RAKAN BLOG MASJID

29 April 2010

SAAT DOA MAKBUL HARI JUMAAT


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatan
seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)

Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.

Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.

20 April 2010

UBAT HATI 5 PERKARA

Ubat Hati itu Lima Perkara

Yang Pertama Baca Alquran dan maknanya
Yang Kedua Solat Malam Dirikanlah juga
Yang Ketiga sentiasa bergaul Dengan Orang Soleh
Yang Keempat Perbanyakkanlah Berpuasa
Yang Kelima Zikir malam Perpanjangkanlah
Salah satunya siapa mampu buat
Moga moga Allah Taala mencukupi..

Sesungguhnya (diantara tanda-tanda) orang-orang mukmin itu, apabila disebut nama Allah (kepada mereka) maka bergementarlah hati-hati mereka.

WAH ! MASJID ASSALAM DAH ADA WIFI



Kini Masjid As-Salam dilengkapi dengan kemudahan "WiFi"

Salam semua.
Sebagaimana yang kita maklum, internet merupakan salah satu daripada medium yang penting dalam berkomunikasi. Penghantaran, penyemakan & pengemaskinian dokumen-dokumen, tugasan belajar, email & laman sesawang serta blog telah menjadi satu rutin harian yang kadangkala terpaksa dilakukan di luar rumah, pejabat atau kawasan.

Selaras dengan itu, Masjid As-Salam Puchong Perdana telah mengorak langkah setapak kedepan dalam mengikuti peredaran teknologi terkini dengan menyediakan kemudahan “WIFI” kepada semua anak kariah dan pengunjung.


Kemudahan ini disediakan khusus kepada anak kariah dan pengunjung bagi membolehkan sesetengah kerja harian dapat dilakukan di Masjid As-Salam Puchong Perdana.

Semua anak kariah dan para pengunjung dialu-alukan mengguna kemudahan ini yang terdapat ditingkat bawah dan atas serta bahagian lobi masjid.

Kemudahan “WIFI” ini telah diprogram tanpa kata laluan bagi memudahkan para pengunjung menggunakannya.

Mudah-mudahan dengan kemudahan yang disediakan ini, dapatlah sama-sama kita mengimarahkan Masjid kita ini dengan lebih bermakna.

13 April 2010

UKHUWAH MB SELANGOR DI MASJID AS-SALAM



PROGRAM RAMAH MESRA MENTERI BESAR NEGERI SELANGOR
BERSAMA PEGAWAI DAN JAWATANKUASA MASJID SERTA SURAU
PADA 15 APRIL 2010 (khamis)
jam 2.30 petang
di MASJID AS-SALAM Bukit Sentosa

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

10 April 2010

MOHON ALLAH HINDARKAN KITA DARI 15 PERKARA

15 perkara penyebab datang bala Allah
“Daripada Ali bin Abi Tholib R.A. Rasulaullah SAW bersabda: Apabila umatku telah membuat lima belas perkara maka bala pasti akan turun ke atas mereka:
1-Apabila harta negara beredar pada orang-orang tertentu sahaja,
2-Apabila amanah dijadikan sebagai satu sumber keuntungan,
3-Apabila zakat dijadikan hutang,
4-Apabila suami memperturutkan segala kehendak isteri,
5-Apabila anak derhaka kepada ibunya,
6-Apabila anak-anak hanya mendengar cakap kawan-kawannya,
7-Apabila anak-anak menjauhkan diri daripada bapanya,
8-Apabila suara ditinggikan di dalam masjid,
9-Apabila orang yang menjadi ketua bagi sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di kalangan mereka,
10-Apabila seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya,
11-Apabila arak sudah diminum di serata tempat,
12-Apabila kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki,
13-Apabila artis disanjung dan dimuliakan,
14-Apabila muzik banyak dimainkan orang dan
15-Apabila generasi akhir umat melaknat dan menyalahkan generasi para sahabat” .

Hadis diriwayatkan oleh Tarmizi.

08 April 2010

MB SELANGOR SOLAT JUMAAT DI MASJID ASSALAM HARI INI



Alhamdulillah Menteri Besar Selangor ,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudi turun padang melihat rakyat sekitar Bukit Sentosa/Bukit Beruntung dan akan berkesempatan menunaikan solat Jumaat di sini.
Harap semua ajk,ahli kariah dan penduduk sama-sama menunaikan solat jumaat di Masjid AsSalam Bukit Sentosa dan insyallah hari ini ada Khatib dan tztazkirah ustaz dari Negeri terengganu.Sama-samalah kita mendengarnya.

