RAKAN BLOG MASJID

18 October 2009

PENANTIAN MASJID BARU BERAKHIR DENGAN DOA SELAMAT & JAMUAN EIDULFITRI


Mungin Nama Masjid yang akan didirikan di Tapak Surau Saidina Ali ,Sekseyen BS6 Jalan Anggerik 5 akan serupa dengan Masjid Sayidina Ali ?
Bagaimana pun syukur pada Allah dengan kerjasama 13 buah surau sekitar Tapak Masjid ini maka akhirnyanya kelulusan untuk membina masjid telah diterima pada 8 September 2009.Sedemikian kerja-kerja peringkat seterusnya akan diaktifkan lagi dengan memohon bantuan negeri dan sumbangan perseorangan.

Doa selamat disempurnakan oleh Sdr Alizar dan daminkan oleh kariah yang hadir bersama-sama imam-iman yang telah dilantik seperti Ust Firdaus dan lai-lain lagi.

Sdr Pengerusi Muhammad meminta Pengerusia Surau Mohd Adli mengumumkan beberapa perkara penting dan berita penting untuk kariah yang hadir.

Inilah antara orang-orang kuat surau Saidina Ali yang boleh diketengahkan untuk mentadbir masjid baru nanti,insyallah.

Walaupun Datuk yang ditunggu tidak hadir atas sebab-sebab tertentu,namun Datuk yang lain hadir di mana Datuk ini telah menjadi ahli kariah Surau Saidina Ali .

Sibuk di dapor dengan pakar-pakar masak dari kaum Adam.

Menu Utama ,ikan bakar dari kolam kariah sendiri dan kalau nak order boleh hubungi Sdr Alizar.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."