RAKAN BLOG MASJID

24 November 2009

ISLAM DIGERUNI YAHUDI BILA JEMAAH SUBUH MENYAMAI JEMAAH SOLAT JUMAAT



Sabdaan:“Barangsiapa yang solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia telah solat separuh malam. Dan barang siapa solat Subuh berjemaah (atau dengan solat Isyak seperti yang tertera dalam hadis Abu Daud dan Tirmizi) maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam semalam penuh.” (HR Muslim).

“Pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku yakni bila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat.”

Atas dasar apa dia berkata demikian, tidak pula dinyatakan secara pasti. Namun jika kita sendiri melihat situasi ini lebih dekat, ada logik dan kebenarannya.
Pada awal tahun yang lau, terjadi satu tragedi besar dalam dunia Islam. Tentera Israel (semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka) telah menyerang Palestin. Pelajar-pelajar Islam di tempat saya belajar ketika itu telah bangun melancarkan demonstrasi.

Saya masih ingat bagaimana ucapan berapi-api daripada para pemimpin pelajar ketika itu telah membakar emosi dan menimbulkan rasa marah yang amat sangat kepada tentera Israel. Bendera Israel, patung Ehud Olmert (PM Israel) telah dibakar. Ucapan yang berapi-api telah disambut oleh jeritan, “Allah hu Akbar! Allah hu Akbar!” telah bergegar di padang tempat kami melakukan tunjuk perasaan.

Rasa-rasanya, kalau dilihat pada semangat yang memuncak, bagaikan semua telah bersedia untuk dihantar ke Palestin untuk membantu rakyat Palestin bagi mempertahankan daerah Palestin yang di cerobuhi tentera Israel.. Bilangan pelajar Islam yang berdemonstrasi saya rasa hampir mencecah ribuan orang.

Keesokan harinya, sewaktu solat Subuh di Pusat Islam, saya dapati hanya beberapa kerat pelajar yang datang untuk solat berjemaah. Sangat minoriti, tidak sampai satu saf pun. Ke mana perginya mereka yang bersemangat berapi-api semalam? Tidak ada laungan Allah hu Akbar lagi sekalipun untuk sekadar bertakbiratul Ihram. Dan paling aneh, para pemimpin pelajar yang hebat berpidato itu pun tidak muncul-muncul.
Cuba fikirkan mengapa terjadi demikian? Akan gerunkah musuh Islam kepada umat yang tidak solat Subuh berjemaah ataupun tidak bangun Subuh langsung? Pada hal demonstrasi hakiki yang benar-benar menggerunkan musuh (berdasarkan pengakuan penguasa Yahudi sendiri) ialah solat Subuh secara berjemaah yang dilakukan oleh majoriti umat Islam.

Tidak salah membakar bendera negara yang menzalimi umat Islam, tetapi alangkah baiknya jika kita terlebih dahulu “membakar” selimut syaitan yang menghalang kita bangun untuk solat Subuh berjemaah? Tidak salah bertempik dan bertakbir bagi menunjukkan kemarahan kita terhadap musuh Islam, tetapi alangkah baiknya jika suara itu digunakan juga untuk bertabiratul Ihram dalam solat Subuh secara berjemaah?
Hemm, mampukah orang yang “liat” bangun Subuh berjemaah demi cintanya kepada Allah berangkat ke medan jihad untuk memerangi musuh Allah??.

Ada tokoh yang hebat yang begitu menarik kata dan ucapannya tentang Islam… begitu indah, bersemangat dan menyentuh. Tetapi apakah ertinya jika dia melazimi tidak hadir ke masjid untuk berjemaah Subuh? Atau figur ekonomi Islam yang berjaya membentang segala perancangan dan strategi muamalat Islam tetapi liat melangkah kaki menyertai solat Subuh berjemaah. Atau seorang yang begitu menonjol sekali dalam melahirkan produk-produk serta perkhidmatan Islam, tetapi hanya “kadang-kadang” dan “jarang-jarang” menyertai solat berjemaah Isyak dan Subuh!

Dan nabi saw bersabda“Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isyak) adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya, apabila mereka mengetahui apa yang ada dalam solat Subuh dan Isyak, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (HR Ahmad dan An Nasai’)

22 November 2009

ANGGAP SAJA SUDAH MAKAN



1. Sesuai disebarkan semasa mengutip sumbangan untuk bina masjid.
2. Bagus untuk kesedaran orang Islam maskini bagaimana sorang yang susah sanggup berkorban nikmat makan waktu biasa semata untuk menjayakan pembinaan rumah Allah.

Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat fakta ceritanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong miskin, namun mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, iaitu “Shanke Yadem” (Anggap Saja Sudah Makan). Sangat aneh bukan? Di sebalik masjid yang namanya paling aneh tersebut ada cerita yang sangat menarik dan mengandungi pelajaran yang sangat berharga bagi kita.

