RAKAN BLOG MASJID

17 December 2012

PETUA LEMBUTKAN HATI KANAK-KANAK

Petua untuk lembutkan hati kanak-kanak sudah banyak diberikan oleh para kaunselor samada dalam golongan agamawan maupun profesional. Antara yang banyak membincangkan tentangnya ialah pakar motivasi yang amat dikenali, Dr. Fadhilah Kamsah. Ustazah Nur Bahiyyah pun ada petua sebegini.

Untuk meraikan yang bertanya maka saya cuba jawab serba sedikit. Mengikut Kamus Dewan, edisi ketiga (2002) “petua” ialah nasihat, petunjuk, atau panduan yang berguna (biasanya oleh orang tua-tua atau yang bepengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan.

Seperti yang tersebut dalam Kamus Dewan, saya simpulkan bahawa petua bukan fatwa yang wajib diikut dan bukan juga berdasarkan nas yang bersifat qat’i (pemutus). Banyak petua ustaz itu dan ustaz ini yang menganjurkan baca surah-surah atau ayat tertentu untuk melembutkan hati kanak-kanak.

Antara ayat yang dibaca ialah surah Taha ayat satu hingga lapan, surah ar Rahman ayat satu hingga empat dan diakhiri dengan surah al- syarh. Ada juga yang menganjurkan agar membaca surah al-asr tiga kali dan dihembuskan ke dalam hidung kanank-kanak ketika dia menarik nafas semasa tidur.
Perlu disebut di sini bahwa al-quran semua sekali bersifat syifa’. Dalilnya Allah sebut:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (yunus:57).

Adapun ayat-ayat yang dibaca untuk melembutkan hati kanak-kanak itu maka ianya adalah petua daripada orang-orang dulu yang boleh kita amalkan sebagai salah satu jalan ikhtiar. Nak baca ayat lain boleh juga. Itu dari segi bacaan. Dari segi amalannya pula ialah seperti berikut:

1.Tangani dengan rotan
عن ابن عباس عن الرسول صلى الله عليه و سلم قال : " علقوا السوط حيث يراه أهل البيت ، فإنه أدب لهم " .
Hendaklah kamu menggantungkan rotan di rumah kamu di tempat yang boleh dilihat oleh ahli rumah.

2.Didikan berterusan
Kejayaan mendidik bukanlah datang sejurus setelah dididik. Ianya memerlukan masa yang panjang. Hari ini mereka nakal, besok jadi ahli fatwa. Siapa tahu kanak-kanak yang selalu menjajal lari dari sekolah itu kelak menjadi wali Allah.

3.Tarbiah melalui pengkisahan
Dengarkan mereka cerita-cerita tauladan yang boleh diambil pengajaran. Al-quran sendiri sarat dengan kisah tauladan. Kanak-kanak suka dengar cerita. Selitkan unsur tauladan daripadanya.

4.Tauladan yang baik daripada cikgu
Kalau kita cakap jangan merokok maka kita janganlah merokok. Dalam sukatan tahun lima buku agama ada sebut tentang kelebihan solat berjemaah. Kita ajar murid kelebihan solat berjamaah tapi kita tak berjamaah. Kanak-kanak tak admire kita.

5.Doa
Doa adalah senjata mukmin. Jangan tidak berdoa. Berdoalah kepada tuhan. Boleh doa dalam apa-apa bahasa. Contohnya “Ya Allah, jadikanlah kanak-kanak ini orang yang berjurus”.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."