Alhamdulillah.
Segala Puji Bagi Allah. Saya teringat ungkapan Ust Nik Abduh bila orang
bertanya khabar ayahanda beliau, "Ayahanda tak sihat sikit, sihatnya
banyak." Mulanya agak keliru namun bila di teliti amat benar. Allah beri
sedikit ujian dengan masalah kesihatan. Namun Allah bagi nikmat yang
banyak dengan tahap kesihatan yang memuaskan selama ini.
Seorang
kenalan di zaman sekolah kini terlantar sakit di hospital kerana masalah
hati yang gagal berfungsi sehingga menukar matanya menjadi kekuningan
dan badan yang lesu tiada bermaya. Kini doktor mengesahkan dia mengidap
cancer hati tahap 4. Para sahabat sekelian mendoakan agar beliau kembali
pulih dan diringankan ujian oleh Allah. Sempena cuti raya ada yang
berkesempatan menziarahi beliau. Semoga diringankan bebanan yang beliau
tanggung ini.
Pabila di
renung dan difikir betapa selama ini Allah sudah kurniakan 50 tahun
kehidupan yang sihat walafiat. Tiba-tiba kini bila ditimpa sedikit ujian
penyakit, kita tidak tertahan dan mengeluh sakan. Tidak nampak lagi
cahaya. Yang nampak hanya kegelapan. Tidak nampak lagi akan nikmat sihat
yang Allah kurnia selama 50 tahun tadi. Minda di fokus kepada penyakit
yang menimpa.
Seorang
pakcik yang taqwa pernah berkata bila di ziarahi oleh seorang warisnya
di katil hospital, "Alhamdulillah, Allah bagi ujian sedikit sahaja
sedangkan nikmat yang Allah bagi kepada saya selama ini sungguh banyak
tidak dapat saya hitung. Saya redha dan semoga Allah redha kepada saya."
Setiap
penyakit yang menimpa, tentulah ada penawarnya kecuali penyakit mati.
Tugasan kita ialah berusaha sedaya umpaya mencari penawar itu.
Selebihnya berdoalah dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya tiada
yang dapat mengatasi ketentuan Allah.
Juga
yakinlah, setiap ujian yang Allah bagi itu sebenarnya untuk meningkatkan
mertabat iman kita. Tidak akan sunyi seorang yang beriman daripada
ujian demi ujian daripada Allah SWT. Ujian itu sebenarnya mampu di
tanggung. Sebab itulah selalu berdoa, "Ya Allah janganlah Engkau berikan
ujian yang tidak mampu aku menanggungnya."
Saya kongsi
sedikit pengalaman. Dalam perjalanan ke desa sempena cuti raya hari ahad
lepas, saya berjaya mengharungi hampir 400km perjalanan dengan lancar.
Bila tiba berdekatan simpang tiga Kuala Krai, trafik jem telah berlaku.
Kereta bersusun dan bergerak secara perlahan dan berkala.
Asbab mata
yang mungkin sesaat terlelap atau kereta depan yang brek mengejut, maka
saya telah terlanggar kereta depan walaupun kala tersedar itu saya
menekan rapat emergency break. Maka kereta depan itu mengalami minor
scratch di bumper belakang. Memandangkan saya yang melanggar maka tanpa
mahu memanjang cerita saya pun offer bayar RM100 kepadanya. Jadi kes
settle.
Ujian untuk
saya ialah kereta saya kemik agak teruk di bahagian bonet depan, lampu
pecah, bumper rusak, frame depan bengkok dan plate pecah. Bumper pula
bergeser dengan tayar depan kiri. Saya pun menyusur ke tepi dan berhenti
di surau tepi simpang kat depan. Selepas selesai solat jamak zohor dan
asar, saya pun mencari-cari tali atau dawai untuk mengikat bumber yang
senget itu. Mungkin Allah mahu sedarkan saya semula supaya jangan cuba
bangga diri pulang ke desa beraya sambil bergaya dengan kereta sampai
terdetik rasa riak atau bangga diri. Allah nak bersihkan balik hati
saya. Alhamdulillah.
Saya sekadar
bercadang untuk repair kereta saya ini bila pulang semula ke KL nanti.
Nasib baik radiator tidak terkesan oleh pelanggaran itu. Enjin pun tiada
masalah. Cuma bodi bahagian depan sahaja yang terkesan. Ujian yang
mampu di tanggung. Maka saya sekelurga beraya macam biasa dan sempat
menziarahi sanak saudara yang terpilih.
Pagi tadi
saya mendengar satu slot motivasi pagi di radio IKIM. Ustaz mengingatkan
kita supaya bersyukur atas nikmat yang Allah berikan. Kerana nikmat
yang Allah bagi pinjam itu, Allah boleh tarik anytime. Sihat boleh
bertukar sakit. Muda bertukar tua, sihat menjadi sakit, lapang menjadi
sibuk. Kulit tegang bertukar kendur. Kaya menjadi papa, bahagia bertukar
derita, hidup bertemu mati.
Ustaz
berpesan lagi jika kita naik kereta maka bersyukurlah kerana ramai lagi
yang tidak ada kereta, kalau hujan tidaklah basah. Ramai lagi yang
sekadar ada motosikal. Jangan asyik bandingkan dengan orang yang ada
kereta model terkini atau kereta model mewah dan seumpamanya. Lahirkan
rasa syukur dengan melihat orang yang kurang daripada kita.
