Umrah Kanak-kanak
Berapa hari yang lalu saya telah dihubungi oleh seorang kawan bertanyakan tentang umrah budak belum mumayyiz. Kawan saya ini akan menunaikan umrah bersama isteri dan anak kecilnya yang sebaya dengan anak saya, Muhammad. Nama anak kawan saya ini juga Muhammad. Catatan tentang Muhammad boleh dibaca di teratak bayt al Iman.
Secara ringkasnya kanak-kanak tidak diwajibkan haji ataupun umrah, tetapi jika dikerjakan juga, ibadatnya sah. Pahala akan diberi kepada anak ini dan juga ibu bapanya yang menolongnya menjalankan ibadat. Ibadat haji dan umrah yang dikerjakan oleh kanak-kanak tidak gugur kewajipannya jika kanak-kanak ini sudah cukup umur.
Al imam Muslim dalam kitab sahih Muslim menyebut satu hadis nabi dalam kitab haji, bab sahnya ibadat haji bagi budak kecil dan pahala bagi orang yang melakukan ke atasnya, hadis nombor 1336:
Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. bertemu dengan sekelompok orang yang berkenderaan di Rawha' - sebuah tempat di dekat Madinah, lalu baginda bertanya "Siapakah kaum ini?" Mereka menjawab: "Kita kaum Muslimin." Kemudian mereka bertanya: "Siapakah Tuan?" Baginda menjawab: "Saya Rasulullah." Kemudian ada seorang wanita yang mengangkat seorang anak kecil di hadapan bagimnda lalu bertanya: "Adakah anak ini perlu beribadat haji?" Baginda menjawab: "Ya dan untukmu - wanita itu - juga ada pahalanya." (Riwayat Muslim)
Al imam an nawawi menaqalkan hadis ini dalam kitabya Riyadhus solihin dalam bab bekerjasama dalan kebaikan dan ketaqwaan. As Syaikh Uthaimin dalam syarahan beliau berkenaan hadis ini menyatakan bahawa haji budak kecil adalah sah. Kanak-kanak belum baligh akan mendapat pahala di atas kebaikan yang dilakukan dan tidak mendapat dosa kerana belum sampai umur taklif.
Posted by mohdrusli
No comments:
Post a Comment