RAKAN BLOG MASJID

04 November 2009

ADAB MEMBACA AL-QURAN


Adab Membaca Al Quran yang dikumpul oleh Ust Zahazan Mohamed daripada Al Imam An Nawawi Membaca Quran - Tibyan fi Adab Hamilatul Quran (Hak2 Quran) & dipetik daripada Ihya Ulumuddin oleh Imam Ghazali
Adab Tilawatul Quran Al A'raf 204:

"Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat"

Adab adab membaca Al Quran adalah seperti berikut:
1. Ikhlas kepada Allah SWT - bukan untuk mendapat ganjaran darinya dan tujuan duniawi
2. Bersiwak (bersugi) - membersihkan gigi
3. Dalam keadaan berwuduk
4. Mengadap kiblat
5. Mulakan dengan Ta'awuz - A'uzubillah...
6. Membaca dengan lihat Mushaf lebih utama dari tanpa mushaf - yang menghafaz Al Quran di haruskan membaca tanpa melihat
7. Baca dengan jelas yang merdu untuk di hayati diri sendiri & orang2 yang dekat
8. Al Imam Nawawi menyuruh memahami & menghayati ayat yang dibaca yakni Tadabur Al Quran. Cara Mentadabbur Al Quran mengikut Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Azkar. Memperlahankan suara kita bila sampai kepada ayat yang menyentuh sifat Allah mengikut cemuhan & tohmahan orang2 kafir. Contoh Yahudi berkata Allah miskin & mereka kaya. Allah Swt berfirman:

"Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan: Sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya, Kami akan mencatat perkataan mereka itu" (QS Ali Imran [3]: 181)

9. Bila mendengar ayat Al Quran tentang orang beriman kita berdoa “ Ya Allah aku di kalangan mereka. Contoh Akhir Ayat Al Zummar Ayat 73 yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk)"

10 Memuliakan Al Quran – Jangan ketawa & berbual melainkan jika perkara itu terlalu penting
11. Membaca Al Quran secara tertib atau taufiqi oleh nabi Muhammad SAW. Ikut Mazhab Shafie, kalau kita menjadi Imam atau ketika solat bacaan surah rakaat kedua mestilah mengikuti turutan surah, selepas surah rakaat pertama mengikut Al Quran
12. Dituntut beramal dengan Al Quran menurut kemampuan kita. Contohnya Ayat Al Baqarah 276:

"Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya"

13. Sentiasa membaca Al Quran di waktu pagi kerana nabi mendoakan keberkatan pada waktu itu
14. Berusaha untuk menghafaz Al Quran & mengingatinya
15. Target untuk mengqatamkan Quran sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun
16. Berdoa bila Qatam Al Quran kerana ia waktu mustajab doa. Atau sekurang-kurangnya jika habis membaca sepotong ayat, berdoa kebaikan dunia & akhirat untuk diri keluarga, anak2 & sebagainya
17. Dilarang membaca Al Quran di tempat yang tidak sewajarnya. Contohnya jangan membaca jika berhadas besar
18. Mengucup Al Quran selepas membaca Al Quran. Jika seseorang berusaha untuk mengucup Hajarul Aswad, Quran itu juga hendaklah di kucup olehnya
19. Diwangikan Quran sama seperti diwangikan Hajarul Aswad
20. Hendaklah diletakkan Al Quran di tempat yang tinggi
21. Bacalah Al Quran dengan penghayatan sehingga ke peringkat menangis
22. Tidak wajar mengucapkan salam pada orang yang membaca Al Quran

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."