07 April 2010

MEMCINTAI MASJID ANTARA KUNCI BANTUAN ALLAH

LIMA KUNCI UNTUK DAPAT BANTUAN ALLAH
Ada banyak persoalan yang melingkari kehidupan kita, baik masalah peribadi, keluarga, kerja atau lebih besar daripada itu. Seiring dengan masalah yang di hadapi, banyak pula cara boleh kita lakukan untuk menyelesaikannya. Kita boleh mengatasinya menerusi kecerdasan akal, kemampuan fizikal, harta kekayaan, perhubungan atau apa sahaja. Namun bagi saya sendiri, tidak ada yang paling ampuh selain meminta pertolongan Allah SWT sambil berusaha.

Mengapa pertolongan Allah? Tidak ada satu masalah pun terjadi, kecuali atas izin Allah. Semuanya ada dalam gengaman Allah. Dalam keadaan demikian, alangka h mudahnya jika Allah membuka jalan kemudahan bagi sesiapa yang ditimpa masalah. Disebabkan itu, masalah terbesar dalam hidup adalah ketika kita tidak mendapat pertolongan Allah.

Seberat mana persoalan akan menjadi ringan bila dibantu Allah. Soalnya, bagaimana agar kita ditolong Allah? Jawapanya ada didalam Al-Quran,surah Thalaaq,ayat dua dan tiga, bermaksud " Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,nescaya dia akan menyediakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.Sesunggu h nya Allah melaksanakan urusan(yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah menentukan setiap sesuatu"

Jadi, kunci pembuka bantuan Allah ada didalam ketakwaan kita. Semakin takwa kita, semakin terbuka lebar pintu pertolongan Allah. Sebaliknya, semakin ingkar kita, semakin tertutup rapat pintu pertolongan Allah.

Pertama Mencintai Masjid.

Masjid adalah rumah Allah yang ada dibumi. Pertolongan Allah akan datang kepada sesiapapun yang cinta dan gemar memakmurkan masjid.

Kedua Solat Tahajud.


Sepertiga malam terakhir adalah waktu yang sangat dicintai Allah. Sangat rugi yang mensia-siakan waktu sepertiga malam terakhir.Sebab ia telah mensia-siakan datangnya pertolongan allah.

Ketiga Rajin Bersedekah.


Amalan ini sungguh luar biasa. Dengan bersedekah, rezeki, urusan menjadi mudah, kita pun terhindar daripada musibah. Jaminan daripada Allah demikian pasti kepada ahli sedekah.

Keempat Bantu Orang Lain.

Sesungguhnya Allah akan menolong orang yang gemar membantu saudaranya dan permudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan permudahkan urusan kita.

Kelima Banyak berselawat.

Berselawat kepada Rsulullah SAW adalah amalan yang terpuji.Cinta akan Rasul dan bila Allah sudah cinta, pertolongannya akan terbuka bagi kita.

06 April 2010

ADAB MEMINTA IZIN SEBELUM MASUK RUMAH YANG PATUT DIPRAKTIKAN MASA KINI

ADAB MEMINTA IZIN SEBELUM MASUK RUMAH SESEORANG....
Salah satu yang menjadi kelaziman ke atas orang Islam apabila terjalin
pergaulan sesama mereka ialah hendaklah meminta izin antara satu sama lain
ketika berada di ambang pintu untuk memasuki ke ruang rumah yang
dilawatinya. Ini adalah satu kewajipan yang merupakan ciri akhlak yang telah ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran sepertimana firmanNya:

‘Wahai orang orang yang beriman janganlah kamu masuk ke dalam sesehuah
rumah yang bukan rumah kamu sehinggalah kamu meminta izin dan memberi
salam ke atas ahli keluarga rurnah tersebut yang demikian itu adalah febih baik semoga kamu dapat mengambil peringatan.’
(Surah Al-Nur: 27)


CARA MEMINTA IZIN

Cara meminta izin yang telah ditetapkan dalam al-Quran ialah dengan
memberi salam sebanyak tiga kali kepada ahli keluarga yang menjadi penghuni
sesebuah rumah yang hendak diziarahi. Sekiranya diberi keizinan hendaklah
masuk dengan baik, seandainya tidak diberi keizinan hendaklah pulang dengan
cara yang baik tanpa ada sebarang keraguan atau rasa sedih. Ahli keluarga atau tuan rumah itu mungkin mempunyai sebab-sebab tertentu yang menyebabkan
dia menolak kedatangan anda pada waktu itu.

