Hukum Pakaian Yang Dibasuh Dengan Mesin Basuh Automatik
Adakah pakaian yang dibasuh menggunakan mesin basuh automatik telah suci dipakai untuk solat tanpa perlu dibilas terlebih dahulu?
Jawapan:
Dalam hal ini, perlu dilihat dalam beberapa aspek. Pertamanya, apakah pakaian yang dibasuh dengan menggunakan mesin basuh automatik itu merupakan pakaian yang bernajis atau tidak. Sekiranya pakaian tersebut bernajis seperti terkena air kencing anak dan sebagainya, maka pakaian tersebut hendaklah dicuci terlebih dahulu untuk menghilangkan najis pada pakaian tersebut sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Sekiranya tidak dicuci terlebih dahulu, maka pakaian yang bernajis itu akan bercampur dengan pakaian lain yang turut dibasuh, lalu mengakibatkan kesemua pakaian dan mesin basuh tersebut dikira bernajis. Oleh yang demikian, perlu dibilas dan dibasuh mesin basuh tersebut.
Sekiranya pakaian yang dimasukkan ke dalam mesin basuh automatik tidak bernajis (walaupun pada adat menganggapnya kotor), maka ia tidak mempunyai sebarang masalah untuk dipakai ketika solat walau pakaian tersebut tidak dibilas. Hal ini adalah kerana menurut hukum syarak, pakaian yang tidak terkena najis adalah suci sama ada dibasuh atau tidak. Oleh yang demikian, sekiranya tidak dibilas sekalipun pakaian itu, ia masih dianggap suci.
Komen luar
Pakaian yg bernajis dikira suci apabila di basuh dgn mesim basuh dengan dua cara:-
1) Pastikan pakaian dimasukkan dahulu ke dalam mesim basuh sebelum air. Air yg jatuh ke atas pakaian bernajis akan menyucikan najis tersebut khususnya najis hukmi yg tidak dapat dikesan krn tiada zat najisnya dan kering. Jangan penuhkan air dulu dlam mesim kemdn memasukan pakaian yg bernajis krn ia akan menajiskan semua pakaian. Ulamak kita membezakan antara air jatuh ke atas najis yg boleh menyucikan dan najis jatuh ke dlm air yg akan menajiskan semua. Sila rujuk Subulussalam dlm menghuraikan hadith orang kampung kecing dalam msjid nabi.
2) Ikut mazhab Maliki. Air yg tidak cukup dua kolah terkena najis dan tidak berubah ia bukan air mutanajjis, suci dan menyucikan. Oleh itu jika air basuhan akhir wrnanya putih, tiada bahu dan tidak bernajis....maka pakaian tersebut adalah suci.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment