Tadabbur al-Qur'an
"Dah baca al-Qur'an hari ini?" Itu soalan yang biasa. Baca Qur'an setiap hari juga sepatutnya perkara biasa dan menjadi rutin. Sepatutnya tidak perlu diperingat lagi.
Hari ini sepatutnya kena up sikit pertanyaan berkenaan. " Sudah tadabbur al-Qur'an hari ini?" Mengikut penjelasan Ustaz Wan Samsuddin dalam ceramahnya tempoh hari, tadabbur ini membawa makna memerhati bacaan, gheti apa yang dibaca, dan laksanakan apa yang dibaca tadi dalam mentadbir urus kehidupan ini.
Begitu juga pertanyaan, "Sudah solat?" Sepatutnya tanggung-jawab solat ini sudah menjadi darah daging. Tidak perlu di remind setiap masa contohnya oleh ibu kepada anak, atau suami kepada isteri.
Solat itu ialah hubungan hamba dengan Allah, penciptanya, dan pencipta seluruh alam ini. Maka kena pelihara benar soal mendirikan solat ini. Pabila elok solat maka eloklah yang lain. Antara syirik dengan kufur batasannya ialah solat. Antara kufur dengan iman batasannya juga solat. Jika meninggalkan solat fardu maka itu ialah kufur yang nyata, dosa besar. Jenayah besar dalam Islam.
Hari ini sepatutnya haq2 solat sudah terpelihara. Apa haq2 solat? Iaitu menjaga syarat sah solat, rukun2 solat yg 13 itu, dan segala adab2 solat. Khusyuk dalam solat ialah ingat Allah tika solat. Setiap kali otak melilau ke tempat lain tika solat, maka kena tarik balik ingat kepada Allah. Kena jaga setiap perbuatan, ikhlas zahir dan batin kerana Allah dan menghadirkan diri ke hadapan Allah, membawa jiwa raga ke hadapan Raja segala raja, Penguasa segala penguasa.
Tengok tempat sujud sepanjang mendirikan solat itu walaupun bagi mata yang buta, kecuali tika ucapan '..illallah' pada naik jari dalam bacaan tahiyyat, kemudian kembali tengok tempat sujud. Fokus mata, betul serta faham bacaan, dan hadir hati untuk dapat khusyuk solat.
Sempena bulan Rabiulawal yang baru berlalu pergi yang menyaksikan bulan kelahiran dan kewafatan Nabi SAW, maka afdal untuk saya coretkan sedikit bahan untuk memberi semangat kecintaan dan kerinduan kita kepada NAbi SAW, pempimpin agung umat manusia untuk membawa taat kita kepada Allah.
Tidak diutus Nabi SAW kecuali menjadi rahmat kepada sekelian alam termasuklah segala tumbuhan, haiwan, jin, malaikat, dunia, planet, bintang, seluruh ciptaan di cakrawala, kecuali syaitan.
Nabi SAW di belah dada untuk disucikan hati daripada segala kekotoran jiwa. Mengikut riwayat sirah, Nabi dibelah dada sebanyak tiga kali sepanjang hayatnya iaiatu tika umur 5 tahun, umur 40 tahun sebelum menerima wahyu pertama, dan tika di usia 52 tahun sebelum peristiwa israk-mikraj. Untuk menjadi pemimpin masa depan maka hati mesti di didik sejak kecil. Didik dengan pendidikan Allah, jauhi maksiat dan taat pada Allah dan Rasul-Nya.
Buta huruf Nabi SAW tidak sama dengan buta huruf umatnya. Nabi SAW sangat cerdik dalam ertikata Baginda itu bersifat siddiq iaitu benar, amanah iaitu jujur pada segenap hal, tabligh iaitu menyampaikan segala perintah Allah, dan bersifat fatonah iaitu cerdik dan bijaksana dalam mendatangkan wahyu Allah sebagai pegangan dan cara hidup.
Ibubapa mestilah menekankan pendidikan rabbani demi membentuk seorang anak yang cemerlang bukan sekadar di dunia malah hingga ke akhirat. Kalau dia menghafal al-Qur'an 30 juzuk, takkan tidak boleh menghafal formula matematik?
Kita lihat tokoh ilmuan dalam sejarah Islam, semuanya adalah hafiz 30 juzuk al-Qur'an. Ibnu Sina yang terkenal sebagai pakar perubatan yang menjadi rujukan barat itu sebenarnya ialah seoarang pakar feqah, pakar hadis dan hafazan 30 juzuk al-Qur'an.
Soalan yang biasa kita dengar dalam masyarakat ialah, "Macamana seorang doktor hafaz al-Qur'an?" Kagum dan macam tak percaya dia.
Sepatutnya soalan yang di tanya ialah, "Macamana hafiz al-Qur'an boleh jadi doktor?" Dalam sejarah keagungan Islam, semua tokoh2 hebat Islam adalah merupakan mereka dalam kalangan penghafaz al-Qur'an.