Mengambil langkah untuk pulang ini memang disuruh oleh Allah kepada
hamba Nya melalui firman Allah:

‘Dan jika dikata kepada kamu pulang, olehmu, maka hendaklah kamu pulang
kerana ini adalah sebijak bijak tindakan bagimu, dan Allah amat mengetahui
dengan apa yang kamu lakukan.’
(Surah Al-Nur: 28)

ADAB MENUNGGU KEIZINAN

Ketika menunggu oleh seseorang yang meminta izin hendaklah
menunggu dengan sabar sementara tuan rumah memberi keizinan dan
menjemput sebagai tetamunya, janganlah anda berdiri di hadapan pintu yang
terbuka luas dengan keadaan mata liar memandang mandang atau menjeling jeling ke dalam rumah melalui pintu yang sedang terbuka, atau menilik-nilik di celah-celah lubang pintu yang tertutup, kerana ini melambangkan keperibadian yang tidak elok dari segi akhlak dan juga anda dianggap kurang sopan.

Cara yang lebih baik telah ditentukan oleh sunnah iaitu berdiri dengan
adab sopan serta tunggu dengan penuh kesabaran di hadapan pintu yang
terbuka atau tertutup dengan memberi salam sebanyak tiga kali serta perhatikan apa yang ada di sekitar anda sahaja. jangan sekali kali cuba melakukan apa-apa tindakan melainkan tunggu dan lihat sahaja perkembangan dan tindakannya.

Adab ini telah dinyatakan di dalam hadis melalui satu peristiwa yang dilalui sendiri oleh Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Sahli bin Saad Al-Sa'iedi:

‘Bahawa seorang lelaki telah mengintai Rasulullah s.a.w. melalui satu lubang ke dalam sebuah bilik yang mana Rasulullah sedang melilit serban di kepalanya. Setelah ia perasan ada yang mengintai lalu Rasulullah berkata, "Kalaulah aku tahu bahawa kamu sedang mengintai nescaya aku cucuk mata kamu melalui lubang itu sesungguhnya di syariatkan keizinan itu disebabkan pandangan mata".
(Riwayat Bukhara Muslim, Tarmizi Dan Nasaie)

Hadis ini boleh dijadikan sebagai dalil bahawa penantian juga amat perlu
kepada adab sopan yang melambangkan kesabaran dan keikhlasan diri dalam
menghadapi sesuatu penantian. Tema dalam hadis di atas menunjukkan bahawa
sikapnya yang tidak sabar membawa kepada keinginannya hendak tahu, dan ia
melambangkan tidak ada amanah dalam jiwanya serta tiada bersopan dalam
penantian dan bersikap mata keranjang membuatkan orang lain tidak senang
dengan anda.

PERATURAN MINTA IZIN

Apabila anda mengunjungi ke rumah sahabat lalu memberi salam sebagai
tanda atau isyarat meminta keizinan lantas tuan rumah bertanya, "Siapa?", maka jangan menjawab, "Saya, saya, saya", bahkan hendaklah menjelaskan, "Saya bernama pulan bin pulan". Bererti sebutkan nama secara jelas dan terang ataupun sebutan panggilan-panggilan yang biasa dipanggil terhadap diri anda yang boleh membantu tuan rumah yang anda ziarahi itu mengenali anda secara jelas, seperti mana dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh jabir,katanya:

‘Aku (Jabir) datang ke rumah Rasulullah maka aku ketuk pintu rumah Rasulullah s.a.w. Maka kata Rasulullah, “Ini siapa?" Aku (Jabir) menjawab, “Saya". Maka kata Rasulullah, "Saya, Saya, Saya”, seolah-olahnya Rasulullah tidak suka dengan jawapan begitu.’
(Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Sesungguhnya pengajaran dalam hadis di atas ialah dalam melaksana
kehidupan ini tidak boleh lari dari keizinan, sama ada dengan kaum keluarga
atau orang lain, kerana Islam menyuruh umatnya meminta izin sekalipun orang
itu paling hampir dengannya dan tinggal bersama. Dengan keizinan akan
terhapus segala kesangsian atau keraguan orang lain terhadapnya, sama ada ibu bapanya atau adik beradiknya lebih lebih lagi sahabat handai, kecuali keadaan memaksa atau kecemasan seperti pertolongan kebakaran dan waktu kesakitan dan sebagainya.

Dalam hal akhlak, Islam amat mementingkan saat keizinan ini dengan
tujuan bagi menjaga tatasusila hidup yang penuh keharmonian iman dan jiwa
yang taqwa lagi sihat, supaya tidak tersentuh dengan situasi yang tidak
menyihatkan serta boleh mengeruhkan keadaan. (Rujuk Imarn Abi Muhd. Abdul
Rahman Al-Mubarakfuri. 1353H. hlrn. 464). Oleh itu, jelaslah seandainya anda masuk ke mana-mana tempat yang sewajarnya perlu meminta keizinan terlebih dahulu, tetapi jika dilakukan sebaliknya, maka perbuatan itu adalah suatu perbuatan yang amat jahil dan dikesali lebih-lebih lagi jika ia berlaku di kalangan umat Islam, kerana ini bukan akhlak Islam yang diajar oleh nabi kita Muhammad s.a.w. Jangan sekali-kali anda memasuki ke rumah orang lain tanpa izin terlebih dahulu, patuhilah dengan penuh rasa keimanan, taqwa dan bertanggungjawab sebagai seorang muslim.
Posted by Kasih Islam at 6:15 PM

03 April 2010

HARAPAN KEPADA PEMUDA & PEMUDI


Blog Pemuda Masjid : http://pemudaassalam.blogspot.com

Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia.

