan kebanggaan masing-masingnya (M.Hasbi Ash-Shidieqy, Sejarah Hadis, hlm. 67).

Bila Islam datang dan Rasulullah berperanan sebagai pemimpin, sudah tentulah Rasulullah dipandang unggul, lebih dari kepimpinan biasa. Oleh kerana kedudukan Rasulullah s.a.w. adalah tinggi, maka budaya menghafal sejak sebelum Islam berterusan, bahkan sudah tentulah, sabda-sabda dan apa yang berhubung dengan Rasulullah s.a.w. lebih-lebih lagi dijaga, dipelihara, dihafal dan dicatat. Menurut M.Hasbi Ash-Shidieqy:

``Para sahabat Nabi, adalah orang-orang Arab yang masih Ummi, tak dapat membaca dan menulis, pegangan mereka hanyalah kekuatan hafalan. Dalam hal mereka mempunyai kekuatan hafalan yang menakjubkan, telah dikenal dan diakui oleh dunia. Allah telah mempersiapkan bangsa Arab dengan kelengkapan itu menyimpan ayat-ayat al-Qur`an dan Hadith-Hadith Rasul di dalam dada mereka masing-masing.``
(M.Hasbi Ash-Shidieqy, Sejarah Hadis, hlm. 5 – 6).

Namun perkembangan Hadith pada zaman Rasulullah tidak rancak, kerana tumpuan diberi kepada al-Qur`an. Ada semacam larangan pada zaman baginda untuk menghimpun Hadith, lantaran bimbang akan bercampur aduk dengan al-Qur`an. Kerancakan hanya berlaku pada zaman Umar ibn al-Aziz yang menjadi Khalifah di akhir kurun pertama Hijrah. Beliau mengeluarkan perintah untuk mengumpulkan Hadith dan membukukannya , kerana kebimbangan Khalifah akan kehilangan ilmu dan lenyap para ulama. Maka berlakulah kerancakan penghimpunan Hadith di berbagai kota Islam oleh berbagai ulama`. Hadith-Hadith mulai dibukukan seperti oleh al-Zuhri dan puncaknya ialah al-Muwatta` oleh Imam Malik yang mengandungi 500 Hadith yang semuanya sahih. (Hasbi Ash-Shidieqy, Sejarah Hadis, hlm. 71-75).

Kepentingan Hadith tidak dapat dinafikan, ianya menjadi bukti, hujah dan dalil dalam berbagai bidang sama ada keilmuan, perundangan, hukum hakam, nilai akhlak dan kehidupan. Adalah menjadi kebiasaan dalam bicara keilmuan selepas diperturunkan ayat al-Qur`an, maka dikukuhkan dengan Hadith-Hadith Junjungan s.a.w.
Al-Qur`an dan Al-Hadith adalah sumber Islam yang memancarkan tamadun dan peradaban umat.

Sekian.

30 ORANG PERTAMA DALAM ISLAM !

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
-----------------------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

29 May 2013

HUKUM NIKAH DAN HUKUM POLIGAMI DALAM ISLAM

Hukum Dan Sebab-sebab Diharuskan Poligami



HUKUM POLIGAMI

Hukum asal poligami ialah harus dan dibolehkan seperti mana firman Allah s.w.t :

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ

“ Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat.” (Surah An-Nisa’:3)

Walau bagaimanapun, hukum poligami ini boleh menjadi sunat, makruh atau haram berdasarkan suasana dan keadaan individu yang ingin berpoligami.

SUNAT

Apabila seseorang lelaki memerlukan isteri yang lain; contohnya, beliau tidak cukup dengan hanya beristeri satu atau isteri pertamanya sakit atau mandul, sedangkan beliau mengkehendaki anak dan dia merasa mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya.Hukum poligami pada ketika ini adalah sunat. Ini kerana, ia mempunyai kebaikan serta maslahat syarak. Ramai kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w berkahwin lebih dari satu.

MAKRUH

Sekiranya poligami itu bukan kerana keperluan tetapi hanya untuk menambah keseronokkan hawa nafsu semata-mata dan dia meragui ( syak ) kemampuannya untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya, hukum poligami ketika ini adalah makruh. Ini kerana poligami itu bukan kerana keperluan dan boleh jadi kesan daripada perkahwinan itu akan memberikan kemudharatan kepada isteri-isterinya disebabkan kerana tidak mampu berlaku adil terhadap mereka. Sabda Rasulullah s.a.w :

دع ما يريبك إلى ما لا يريبك

“ Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu ”.
(Imam an-Nawawi, Abu Zakaria Yahya bin Syarf an-Nawawi.Hadith riwayat Imam at-Tirmizi daripada Hassan bin Ali r.a dalam bab berkenaan keadaan kiamat dan bab ikatlah ia dan bertawakal.Katanya hadith ini hasan shohih. No. 2520. Dar as-Salam. Cetakan pertama. Tahun 2002.)

HARAM

Jika seseorang lelaki ingin berpoligami merasa zhan atau yakin dia tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya, boleh jadi kerana kemiskinan atau kerana kelemahanya atau dia tidak yakin dirinya dapat mengawal kecenderungan dan sifat prejudisnya, hukum poligami pada ketika ini ialah haram kerana ia akan memberi kemudaratan kepada orang lain. Sabda Rasulullah s.a.w :

لا ضرر و لا ضرار

“ Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh melakukan kemudaratan.”
(Ibnu Majah, Abu Abdullah Muhammad ibn Yazid al-Qazawini. Diriwayatkan Dalam Kitab Hukum-Hakam, Bab Sesiapa Yang Menggunakan Haknya Tetapi Memudaratkan Jirannya.)

Firman Allah s.w.t :

فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا

“ Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil ( di antara isteri-isteri kamu ) maka ( berkahwinlah dengan ) seorang sahaja, atau ( pakailah ) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.Yang demikian itu adalah lebih dekat ( untuk mencegah ) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah an-Nisa’: 3.)

Seperkara yang mesti difahami, sekiranya suami mengahwini isteri kedua, ketiga atau keempat dalam dua keadaan terakhir, maka akad tersebut adalah sah. Kesan yang akan menyusul daripada akad tersebut ialah halalnya kehidupan suami isteri di antara mereka, maka wajib memberi mas kahwin dan nafkah sekalipun hukum akad adalah makruh pada keadaan yang kedua dan haram pada keadaan yang ketiga. Haramnya itu hanya mendapat dosa tetapi tidak membatalkan akad nikah tersebut.

SEBAB-SEBAB DIHARUSKAN POLIGAMI

Setiap ayat al-Quran yang menetapkan syariat tidak hanya terikat dengan suatu hukum atau peristiwa sahaja. Akan tetapi ia mempunyai skop yang lebih luas dan mengandungi pelbagai hikmah dan rahsia-rahsia yang hanya dapat dijelaskan melalui penjelasan sunnah Rasulullah s.a.w. Begitu juga dengan poligami yang terdapat padanya beberapa faktor yang mengharuskannya berdasarkan keterangan dari hadith dan ahli-ahli tafsir yang telah menerangkan secara terperinci sebab-sebab diharuskan poligami. Di sini, penulis akan menerangkan secara ringkas tentang sebab-sebab diharuskan poligami berdasarkan kajian penulis. Diantara sebab-sebab diharuskan poligami ialah :

MANDUL

Isteri yang tidak melahirkan anak merupakan satu fonomena terhadap lelaki yang ingin mendapatkan zuriat ( anak ) yang akan membahagiakannya di dunia dan di akhirat. Oleh sebab itu, maka tiada pilihan buat lelaki selain dua perkara sama ada berkahwin dengan isteri kedua yang akan melahirkan anak-anak yang akan membawa kebahagian dan menjalankan peranan dalam kehidupan dan mendoakan untuknya setelah kematian atau perceraian.

Tidak dinafikan bahawa berpoligami adalah lebih utama dan lebih mulia dari perpisahan. Maka, semestinya bagi isteri tidak menghalang cita-cita dan keinginan suaminya untuk menambahkan zuriat dengan isteri kedua. Hal ini lebih mulia dan disukai oleh Allah s.w.t daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan dari hubungan zina yang terkutuk. Firman Allah s.w.t :

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kerosakan ).” (Surah al-Isra’ : 32)

Menurut Tafsir Pimpinan ar-Rahman kalimah ( yang membawa kerosakan ) ialah Allah s.w.t melarang dari menghampiri apa-apa jua jalan yang membawa kepada zina, apatah lagi perbuatan zina itu sendiri. Kerana yang demikian itu bukan sahaja satu perbuatan yang keji tetapi juga menimbulkan pelbagai kerosakkan dalam masyarakat. Di antaranya ialah merosakkan nasab keturunan, mengembangkan penyakit berbahaya, menimbulkan pergaduhan dan pembunuhan kerana suami atau waris sudah tentu akan menyerang lelaki yang berzina dengan isterinya atau dengan perempuan yang menjadi darah dagingnya.
(Syeikh ‘Abdullah Basmeih, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran,Terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, Cetakan Keenam Belas, 2000.)

ISTERI MENDERITA SAKIT YANG BERPANJANGAN

Adakalanya isteri ditimpa penyakit kronik yang tidak mungkin untuk menjalani kehidupan rumah tangga. Oleh yang demikian, harus bagi suami untuk melakukan poligami bersama isteri kedua kerana syariat membenarkan. Hal ini lebih baik dan mulia daripada suami terjebak dengan maksiat.

Kebiasaan isteri yang ditimpa penyakit akan menyebabkan hilang daya tarikannya sehingga suami tidak merasa ghairah untuk menggaulinya. Oleh itu, suami terpaksa mengahwini wanita lain untuk mencegah dirinya dari perbuatan maksiat.

ISTERI SUKAR DIDIDIK

Terdapat juga wanita yang sukar untuk dibentuk dan dididik sikapnya supaya menjadi lebih baik dan positif. Sikapnya yang sering menimbulkan kemarahan suami dan sukar untuk dibentuk tidak mampu diubah walaupun berbagai usaha telah dilaksanakan.

Isteri yang taat kepada suami merupakan permata yang sangat bernilai. Perasaan kasih sayang diantara kedua belah pihak dapat membentuk kehidupan rumah tangga yang harmoni dan romantik. Firman Allah s.w.t :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَرِثُوا النِّسَاءَ كَرْهًا وَلَا تَعْضُلُوهُنَّ لِتَذْهَبُوا بِبَعْضِ مَا آتَيْتُمُوهُنَّ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

“ Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka ( dengan menahan dan menyusahkan mereka ) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali ( apabila ) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka ( isteri-isteri kamu itu ) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu ( merasai ) benci kepada mereka ( disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya ), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak ( untuk kamu ).” (Surah an-Nisa’ : 19)

Oleh itu, suami perlu memainkan peranan penting untuk mendidik isteri supaya mentaatinya. Manakala isteri pula hendaklah mematuhi dan mentaati suaminya sebaik mungkin supaya kehidupan rumah tangga bahagia dan aman damai.

