RAKAN BLOG MASJID

20 October 2010

BAHAN ILMUAN ASSALAM BERWAJAH BARU & NAMA BARU


Syukur alhamdulillah , Lujnah Penerangan Masjid Assalam (Sdr Ustaz Muhammad) telah mengaktifkan MAUIDZAH dengan cetakan dan edaran bahan bacaan berilmu untuk tatapan dan sumber ilmu Islam kepada semua kariah dan pengunjung solat Jumaat.
Keluaran MINDA sebelum ini telah disumbang oleh Sdr Azmi yang dalam masa sibuknya dengan kerjaya masih dapat menyumbangkan MINDA tanpa mengira samada ada imbuhan atau tidak. Beliau terus menulis hanya kerana ingin membantu mengimarakkan rumah Allah dengan penghasilan bahan bacaan MINDA setiap Jumaat.
Walaubagaimanpun oleh kerana kekangan kerja yang tidak mengizinkan beliau meneruskan penulisan MINDA namun sekiranya beliau ada kelapangan pihak Masjid mengalu-alukan sumbangan beliau.
Akhir sekali Pihak ajk masjid mengucapkan jutaan terima kasih di atas usaha beliau selama ini.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."