RAKAN BLOG MASJID

27 May 2014

PERLU ADA AZAM MENEGAKKAN HUKUM ALLAH !

Alhamdulillah Allah SWT telah memilih saya dan isteri untuk bertamu ke Rumah Allah pada malam tadi untuk mengikuti kuliah maghrib pimpinan Ust Riduan Rahmat. Ust memulakan dengan membacakan tiga ayat al-Qur'an daripada surah Ali Imran.

Surah Ali Imran: 102-104

102. Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan beragama Islam.

103. Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai. Ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan karunia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

104. Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Hidup kita di dunia ini adalah atas ehsan Allah. Allah yang bagi semua. Kita tiada apa. Ibadah yang tiada kaitan dengan Allah adalah sesat. Ekonomi yang tiada kaitan dengan Allah adalah sistem ekonomi yang sesat. Politik yang tiada kaitan dengan Allah adalah politik yang sesat. Cuba tanya diri. Kenapa kita guna segala yang milik Allah ini dengan sesuatu yang tiada kaitan dengan Allah?

Allah menafikan segala jenis Tuhan di dunia ini. Melainkan Allah. Nampak pelik tapi itulah hakikat. Janganlah kamu mati melainkan dalam sebenar-benar Islam iaitu mati dalam bertaqwa kepada Allah. Kalau mati dalam keadaan durhaka kepada Allah, maka akan dihumban ke Neraka, nau'zubillah.

Ada kita pernah jumpa hadith Nabi yang menyatakan babi mati masuk neraka? Sedangkan babi itu sehina-hina binatang. Namun manusia yang begitu di anggap mulia di dunia ini akan di humban ke neraka Allah jika matinya dalam durhaka kepada Allah.

Kamu berpegang teguh dengan tali Allah iaitu al-Qur'an. Pegang semuanya daripada sekecil-kecil benda sehinggalah sebesar-besar benda. Pegang semua jangan separuh-separuh atau sebahagian saja. 

Hati kamu, iktikad kamu jangan lari daripada al-Qur'an. Infradi (diri sendiri) jangan berpisah daripada al-Qur'an. Jemaah muslim jangan kamu berpecah daripada al-Qur'an. Kita lihat sebab apa umat Islam berpecah belah di Malaysia? Kerana tidak ikut Islam yang berpegang kepada al-Qur'an. Dasar kehidupan dan pemerintahan mestilah diletakkan kepada al-Qur'an dan Sunnah Nabi. Kalau hadis Nabi dan ayat al-Qur'an di permainkan, maka boleh belah ke Neraka Allah.

Apakah kita hendak ikut orang yang cabar Allah? Selagi kita hidup di dunia ini, hiduplah dengan mentaati Allah. Akan ada di akhir zaman, kebaikan yang dibuat kepada rakyat sebenarnya ialah untuk mendatangkan keuntungan kepada diri sendiri. Pabila kamu menuruti mereka maka kamu akan disesatkan dan pabila kamu menentang mereka maka kamu akan dihancurkan.

Lebih baik kamu mati dalam mentaati Allah daripada kamu hidup dalam mendurhakai Allah. Kalau kamu jahil bab hudud, diam sudah. Kerana cakap orang yang jahil bakal menyerlahkan kebodohan mu.

Berapa ramai orang yang tak faham undang2 toghut yang dilaksanakan di Malaysia sejak 57 tahun yang lalu? Namun ia tidak menghalang daripada undang2 tinggalan penjajah itu untuk dilaksanakan betul tak? Sudah berapa ramai manusia yang dihukum mati mengikut tafsiran perundangan manusia? 

Setiap kita bertanggung jawab dan akan di tanya di hadapan Allah apa yang kamu lakukan untuk menegakkan hukum Allah di muka dunia ini?

Mengajak manusia untuk berbuat baik, itu adalah tanggung jawab kita semua. Memerintahkan orang buat baik, itu tanggung-jawab pemerintah dan orang yang diberi kuasa contohnya suami, bapa dan kerajaan. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kejahatan.

Mungkar yang paling besar ialah bila berlaku penolakan hukum Allah. Siapa penjenayah? Orang yang berani menukar hukum Allah. Itulah hakikat penjenayah sebenar. Haram jadi halal.  Halal jadi haram. Orang yang menderhakai Allah sebanarnya sudah jatuh murtad dan tidak dianjurkan untuk kita berdoa pun kepada mereka ini. 

Siapa manusia yang berjaya? Orang yang mentaati Allah, yang melaksanakan hukum Allah. Sebab apa Malaysia bukan negara Islam? Kerana tidak laksana hukum Islam. Politik ada dalam Agama. Jangan sekali-kali kamu cenderung dengan kezaliman. Islam ialah untuk semua orang pada bila-bila masa. Aqidah menjadi tunjang pegangan kita dengan al-Qur'an dan Hadis sebagai rujukan.

ihsan Schooloftots

1 comment:

  1. Politik dan Agama adalah satu ikatan yang kuat. Sokongan orang beriman ialah kepada perjuangan yang mahukan Islam itu tertegak di Malaysia ini iaitu Islam yang bisa memerintah, bukan Islam yang diperintah mengikut kesesuain hawa nafsu manusia. Islam ini BUKAN di ambil apa yang dirasakan sesuai dan meninggalkan bahagian yang dirasa membebankan atau merugikan nafsu serakah sindrom cinta dunia takut mati itu. Istiqamah dalam perjuangan Islam. Fahami suasana. Politik dan Agama di pisah jangan.

    ReplyDelete

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."