Saya berkesempatan mengikuti kuliah Ustaz Ramli Abu Bakar di Masjid As-Salam Bukit Sentosa malam tadi. Ramai orang leka dengan cinta dunia, terpesona dengan perhiasan dan keindahannya. Walhal dunia ini adalah tipudaya dan sandiwara malah boleh menjadi racun dan perangkap. Dunia boleh membunuh iman, amal, akhlak dan kesabaran.
Dunia nampak lawa, rupanya racun yang berbisa. Dunia boleh membawa manusia lara dan makin jauh daripada Allah. Ramai manusia yang sakit jiwanya. Penawarnya ialah zikrullah iaitu sentiasa mengingati Allah.
Sebelas bulan dalam setahun manusia bertembung dengan maksiat dan gelojak nafsu. Hingga ramai yang cedera parah dalaman hingga lumpuh segala. Ramadan datang sebagai penyembuh segala kecederaan itu.
Ramai manusia sudah jadi lali dengan dosa. Makin hari makin jauh hingga terperangkap dalam gelap gulita tipu daya dunia. Kalau zaman dulu kat kampung2 orang berak kat tepi2 sungai atau dalam semak samun, maka orang2 tua pesan kalau nampak orang dok tengah berak, jangan tengok. Begitulah pesan ustaz tengok dunia ini, jangan tengok.
Dunia ibarat bangkai yang busuk, maka jangan tengok. Mereka yang mencari dunia ibarat haiwan yang rutin mereka ialah bangun, makan, tidur. Hindarkan pandangan dari dunia yang menipu itu kerana ia sungguh meloyakan dan boleh membinasakan.
Kecantikan dunia juga bersifat sementara. Tika pokok bunga sakura kembar mekar dengan warna pink dan biru di Skudai tempoh hari, ramai orang terpesona akan kecantekannya dan sanggup berhenti sejenak untuk snap gambar dan shoot video untuk merakamkan kecantekan itu. Beberapa hari berlalu dan bunga sakura gugur layu, tiada kecantekan lagi. Manusia tiada lagi berhenti di tepi jalan untuk melihat keindahannya.
Ramadan dikurniakan dengan Lailatul Qadar. Carilah Lailatul Qadar yang nilainya lebih baik dari 1,000 bulan itu. Cari dia dengan ibadah yang tulus ikhlas kerana Allah. Tanda dapat Lailatul Qadar yang di cari itu ialah bila mana selepas Ramadan makin kuat dia beribadah.
Yang penting kita kena berusha dengan rasa patuh kepada Allah dalam menghayati bulan Ramadan ini. Kita bertembung head-to-head dengan hawa nafsu. Bersedia melalui Ramadan dengan melengkapkan ilmu di dada. Rugilah orang yang tak mengaji tak belajar. Mati jiwanya, mati perasaannya, makin jauh dia dengan Allah.
Menu makanan ruhani untuk 30 hari di bulan Ramadan sudah keluar dan tersebar. Saya tidak terkecuali menerimanya dalam grup Whatsapp dan merasakan sesuai untuk kita kongsi-kongsikan sebagai penggerak semangat dan pencetus strategi dan lankah awal untuk memaksima usaha amal yang soleh di bulan mulia ini.
Antara 30 juadah sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ini yang disyorkan oleh para bijak pandai ialah seperti berikut:
Tilawah al-Qur'an sejuzuk sehari paling kurang.
Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam.
Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
Beri makan orang berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
Solat Tahajjud setiap malam minima 2 rakaat.
Solat Dhuha setiap pagi.
Sedekah setiap hari minima seringgit.
Pastikan bangin dan makan sahur setiap hari.
Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
Tadarus al-Qur'an sambil memahami maksudnya.
Ziarah orang yang kurang bernasib baik.
Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadan.
Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.
Elakkan membeli mkanan daripada tangan2 orang yang fasik.
Jauhkan aktiviti yang lagha.
Banyakkan zikir harian dan berdoa.
Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dalam sehari.
Ajari diri dgn sifat rendah hati kerana Allah.
Mudah memohon maaf dan memberi maaf.
Menjaga dan menghubung silaturrahim.
Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna.
Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati drp perkara2 yang dilarang.
Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
Perbayakkan amalan2 sunat dan solat sunat rawatib.
Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (bagi suami & anak2 lelaki).
Lazimi untuk kawal dan tahan marah dan didik diri utk lebih bersabar.
Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah dikala senang maupun susah.
Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.
Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan.
Ikhlaskan hati kerana Allah dalam setiap perlakuan dan amal ibadah kita dengan hadirkan Allah didalam hati. Berusaha menjalani Ramadan kali ini dgn sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadan terakhir buat kita.
No comments:
Post a Comment