SUAMI SENTIASA BERMUSAFIR

Kadangkala suami perlu ke luar daerah atau ke luar negeri kerana urusan pekerjaan dan tidak dapat membawa isterinya setiap kali bermusafir. Dorongan nafsu lelaki tidak mampu bersabar dalam perantauannya tanpa isteri di sisi jika mengambil masa yang lama. Untuk menjaga dan menyalurkan keperluan biologinya, maka penulis telah mencadangkan satu alternatif yang baik untuk menghadapi kesulitan ini. Iaitu, mengahwini wanita lain secara sah, sedangkan suami berkemampuan dari segi harta dan kesihatan.

Oleh itu, perkahwinan dengan isteri kedua lebih baik daripada melempiaskan kecenderungan seksualnya daripada melakukan perbuatan haram. Isteri perlulah bertolak ansur dalam masalah ini jika suaminya benar-benar memerlukan poligami.

TABIAT BIOLOGI LELAKI BERBEZA DENGAN WANITA

Allah s.w.t telah memberikan kekuatan dalam bidang seksual kepada seorang lelaki sehingga kadang-kadang seorang lelaki tidak merasa puas dengan hanya seorang isteri. Apalagi jika isterinya sedang haid dalam waktu yang panjang.

Dalam keadaan seperti ini, untuk menyalurkan keperluan seksual dengan cara yang baik ialah suami perlu melakukan poligami. Pilihan lain selain poligami ialah melakukan perbuatan maksiat ( zina ) dan ia memberi kesan negatif sama ada dari segi agama, harta, kesihatan dan juga membahayakan isterinya. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu menghadapi tiga kemungkinan iaitu :

1. Mengekang hawa nafsunya.
2. Ada sebahagian kecil para suami hari ini mendatangi pelacur.
3. Membenarkan suami berpoligami dan tetap hidup bersama isteri pertamanya.

Jelaslah bahawa kemungkinan pertama bertentangan dengan fitrah dan diluar kemampuan manusia. Kemungkinan yang kedua sangat bertentangan dengan akhlak Islam yang bersih seperti mana firman Allah s.w.t :

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kerosakan ).” (Surah al-Isra’ : 32.)

Manakala kemungkinan yang ketiga merupakan peraturan Islam untuk memelihara keharmonian keluarga serta menyalurkan keinginan seksual yang sah mengikut syariat Islam. Allah s.w.t telah berfirman :

فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً

“ Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil ( di antara isteri-isteri kamu ) maka ( berkahwinlah dengan ) seorang sahaja.” (Surah an-Nisa’ : 3)

JUMLAH WANITA LEBIH RAMAI DARI LELAKI

Dewasa ini, jumlah wanita bertambah ramai daripada lelaki. Kaum wanita lebih ramai melahirkan anak perempuan manakala kaum lelaki pula lebih ramai yang meninggal daripada wanita. Kenyataan ini membuktikan bahawa ramai kalangan lelaki yang melibatkan diri dalam peperangan sehingga ada diantara mereka yang menjadi korban.

Kaum lelaki pula lebih banyak menanggung risiko kerana berbagai peristiwa seperti keluar rumah untuk mencari rezeki. Akibatnya ramai golongan lelaki ditimpa sakit, sedangkan kaum wanita ada yang tinggal di rumah menguruskan rumah tangga. Salah satu usaha untuk mengatasi perbezaan jumlah yang tidak seimbang antara kaum lelaki dan perempuan ialah melalui poligami yang merupakan keputusan tepat untuk mengatasi perbezaan ini.

Namun begitu, ada perkara yang lebih menyukarkan lagi apabila ada golongan lelaki yang tidak mahu berkahwin kerana faktor ekonomi yang tidak memungkinkan untuk menyara keluarga ( rumah tangga ) dan anak-anak yang akan dilahirkan. Akhirnya ramai lelaki yang menunda-nunda perkahwinan. Padahal, hal itu bercanggah dengan keadaan wanita yang sudah bersedia berkahwin pada usia muda.

Pada dasarnya, membiarkan wanita tanpa suami bererti membiarkan wanita tersebut melawan fitrahnya. Walaupun dia dapat menyalurkan kehidupan harianya untuk bekerja dan mencari kekayaan, namun tidak mungkin dapat mengantikan fitrahnya yang cenderung kepada lelaki sesuai dengan fitrah ciptaan Allah s.w.t.

Menurut Syeikh Muhammad al-Ghazali beliau mengatakan bahawa perbandingan jumlah antara lelaki dan perempuan adakalanya sama dan adakalanya salah satu di antara keduanya lebih banyak. Apabila jumlah perempuan sama dengan lelaki atau lebih sedikit, peraturan-peraturan tentang poligami tidak perlu ditonjolkan. Dengan demikian seorang lelaki harus berpuas hati dengan seorang isteri yang dimilikinya. Jika terjadi keadaan yang sebaliknya iaitu jumlah wanita melebihi lelaki, maka di sini terdapat tiga penyelesaianya iaitu :

1. Membiarkan sebahagian wanita tidak berkahwin sehingga
akhir hayatnya.
2. Membiarkan seorang lelaki mempunyai ramai wanita simpanan.
3. Membenarkan poligami, kerana pada dasarnya wanita menolak
kehidupan tanpa perkahwinan serta menolak untuk melakukan
zina kerana melanggar tatasusila dan akhlak umat Islam.

(Majalah al-Muslimin edisi 1410 H, Penulis nukilkan dari buku Keadilan Dalam Tuntutan Berpoligami, Muhammad Azwaj Shahzali. Cetakan Crescent News (KL) Sdn. Bhd. 2001.)

Dengan demikian, tidak ada cara lain yang harus dilakukan kecuali berpoligami dan berkongsi suami dengan wanita lain. Hal ini tidak dapat dielakkan lagi kerana poligami memang dibenarkan dalam Islam kerana jumlah wanita melebihi kaum lelaki.

Sebagai seorang wanita yang sholihah, mereka akan menerima dengan fikiran terbuka kerana syariat membenarkan poligami. Mereka telah melakukan kebaikkan kepada wanita lain yang tidak memiliki suami untuk menyelamatkan dari terlibat dengan maksiat ( zina ). Islam menganjurkan umatnya untuk tolong menolong kearah kebaikkan dan menentang kemungkaran seperti mana firman Allah s.w.t :

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“ Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa ( maksiat ) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat Azab seksaNya ( bagi sesiapa yang melanggar perintahNya ).” (Surah al-Maidah : 2.)

Insyaallah akan bersambung dalam masa terdekat :)

Rujukan:

Muhammad al-Mansur, Hukum Hakam Perkahwinan, Jahabersa, Cetakan Pertama, 1998.

Zaini Nasohah, Poligami Hak Keistimewaan Menurut Syariat Islam. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. 2000.

Muhammad Azwaj Shazali, Keadilan Dalam Tuntutan Berpoligami. Crescent News (KL) Sdn Bhd. 2001.

Nor Atiqah Ghazali, Poligami Yang Disalahertikan. Jahabersa. Cetakan Pertama : 1996.

Zaleha Muhammat, Analisis Poligami Menurut Perpektif Islam. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Cetakan 2002.

Prosedur Permohonan Pligami, Bahagian Perundangan Keluarga (BPK),Jabatan Agama Islam Selanggor (JAIS).

www.Karangkraf / majalah.i

27 May 2013

SAMBUTAN AMAT BAIK SMART SOLAT DI ASSALAM


Alhamdulillah seramai 120 orang peserta dari sekitar Masjid Assalam Bkt Sentosa telah mendaftar bagi menyertai Program Bestari Smart Solat yang dianjurkan bersama JAIS dan Masjid Assalam pada 29Mei-30Mei ini.Penceramah utama akan disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) dan dibantu oleh fasilatator dari Masjid Assalam sendiri.Semoga anak-anak antara 9 hingga 15 tahun ini akan dapat menafaat dari program yang murni ini insyallah.

BIDADARI SYURGA MANDIKAN IBU NABI ISA A.S

Kisah bidadari syurga memandikan mayat ibu Nabi Isa
Kisah bidadari syurga memandikan mayat ibu Nabi Isa
Nabi Isa adalah nabi yang dilahirkan tanpa ayah dengan izin Allah dan Maryam adalah ibu yang telah melahirkan, menjaga dan mendidik Nabi Isa dengan penuh kasih sayang.
Suatu hari Nabi Isa telah berkata kepada ibunya, “Sesungguhnya dunia ini adalah kampung yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung yang kekal, oleh itu, marilah ibu bersama saya”. Setelah berkata demikian, maka berangkatlah mereka menuju ke gunungLubnan.
Apabila sampai di gunung tersebut, maka Nabi Isa dan ibunya berpuasa di siang hari dan mendirikan solat di malam hari.
Makanan mereka terdiri daripada pohon kayu dan meminum air hujan sahaja.

Setelah sekian lama Nabi Isa dan ibunya tinggal di gunung tersebut, maka suatu hari Nabi Isa turun dari gunung tersebut untuk mencari daun kayu untuk mereka berdua berbuka puasa. Setelah Nabi Isa turun ke bawah, datanglah malaikat menghampiri Maryam dan berkata, “Assalamualaiki ya Maryam, orang yang sangat patuh mengerjakan puasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari”.

Sebaik saja Maryam melihat orang yang memberi salam itu, maka Maryam berkata, “Siapakah kamu ini? Badan dan seluruh anggotaku menggeletar dan berasa takut mendengar suaramu”.
Malaikat tersebut menjawab, “Aku adalah malaikat yang tidak mempunyai belas kasihan kepada sesiapa pun baik anak kecil, orang tua atau sebagainya sebab aku adalah malaikat pencabut nyawa (Izrail)”.

Mendengar penjelasan malaikat maut, maka Maryam bertanya,
“Wahai malaikat maut, apakah tujuan kamu ke sini?
Adakah kamu mahu menziarahi aku atau pun mencabut nyawaku?”
Izrail menjawab, “Wahai Maryam, kedatanganku adalah untuk mencabut rohmu”.
Maryam yang mengetahui ajalnya sudah hampir berkata lagi, “Wahai malaikat maut, apakah kamu tidak mahu memberikan peluang sehingga anakku yang menjadi penawar mengubati kerisauan hatiku?”

Malaikat maut memperjelaskan perintah Allah yang memerintahkannya untuk menjemput roh Maryam dan beliau tak dapat mengsia-siakan walau satu saat, mendengar penjelasan Izrail, dengan hati yang ikhlas, Maryam berkata, “Wahai malaikat maut, kamu telah menerima perintah Allah, oleh itu laksanakanlah perintah itu dengan segera.”
Izrail segera mendekati Maryam dan mencabut rohnya.

Selesai waktu Isyak yang akhir, Nabi Isa pulang dengan mendaki gunung tersebut dan membawa bekalan berbuka puasa.
Beliau melihat ibunya sedang berada di tempat solat dan menyangka bahawa ibunya sedang sembahyang. Beliau meletakkan bekalan makanan untuk berbuka puasa dekat dengan ibunya lalu beliau berdiri menghadap kiblat.
Setelah sekian lama, beliau memanggil ibunya untuk berbuka puasa dan mengerjakan ibadah tanda syukur kepada Allah, namun beliau melihat tak sedikit pun makanan terusik oleh ibunya walau dua pertiga malam telah berlalu.

