RAKAN BLOG MASJID

18 May 2013

KATA-KATA INDAH BAK MUTIARA

Mutiara Kata
Saidina Ali r.a.

* Sifat pemarah adalah musuh utama akal.
* Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.
* Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya.
* Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata.


Hamka

* Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran.

* Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya.

* Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang.


Luqman al-Hakim

*Walaubagaimana alim pun seorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.
زهرة الجنه
Dicatat oleh zahratul jannah

1 comment:

  1. Tn Nazir, minta di mesyuaratkan balik supaya ON speaker luar semasa kuliah maghrib demi menyebarkan syiar Islam. Kini sunyi sepi sama seperti yg berlaku di surau Muhajirin. Mintak ON speaker luar pada volume yg sederhana. Sebarkan mesej dakwah ke serata alam bukan sekadar dalam masjid sahaja. Berani kerana benar. Usah takut pada kapir mabuk. Selamatkan saudara kita yg masih dlm kegelapan. Bawa mereka kpd cahaya Islam. Jazakallah.

    ReplyDelete

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."