RAKAN BLOG MASJID
27 August 2012
ALLAHHUAKBAR ! HILANG KERJA JUMPA PENCIPTA !
28 August 2012
Kisah Neil Amstrong dengar laungan Azan di bulan dan peluk Islam
Saje aku nak berkongsi kisah ni agar dijadikan panduan kepada kita tentang
kebesaran Allah . Sejauh mana kebenaran cerita ni aku tidak tak tahu.
Neil Armstrong dikatakan adalah orang yang pertama mendarat di bulan. Neil
pergi ke bulan menggunakan pesawat angkasa USA bernama Apollo, bersama
rakannya Buzz Aldrin. Pergi ke bulan merupakan perkara yang amat
menakjubkan bagi Neil. Panorama dan pengalaman tersebut tidak akan pernah
luput di dalam pemikiran Niel.
30 Tahun telah berlalu, ketika itu Neil mengambil keputusan untuk bercuti.
Dia banyak menghabiskan masa cutinya di Mesir dan ini merupakan kali
pertama beliau mengunjungi Kairo. Ini merupakan pengalaman baru Neil
mengunjungi dunia Islam dalam rangka lawatannya mencari hiburan dan
menenangkan fikiran setelah penat menghabiskan masanya untuk bekerja.
Apa yang berlaku di Mesir, Niel bersama rakan-rakannya yang lain sampai ke
sebuah hotel yang terletak di tengah Kota Kairo. Setelah mengurus
pendaftaran untuk menginap di hotel tersebut, dengan perlahan dia menuju
ke bilik hotelnya untuk berehat setelah penat menempuh perjalanan yang
jauh dari Amerika menuju ke Kairo. Ketika Niel berbaring di tempat
tidurnya, tiba-tiba terdengar seruan Azan.
Allahuakbar... Allahhhuakbar..
ketika Niel mendengar seruan tersebut, dia teringat sesuatu bahawa dia
pernah mendengar seruan ini. Niel cuba meneliti kembali di manakah dia
mendengar seruan ini. Niel cuba mengingat kembali apa yang dilaluinya
sebelum ini tetapi dia tetap tidak mampu untuk mendapat jawapannya.
Kemudian dia duduk, berdiri dan berjalan mundar mandir sambil mengambil
makanan ringan sebelum turun ke tingkat bawah untuk makan malam.
Ketika Niel sedang menjamu selera sambil berborak dengan rakan-rakan
sejawatannya dia sekali lagi terdengar kumandang azan dari salah satu
menara masjid yang berdekatan dengan hotel tersebut. Dia terdiam sejenak
dan cuba mengingati kembali dimanakah dia pernah mendengar seruan ini. Dia
cuba menghayati kalimat azan.
Dia kemudian memanggil pelayan restoran dan bertanya dengannya "Adakah
kamu boleh berbahasa Inglish?"
Si pelayan menjawab : "Ya boleh sedikit-sedikit"
Niel tersenyum & berkata : "Seruan apa yang kedengaran sebentar tadi?"
Pelayan itu kemudian menjawab : "Maaf saya tidak faham apa yang
dimaksudkan oleh tuan"
Neil kemudian menyebut : "Allahu akbar.. Allahu Akhbar"
Pelayan itu kemudian berkata : "Itu panggilan untuk bersolat, panggilan
kepada seluruh kaum muslimin untuk pergi ke masjid untuk melaksanakan
solat dan ianya berlaku 5 kali sehari"
Niel pun mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut atas
penjelasannya dan kemudia dia menyambung makan malamnya sambil duduk diam
tanpa berkata apa-apa. Tiba-tiba dia bangkit dan meninggalkan
rakan-rakannya lalu naik menuju ke kamarnya sambil duduk berfikir. "Aku
pasti mendengar salah satu filem yang pernah aku tonton" sejenak dia
berfikir "ataupun mungkin di tempat lain?"
"Ah tidak, bukan filem!!.. aku mendengar dengan telinga ku sendiri yang
bergema di udara, tetapi di mana?" dia mengelamun memikirkan seruan
tersebut sehingga ketiduran. Ketika fajar menjelma, Neil terbangun dan
sekali lagi dia mendengar seruan azan.
Allahu akhbar... Allahhuakbar...
