RAKAN BLOG MASJID

17 February 2010

ASALNYA BACAAN DALAM SOLAT ADA DIBACA NYARING DAN PERLAHAN

Mengapa Solat Zohur dan Asar dibaca perlahan, tetapi Maghrib, Isya & Subuh dibaca kuat dan nyaring ?
Menurut jawapan yang dibahaskan oleh Imam as-Sya’rawi didalam Tafsirnya, sewaktu beliau mengulas ayat 87 .Surah Yunus yang berbunyi :

] وَاجْعَلُواْ بُيُوتَكُمْ قِبْلَةً وَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ { [يونس: 87].

Yang bermaksud “dan jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya;”

Beliau menyatakan didalam Tafsir tersebut “ pengikut Nabi Musa AS diarahkan oleh Nabi Musa untuk mendirikan solat didalam rumah-rumah mereka, agar terhindar daripada kejahatan musuh-musuh yang ingin menindas & menganiya mereka. Keadaan mereka samalah dengan apa yang dialami oleh kaum Muslimin diperingkat awal keislaman dan pensyariatan Solat. Kaum Muslimin amat lemah ketika itu. Diketika itu jua Umat Islam hanya mendirikan Solat didalam rumah.

Inilah RAHSIA KENAPA SOLAT TIDAK DIZAHIRKAN BACAANNYA PADA WAKTU SIANG. Tujuannya agar : MUSUH ISLAM TIDAK DAPAT MENCARI & MENGETAHUI DIMANA TEMPAT SOLAT & BERKUMPULNYA UMAT ISLAM.

Adapun pada waktu malam, Nabi SAW menyaringkan bacaan dengan tujuan untuk mengajar Para Sahabat RA cara & kaedah membaca al- Quran.

Berikut ialah teks arab yang menyatakan pandangan Imam Sya’rawi ini “

1 comment:

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."