Hatta kita lihat para syuhadah yang ramai dipilih Allah untuk gugur syahid menentang kezaliman rejim zionis Israel di Palestin adalah daripada kelompok para hafiz al-Qur'an. Malah ibubapa di sana meletakkan satu standard iaitu kamu mesti hafiz 30 juzuk al-Qur'an untuk layak ke medan juang di barisan hadapan untuk menentang musuh2 Islam.
Para pejuang yang gugur syahid ini di angkat menjadi idola dalam masyarakat dan gambar2 mereka di letakkan di poster2 besar iklan di tepi jalan2 utama sebagai pencetus umat, penaik semangat jihad dan watak yang dikagumi oleh masyarakat. Bukan poster penyanyi k-Pop, pemain2 bola EPL atau artis2 glamour Hollywood yang anak muda banggakan sebagaimana di negara kita ini.
Sebagai konklusi kita mestilah menyayangi Nabi SAW melebihi sayang kita kepada manusia yang lain hatta anak atau ibubapa sendiri. Nabi SAW adalah tauladan kepada kita. Jadikan Nabi SAW sebagai idola kita.
Di akhirat nanti kita akan bersama orang yang kita sayangi. Nabi SAW ialah pilhan kita. Di Padang Mahsyar yang hura hara nanti dikala tiada pertolongan hadir malainkan syafaat Nabi SAW maka kecintaan kepada NAbi SAW bakal melayakkan seseorang untuk dapat menikmati keistimewaan dan pertolongan Nabi SAW dalam bentuk yang tidak ternilai iaitu syafaat Nabi SAW.
Tanda cinta kepada Nabi SAW yang sangat boleh kita serlahkan termasuklah menjadikan Nabi sebagai contoh, banyakkan berselawat, biasakan dengan akhlak mulia, selalu merindui Nabi, kena menyampaikan risalah Nabi, sanggup mengorbankan jiwa dan harta dalam menegakkan Islam, teruskan perjuangan sebagaimana perjuangan Nabi, dan berusha membina masyarakat Islam.
*****
Menjadi kewajiban setiap Muslim untuk mentadabbur al-Qur'an bagi kefahaman yang benar. Bagi orang beriman yang bukan ahli ilmu dan tidak pula berbahasa Arab, maka tidaklah menghalang untuk membaca, memahami dan memikirkan isi Al-Quran, mengambil pelajaran daripadanya dan seterusnya dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman kerana Al-Quran telahpun diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Antara kaedah yang diunjurkan untuk mentadabbur al-Qur'an ialah PFFH:
- Perhati : Maksudnya melihat dengan teliti, peka atau ambil peduli.
- Fikir : Maksudnya menggunakan akal yang bijak dalam memikirkan sesuatu.
- Faham : Maksudnya mengetahui sesuatu itu dengan lebih mendalam.
- Hayati : Mengalami, merasai atau terkesan sesuatu dalam hati.
Pabila disatukan keempat-empat kaedah tersebut, dapatlah kita melihat Al-Quran itu dari sudut yang sedikit berbeza dari sebelum ini. Contoh ringkas untuk kita sama2 renung dan fikir:
Terjemahan Surah Al-Fatihah:1-2
- Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
- Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
*****
- Perhati : Ini adalah surah pembukaan kepada Al-Quran dan pemulanya adalah pengenalan bahawa Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan pujilah hanya kepada Allah; Rabb yang mencipta dan mengatur seluruh alam.
- Fikir : Tidak ada sesiapa pun di muka bumi ini yang lebih pemurah dan lebih penyayang selain Allah kepada makhluknya.
- Faham : Sekiranya Allah tidak menetapkan Diri-Nya sebagai Maha Pemurah dan Maha Penyayang dan mengaturkan alam ini (takdir) maka huru-haralah manusia dan pincanglah perjalanan planet-planet yang ada.
- Menghayati : Segala sesuatu telah diaturkan kepada makhluknya.
Jadi kepada mereka yang menolak Al-Quran dan menggantikannya dengan yang lain, sama seperti mereka menolak kurniaan Allah dan inilah orang-orang yang lebih buruk daripada binatang ternakan. Begitu juga bagi mereka yang menyambut sakan maulud Nabi sekali setahun tapi mengingkari ajaran Nabi sepanjang tahun. Nau'zubillah.
"Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakkan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)." (Surah Al-Furqaan:44)
http://schooloftots.blogspot.com
Assalamualaikum pd ahli jawatankuasa masjid dan pembaca blog ini..
ReplyDelete1. Alhamdulillah majlis ilmu blh dikatakan setiap mlm syukur.
2. Kami mohon supaya pihak masjid beri perhatian pd sistem audio krn kualiti bunyi yg dikeluarkan tidak berapa jelas. Memang bunyi yg dihasilkan dr pembesar suara kuat tetapi butir bicara penceramah tidak dpt didengar dgn jelas.
3. Kami mohon diperbetulkan sistem audio supaya majlis ilmu yg disampaikan dpt dihayati dgn sepenuhnya.