Nabi Isa memanggil lagi ibunya, “Assalamualaiki ya Ummaahu”.
Oleh kerana fajar telah menjelma dan ibunya tidak lagi bangun, maka beliau menghampiri ibunya dan meletakkan pipinya pada pipi ibunya lalu menciumnya sambil menangis dan berkata, “Assalamualaiki ya Ummaahu.
Malam telah berlalu dan fajar telah menjelma, ini adalah masa untuk menunaikan fardhu yang telah diwajibkan oleh Allah”.

Setelah Nabi Isa berkata demikian, maka menangislah para malaikat dan para jin yang berada di sekitarnya dan bergoncanglah gunung di bawahnya.
Kemudian Allah mewahyukan kepada para malaikat,
“Apakah yang menyebabkan kamu semua menangis?”
Para malaikat berkata,
“Tuhan kami, Engkau Maha Mengetahui”.
Setelah itu tiba-tiba kedengaran satu suara berbunyi,
“Wahai Isa, angkatlah kepalamu itu, sesungguhnya ibumu telah meninggal dunia dan Allah telah melipatgandakan pahalamu”.

Sebaik sahaja Nabi Isa mendengar suara tersebut, maka beliau sambil menangis berkata,
“Siapakah yang akan menjadi temanku tatkala aku sunyi dan di kala aku menangis?
Siapakah yang dapat aku ajak berkata-kata dan siapakah yang dapat membantu aku dalam ibadahku?” Kemudian Allah mewahyukan kepada gunung yang bermaksud,
“Wahai gunung, nasihatilah Ruh-Ku (Isa A.S.)”.

Berkata-katalah gunung tersebut dengan izin Allah, “Wahai Ruh Allah, apakah erti kesusahanmu itu, ataukah kamu mahu Allah sebagai pendampingmu yang menggembirakan?”
Setelah mendengar nasihat gunung, lalu Nabi Isa turun ke sebuah desa tempat tinggal Bani Israil dan meminta pertolongan mereka untuk menguruskan jenazah ibunya.
Namun mereka tak mahu menolong Nabi Isa kerana takut pada ular-ular besar yang ada di gunung tersebut.

Nabi Isa dengan perasaan hampa naik kembali ke gunung dan beliau melihat dua orang pemuda yang sangat kacak rupa parasnya lalu beliau memberi salam dan meminta pertolongan mereka untuk memakamkan jenazah ibunya.
Lalu berkata salah seorang dari pemuda itu, “Aku ini sebenarnya adalah malaikat Mikail dan sahabatku ini adalah malaikat Jibril.
Aku ada membawa ubat tubuh dan kain kafan dari Tuhanmu dan para bidadari jelita sekarang sedang turun dari syurga untuk memandikan dan mengkafankan ibumu”.

Setelah itu, malaikat Jibril pun menggali kubur di atas gunung. Selesai sahaja kerja memandi dan mengkafankan dilakukan oleh para bidadari syurga, mereka menyembahyangkan jenazah Maryam dan mengebumikannya. Lalu Nabi Isa berdoa kepada Allah, “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui tempatku dan Engkau mendengar kata-kataku dan tidak sedikit pun urusanku yang tersembunyi dariMu. Ibuku telah meninggal dunia sedang aku tidak menyaksikannya sewaktu dia wafat. Oleh itu izinkanlah dia berkata sesuatu kepadaku”.

Kemudian Allah mewahyukan kepada Nabi Isa, “Sesungguhnya aku telah memberi izin kepadanya”.
Nabi Isa lalu pergi ke kubur ibunya dan berkata, “Assalamualaiki ya ibu, bagaimanakah dengan tempat pembaringanmu dan tempat kembalimu dan bagaimanakah pula kedatangan Tuhanmu?”
Dengan izin Allah Maryam berkata, “Tempat pembaringanku dan tempat kembaliku adalah sebaik-baik tempat, sedang aku mengadap kepada Tuhanku, aku tahu bahawa Dia telah menerimaku dengan rela”.

Berkata Nabi Isa lagi, “Wahai ibu, bagaimanakah rasa sakitnya mati?”
Ibunya menjawab, “Demi Allah yang telah mengutuskanmu sebagai nabi dengan sebenar-benarnya, belum hilang lagi rasa pedihnya mati, demikian juga dengan rupa malaikat maut yang belum hilang dari pandangan mataku.
Alaikas salam wahai kasih sayangku sampai hari kiamat“.

WALLAHU A'LAM
Posted by My investment a

20 May 2013

CERITA BENAR BUAT IKTIBAR ...ALLAHHUAKBAR !

CERITA BENAR BUAT IKTIBAR
07 Mei

WALAU SESUDAH KEMATIANNYA…

Kami berbual tidak panjang. Hanya seketika dia menghabiskan catatan dalam buku harian kerjanya, mungkin. Dan saya menunggu giliran untuk masuk melawat ahli keluarga yang sakit.

“Alhamdulillah, sekarang majoriti jururawat beragama Islam menutup aurat,” kata saya kepada seorang jururawat senior yang duduk berdepan dengan tempat saya menunggu.

“Satu perjalanan panjang. Proses yang berliku-liku, akhirnya Allah izinkan jua kami menutup aurat,” balasnya dengan senyuman.

“Tentu ada kenangan yang manis, “ jolok saya untuk menghidupkan perbualan.

“Memang ada…. sampai sekarang masih menjadi ingatan, aspirasi dan pembakar semangat saya. Maklumlah, ujian pasti datang bertali arus. Tetapi saya dapat kekuatan setiap kali mengenangkan peristiwa itu.”

Dia pun mula bercerita. Cerita lama. Telah berlaku lebih kurang 30 tahun yang lalu.

“Ketika itu saya masih bertugas di sebuah hospital besar di sebuah bandar. Masa tu saya sendiri masih ‘free hair’. Pada waktu itu menutup aurat pada wanita yang berkarier masih menjadi larangan. Masyarakat masih memandang serong hukum menutup aurat….” Dia mula bercerita.

“Satu hari seorang wanita awal akhir 20’an, seingat saya, dimasukkan ke dalam wad yang saya menjadi antara petugasnya yang menjaganya. Sakitnya agak kronik. Wanita ini sangat baik, tutur katanya lembut dan berakhlak. Dia paling menjaga waktu solat dan sentiasa dalam keadaan menutup aurat. Maklumlah ada juga petugas dan doktor lelaki yang bertugas di dalam wad tersebut…”

Saya menanti di mana ‘istimewanya’ kisah wanita menutup aurat itu.

“Acap kali dia pengsan. Sebaik tersedar, pertanyaan pertamanya ialah, apakah sudah masuk waktu solat? Kemudian dengan cepat dia akan membetulkan kain tudung yang menutup auratnya. Dia sangat cakna dan prihatin betul dengan solat dan auratnya.”

“Lama dia di dalam wad. Perihal sikapnya yang sangat menjaga waktu solat dan penutupan aurat itu sudah menjadi ‘trade mark’nya dan telah dimaklumi oleh petugas hospital dan pesakit di wad berkenaan. Bukan sahaja yang muslim, malah doktor dan petugas bukan Islam pun menghormati prinsip wanita tersebut. Mereka akan berhati-hati apabila berdepan dengannya. “

“Bagaimana dengan sikapnya yang lain?” tanya saya.

“Sikapnya yang lain?”

“Maksud saya dengan keperibadiannya selain solat dan menutup aurat?”

“Dia baik dan hormat dengan semua orang, tidak kira Islam atau bukan Islam. Walaupun menutup aurat, penampilannya sangat dijaga. Sangat menjaga kebersihan dan masa. Tapi itulah… sakit barahnya sudah sangat parah. Tahap kritikal. Kira-kira 2 bulan kemudian dia meninggal dunia. Hari kematiannya itu yang paling mengesankan…”

Saya diam. Saya melihat suaranya mula tersekat-sekat. Air matanya mula mengalir…

“Tak sangka lepas solat Subuh pagi itu dia meninggal dunia. Ketika meninggal dunia kain tudung yang menutup wajahnya terbuka sedikit kerana mukanya sudah jatuh di sebelah. Beberapa helai rambutnya terjuntai keluar. Bayangkan… seorang doktor bukan Islam segera berkata pada saya dan rakan jururawat yang lain, cepat-cepat tutup semula, rambutnya sudah terkeluar! ….

Saya terkejut. MasyaAllah.

“Tuan bayangkan, orang bukan Islam pun sangat menghormati prinsipnya. Seperti mana dia menjaga auratnya semasa hidup begitulah Allah jaga auratnya setelah meninggal dunia sehingga orang bukan Islam Allah gerakkan hatinya membantu menutup auratnya.”

“Sejak itu?”

“Sejak itu saya dan beberapa orang kawan lagi tekad menutup aurat. Mula-mula tu dengan berskaf sahaja. Lama-kelamaan meningkat sedikit demi sedikit sampailah semacam ni. Kami sangat tersentuh dengan sikapnya.”

Saya senyum. Begitulah hebatnya berdakwah melalui akhlak dan sikap. Tidak payah banyak cakap. Tidak tunggu sihat, orang beriman ketika sakit pun masih mampu berdakwah. Dakwah itu umpama akar, yang lembut dan keras dapat ditembusinya. Dakwah itu umpama air, tidak dapat disekat… akan tekad mencari arah untuk terus mengalir.

penipuan-popular2. MUSLIHAT DENGAN SELAWAT

Tiba-tiba bum, kereta saya dilanggar dari belakang. Saya terpaksa berhenti di persimpangan sebuah bulatan. Seorang lelaki Melayu keluar dari sebuah kereta mewah. Saya kira dia hanya seorang pemandu… ada tuannya yang duduk di sebelah kiri bahagian belakang. Juga seorang Melayu.

“Assalamualaikum. Allah humma salli ala Muhammad…” ujar pemandu itu berkali-kali sambil menghulurkan tangan buat bersalam.

Saya menjawab salam dan kemudian terus berjabat tangan.

“Selesai cara mudah sahaja. Kita orang Islam.”

“Ya. Ya, “jawab saya sambil memerhati kerosakan kereta. Kereta mewah yang dipandunya tidak rosak apa-apa tetapi kereta saya memang teruk. Congak saya jika dihantar ke kedai anggapannya tidak kurang rm 500.

“Ya kita buat cara mudah. Kita saling bermaafan sahajalah. Lupa-lupakan sahaja. Lagipun saya tidak sengaja.”

“Tapi tuan melanggar dari belakang. Ini satu kecuaian. Lagipun saya perlu kos untuk membaiki kereta saya ni.”

“Alllhahumma salli ala Muhammad… kita bermaafanlah.”

“Ya. Tetapi kita mesti bertanggung jawab…”

Dia pergi menemui tuannya yang tidak pun keluar dari kereta sejak tadi. Asyik membaca akhbar. Ya, dia orang besar.

