RAKAN BLOG MASJID

19 January 2014

TALHAH BIN UBAIDILLAH

Mungkin ramai yang belum tahu kisah sahabat s.a.w yang seorang ini. Nak tahu apa yang menyebabkan beliau mendapat gelaran sahabat Nabi s.a.w yang dijanjikan syurga? Teruskan pembacaan ...
Talhah bin Ubaidillah merupakan sahabat karib Zubair (juga merupakan salah seorang sahabat Nabi s.a.w yang dijanjikan syurga). 

Talhah pernah digelarkan Rasulullah s.a.w sebagai "Syuhada' yang berjalan di muka bumi" kerana keberaniannya dalam peperangan Uhud dan pengorbanannya melindungi baginda s.a.w dalam peperangan tersebut.

Dalam peperangan Uhud, beliau telah terkena lebih daripda 70 tikaman pedang atau panahan anak panah dan masih mampu bertahan dengan segaknya.

Ketika tersebar berita bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat, Talhah yang sedang memapah baginda s.a.w ketika itu berkata; "Aku tebus dikau wahai Rasulullah s.a.w dengan ayah dan ibuku," menggambarkan kecintaan yang besar beliau terhadap ar-Rasul s.a.w.

Subhanaallah..
Betapa hebatnya Talhah bin Ubaidillah..

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."