RAKAN BLOG MASJID

20 April 2010

WAH ! MASJID ASSALAM DAH ADA WIFI



Kini Masjid As-Salam dilengkapi dengan kemudahan "WiFi"

Salam semua.
Sebagaimana yang kita maklum, internet merupakan salah satu daripada medium yang penting dalam berkomunikasi. Penghantaran, penyemakan & pengemaskinian dokumen-dokumen, tugasan belajar, email & laman sesawang serta blog telah menjadi satu rutin harian yang kadangkala terpaksa dilakukan di luar rumah, pejabat atau kawasan.

Selaras dengan itu, Masjid As-Salam Puchong Perdana telah mengorak langkah setapak kedepan dalam mengikuti peredaran teknologi terkini dengan menyediakan kemudahan “WIFI” kepada semua anak kariah dan pengunjung.


Kemudahan ini disediakan khusus kepada anak kariah dan pengunjung bagi membolehkan sesetengah kerja harian dapat dilakukan di Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Semua anak kariah dan para pengunjung dialu-alukan mengguna kemudahan ini yang terdapat ditingkat bawah dan atas serta bahagian lobi masjid.

Kemudahan “WIFI” ini telah diprogram tanpa kata laluan bagi memudahkan para pengunjung menggunakannya.

Mudah-mudahan dengan kemudahan yang disediakan ini, dapatlah sama-sama kita mengimarahkan Masjid kita ini dengan lebih bermakna.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."