“Beginilah encik, ambil kad ini dan talifon kita berurusan kemudian. Kami yang salah, insyaAllah kita ‘settle’ nannti. Jangan lupa call nombor ini ya,” sambil memberi kertas yang ada catatan no talefon.

Oleh sebab percaya dan tidak mahu menyusahkan kereta-kereta yang sudah berbaris di belakang saya menerima kertas itu dan berlalu segera.

Satu hari, dua hari, tiga hari dan sehingga seminggu… saya menalipon nombor yang diberikan. Namun tidak ada jawapan. Cuma sekali ada bunyi diangkat dan saya disergah oleh suara kasar dengan bahasa asing. Tidak ada selawat lagi!

jujur3. HARGA SEBUAH KEJUJURAN

“Betul ke ni?” tanya saya.

“Betul ayah. Dia berjanji menunggu di kedai inilah,” jawab anak saya.

“Kalau betul memang nyonya tu hebat. Berlanggar dua hari lalu, hari ini janji nak bertemu baiki kereta kita yang rosak, “ kata saya.

Dua hari yang lalu kereta anak saya dilanggar oleh kereta yang dipandu oleh seorang nyonya tua. Nyanya itu yang salah, buat ‘reverse’ ke belakang tanpa toleh. Begitu menurut anak saya. Akibatnya, dua buah lampu depan kereta anak saya pecah. Nyonya itu berjanji untuk menggantinya di sebuah kedai yang ditentukannya sendiri. Dia sudah biasa di kedai itu. Anak saya baru sahaja mendapat lesen, sangat naif dengan insiden seperti itu. Main percaya sahaja.

Harapan saya 50-50.

“Kalau nyonya Cina tu tak sampai lagi cuba call,” cadang saya kepada anak.

Sedang anak mendail tiba-tiba, seorang nyonya tua berwajah bersih datang dari arah belakang lantas berkata, “Selamat pagi. Maaf, saya lambat sikit. Jalan ada jam sikit. Oh, ni bapak you ka? Semalam saya kata you jangan takut nanti saya terangkan sama bapak you saya yang salah.”

Saya tertawa. Terhibur dengan keramahannya. Kami segera berurusan. Lampu diganti dan kemik kereta di bahagian hadapan pun dibaiki. Semua perbelanjaannya ditanggung oleh nyonya Cina itu. Ternyata dia menepati janji. Bayangkan, bukan mudah tanpa ada apa-apa ‘gerentor’, hanya berbekalkan kepercayaan… dia benar-benar menepati janji. Terus terang dalam hati saya terdetik, alangkah baiknya jika dia seorang Islam. Dalam diam saya berdoa, semoga dia menerima hidayah!

P/s Pada pandangan saya yang kerdil ini, bukan isu perkauman… tetapi isu kejujuran yang telah diragukan! Wallahua’lam.

KEM BESTARI SMART SOLAT DI ASSALAM !


Tarikh : 29/5/2013 Dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 ptg
30/5/2013 Dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 ptg(Waktu Zohor)
Tempat : di Masjid Assalam
Umur Peserta : 9 - 15 tahun
Yuran : RM20
Hubungi : 0360217998 Pejabat Masjid Assalam Bkt Sentosa

19 May 2013

AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA DAN PESANAN TERBAIKNYA !


Pesanan Penting Oleh as-syahid Imam Hassan al-Banna
1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Posted & copy by Rakyat Marhaen

"RAHSIA SURAH AL-WAQIAH"

"RAHSIA SURAH AL-WAQIAH"
Rasulullah SAW bersabda:

" Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya"

Surah Al-Waqiah terkenal dengan khasiatnya sebagai ayat yang menjadi sumber kekayaan dan pelindung daripada kefakiran. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa'ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis yang menceritakan tentang kelebihan surah ini kebanyakkannya adalah sahih.
Khasiat surah Al-Waqiah :

1. Surah ini merupakan amalan terbaik bagi wanita dan gadis sebagai pemelihara dan pelindung diri dari kemudaratan dan kemiskinan. Kelebihan surah ini dinyata dalam pesanan Uthman bin Affan kepada Abdullah yang sedang sakit tenat.

Uthman berkata : " Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu. Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan kamu menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya baca surah "Al-Waqiah" tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa membaca surah "Al-Waqiah" tidak akan jadi miskin selama-lamanya."

2. Mereka yang membaca surah ini sebagai wirid, dengan izin Allah akan beroleh kesenangan dan kemudahan selama-lamanya.

3. Bila seseorang menjadikan surah ini sebagai kebiasaan dan membacanya setiap malam satu kali, maka dia akan terhindar dari kemiskinan.

4. Surah al-Waqiah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak. Insyaallah dipermudahkan untuk roh keluar dari jasadnya.Jika dibaca disisi orang sakit, Insyaallah diringankan kesakitannya. Selain itu, boleh juga dibaca kepada orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Insyaallah dengan mengamalkan surah al-Waqiah saban hari sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, hidup kita akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dengan izin Allah kita akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah supaya kita berkesempatan melaksanakan amal jariah dan meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.

Buat peringatan,amalan membaca surah ini janganlah hanya berpaksikan kekayaan dan kemewahan semata-mata. Sebaliknya bacalah surah Al- Waqiah ini dengan hati dan niat yang ikhlas demi mengejar keredhaan. Bacalah surah ini dengan besertakan niat apabila kita dimurahkan rezeki kelak, kita akan perbanyakkanlah amal ibadat dan jariah. Insyaallah dengan niat yang suci ini, Allah akan memperkenankan doa-doa kita dengan mudah.



Disediakan oleh:

Nor Ashikin Binti Kamaruzaman
Praktikal Bahagian Dakwah
JAIS

18 May 2013

KATA-KATA INDAH BAK MUTIARA

Mutiara Kata
Saidina Ali r.a.

* Sifat pemarah adalah musuh utama akal.
* Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.
* Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya.
* Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata.


Hamka

* Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran.

* Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya.

* Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang.


Luqman al-Hakim

*Walaubagaimana alim pun seorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.
زهرة الجنه
Dicatat oleh zahratul jannah

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 44 bermaksud:

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?


Allah SWT amat membenci orang yang hanya menyuruh orang lain melakukan kebaikan, tetapi dirinya sendiri tidak melakukannya. Sifat seperti ini adalah sifat golongan ahli kitab. Mereka mengetahui kebaikan dan kebenaran Islam, tetapi mereka tidak mahu menerima Islam. Mereka hanya menyuruh orang lain beriman.

Justeru, mana-mana pemimpin yang memegang kepimpinan mestilah terlebih dahulu melakukan kebaikan dan kebajikan kerana mereka juga bertanggung jawab untuk memastikan orang lain atau mereka yang berada di bawah pimpinannya melakukan sesuatu kebaikan.

Orang yang bergelar ‘ketua’ adalah orang yang paling berpengaruh dalam masyarakat. Semakin tinggi jawatan atau kedudukan di dalam masyarakat semakin besarlah pengaruhnya. Di tangannya acuan yang membentuk dan membina keperibadian sesuatu kelompok masyarakat. Sekiranya dia seorang pengerusi persatuan, atau Yang Dipertua pertubuhan, masa depan persatuan atau pertubuhan tersebut banyak bergantung kepada corak kepimpinannya. Aspek yang paling penting disamping ilmu dan pengalaman ialah akhlak. Al-Quran meletakkan garis panduan yang amat unik perihal akhlak kepimpinan ini.


Kepimpinan Melaui Tauladan

Teladan yang baik menjadi sifat utama seorang pemimpin di semua peringkat kepimpinannya dari peringkat yang paling rendah hingga peringkat tertinggi. Dalam hal ini Allah SWT berfirman dalam surah al-Furqan ayat 74 bermaksud: “Dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa.”

Ayat ini adalah di antara ayat yang menjadi asas perbahasan akhlak kepimpinan Islam. Pemimpin atau imam yang bertaqwa sahaja yang layak memimpin orang bertaqwa. Ketika mentafsirkan ayat ini Mujahid menjelaskan bahawa maksud kepimpinan bertaqwa ialah pemimpin yang membimbing kepada ketaqwaan, yang dapat mencontohi kepimpinan sebelumnya dan umat selepasnya pula dapat mencontohi kepimpinannya”. Berdasarkan pandangan Mujahid ini kita dapat melihat kepentingan seorang pemimpin mengikut jejak langkah pemimpin-pemimpin sebelumnya dengan memimpin umat ember kebaikan dan ketaatan kepada Allah SWT. Dalam ayat lain iaitu surah al-An’am ayat 60 Allah berfirman yang bermaksud: “ Mereka Itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, Maka ikutilah petunjuk mereka.”

Ciri kepimpinan seperti inilah yang perlu ditonjolkan sepanjang zaman untuk memimpin sesebuah organisasi kecil atau besar lebih-lebih lagi sebuah kerajaan. Ketika Nabi Ibrahim a.s. dilantik menjadi rasul dan baginda diisytiharkan sebagai pemimpin besar umat manusia oleh Allah S.W.T, baginda berdoa memohon kepada Allah SWT agar memberikan juga kepimpinan tersebut kepada zuriat baginda a.s seperti yang dirakamkan di dalam firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 124 yang bermaksud: “Ibrahim berkata: “(Dan saya mohon juga) dari keturunanku.

Allah menjawab permohonan Nabi Ibrahim a.s. dengan menyatakan bahawa urusan kepimpinan tidak akan diserahkan kepada orang-orang yang zalim sekalipun mereka dari zuriat Nabi Ibrahim a.s. dengan firmanNya: “Allah berfirman: “Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim”.

Perkara yang paling penting dalam kepimpinan ialah mengajak orang lain melalui tindakan sebelum mengajak orang lain melalui arahan. Seorang ketua yang beramal dengan berjimat cermat menggunakan harta majikan, lebih senang diterima arahannya untuk berjimat cermat dari seorang yang boros dan menggunakan harta majikan sewenang-wenang. Begitu juga seorang pemimpin yang bersih dari rasuah akan dapat membanteras rasuah sekiranya dia sendiri bersih dari rasuah. Sebaliknya rasuah akan terus menjadi budaya dan tabiat umat sekiranya ia menjadi tabiat dan budaya pemimpin.

Seorang ulama yang bernama Abdul Wahid Bin Ziyad memuji Hasan al-Basri dengan berkata:

“ Hasan al-Basri tidak mencapai darjat ketinggian sepertimana yang dicapainya melainkan melalui amalan mendahului orang lain melakukan sesuatu kebaikan apabila menyuruh mereka beramal dengannya, dan mendahului orang lain menjauhi kejahatan apabila melarang mereka melakukannya”

Imam Nawawi pernah ember teguran kepada pemerintah pada zamannya supaya meninggalkan kemewahan dan menggunakan harta istana terlebih dahulu bagi menyelesaikan kemelesetan ekonomi ember serta bagi menghadapi serangan daripada tentera musuh sebelum meminta rakyat menyerahkan harta benda mereka kepada Negara. Akhirnya beliau dihalau dari Damsyik dan beliau pulang ke Nawa tempat tumpah darahnya sendiri hanya kerana teguran tersebut. Ketegasan Imam Nawawi dalam perkara ini menunjukkan bahawa uswah yang baik bagi pemimpin Negara amat penting supaya tidak menimbulkan masalah di kalangan rakyat.


