RAKAN BLOG MASJID

07 October 2010

JAUHI MAKSIAT - PESANAN HAKIM SYARIAH

kHALWAT : INGAT PESANAN HAKIM MAHKAMAH SYARIAH INI

Kepada masyarakat melayu 'Islam' yang gemar melakukan khalwat atau perbuatan tidak bermoral ... khususnya kepada yang dan berkahwin pulak punyai anak, ingatlah pesan hakim Mahkamah Tinggi Syariah ini. Saya petik:

[HM] PUTRAJAYA: “Berdasarkan undang-undang Islam, kamu berdua wajib direjam sampai mati, bagaimanapun negara kita tidak melaksanakan undang-undang berkenaan.

“Tetapi, kamu kena ingat hukuman tetap akan ditentukan di mahkamah Allah iaitu di hari akhirat kelak, melainkan kamu betul-betul bertaubat dengan taubat nasuha,” kata Hakim Syarie Nasir Abdul Aziz di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Nasir berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau 12 bulan penjara jika gagal membayar denda terhadap seorang lelaki dan wanita yang dituduh berkhalwat 1 September lalu pada jam 2.49 petang di Blok C-T14-UO8, Parcel 15-12A, Presint 15, di sini.


Hukuman terbabit dijatuhkan Nasir apabila tertuduh, Nur Hafidh Mansor, 27, dan pasangannya Badauyah Abdul Rahim, 27, mengaku bersalah kerana berkhalwat selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapannya.


Kedua-dua mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak menundukkan kepala serta kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan.

Mereka dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 27 (a)& (b), Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 dan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Nasir berkata, tindakan pasangan itu menyedihkan kerana berlaku pada Ramadan, malah masing-masing sudah mempunyai keluarga dan perbuatan itu juga mencemar ikatan perkahwinan kerana berlaku curang terhadap pasangan masing-masing.

“Saya amat sedih dengan perbuatan pasangan ini kerana ia berlaku pada Ramadan...bulan yang sepatutnya umat Islam memperbanyakkan amalan kerana Allah menjanjikan lebih banyak pahala kepada umatnya.

“Lebih-lebih lagi pasangan sudah berkahwin dan ada tanggungjawab masing-masing. Malah, ia berlaku di kuarters kerajaan yang disediakan untuk memberikan keselesaan kepada mereka supaya lebih dekat dengan tempat kerja,” katanya sambil menggelengkan kepala.

Mengikut fakta kes, sepasukan anggota Penguat kuasa Agama (PPA) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bertindak menjalankan pemeriksaan hasil aduan awam mengenai kes khalwat di rumah terbabit.- Hayati IbrahiM

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."