Orang yang
ada moto pula, lihatlah saudara kita yang hanya ada basikal. Kalau hujan
sekurang-kurangnya dapat pecut cepat sampai ke rumah atau mencari
tempat berteduh. Yang ada basikal pula, bersyukur kerana tak kena saman
polis sebab speeding atau sebab tidak ada lesen, atau sebab road tax
mati. Bersyukur kerana ramai lagi yang hanya berjalan kaki ke sana
kemari.
Yang
berjalan kaki pula syukur banyak2 sebab Allah kurniakan kaki untuk dapat
berjalan sebab ramai lagi manusia yang tidak ada kaki atau cacat
kakinya hingga tidak dapat berjalan dengan sempurna. Jadi begitulah kita
ini kena menjaga hati supaya jangan timbul secubit rasa riak, ujub dan
sombong. Semua milik Allah. Kita sekadar di beri pinjam segala nikmat
ini oleh Allah SWT pemilik segalanya.
Maka pada
raya ini perbetulkanlah niat untuk ziarah menziarah mengerat siratul
rahim dengan ikhlas kerana Allah. Bukan dengan niat nak menunjuk kereta
baru, MPV besar, rumah besar atau kemewahan yang lain. Kerana semua itu
nikmat yang Allah pinjamkan seketika cuma. Jaga akhlak dan tutur kata.
Tiada kebaikan dalam maksiat, kesombongan, keangkuhan atau niat nak
menunjuk-nunjuk.
Bagi yang
kurang berada usah rendah diri. Yang penting ikhlas meraikan kemenangan
sebulan kita menjalani ibadah di bulan Ramadan. Apa guna berbangga diri
atau menjuk-nunjuk jika segala ibadah kita di bulan Ramadan sekadar sia2
tanpa ada nilaian di sisi Allah. Teruskan amal baik sepanjang bulan
Syawal ini.
Dalam
perjalanan pulang ke KL, setibanya berdekatan bandar Machang sekali lagi
Allah timpakan ujian yang mampu saya menanggungnya. Tidak terlintas di
fikiran saya ia boleh berlaku tapi ia telah berlaku. Bonet depan kereta
saya yang kemek itu telah terbuka dan terlipat membantai cermin kereta.
Pada masa itu keadaan trafik jem dan pergerakan tidak laju, mungkin
sekitar 40km sejam. Cermin saya crack habis tapi Alhamdulillah tidak
berkecai. Mungkin asbab teknologi double layer.
Cuba
bayangkan kalau tika itu saya sedang memandu pada kelajuan tinggi 110 km
sejam, mungkin sesuatu yang lebih buruk bisa terjadi seperti terbabas
ke dalam parit. Jadi Alhamdulillah saya menyusur keluar dan parking
kereta saya di sebelah sebuah pondok rehat. Apa yang bermain di fikiran
saya ialah bagaimana untuk menempuhi perjalanan yang melebihi 400km lagi
ini.
Setelah
solat jamak di masjid Machang, saya pun mencari bengkel kereta. Ada satu
yang buka namun pemiliknya memberi reaksi yang agak negetif dan hanya
boleh menyiapkan pada hari berikutnya. Ada seorang posmen yang kebetulan
berada di bengkel itu untuk membaiki keretanya memberi pendapat bahawa
cermin yang crack itu tidak akan berkecai kerana di sokong oleh lapisan
'double layer'. Dia agak konfiden saya boleh meneruskan perjalanan
hingga ke KL.
Ia telah
memberi semangat baru kepada saya. Saya masih menyusur jalan
Machang-P.Puteh untuk mencari bengkel lain namun keseluruhannya masih
tutup cuti raya. Akhirnya saya mencari tali dan mengikat bonet depan
supaya tidak terbukak dan terpelanting memecahkan cermin depan tika
dalam perjalan yang jauh nanti. Satu lagi cabaran ialah mungkin wiper
tidak dapat digunakan kerana di khuatiri boleh memburaikan cermin yang
sudah retak seribu itu. Kalau hari hujan saya kena cepat2 cari tempat
berhenti.
Alhamdulillah
satu ujian yang hebat. Mujahadah sepanjang perjalananan. Namun akhirnya
saya sekeluarga selamat sampai ke destinasi. Cermin depan sudah saya
tukar di sebuah kedai cermin di Batu 16, Rawang dengan harga patut.
Kerusakan bonet itu saya akan survey cari bengkel yang sesuai berdekatan
ofis saya di Keramat nanti.
Ya Allah,
aku mohon engkau terimalah segala amal ibadahku di bulan Ramadan yang
lalu. Ampunkan segala dosaku. Kurniakan rahmat-Mu. Bebaskan aku dari
azab api Neraka-Mu dan redhakan aku untuk mendapat nikmat Syurga-Mu.
Ya Allah,
istiqamahkan aku melakukan amal soleh di sepanjang bulan Syawal ini.
Pilihlah aku untuk menjadi tetamu di Rumah-Mu, duduk di majlis ilmu-Mu.
Berikan aku kekuatan untuk mengamalkan ilmu yang aku dapat itu, dan
berikan akau kemampuan untuk menyebarluaskan ilmu yang aku dapat itu
untuk kebaikan dan manfaat umat seluruhnya.
No comments:
Post a Comment