Uswah Hasanah

Pemimpin yang bersifat uswah hasanah berusaha meninggalkan banyak perkara yang ‘harus’, kerana menjaga diri dari terjebak kepada perkara shubhah dan menjauhi punca-punca prasangka buruk orang ramai. Sekiranya sifat zuhud seperti ini menjadi amalan pemimpin sesuatu umat, berbahagialah umat tersebut. Mereka tidak menaruh prasangka buruk, malah ember kepercayaan sepenuhnya kepada pemimpin seperti ini. Dia makan apa yang orang lain makan. Dia pakai apa yang orang lain pakai. Dia berkenderaan apa yang orang lain berkenderaan. Sebaliknya sekiranya pemimpin mengamalkan gaya hidup ranggi, orang ramai tidak akan percaya kepada mereka, dan tidak lagi menghiraukan cakap mereka.

Saidina Ali r.a amat prihatin dengan perkara ini, baginda memakai pakaian yang biasa dan sederhana, tidak seperti pemimpin Rom dan Parsi yang memakai pakaian serba mewah dan ranggi. Ketika Saidina Ali r.a. dikritik kerana berpakaian demikian, baginda menjawab:

“Kenapa tuan-tuan terlalu bimbang dengan pakaian ini. Ia adalah pakaian yang jauh daripada kesombongan, dan lebih mudah dicontohi oleh seorang muslim”.

Banyak lagi sifat-sifat terpuji yang perlu diamalkan oleh seorang pemimpin umat Islam untuk melayakkan diri menjadi pemimpin yang dipatuhi dan disegani.

Umat Islam memerlukan kepada contoh atau model yang boleh dicontohi. Seorang pemimpin yang dapat menunjukkan contoh melalui amalannya lebih mempunyai aura yang dapat menarik perhatian dan mencetuskan rasa ember di hati orang bawahan. Keyakinan diri yang ditunjukkan melalui teori dan amali ini dapat menarik hati-hati orang ramai mencontohi dengan penuh kerelaan dan harmoni.

Ringkasnya, kesan dan faedah kepimpinan melalui tauladan akan dapat menghasilkan perkara-perkara berikut:

1. Menjadi contoh yang boleh diteladani kepada orang lain.
2. Mendapat kasih ember orang ramai dan rakyat atau orang bawahan.
3. Memimpin umat dengan penuh keyakinan dan mempunyai wawasan yang jelas dan berkesan.
4. Menjadi wasilah tarbiyah yang berkesan.
5. Pengurusan dan pentadbiran menjadi lebih efisyen.
6. Mendapat ganjaran pahala berterusan selagi amalannya dicontohi dan diikuti sepanjang zaman.


Memberi keadilan

Menjadi suatu kewajipan kepada setiap pemimpin untuk melakukan keadilan serta menjauhi sebarang bentuk kezaliman. Firman Allah dalam surah al-Ma’idah ayat 8, bermaksud:

Hai orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Imam al-Baghawi ketika mentafsirkan ayat yang bermaksud : berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa, telah berkata: hendaklah kamu berlaku adil terhadap kawan dan lawan kamu, kerana yang demikian itu lebih dekat kepada ketaqwaan. Keadilan Islam tidak mengenal keturunan,warna kulit, dan agama. Di dalam ayat di atas diperintah supaya berlaku adil walaupun terhadap musuh yang dibenci. Sekiranya keadilan wajib diberikan walaupun terhadap musuh, maka apatah lagi terhadap orang yang beriman. Keadilan yang ditegakkan adalah suatu ketaatan kepada Allah SWT, bermakna pemimpin yang adil adalah pemimpin yang taat kepada Allah, dan itulah yang dimaksudkan dekat kepada ketaqwaan. Sebaliknya menurut al-Tabariy, kezaliman yang dilakukan adalah suatu kederhakaan kepada Allah, bermakna pemimpin yang zalim adalah pemimpin yang jauh daripada ketaqwaan.

Apabila meneliti ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang kezaliman dan penzalim kita akan dapati bahawa penghujungnya adalah kegagalan dan kerugian. Orang yang zalim akan jauh dari janji kebahagian dan kesejahteraan . Mereka tidak mendapat kasih ember Allah SWT. Antara ayat-ayat tersebut ialah firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 21 bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak mendapat keberuntungan.”. Dalam surah Ali ‘Imran ayat 57, Allah menyatakan, maksudnya: “Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim”.

Ringkasnya, kesan dan faedah melakukan keadilan akan dapat menghasilkan perkara-perkara berikut:

1. Orang yang berlaku adil akan selamat di Dunia dan Akhirat.
2. Kepimpinan akan berterusan.
3. Mendapat keredhaan Allah sebelum mendapat keredhaan rakyat.
4. Orang lain selamat dari kejahatan dan kezaliman.
5. Pemimpin yang adil berkelayakan memimpin, ember hukuman, membawa kemajuan dan kecemerlangan.
6. Menegakkan kebenaran dan tidak takut menghapuskan kebatilan.
7. Membuka pintu kepada segala kebaikan dan ketaatan.
8. Meratakan keadilan Islam kepada semua lapisan masyarakat sama ada Islam atau bukan Islam, kaum kerabat atau bukan kerabat, malah memelihara hak-hak kemanusiaan sejagat.
9. Menjalani jalan ke syurga.


Memilih Pemimpin

Kepimpinan dan perlantikan pemimpin merupakan suatu amanah yang tidak boleh dipandang remeh dan tidak boleh dipandang sepi. Ini kerana kepimpinan merupakan suatu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh mereka yang diberikan amanah tersebut. Pemimpin merupakan orang yang akan melaksanakan tanggungjawab sebagai ’khalifah’ di kawasan yang ditadbirnya. Tanggungjawab khalifah sebagaimana yang disebut oleh al-Imam al-Mawardi dalam kitabnya yang tersohor iaitu ’al-Ahkam al-Sultaniyyah’ ialah kewajipan melaksanakan dan menegakkan agama serta mengurus, mentadbir dan memakmurkan dunia ini dengan cara yang tidak bercanggah dengan agama.

Amanah bukanlah sesuatu ’keseronokan’ yang hendak direbut dengan rakus dan tamak, tetapi ia merupakan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di hadapan Allah di akhirat kelak. Justeru, setiap mereka yang berpotensi untuk dilantik menjadi pemimpin hendaklah sentiasa bermuhasabah diri agar tidak hanyut dibuai gelombang rakus dalam merebut jawatan tetapi menginsafi dengan amanah yang wajib dipikul apabila mendapat mandat daripada rakyat. Sehubungan dengan itu, Saidina Umar pernah berkata: ’Fahamlah terlebih dahulu (tanggungjawab dan amanah tersebut), sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin’.

Nabi saw pernah bersabda dalm sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: ”Sekiranya amanah itu disia-siakan, maka tunggulah kehancuran”. Lalu para sahabat baginda bertanya tentang bagaimanakah yang dikatakan bahawa amanah itu disia-siakan? Lalu nabi saw menjawab: ”(Amanah itu disia-siakan) apabila kamu menyerahkan sesuatu urusan kepada mereka yang tidak layak memikulnya, maka tunggulah akan kehancuran!”. Dalam hadis nabi saw yang lain yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, baginda bersabda yang bermaksud: ”Setiap kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab kepada setiap perkara yang berada di bawah kepimpinan kamu, seorang imam (pemerintah) merupakan pemimpin, maka dia bertanggungjawab kepada sesiapa pun yang berada di bawah kepimpinannya...”.

Sekiranya kepimpinan itu merupakan suatu amanah, maka begitu juga soal melantik pemimpin juga merupakan suatu tanggungjawab dan amanah yang wajib ditunaikan menurut landasan syarak. Ini kerana, sekiranya berlaku kesilapan dalam melantik pemimpin, maka bermakna kita telah menyerahkan sesuatu urusan kepada mereka yang tidak layak menerimanya dan perbuatan ini jelas bercanggah dengan ajaran Islam sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadis nabi saw sebelum ini. Oleh yang demikian, kita tidak boleh melantik ’wakil’ di kawasan kita hanyalah berasaskan sentimen, hubungan kerabat, kepentingan diri dan sebagainya, akan tetapi perlantikan pemimpin hendaklah berdasarkan kelayakan seseorang itu untuk memikul amanah dan tanggungjawab sebagaimana yang digariskan di dalam ajaran Islam. Sekiranya kita memilih serta melantik seseorang yang sememangnya diketahui bahawa dia tidak layak untuk memegang amanah tersebut, maka kita turut sama terlibat dalam mensia-siakan amanah yang akan dipertanggungjawabkan kesalahan tersebut di akhirat kelak.

Sehubungan dengan itu, bagaimanakah cara yang terbaik untuk kita menilai sama ada seseorang itu memang layak atau sebaliknya? Sesuatu yang lumrah, bahawa kita menilai seseorang dari sudut zahirnya sahaja bukan batinnya kerana kita tidak mempunyai kemampuan untuk menilai seseorang mengenai batinnya atau apa yang terbuku di hatinya. Akan tetapi apa yang kita mampu membuat penilaian hanyalah melihat kepada zahirnya sahaja, kerana kebiasaannya, hati yang baik akan melahirkan sifat dan kelakuan yang baik juga. Apatah lagi, kaedah dalam hukum syara’ menyatakan bahawa ’kita hanya berhukum secara zahir, tetapi Allah lah yang mengetahui apa yang ada pada batin seseorang’.

Antara ciri yang penting dalam pemilihan ialah berdasarkan keperibadian dan syakhsiah iaitu orang yang benar-benar layak untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Ini kerana sekiranya diberikan urusan kepimpinan kepada mereka yang rosak akhlaknya, maka amanah yang diberikan itu akan mudah dikhianati dengan amalan-amalan yang haram seperti rasuah, penipuan, penyelewengan harta awam dan sebagainya. Firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 41 bermaksud: ”Mereka (umat Islam) yang jika Kami (Allah) berikan mereka kekuasaan memerintah dibumi, nescaya mereka mendirikan solat serta mengeluarkan zakat, dan menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perbuatan yang munkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan".

Oleh yang demikian, menjadi suatu kewajipan kepada pengundi untuk melantik mereka yang menepati kriteria sebagai pemimpin yang boleh memikul amanah kepimpinan dengan baik sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah di dalam al-Quran. Janganlah memperjudikan masa depan umat Islam dengan memilih mereka yang mempunyai keperibadian yang songsang serta yang mempunyai akhlak yang buruk. Justeru, pemimpin yang wajar diberikan amanah dan tanggungjawab ialah mereka yang menitik beratkan aspek solat, zakat, amar makruf nahi munkar, pengurusan serta pentadbiran yang bersih dan mantap dan sebagainya yang boleh mendatangkan kebaikan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Justeru, kriteria penting dalam memilih pemimpin adalah melantik pemimpin yang bijak dalam melaksanakan amanah Allah SWT di atas muka bumi ini.

