RAKAN BLOG MASJID

08 July 2011

SULTAN RASMI MASJID ASSALAM BUKIT SENTOSA






HULU SELANGOR 8 JULAI : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar rakyat menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan pendapat bagi mengelakkan tercetusnya suasana tegang dalam negara.

Baginda turut menggesa supaya masyarakat di negeri Selangor bersatu-padu selain mengelakkan perbalahan sesama sendiri disebabkan oleh ideologi politik yang berlainan.

“Sekiranya ada sesuatu yang tidak memuaskan hati dan ingin meluahkan sesuatu pendapat, ianya hendaklah dilakukan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan provokasi yang boleh mencetuskan suasana tegang dan menjejaskan keamanan negara,” titah Baginda di perasmian Masjid Masjid As-Salam, Bukit Sentosa tengahari tadi.

Baginda menyeru agar rakyat Melayu di negeri Selangor supaya bersatu-padu dan mengelakkan perbalahan disebabkan oleh ideologi politik yang berlainan.

“Malah Beta akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan api permusuhan dan perbalahan antara kaum dan masyarakat di negeri Selangor ini,” titah beliau lagi.

Sultan Selangor turut mengingatkan bahawa masjid dan surau tidak harus digunakan sebagai tempat berkumpul bertujuan untuk menyertai sebarang perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Baginda turut menggesa semua pihak memastikan rumah ibadat Islam di Selangor kekal bebas daripada sebarang anasir politik berkepentingan.

“Justeru, langkah pencegahan di peringkat awal amat perlu supaya masjid kekal sebagai tempat awam dan berkecuali dari segala pengaruh politik dan mana-mana pihak yang berkepentingan,” titahnya lagi.

“Masjid dan surau janganlah digunakan sebagai tempat tidur atau berkumpul oleh mereka-mereka yang datang dari tempat lain untuk menyertai demonstrasi jalanan atau perhimpunan-perhimpunan yang diharamkan oleh pihak berkuasa,” titah Sultan Sharafuddin.

“Jika orang Melayu sanggup berkumpul di masjid atau surau untuk melakukan sesuatu yang salah disisi undang-undang, maka ini menunjukkan betapa rendahnya pemikiran orang-orang Melayu di dalam memuliakan rumah suci Allah ini kerana masjid dan surau adalah tempat suci dan mulia serta tempat untuk beribadat dan mendekati diri kepada Allah Subhanahu Wata’ala,” titah baginda lagi.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."