RAKAN BLOG MASJID

05 March 2014

SUSAHNYA MEMAAF PEMFITNAH !

Seorang Pemuda telah memfitnah Abu Nawas. Setelah merasa menyesal dia pergi bertemu Abu Nawas untuk meminta maaf. Abu Nawas menyuruhnya pergi dari situ namun pemuda tersebut enggan beredar sebelum Abu Nawas memaafkan dosanya yg memfitnah Abu Nawas.

Abu Nawas lalu memaafkan pemuda tersebut tetapi dengan dua syarat yang mesti pemuda itu penuhi. Abu Nawas pun memberikan dua syarat kepada pemuda tersebut, syarat yang pertama ialah pemuda itu mestilah mengoyakkan bantal yang akan diberikan kepadanya. Setelah pemuda itu mengoyakkan bantal tersebut, dia kembali kepada Abu Nawas untuk mendengar syarat yang kedua. Utk syarat yg kedua pula, Abu Nawas menyuruh pemuda itu mengutip kembali semua kekabu isi bantal yg telah berterbangan setelah dikoyakkan dan memasukkannya ke dalam sarung bantal sehingga menjadi sebuah bantal sepertimana asalnya.

Ketika ini pemuda itu mengadu yang dia tidak mampu menyempurnakan hajat Abu Nawas. Lalu Abu Nawas memberi pesanan kepada pemuda itu dengan pesanan yang cukup memberi kesan kepada sesiapa yang mendengar.

“Sekiranya kamu telah menfitnah aku dan orang yang telah mendengar berita fitnah kamu ke atas aku terus menyebarkan fitnah dan keburukan aku, apakah kamu mampu mengembalikan maruah aku seperti sediakala ketika sebelum aku difitnah? Nescaya kamu tidak akan mampu melakukan itu semula bukan? Maruah aku juga sama sekali tidak akan kembali seperti asal. Sebagaimana kekabu itu berterbangan, begitu juga fitnah tentang aku akan tersebar dan tidak dapat dibendung walau seribu kali aku memaafkan kamu”.. pemuda tersebut pergi dari tempat tersebut dengan seribu penyesalan.

Dosa memfitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Sanggupkah kita menjadi orang yang muflis di akhirat nanti bilamana semua pahala amalan kita seperti solat, puasa, zikir, ceramah,kuliah serta sedekah kita diberikan kepada orang yang kita fitnah itu? Org yang subahat mempertahankan org yg membuat fitnah dan wala' kpd org yg membuat fitnah tidak terkecuali untuk sama sama menanggung dosa tersebut atas kadar masing masing.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."