Syeikh Mustafa Muhammad at-Tohhan di dalam bukunya Syakhsiah al-Muslim al-Mu’asir telah menyenaraikan beberapa amanah yang perlu dipikul oleh para pemimpin. Antaranya ialah menegakkan syariat Allah berpandukan apa yang telah diturunkan oleh Allah. Seterusnya menegakkan keadilan dalam kalangan manusia tanpa mengira warna kulit dan bangsa serta mengambil tahu dan prihatin terhadap permasalahan rakyat. Selain itu, amanah yang perlu dilaksanakan ialah membangunkan negara dengan jaminan pendidikan dan kesihatan, membuka ruang perdagangan, perusahaan dan pertanian, menjamin hak asasi manusia dan hak persamaan mereka di sisi undang-undang dan seterusnya menjamin kebebasan mengeluarkan pendapat dalam kalangan rakyat jelata.

Kesimpulannya ialah kepimpinan bukanlah satu kebanggaan, bukan satu kehebatan dan bukan pula satu perkara yang menyeronokkan, tetapi kepimpinan adalah amanah Allah s.w.t yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab. Kepimpinan bermakna seseorang itu menerima bebanan besar dan akan dibicarakan oleh Allah s.w.t di Padang Mahsyar kelak. Oleh yang demikian, pengundi yang bijak serta cerdik sudah tentu akan memilih pemimpin yang berkelayakan memikul amanah dan tanggungjawab demi mencapai keredhaan Allah. Janganlah membiarkan diri dibelenggu dengan dosa dan kemurkaan Allah dengan sengaja memilih pemimpin yang tidak layak untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang besar ini.

13 May 2013

PENTADBIRAN DALAM ISLAM !

Politik dan Islam tidak dapat dipisahkan, justeru ia adalah sebahagian daripada cara hidup manusia. Namun politik yang bagaimana? Ini yang menjadi persoalan. Sebahagian daripada pejuang Islam sendiri kabur dengan makna dan kehendak politik sebenarnya. Mereka terikut-ikut dengan aliran politik barat dan mengharapkan Islam dapat ditegakkan dengan cara itu. Malah mereka marah jika ada pejuang Islam lain yang tidak mahu terjebak dengan perangkap musuh-musuh Islam melalui bidang politik tajaan orang-orang kafir.
Mengapa ini terjadi? Ini disebabkan umat Islam tidak pernah didedahkan kepada satu bentuk politik yang bersih, kuat dan stratejik. Kini sudah tiba masanya kita mendedahkan apa itu politik Rasulullah dan bagaimana matlamat serta perlaksanaannya. Jarang benar ketokohan Rasulullah SAW ditonjolkan dalam bentuk bagaimana baginda berpolitik untuk menaikkan Islam di tengah jahiliah. Bagaimana ia memproses peribadi-peribadi yang dulunya menentang Islam? Ke arah cinta dan sanggup mati kerana Islam. Jika rahsia ini terserlah, ertinya semakin cerahlah jalan ke arah mencontohi Rasulullah sebagai ahli politik.
Politik ialah bagaimana hendak mentadbir manusia mengikut jalan dan matlamat yang telah ditentukan. Politik Islam bercita-cita untuk mendidik dan membawa manusia supaya mempunyai kesedaran, kefahaman, penghayatan dan seterusnya dapat menegakkan kalimatullah di seluruh bidang kehidupan. Ini dibuat melalui saranan, contoh tauladan, memberi pimpinan dan lain-lain cara yang dibolehkan oleh syariat. Tujuannya agar semua manusia terhindar daripada Neraka dan dapat masuk ke dalam Syurga.
Jadi, inilah garis politik Rasulullah. Dan di bidang ini tiada siapa yang dapat menandingi baginda. Rasulullah SAW tidak memimpin secara politik demokrasi, secara diktator atau pun secara autokrasi. Dengan kefahaman yang tinggi tentang jiwa, akal, dan perasaan manusia, Rasulullah SAW telah berjaya memimpin secara fitrah. Maksudnya, Rasulullah SAW membawa manusia ke jalan yang diyakininya tanpa paksaan dan tekanan. Ia mampu memindahkan hasrat yang terpendam dilubuk hatinya menjadi hasrat orang lain. Ertinya politik Rasulullah ialah politik dari hati ke hati.
Allah berfirman:
"Tiada paksaan dalam agama, sesungguhnya telah nyata kebenaran daripada kesesatan."

Atas dasar ini, Rasulullah SAW berjaya menawan jiwa manusia dan daripada situlah seluruh harta, tenaga dan nyawa pengikut-pengikutnya diserah bulat-bulat untuk Islam.
Di antara fitrah semulajadi manusia ialah mahu pandangannya dihormati dan dihargai. Rasulullah sedar hakikat ini. Oleh itu apabila Rasulullah berhadapan dengan ahli ekonomi seperti Abd Rahman bin Auf, yang minat serta kecenderungannya di bidang perniagaan, beliau memupuk bakat itu supaya terus subur dan berkembang. Akhirnya Abdul Rahman Bin Auf pun menjadi pengusaha yang berjaya.
Bila Rasulullah SAW berhadapan dengan pakar di bidang ketenteraan seperti Khalid Al Walid, maka semangat perwiranya terus disuburkan ke arah jihad fisabilillah, kebalikan daripada semangat Assobiyah (Nasionalisma). Bila baginda berhadapan dengan ahli fikir, pakar strateji dan kepala perancang seperti Umar IbnulKhattab, maka Rasulullah SAW terus mendorong ke arah bagaimana untuk menggunakan kepakaran itu buat kemenangan dan kejayaan Islam. Oleh itu setiap individu di kalangan para sahabat akan rasa dihargai kerana bakat dan kelebihan semulajadinya berperanan dalam perjuangan Islam. Seorang buruh, petani, peniaga, pentadbir dan semua lapisan masyarakat telah disusun oleh Rasulullah SAW dalam satu barisan yang mempunyai kegunaan dan peranan masing-masing. Atas dasar ini, jika ada gerakan Islam yang menumpukan perhatian mereka kepada golongan 'elit' dan 'intelek' sahaja, perjuangan mereka sebenarnya telah menyimpang daripada sirah Rasulullah SAW.!
Mari kita lihat secara dekat bagaimana individu-individu (yang mempunyai berbagai-bagai kepakaran) itu dapat diubah daripada membina jahiliyah (dengan kelebihan-kelebihan itu) kepada membina Islam. Sebelum para sahabat diajak menegakkan Islam melalui bidang masing-masing, Rasulullah terlebih dahulu menanam iman di dalam jiwa mereka. Agar dengan itu mereka akan menjadi orang yang cintakan hidup akherat, rindu dengan syurga, gerun dengan neraka dan kasih sayang sesama Islam. Keadaan daripada penanaman iman dan tauhid di dalam hati individu-individu itu, maka lahirlah peribadi-peribadi yang telah berubah wataknya. Dari watak yang bengis dan kejam kepada kasih sayang dan pemaaf. Daripada seorang yang pembohong, jahil dan mengutamakan hawa nafsu kepada seorang yang jujur, berilmu dan menegakkan hukum Allah.
Tegasnya, Rasulullah SAW telah berjaya menukar mereka yang dulunya menyembah berhala kepada menyembah Allah. Mereka yang dulunya terbiar, hidup dalam perhambaan dan terasuh dengan jalan yang salah oleh para pemimpin jahiliyyah kepada satu cara hidup dan perjuangan di mana bakat semulajadi terus dipupuk dan dibajai.
Daripada penanaman iman ini lahirlah ahli fikir yang agung sedangkan dahulu ia adalah peminum arak. Lahirlah pentadbir-pentadbir yang cekap sedangkan dahulunya mereka adalah golongan bawahan yang tertindas. Individu-individu yang dulunya diperhambakan oleh hawa nafsu kini menjadi panglima perang yang gigih berperang menentang orang kafir dan menjadi abid yang sentiasa berzikir. Inilah hasil siasah Rasulullah SAW.
Soalnya sekarang, bagaimana Rasulullah SAW menanam Iman ke dalam jiwa para sahabat? Bagaimana Rasulullah berjaya menukar watak-watak jahiliyyah kepada peribadi mukmin sekaligus dapat menggunakan bakat-bakat mereka untuk Islam? Jawabnya, melalui dakwah dan tarbiah. Untuk itu Rasulullah SAW datang ke tengah masyarakat dengan menyebarkan ilmu pengetahuan, memberi tunjukajar yang baik, lunak dan menarik, bijaksana, berakhlak serta membina model masyarakat yang disarankan melalui amal makrufat yang memberi menafaat kepada masyarakat.
Dengan ini secara otomatik Islam akan diyakini sebagai cara hidup yang terbaik untuk mengatur kehidupan manusia. Islam nescaya diterima sepenuhnya untuk mengatur dan menguruskan harta, perniagaan sawah ladang, keluarga, kampung halaman, negeri, negara dan dunia seluruhnya.
Apabila Islam diterima untuk mengatur kehidupan maka terbuktilah keindahan dan kegagahannya. Bidang ekonomi ditadbir penuh jujur, cermat, cekap dan mendapat keuntungan yang lumayan . Begitu juga di bidang pertanian, tanaman dan penternakan mendapat hasil yang berkat oleh tangan petani yang beriman. Kampung ditadbir oleh ketua-ketua yang bijaksana sehingga terbinalah kampung seperti mana yang disifatkan oleh Allah Taala di dalam Al Quran:
"Jikalau penduduk-penduduk satu kampung beriman kepada Allah dan bertakwa nescaya sesungguhnya Kami (Allah)akan bukakan ke atas mereka itu keberkatan daripada langit dan bumi."
Begitu juga , Rasulullah SAW berjaya menghasilkan pentadbir-pentadbir peringkat negara sehingga tertegaklah apa yang difirmankan Allah:
"Negara makmur yang mendapat keampunan Tuhan."
Ini lah rahsia politik Rasulullah. Bermula dengan tapak dakwah dan tarbiah yang menanamkan iman didalam hati sanubari setiap individu, sehinggalah keyakinan kepada ALlah, rasul dan hari akherat tergambar dalam sikap dan tindakan. Tahap kedua ialah memupuk bakat dan kelebihan semulajadi yang ada pada individu-individu yang beriman itu dan mula mengatur bidang-bidang yang sesuai supaya bakat mereka terus berperanan. Akhirnya mulalah satu bentuk kehidupan Islam yang menyeluruh dapat dilihat dan dirasakan oleh masyarakat. Kemudian dengan sendirinya Islam akan diakui sebagai satu-satunya agama yang mampu mengatur hidup manusia. Ertinya politik Islam bermula daripada mentadbir diri, keluarga kemudian membina cara hidup Islam di seluruh aspek kehidupan samada di bidang pertanian, perniagaan, perubatan, pendidikan dan akhirnya sampailah ke peringkat mengatur negara dan dunia!
Bentuk politik yang beginilah yang wajib ada dalam gerakan Islam. Dan siapa yang menolaknya, ertinya ia telah memisahkan agama daripada politik. Politik tidak boleh difahami secara dangkal mengikut kefahaman setengah-setengah pihak. Politik bukanlah sekadar mengundi dalam pilihanraya "ala-demokrasi" Barat, bukan sekadar mendaftar sebagai anggota mana-mana pertubuhan politik atau sekadar mahu dan bercita-cita untuk menjadi anggota parlimen dan lain-lain lagi. Jika fahaman-fahaman ini masih berakar umbi dalam kepala kita...ini bererti kefahaman politik kita masih sekular, masih politik yang terpisah dari agama yang pada hakikatnya masih jauh daripada politik Rasulullah SAW.

