RAKAN BLOG MASJID

28 May 2012

BULAN REJAB MENGINGATKAN PEMIMPIN & RAKYAT !

Satu kisah penting berlaku menurut firman Allah di atas adalah Nabi Muhammad SAW diperjalankan (israk) dan dinaikkan ke langit (mikraj) sampai ke langit dan kembali ke bumi Mekah. Ia berlaku pada 27 Rejab, kalendar Hijrah. Israk ialah perjalanan Nabi dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa dan Mikraj ialah Nabi dinaikkan ke Hadhratul-Qudus menemui Allah. Dalam perjalanan itu, berlaku secara mukjizat (hanya kepada Nabi Muhammad SAW), lalu baginda dipertontonkan dengan segala kehebatan kejadian Allahdi alam syurga dan neraka. Amat penting diketahui juga ialah baginda bertemu dengan para Nabi dan menerima daripada Allah SWT amanat sembahyang lima waktu yang kemudian difardukan untuk sekalian umat Islam. Kesemuanya merupakan kehebatan akan kekuasaan Allah SWT yang ditunjukkan untuk diyakini, diimani dan diamalkan oleh setiap muslimin. Ia adalah kepercayaan keimanan sehingga kembalinya kita semua menemui Allah Rabbul Jalil. Tazkirah Rejab Sehubungan itu, pada kita semua diseru agar sepanjang bulan ini, tazkirah Rejab patut dikobarkan dengan kesedaran dan keinsafan diri untuk kita semua kental utuh menyakini akan kehidupan dunia pastinya menghadapi pula kehidupan akhirat yang kekal abadi. Falsafah agama sebegini, bagi seorang pemimpin pastinya dapat pula mengingatkan ahli atau rakyat yang dipimpinnya supaya semua lapisan dapat menjadikan sirah sepanjang Rejab ini sebagai panduan hidup yang hakiki.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."