RAKAN BLOG MASJID

26 April 2011

PERTANDINGAN MEWARNA AS-SALAM DISAMBUT BAIK SEMUA MASYARAKAT BERBILANG KAUM


Alhamdulillah , syukur pada Allah yang telah memberi kejayaan yang cemerlang dalam menggendalikan program pertandingan mewarna bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun.
Program kali ini dianjur oleh NISA' dengan kerjasama FOMCA dan penyumbang GIANT dan ajk Masjid dan Surau.



Antara hadiah yang ditawarkan adalah 3 orang peserta no 1,2 dan 3 serta 10 hadiah saguhati untuk 3 kategori.

Selain sumbangan hadiah dan minuman , GIANT juga menghantar 2 orang kakitangannya sebagai pengacara yang menghiburkan dan sangat menarik perhatian semua kanak-kanak yang hadir.

Pengacara ini mendapat sokongan dan repon yang sungguh baik dari kanak-kanak apabila beliau menawarkan hadiah kecil bagi soalan kuiz spontan.


Yang menarik perhatian selain kanak-kanak Melayu ada juga penyertaan yang agak ramai dari kanak-kanak bangsa Cina dan ini menunjukkan pertanda yang baik dari kerjasama masyarakat majmuk walau program dilakukan di masjid As-Salam Bukit Sentosa.

Wah ! ada yang sanggup membawa meja sendiri untuk keselesaan anak-anak mereka.

Selain kanak-kanak bangsa Cina , kanak-kanak dari bangsa India juga ada yang menyertai bersama-sama dengan gembira bersama keluarga mereka.

Sambutan yang hebat dimana pendaftaran awal sahaja adalah seramai 300 orang dan kalau dicampur dengan jumlah mendaftar secara walk ini pada hari 23 April maka hampir 400 orang ramainya.
Walaupun terlalu ramai penyertaan namun urusetia dan ajk masjid dapat mengawal dan mengendalikan dengan amat baik. Ini tidak termasuk ibu bapa yang hadir bersama-sama menghantar dan meyaksikan aksi penyertaan anak-anak mereka.

Kanak-kanak ini tekun mewarna mengikut cita rasa dan daya imiginasi mereka.

Kanak-kanak lelaki juga ramai yang mencuba kebolehan mewarna yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."