Secara terus terang kita ingin bertanya, adakah ahli-ahli politik beragama Islam sekarang mengikut jejak politik Rasulullah? Tidak ! Tidak ! Kebanyakan ahli politik pada hari ini mencedok bulat-bulat politik demokrasi Barat yang penuh dengan rebutan kuasa, guling mengguling dan tidak pernah sunyi dengan pertarungan sesama sendiri. Mengapa ini terjadi? Ini disebabkan politik Barat mempunyai satu matlamat iaitu kuasa. Dengan kuasa mereka yakin dapat mengatur hidup manusia mengikut lunas-lunas ideologi yang mereka yakini. Kapitalis dahagakan kuasa untuk melagang cara hidup kapitalis, pemuja faham sosialis inginkan kuasa untuk menyusun masyarakat berdasarkan cara hidup sosialis... tetapi Islam tidak menganggap kuasa sebagai satu-satunya jalan untuk menegakkan cara hidup Islam. Ertinya pejuang Islam tidak perlu mencontohi pejuang Nasionalis, kapitalis, sosialis, kominis yang menganggap kuasa adalah penentu segala-galanya.
Atas dasar ini, politik Rasulullah SAW bukan politik yang bertujuan untuk mendapat kuasa. Rasulullah berjuang terhadap orang kafir bukan hendak meruntuhkan kuasanya, tetapi hendak meruntuhkan akidah dan keyakinan yang karut marut dalam jiwa mereka. Mereka boleh duduk pada tempat masing-masing . Bila akidah dan keyakinan berubah, berubahlah akhlak, sikap dan pentadbiran. Sejarah telah membuktikan kejayaan politik Rasulullah ini, Khalid Al Walid pada masa jahiliyyah adalah panglima tentera yang menggugat tentera Islam, manakala beliau memeluk Islam, beliau tetap dikekalkan sebagai panglima tentera. Saidina Umar, pada masa sebelum Islam adalah seorang pembesar Quraisy, manakala memeluk Islam, beliau tetap dianggap Rasulullah SAW sebagai pembesar juga. Begitulah juga yang berlaku kepada saudagar besar dan ketua-ketua suku Arab seperti Abdul Rahman bin Auf, Abu Sufian, Amru Al As dan lain-lain lagi. Mereka tetap duduk dan terus berperanan dengan bakat masing-masing...cuma hati dan jiwa sahaja yang telah diubah!
Alangkah baiknya jika siasah Rasulullah SAW ini dicontohi oleh para pejuang Islam sepanjang zaman, iaitu dengan menawan hati bukan menawan kerusi,
mengubah jiwa bukan merampas kuasa.
Malangnya ini tidak berlaku. Bahkan ada pihak yang bertanya, adakah akan berjaya jika kita mengikut siasah Rasulullah? Sampai bila kita harus menunggu untuk menawan hati dan mengubah jiwa manusia? Soalan-soalan ini jelas menunjukkan
sikap gopoh, tidak faham dan lemah jiwa.
Jika orang bertanya, akan berjayakah kalau kita ikut cara Rasulullah berpolitik?
Soalan ini samalah seperti kita bertanya adakah kita akan berjaya jika kita mengikut Rasulullah di bidang perniagaan? Jawabnya, Rasulullah memang berjaya. Tidak ada catitan sejarah yang menunjukkan Rasulullah "bangkrup" dalam perniagaannya, sedangkan selama kita mengikut sistem perniagaan dan ekonomi Barat berapa ramai yang jatuh muflis? Berapa banyak hutang negara kita? Berapa ramai taukeh-taukeh besar bertukar menjadi banduan sekelip mata? Berapa banyak tanah yang dicagar di bank tergadai? Inilah jawapan kepada orang yang mahu mempertahankan sistem ekonomi Barat.
Dan inilah juga yang akan menimpa jika kita terus menafikan sistem politik Rasulullah. Kejayaan Rasulullah di bidang siasah telah jelas dan siapa yang menurut jejak langkahnya, InsyaAllah akan turut berjaya. Tanpa bersusah-susah memerah otak untuk mencari punca krisis politik yang menimpa dunia hari ini, akui sahajalah kerana kita menolak sistem politik Rasulullah.
Sukarno terperangkap dengan permainan politiknya sendiri dan akhirnya mati sebagai tahanan di dalam rumahnya sendiri. Benn Bella digulingkan dan disumbatkan di dalam penjara. Sadat ditembak dan mati terhina di muncung senjata perajuritnya sendiri. Dan ramai lagi pemimpin-pemimpin Islam yang telah, sedang dan akan jatuh terhina akibat berpolitik cara Barat iaitu cara politik yang menyalahi sunnah Rasulullah SAW.
Malah pejuang-pejuang Islam yang benar-benar ingin menegakkan Islam tetapi masih menerima jalan politik Baratpun, turut terhina dengan kekalahan memanjang.....
Politik berpilihanraya ala-barat bukanlah politik yang dicetuskan oleh sunnah. Cara ini menyeret orang yang tidak tahu menahu dalam pemerintahan seperti orang kampung, para petani, para nelayan ke kancah politik yang penuh tipu daya dan putar belit.....
Memang mereka boleh berhujah dengan kata-kata, "Politic is not dirty, but politicians make it dirty," tetapi kita tidak pernah melihat kejujuran dihargai dalam politik. Memang ada ahli politik yang jujur, tetapi politik bukanlah satu medan yang mana orang jujur boleh bertahan lama!!
Sebab itu kita ingin menyatakan bahawa," Politic is a dirty game, the politicians make it dirtier," Sudah lumrah mengikut falsafah politik barat, matlamat menghalalkan cara. Sedangkan mengikut politik Islam, matlamat yang benar mesti diperjuangkan mengikut jalan yang benar. Dan Islam menolak jalan perjuangan yang salah walaupun cita-cita dan matlamatnya baik.
Inilah politik barat. Satu bidang yang memang ada jurang yang dirancang di hujungnya. Mahu tidak mahu, kita "terpaksa" jatuh ke dalamnya. Oleh itu kita mesti menolak 100% matlamat, kaedah dan apa saja yang berkaitan dengannya. Menerimanya bererti menjemput kehinaan. Bertolak ansur dengannya bererti rela menerima kemusnahan. Sekarang timbul persoalan, siapakah ahli siasah yang sebenarnya?
Ahli siasah yang sebenarnya ialah dia yang dapat merancang, bertindak dan berjuang menegakkan Islam dalam apa keadaan sekalipun. Rasulullah adalah 'Bapa Politik Islam'. Baginda dapat mencari ruang di celah-celah asakan jahilyyah untuk menegakkan Islam. Rencananya dapat menembusi dinding Darul Nadwah, "Parlimen" orang Arab jahiliyyah dan berjaya menukar orang yang pernah duduk di kerusi Darul Nadwah menjadi "orang penting" dalam pemerintahan Islam. Sebab itu bukanlah mustahil jika ada pejuang Islam yang mampu mengubah tokoh-tokoh politik yang sedang berkuasa sekarang kepada cara pemerintahan dan pentadbiran Islam. Sekali lagi, kita katakan....Ini tidak mustahil!!!
Tetapi kenyataan ini akan menimbulkan isu kontravesial terutamanya di kalangan parti-parti politik yang bercorak Islam. Apa yang dilakukan oleh parti-parti ini bukanlah hendak menawan hati lawannya dengan menanam iman dan takutkan Allah, tetapi hendak menawan kedudukan dan kerusi-kerusi kebesaran mereka. Sebab itu tidak hairanlah jika datang tentangan yang hebat dari lawan mereka dan timbul tuduhan-tuduhan daripada masyarakat Islam yang mengatakan mereka inginkan pangkat dan kedudukan, bukan hendak meninggikan syariat Islam.
Lebih-lebih lagi , parti-parti politik ini suka mencari kesalahan parti musuhnya, kemudian ditelanjangkan di khalayak ramai. Ini bukan cara politik Rasulullah dan ini menyimpang terus dari ajaran Islam. Jika kita terus menerus mengamalkan cara ini, percayalah, perjuangan kita tidak akan sampai ke mana, orang semakin hari semakin lari dan benci kepada kita. Akibat daripada ini, kita tuduh masyarakat lari dari Islam, walaupun yang sebenarnya mereka lari daripada kita. Sebaliknya di pihak masyarakat pula , mereka menganggap Islam itu ganas, kasar dan menyusahkan sedangkan yang sebenarnya ahli politik itulah yang bersikap demikian, bukan ajaran Islam!
Pengalaman-pengalaman yang kita telah alami, terutamanya peristiwa-peristiwwa pahit yang melanda masyarakat Islam akibat perebutan kuasa sepatutnya telah lama mengajar kita bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk kembali kepada sistem politik Rasulullah. Masyarakat sepatutnya dapat menilai politik yang mana yang dapat memberi kebahgiaan dan keamanan untuk negara. Apakah kita masih mahu mempertahankan sistem politik yang menimbulkan huru-hara? Atau mulai saat ini kita menerima politik Rasulullah yang telah terbukti berjaya? Terpulanglah kepada masyarakat menimbangkannya.

09 May 2013

BULAN REJAB SUDAH HAMPIR !

Kelebihan Bulan Rejab
Sedar tak sedar kita sudah menghampiri 1 Rejab 1434 Hijriah.Wahai sahabat2 sekalian..apakah persediaan kita?

Sesungguhnya mereka yang menghidupkan Rejab dengan beribadah akan mendapat balasan di akhirat kelak. Cahaya Rejab kelihatan pada mereka yang berbuat demikian menyebabkan mereka dapat dikenali. Mereka juga dapat melintasi siratal-mustaqim seumpama laluan kilat.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila datang hari kiamat, maka ada suara memanggil: Di mana ahli Rejab?” Maka terpancarlah sinar, diikuti oleh Jibril dan Mikail, cahaya itu diikuti oleh ahli Rejab.
Mereka mereka semua lalu di atas siratal-mustaqim seperti kilat yang menyambar. Kemudian mereka semua sujud bersyukur kepada Allah Taala kerana dapat melintasi sirat tadi.

