RAKAN BLOG MASJID

08 August 2012

HIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR

“Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar” (Al-qadr, ayat 1-5)
Ramai orang mencari-cari malam Al-Qadr ini. Mahu ibadahnya dikira seperti beribadah lebih dari 1000 bulan seperti yang diumumkan oleh Allah swt. Maka bermacamlah caranya orang berusaha mendapatkan malam ini. Ada yang pada 10 malam terakhir ini, dia bersungguh-sungguh buat ibadah tanpa henti, mengisi waktunya dengan sebenar-benar pengisian. Tak kurang juga yang hanya pilih malam ganjil sahaja, malam genap dia tak sungguh-sungguh. Ada pula yang hebat dalam kira-kira, membuat pengiraan matematik, menjangka bila datangnya Malam Al-Qadr untuk tahun ini dan tahun mendatang. Macam-macam. Mungkin kita daripada sebahagian dari yang banyak-banyak berusaha itu. Jadi, setakat hari ini. Sahabat dah jumpa Lailatulqadar? Atau hanya menanti sahaja? 10 malam terakhir Ramadan. Padanya dijanjikan Lailatul Qadr bersama kebaikannya mengatasi 1000 bulan. (Surah al-Qadr:3) 10 malam terakhir Ramadan. Ummul Mukminin Aisyah radiyallahu 'anha melaporkan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengasingkan diri daripada isteri-isteri Baginda. 10 malam terakhir Ramadan. Golongan salafus soleh dan pengikut-pengikut mereka dari kalangan imam-imam dan para ulama memilih untuk beriktikaf di masjid, memperbanyakkan amalan bertaqarrub dengan Allah. 10 malam terakhir Ramadan. Kelompok orang-orang yang beriman dan yakin dengan janji Allah berusaha memaksimakan amalan wajib dan sunat beserta doa dan harapan semua amalan diterima Allah. 10 malam terakhir Ramadan. Satu kelompok lain berada di pusat membeli belah atau bazar-bazar. Memilih dan membeli baju raya anak-anak dan diri sendiri. 10 malam terakhir Ramadan. Satu kelompok lagi sibuk dengan persediaan menyambut lebaran. Kain langsir perlu diganti baru. Sofa dan meja makan perlu diubah susun aturnya. Kuih raya belum cukup untuk hidangan sebulan Syawal. Suami isteri saling bekerjasama. Masjid dan surau semakin kurang pengunjungnya. 10 malam terakhir Ramadan. Tidak kurang juga yang melekat di depan tv menonton siaran-siaran menarik yang disiarkan melalui saluran Astro.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."