RAKAN BLOG MASJID

01 January 2013

SEKOLAH MENENGAH AGAMA DI ASSALAM SUDAH TAHUN KE 2

Hari ini 2 Januari 2013 adalah hari pendaftaran Tingkata 1 bagi tahun ke 2 sejak pembukaan Sekolah Menengah Agama At-Taqwa pada awal tahun 20112.Alhamdulillah seramai 38 orang telah mendaftar tingkatan 1 yang bermakna kelas perlu ditambah.Alhamdulillah masih ada ruang yang perlu diadakan bagi tambahan 1 kelas ini.
Sedemikian sokongan ramai semua pihak diperlukan bagi mempersetujui cadangan membina Sekolah Menengah ini di tapak masjid AsSalam.

Penubuhan Sekolah Menengah Agama Al Taqwa (SMAT) ini adalah sebagai kesinambungan daripada Sekolah RendahAgama (SRA) atau KAFA. Penubuhan SMATini diharap dapat memastikan pendidikan agama tidak terhenti setakat sekolah rendah sahaja.

Dengan adanya sekolah menengah agama ini, semua pelajar komuniti setempat dapat mengikuti aliran agama tanpa mengira latarbelakang pendidikan. Kebanyakan sekolah menengah agama yang ditubuhkan sekarang ini memerlukan syarat kemasukan yang ketat iaitu 5A dalam UPSR. Keadaan ini menyebabkan pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan 5A akan tercicir daripada mengikuti aliran agama di sekolah menengah. Daripada kajiselidik yang dibuat, masyarakat di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa ini berjumlah hampir 50,000 orang.

Daripada 3 buah sekolah menengah harian biasa seperti SMK Bunga Raya (Bkt Beruntung), SMK Bukit Sentosa, SMK Bukit Sentosa 2, jumlah pelajar Tingkatan Satu setiap tahun hampir 2,000 orang. Kebanyakannya berminat untuk mendaftar ke Sekolah Menengah Agama ini. Namun, mungkin disebabkan bayaran yuran bulanan yang terpaksa dikenakan menyebabkan jumlah yang mendaftar di sekolah agama agak berkurangan.

Setakat ini Sekolah Menegah Agama Al-Taqwa (SMAT) yang baru ditubuhkan mempunyai seramai 55 orang pelajar Tingkatan Satu (1). Besar harapan kami agar sekolah ini dapat dibangunkan dengan lebih baik lagi dan tidak berhenti separuh jalan.

Selain mendapat Perakuan JAIS, pihak sekolah juga sedang berusaha mendapatkan Kelulusan dan Perakuan Kekal Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Adalah penting bagi pihak sekolah mendapatkan Kelulusan dan Perakuan Kekal, KPM bagi memudahkan urusan pendaftaran peperiksaan PMR dan SPM kelak.

Sehubungan itu, kami amat memerlukan bantuan/sumbangan dari segi kewangan bagi menyediakan segala keperluan sebagaimana syarat yang ditetapkan oleh KPM.
Hubungi Kami
Email: ustzamri@gmail.com
Phone: +60126858001

Lokasi Sekolah : Masjid Al-Salam,
Bukit Sentosa,
48300 Rawang
SELANGOR
Malaysia

1 comment:

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."