Allah berkata: “Wahai ahli Rejab, angkatlah kepala kamu semua, kamu telah sempurnakan sujud di dunia pada bulan-Ku, lalu mereka pergilah ke tempat masing-masing.”

Selamat Beramal :

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

07 May 2013

SUBHANALLAH ! AL-QURAN AMAT MENARIK DARI HASIL KAJIAN TAPI PERLU DIPERGUNAKAN DALAM AKTIVITI HARIAN !

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun.

Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu.
Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik.

Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!


Dari hasil uji kajinya dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.

Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya.
Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Bunyi amat memberi kesan kepada air yang kita minum. Jika anda membaca Al-Quran di atas air, ciri-ciri air akan berubah dan ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.

Kesimpulan hasil uji kaji tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.
Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an.
Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman.

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.
Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.
Gambar sebenar sel darah yang telah didedahkan kepada bunyi dan mula berubah medan elektromagnet di sekitarnya, bunyi bacaan Al Quran mengubah maklumat sel ini dan menjadikan ia lebih mampu melawan virus dan kecacatan Akibat daripada penyakit malignan.
Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.
Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.
Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, simaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).
Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).
Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, semaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).

Baca Selengkapnya - Kami SokongTokguru: Agama - Kesan Bacaan Al-Quran Pada Saraf Dan Otak http://ijoks2009.blogspot.com/2013/05/agama-kesan-bacaan-al-quran-pada-saraf.html#ixzz2SaUwpQMr

06 May 2013

KENALI RASULULLAH ! BENTUK FIZIKAL MASYALLAH !

Anas bin Malik berkata:

"Rasulullah s.a.w bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun baju terlalu pendek. (Kulitnya) tidak putih pucat dan juga tidak sawo matang. (Rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus. Bagainda diutus oleh Allah menjadi Rasul pada usia empat puluh tahun. Baginda menetap di Mekah (sebagai Rasul ) selama sepuluh dan di Madinah juga sepuluh tahun. Baginda di wafatkan oleh Allah dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala janggutnya."

(Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Pada hakikatnya, Rasulullah menetap di Mekah selama 13 tahun. Maksud 10 tahun pada ayat ini adalah dikurangkan tiga tahun, iaitu tempoh masa wahyu tidak diturunkan buat sementara waktu.

Hadis ini bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Abu Raja Qutaibah bin Sa'id, daripada Malik bin Anas, daripada Rabi'ah bin Abu Abdul Rahman yang bersumber dari Anas bin Malik.

Hadis 2

Anas bin Malik berkata:

"Rasulullah s.a.w adalah seorang yang mempunyai tubuh yang sedang, tidak tinggi dan tidak rendah, bentuk tubuhnya bagus. Rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus, Warna kulit Baginda coklat. Jika berjalan pergerakkan condong ke hadapan"

(Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Hadis ini bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Humaid bin Mas'adah al Basri yang mendengar daripada Abdul Wahab ats-Tsaqafi dan bersumber Anas bin Malik.

Hadis 3

Al-Bara' bin ‘Azib berkata:

"Rasulullah merupakan seorang lelaki yang bertubuh sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah), jarak antara kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang). Rambutnya yang lebat terurai ke bahu sampai ke telinganya. Apabila baginda memakai pakaian berwarna merah, aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih tampan daripadanya".

(Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Abu Daud)

Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Muhammad bin Basyar al-‘Abdi daripada Muhammad bin Ja'afar daripada Syu'bah daripada Abu Ishaq yang bersumber daripada al-Bara' bin ‘Azib.

Hadis 4

Al-Bara' bin ‘Azib berkata:

"Aku tidak pernah melihat orang yang memiliki rambut yang menyentuh sehingga ke bawah telinga (antara cuping telinga dan bahu), dengan memakai pakaian berwarna merah, yang lebih tampan daripada Rasulullah. Baginda memiliki rambut yang mencecah kedua-dua bahunya. Kedua-dua belah bahu baginda bidang. Beliau bukanlah seorang yang rendah dan bukan juga tinggi".

(Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Hadis bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan daripada Waki' daripada Sufyan daripada Abu Ishaq bersumber dari al-Bara' bin ‘Azib.

Hadis 5

Ali bin Abi Talib berkata:

"Rasulullah tidak tinggi dan tidak rendah. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal (dagingnya) namun lembut. Kepalanya besar, tulang sendinya besar. Bulu yang tumbuh di dada sehingga pusatnya lebat. Apabila baginda berjalan, pergerakkan condong ke hadapan seolah oleh sedang turun ke tempat yang rendah. Tidak pernah aku lihat yang standing dengan baginda sama ada sebelum (baginda lahir) mahupun selepas (baginda wafat)".

(Diriwayatkan oleh Tirmizi)

Hadis bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Muhammad bin Ismail daripada Abu Nuaim daripada al-Mas'udi daripada Uthman bin Muslim bin Hurmuz daripada Nafi' bin Jubair bin Muth'im bersumber daripada Ali bin Abi Talib.

Hadis 6

Ali bin Abi Thalib bercerita mengenai sifat Rasulullah:

"Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Baginda bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak kerinting dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badanya tidak gemuk, bentuk tubuhnya tidak bulat tetapi bujur telur. Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitan pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badanya bersih dari bulu dan rambut, tetapi baginda mempunyai bulu lebat memanjang dari dada sampai ke pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal. Apabila Rasulullah berjalan, pergerakkanya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah baginda sedang turun di lereng yang curam. Apabila baginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruhnya badanya turut berpaling). Di antara kedua-dua bahunya, terdapat khatam nubuwah iaitu tanda kenabian bagi para nabi. Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah (Rasulullah tidak pernah berkeluh kesah atas sikap tidak bertimbang rasa dan penyeksaan kaumnya). Beliau adalah orang yang kata-katanya paling jujur. Manusia yang yang perangainya paling lembut, dan paling ramah dalam pergaulan, sesiapa yang melihatnya kali pertama, pasti akan menaruh hormat padanya. Sesiapa yang berkenalan dengan baginda tentu nanti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentunya akan berkata "Belum pernah akau melihat sesorang yang standing dengan baginda, sama ada sebelum kelahirannya ataupun sesudah baginda meninggal dunia"

(Diriwayatkan oleh Tirmizi)

Diriwayatkan oleh Ahmad bin ‘Ubadah ad-Dhabbi al-Basri, juga diriwayatkan oleh Ali bin Hujr dan Abu Ja'afar Muhammad bin al-Hussein daripada Isa bin Yunus daripada Umar bin Abdullah daripada Ibrahim bin Muhammad daripada anak lelaki Ali bin Abi Thalib yang bersumber daripada Ali bin Abi Talib.

Hadis 7

Ummu Hani binti Abu Talib berkata:

"Semasa pembukaan kota Mekah, Rasulullah s.a.w memasuki kota ini dengan rambut yang diikat empat"

(Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud, dan Ibn Majah)

Hadis bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Muhammad bin Yahya bin Abi Umar daripada Sufyan bin Uyainah daripada Ibn Abi Najih daripada Mujahid daripada Ummu Hani.

PAKAIAN RASULULLAH S.A.W

Hadis 8

Ummu Salamah berkata:

"Pakaian yang paling di sukai oleh Rasulullah s.a.w adalah gamis"

(Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah)

Hadis bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Muhammad bin Humaid ar-Razi daripada Fadhal bin Musa. Diriwayatkan juga oleh Abu Tamilah dan Zaid bin Habab. Ketiga-tiga mereka menerima daripada Abdul Mu'min bin Khalid daripada Abdullah bin Buraidah yang bersumber daripada Ummu Salamah.

Hadis 9

Anas bin Malik berkata:

"Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah adalah hibarah"

(Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Nasa'i)

Hadis bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar daripada Mu'adz bin Hisyam daripada ayahnya daripada Qatadah yang bersumber dari Anas bin Malik.

Hadis 10

Anas bin Malik berkata:

"Cincin Rasulullah diperbuat daripada perak dan batunya adalah batu hitam Habsyi"

(Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukahri, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah dan Nasa'i)

Hadis bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa'id dan lebih seorang guru Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Wahab daripada Yunus daripada Ibnu Syihab yang bersumber daripada Anas bin Malik.

PERIHAL RASULULLAH DI MASJID

Hadis 11

Qailah binti Makhramah meriwayatkan:

"Qailah melihat Rasulullah di dalam masjid. Rasulullah sedang duduk merapatkan kedua-dua peha baginda ke perut baginda. Lalu Qailah berkata, "Apabila aku melihat Rasulullah sedang duduk dengan begitu khusyuk, aku menjadi gementar."

(Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Abu Daud)

Hadis bertaraf hasan. Diriwayatkan oleh Abdul bin Humaid daripada Affan bin Muslaim daripada Abdullah bin Hasban daripada dua orang nenek beliau iaitu Shafiyah dan Duhaibah yang bersumber daripada Qailah binti Makhramah.

Hadis 12

Abdullah bin Zaid berkata:

"Aku melihat Rasulullah berbaring di dalam masjid dan sebelah kaki baginda di letakkan di atas sebelahnya lagi"

(Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Hadis bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Sa'id bin Abdurrahman al-Makhzumi daripada Sufyan daripada Zuhni daripada Abbad bin Tamim yang bersumber daripada pakziknya Abdullah bin Zaid.

Hadis 13

Abu Sa'id al-Khudri berkata:

"Apabila Rasulullah duduk di dalam masjid, baginda merapatkan jedua belah peha ke perut dengan tangan baginda"

(Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Abu Daud)

Hadis bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Salamah bin Syabib daripada Abdullah bin Ibrahim al-Madani daripada Ishaq bin Muhammad al-Anshari daripada Rubiah bin Abdurrahman bin Abi Sa'id daripada bapanya yang bersumber daripada datuknya iaitu Abu Sa'id al-Khudri.

MAKAN DAN MINUM RASULULLAH S.A.W

Hadis 14

Ka'ab bin Malik berkata:

"Rasulullah makan dengan tiga jari baginda. Sesudah itu, baginda menjilat ketiga-tiganya."

(Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Muslim)

Hadis ini bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Harun bin Ishaq al-Hamdani daripada Abdatu bin Sulaiman daripada Hisyam bin Urwah daripada seorang anak lelaki Ka'ab bin Malik yang bersumberkan Ka'ab bin Malik.

Hadis 15

Ibnu Abbas berkata:

"Rasulullah pernah meminum air zamzam sambil berdiri"

(Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari dan Muslim)

Hadis bertaraf sahih. Diriwayatkan oleh Ahmad bin Mani' daripada Husyaim daripada Ashim bin al-Ahwal dan Mughirah daripada asy-Sya'bi bersumber Ibnu Abbas.

Gamis adalah baju berlengan panjang dan berkocek, labunya sampai bawah betis.
kain hibarah ialah kain yang berasal dari Yaman dan diperbuat daripada kapas


sumber utama: "BENTUK FIZIKAL RASULULLAH S.A.W" / KHALIFAH http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2013/05/bentuk-fizikal-rasulullah-saw.html#ixzz2SaTlhSGy
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: khalifahalhidayah on Facebook

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."