RAKAN BLOG MASJID

01 December 2010

Cara dan Teknik Perubatan Dalam Tibb Nabawi

Assalamualaikum.

Sabda Rasulullah,
"Pengubatan (penyembuhan) ada 3 iaitu minum madu, dilukai dengan alat hijamah
(bekam), dibakar dengan besi panas (kai) dan aku larang umatku melakukan
pengubatan dengan kai"
Makanan untuk pesakit.
Bubur Tarbinah dibuat dari susu, madu dan kurma atau susu yang dicampur dengan
tepung. Susu, madu dan kurma merupakan pemakanan seimbang yang kaya dengan
vitamin dan zat galian serta mempunyai unsur pemakanan yang lengkap. Pengubatan
moden juga menyetujui agar pesakit diberi makanan yang lembut, mudah hadam dan
zat seimbang.

Cara Hadapi Penyakit.
Berbaik sangka dengan Allah dan meminta penyembuhan pada Allah. Manusia hanya
layak berusaha dan berikhtiar.
Terdapat 4 teknik pengubatan iaitu melalui:

1. Solat.
Solat adalah tiang agama. Solat juga mempunyai maksud tersirat dalam perubatan.
Antaranya ialah melalui:
* wuduk- menggunakan air bersih lagi suci dapat menyucikan kotoran dan penyakit
jasmani sepanjang yang dapat dilalui oleh air tersebut.
* bacaan doa - dapat menenangkan fikiran, melapangkan dada, timbulkan rasa
tawakal dan keberanian menghadapi kehidupan dunia dan akhirat. Penyakit zaman
moden- fikiran serabut.
* Gerak geri dalam solat - berdiri, ruku',sujud, duduk adalah untuk kesihatan
jantung, ringankan penyakit reumatik, hindarkan penyakit pinggang, lancarkan
kerja otot, aliran darah, perbetulkan kedudukan janin bagi ibu-ibu mengandung
dan merendahkan tekanan darah tinggi.

2. Puasa
Matlamat utama puasa melahirkan rasa takwa pada Allah. Disebalik perintah
tersebut terkandung rahsia tersembunyi. Puasa dapat mengurangkan kegemukan dan
meringankan badan. Lemak terkumpul akan susut dan inilah cara menguruskan badan
cara selamat.

3. Haruman.
Setiap orang pasti menyukai haruman. Haruman memainkan peranan penting dalam
perubatan hingga sistem pengubatan berasaskan bau-bauan dipanggil Aromaterapi.

4. Doa dan zikir.
Membaca surah Al-Ikhlas dan Mu'awwizatain pada air yang dicampur garam ketika
di sengat kala jengking. Rasulullah gunakan dua pendekatan iaitu material
(garam) dan spiritual (bacaan ayat Al-Quran) supaya punyai keberkatan dalam
ubatan yang digunakan.

5. Khasiat pemakanan dan rempahan.
* Kurma - mengandungi zat pemakanan lengkap, tinggi karbohidrat, vitamin dan
pelbagai zat galian. Saat bin Abi Waqas mengadu pada Nabi bahawa jantungnya
sakit, maka Nabi mengarahkan untuk menumbuk kurma Ajwa beserta bijinya untuk
dimakan. Sabda Rasulullah,
"Barang siapa makan (sarapan) pada setiap hari dengan 7 biji kurma Ajwa, maka
ia tidak akan ditimpa pada hari itu oleh racun mahupun sihir."

* Jintam Hitam.
- mengeluarkan kahak dari pernafasan.
- melancarkan pengeluaran susun ibu, haid teratur, atasi masalah saluran
kencing dan baik untuk penyakit kencing manis.
- jintan hitam dicampur cuka untuk penyembuhan sakit gigi, disapu pada sengatan
binatang berbisa. Jintan hitam ditumbuk dan dibungkus dengan kain dan disedut
baunya. Sabda Rasulullah,

"Hendaklah kamu dengan menggunakan Jintan hitam ini, maka sesungguhnya di
dalamnya terdapat bahan penyembuh (ubat) untuk semua penyakit, kecuali
kematian."

* Daging
Saidina Ali bin Abi Talib berkata, daging dapat menjernihkan warna kulit,
mengecilkan perut dan memberikan kebaikan pada perangai seseorang, namun tidak
elok jika dimakan berlebihan.
- Daging kambing memperkuatkan daya ingatan otak dan kekuatan tubuh badan.
- Daging lembu mudah mendatangkan penyakit, maka dimasukkan bawang putih, halia

dan lada hitam dalam masakan.
- Daging ayam bermanfaat bagi penyakit perut dan paru-paru kerana ia mudah
dihadam dan menambahkan darah dan kekuatan.

* Buah-buahan
Anggur, delima dan kurma yang segar dan tidak diawet sahaja mengandungi khasiat
seperti menyembuhkan penyakit buah pinggang jika meminum 2 gelem air perahan
anggur merah.

* Halia - membantu pencernaan makanan, penyakit angin, penyakit hati, menambah
nafsu makan dan sebagai ubat gosok gigi penyakit sengal.

* Telur - makanan yang lengkap, tinggi protein, lemak, vitamin dan zat galian.
Bermanfaat untuk tambahkan kekuatan badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.

* Susu - makanan paling lengkap atas bumi ini. Terkandung zat lemak, protein,
gula, garam galian dan vitamin dalam kadar seimbang hinggakan kanak-kanak
membesar dengan meminumnya sahaja.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."