Perkara ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.
Menurut Al Marhum as-Syeikh Dr Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah Usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi, Usia yang mengalir darah yang gemuruh, Usia yang tinggi idealisme yang luas, Usia yang memberi pengorbanan dan Usia yang menabur jasa. Menurut Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca Al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah. Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah,Pemuda adalah Generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu, Generasi amal dan membina jama’iy, Generasi rabbani dan ikhlas, Generasi yang bernasabkan Islam, Generasi da’awah dan jihad, Generasi dagang dan hidup bersama orang ramai, Generasi gagah dan agung dan Generasi seimbang dan sederhana.

Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da’awah.

Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan dunia ialah, kita perlu Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar, Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan ada, Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri, Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik , Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan , Belajar menerima teguran yang membina, Perakui kejayaan anda, sentiasalah merendah diri, Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada dan yang paling penting Bersyukur kepada ALLAH SWT di atas apa yang diberikanNya InsyaALLAH dengan kita memahami dan menghayati saranan di atas semoga kita dapat menjadi insan yang mulia, mempunyai sifat mahmudah dan kembali ke jalan yang benar, apa-apa yang baik itu datang dari ALLAH SWT dan yang buruk itu datangnya dari kejahilan kita sendiri, semoga ALLAH SWT memberi keizinan dan kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan ini dengan satu tekad, azam dan iltizam yang baru..

02 April 2010

ADAKAH KITA PEDULI ?




Adakah kita benar-benar PEDULI...??
Ditulis dan diedit oleh Cahaya Kelapangan on Thursday, April 1, 2010
/ Comments: (0)
Alhamdulillah..segala puji hanya layak utkMu ya Allah..Rabbul 'alamin.

Tatkala menyelak buku Peribadi Muslim karya Muhammad al-Ghazali, saya tertarik dengan dua hadis ini. Mari kita hayati bersama...

Sabda Rasul s.a.w :
"Janganlah salah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat Allah akan turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankan"
(Al-Tabrani)

Dan hadis berikutnya berbunyi,

Sabda Rasul s.a.w :
"Sesiapa yang berjalan bersama orang yang dizalimi, sehingga dapat ditegakkan haknya maka Allah akan menetapkan tapak kakinya di atas Titi Siratal-Mustaqim pada hari yang tapak perjalanannya akan tergelincir"
(Al-Asbahani)

Bila terbaca hadis ini terus saya teringatkan mereka, saudara-saudara saya dan saudara-saudara kalian juga. Mereka yang nun jauh di daerah sana.
Betapa mereka berjuang saban hari tanpa kenal erti putus asa. Mereka tak pernah menyerah walau mereka dihentam teruk, tak pernah berundur walau sekatan demi sekatan ditimpakan ke atas mereka, tak pernah mengalah walau 'jiran' mereka, saudara-saudara seislam mereka masih ada yang enggan membantu malah menyokong pihak musuh untuk menentang mereka. Subhanallah, hebatnya mereka..Kerana keyakinan mereka pada janji Allah bahawa Dia bersama-sama orang yang berjuang. Berjuang menegakkan kalimahnya.

Saya renung ke dalam diri, apakah saya benar-benar peduli dengan keadaan mereka? apakah saya benar-benar menghayati perjuangan mereka lantas berjuang bersama mereka? adakah hati saya benar-benar bersama mereka atau sekadar mulut saja yang berbicara?. Huh..perlu muhasabah kembali.

Sedang 'melayan' lagu-lagu dendangan shoutul harokah dan yang sewaktu dengannya, saya masih berfikir:

"Bila dengar lagu-lagu macam ni rasa semangat je. Tapi, semangat aku ni atas dasar apa? Sebab lagu yang rancak atau..."

Saya takut semangat masa dengar je. Lepas lagu tu stop, tak berapa lama lepas tu semangat pun habis.

Bersempena dengan program Lifeline4Gaza Break The Siege, saya ingin mengajak semua pembaca blog yang saya kasihi untuk sama-sama mengingati mereka dalam doa kita dan membantu mereka dalam apa jua bentuk yang kita mampu.

Mereka di Palestin bukan sekadar berjuang membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman Zionis, tetapi untuk menyelamatkan ISLAM. Andai jatuhnya Gaza maka seluruh umat ISLAM akan merasai kesan.

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."