RAKAN BLOG MASJID

04 February 2012

CONTOHI PARA SAHABAT DALAM PENGORBANAN HARTA

. Kita diseru menjadikan pengorbanan harta sahabat Rasulullah s.a.w sebagai contoh teladan dalam usaha untuk menumbangkan kezaliman yang ada. “Sirah para sahabat menunjukkan kepada kita kesungguhan sahabat menyediakan kelengkapan perang yang melibatkan harta antaranya. Ketika berlangsungnya peperangan Tabuk, Othman yang sudah bersiap dengan kelengkapan unta dan barang dagangan telah mendermakan semua unta berjumlah beserta dengan muatan yang berada di atas untuk persiapan perang” Berdasarkan hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi daripada Abd Rahman bin Hubab al-Sullami bahawa Uthman telah menyediakan 300 ekor unta (300 ekor unta boleh dinilai hari ini dengan rm1.5 juta berdasarkan harga semasa seekor unta rm5000.). Menurut riwayat Abd Rahman bin Samurah, Uthman telah menyediakan 1000 dinar (1000 dinar bersamaan dengan rm859,000 menurut kiraan harini berdasarkan dinar emas Kelantan bernilai rm859 untuk 1 dinar). Riwayat yang lemah pula oleh Ibn `Adii daripada Huzaifah menyebut 10,000 dinar. Menurut Ibn Hajar barangkali ia bermaksud 10,000 dirham yang nilainya menyamai 1000 dinar ketika itu. Saidina Abu Bakar menyerahkan semua hartanya bernilai 4000 dirham (4000 dirham ketika itu bersamaan dengan 400 dinar. Nilaian emas berdasarkan Dinar Emas kelantan pada hari ialah 400 x rm859=rm343,600) Umar pula memberikan separuh harta. Abd Rahman menyediakan separuh harta sebanyak 2000 dirham (2000 dirham ketika itu bersamaan dengan 200 dinar. Nilaian emas berdasarkan Dinar Emas kelantan pada hari ialah 200 dinar x rm859=rm171,800) Sahabat yang tidak berkemampuan seperti Abu Uqail pula menyediakan setengah gantang kurma. Abu Khaithamah mempunyai 2 gantang kurma; separuh untuk keluarga dan separuh disediakan untuk perang."

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."