Dia pun segera bangkit, duduk di tepi beranda dan cuma mengamati seruan
azan tersebut. Neil teringat kembali apa yang berlaku 30 tahun lalu yang
merupakan tempoh gemilang dalam hidupnya. Ketika itu dia merupakan salah
satu astronot kapal angkasa USA yang juga merupakan kapal angkasa USA yang
mampu mendarat ke bulan. Tiba-tiba dia sedar... "Ya.. di sanalah aku
mendengar seruan ini untuk pertama kalinya dalam hidupku".
Kemudian dia berseru dalam bahasa Inglish tanpa sedar, "Wahai tuhan yang
maha suci, ya tuhan, benar aku ingat bahawa di sanalah iaitu di permukaan
bulan buat kali pertama aku mendengar seruan tersebut dan kini aku
mendengarnya di Kairo iaitu di bumi"
Dalam hatinya berharap untuk mendengar seruan itu lagi. Dia mengelamun
sehingga pagi dengan harapan dia dapat mendengar seruan itu lagi. Tetapi
seruan yang ditunggu tidak kunjung tiba.
Akhirnya dia bangkit dari tempat tidurnya dan bersiap untuk sarapan pagi.
Dia kemudian terus keluar bersama rakan-rakanya manakala seluruh panca
inderanya begitu sensitif untuk mendengar seruan itu lagi. Dia ingin
meyakinkan dirinya dan memberitahu rakan-rakannya yang lain mengenai apa
yang dialaminya.
Rombongan kemudian melawat di sebuah muzium Fir'aun dan pada ketika itu
dia mendengar lagi laungan azan yang mengalun merdu dengan irama yang
indah dari sebuah pembesar suara yang boleh di dengar seluruh pelawat di
mezium. Neil kemudian meninggalkan rombongannya dan berjalan menuju ke
arah seruan itu sambil mengamatinya. Dia kemudian memanggil rakannya
"apakah awak dengar apa yang saya dengar"
"Ya" jawab mereka.
"Tahukah anda semua di mana aku pernah mendengar seruan ini sebelum ini?
Aku mendengarnya di permukaan bulan pada tahun 1969."
Rakanya kemudian memanggil Neil "Mr. Armstrong, mari kita ke sana untuk
berbicara sebentar". Kemudian mereka berdua pergi ke salah satu sudut dan
mulai berbincang mengenai perasaan anehnya.
Tidak lama kemudian.. Neil meninggalkan rombongan dan mengambil teksi dan
terus pulang ke hotel, diwajahnya kelihatan kemarahan dan emosi yang
berkecamuk. "Bagaimana mungkin dia berkata bahawa aku mengada-ngada dan
mereka-reka cerita serta aku telah gila." fikirnya.
Neil berdiri di biliknya selama dua jam sambil dan kemudian baring sambil
menunggu seruan itu berkumandang semula... Pada ketika itu seruan azan
bergema..
Allahu Akhbar.. Alllahhhuakhbar...
Neil bangkit dan berdiri di jendela untuk mengamati azan itu semula.
Kemudian dia berkata, "Tidak, aku belum gila, aku tidak gila, aku
bersumpah demi tuhan bahawa inilah yang aku dengar di permukaan bulan."
Neil turun lambat untuk menikmati hidangan kerana tidak mahu bersua muka
dengan rakannya.
Perkara ini berlangsung sehingga hari terakhir tempoh lawatan tersebut.
Kesemua rombongan balik semula ke Amerika.
Di Amerika, Neil berusaha mendalami ilmu agama Islam, pada ketika itu dia
mulai tertarik dengan Islam. Akhirnya, beberapa bulan kemudian, dia
mengumumkan dia masuk Islam secara rasmi dan pada masa yang sama dalam
wawancara dia menyatakan dia masuk islam kerana dia telah mendengar azan
dengan telinganya sendiri di permukaan bulan.
Asyahadua an laaa ilaaha illallahhhhh
Wa Asyhadu anna muhammadar Rasullallahhhh..
Tidak lama kemudia, dia menerima sepucuk surat dari NASA, surat itu
merupakan surat pemecatannya dari NASA. Sebab dan musabab dia dipecat
tidak dapat diterangkan disini kerana tidak saya tidak jelas mengenainya.
Neil Armstrong berseru dalam sebuah majalah. "Memang aku kehilangan
pekerjaanku, tetapi aku menemukan Allah"
Allahualam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERINGATAN BAGI LELAKI !
Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat
tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit
kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat
tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit
kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."
No comments:
Post a Comment