Ceritanya begini :

Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggiran kota Istanbul ada seorang yang wara’ dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar dia tidak membeli apa-apa. Saat merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, dia berkata pada dirinya: Anggap saja sudah makan yang dalam bahasa Turkinya “ Shanke Yadem” .
Nah, apa yang dia lakukan setelah itu? Wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalan kotak (tromol)… Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Dia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali sebatas menjaga kelangsungan hidupnya saja.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya membangun sebuah masjid. Tanpa terasa, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknyapun sangat sederhana, sebuah pagar persegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab.
Akhirnya, Khairuddin berhasil mewujudkan cita-ciatanya yang amt mulia itu dan masyarakat di sekitarnyapun kehairanan, bagaimana Khairuddin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, iakni membangun sebuah masjid dan berhasil dia wujudkan. Tidak bayak orang yang menyangka bahwa Khairudin ternyata orang yang sangat luar biasa dan banyak orang yang kaya yang tidak mampu berbuat kebaikan seperti Khairuddin Afandi.
Setelah masjid tersebut berdiri, masyarakat penasaran apa gerangan yang terjadi pada Khiruddin Afandi. Mereka bertanya bagaimana ceritan seorang yang miskin berjaya membangun masjid. Setelah mereka mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, merekapun sepakat memberi namanya dengan: “Shanke yadem” (Angap Saja Saya Sudah Makan).
Subhanallah! Sekiranya orang-orang kaya dan memiliki penghasilan lebih dari kaum Muslimin di dunia ini berfikir seperti Khairuddin, berapa banyak dana yang akan terkumpul untuk kaum fakir miskin? Berapa banyak masjid, sekolah, rumah sakit dan fasilitas hidup lainnya yang dapat dibangun? Berapa banyak infra struktur yang dapat kita realisasikan, tanpa harus meminjam ke lembaga dan Negara yang memusuhi Islam dan umatnya?
Jemaah yang melimpah, tanda keberkahan dan amal soleh dari harta yang halal dan bersih
Kalaulah kaum Muslimin saat ini memiliki konsep hidup sederhana dan mementingkan kehidupan akhirat dan mengutamakan istana di syurga ketimbang rumah di dunia, seperti yang dimiliki Khairuddin Afandi, pastilah umat ini mampu meninggalkan yang haram dan syubhat dalam hidup mereka. Mereka pasti mampu mengalahkan syahwat duniawi yang menipu itu. Sebagai hasilnya, pastilah negeri-negeri Islam akan berlimpah keberkahan yang Allah bukakan dari langit dari bumi.
Kenyataannya adalah sebaliknya.(Q.S. Al-A’raf / 7 : 96) Maka ambil pelajaranlah wahai orang-orang yang menggunakan akal sehatnya!
Note : (FJ)Dari buku “Keajaiban Sejarah Ustmani”, oleh : Ust. Urkhan Mohamad Ali

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI_RAMAI SEKITAR BKT SENTOSA, BKT BERUNTUNG DAN TAMAN BUNGA RAYA,

Berkhatan beramai-ramai Anjuran KRT Seri Kembangan, Seksyen BB7
Tarikh : 5 Disember 2009
Tempat : Apartmen Seri Kembangan
Masa : 8.00 pagi
Bayaran RM85.00 seorang
Mudim bekas Tentera
hubungi sdr Zaidi di 0192026044
atau Ustaz Zulkifli Dawam Pusat Khidmat Masyarakat


M A S I H T E R B U K A

19 November 2009

PELUANG TERAPKAN NILAI ISLAM ANAK-ANAK REMAJA DI MASJID ASSALAM !



Program Kefahaman Islam dan Daurah Al-Quran
Tarikh : 23/11/2009 hingga 18/12/2009
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari (solat Zohor berjemaah)
Waktu hari bekerja sahaja.
Tempat : Masjid As-Salam Bukit Sentosa
Peserta : 9 - 18 tahun
Bayaran : RM60 seorang ( 2 orang sekaligus RM55 X 2 )
Anjuran Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama AJK Masjid As-Salam,Bukit Sentosa

Sebarang pertanyaan: Sila hubungi Sdr Azman bin Jamian (013-6758540)
Sdr Mohd Nizam bin Mat Rahim (019-2792901)

Kisah Rasulullah Membangun Sistem Ekonomi Islam

Sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah, pasar dan sistem perdagangan di kota itu dikuasai dan dimonopoli sepenuhnya oleh orang–orang Yahudi. Maju mundurnya masyarakat Madinah saat itu secara tidak langsung diatur oleh kapitalis Yahudi. Di dalam masyarakat terjadi penindasan, penzaliman dan riba dimana–mana. Setelah Rasulullah hijrah ke Madinah, maka selaku pemimpin, Baginda tidak bisa berdiam diri melihat kekacauan masyarakat Madinah yang bersumber pada eksploitasi oleh sistem ekonomi kapitalis. Langkah yang diambil Baginda adalah mengerahkan Sayidina Abdul Rahman bin Auf, seorang hartawan, untuk membangun sistem ekonomi bertaraf ALLAH dan Rasul. Sayidina Abdul Rahman bin Auf memulai dengan membangun pasar yang dikelola seratus persen oleh umat Islam sendiri berlokasi tidak jauh dari pasar Yahudi, yang kemudian diberi nama “Suqul Anshar“ atau pasar Anshar. Semua orang Islam dihimbau untuk berjual beli dan melakukan semua aktiviti perdagangan di pasar itu tanpa bekerjasama sedikitpun dengan Yahudi dan tanpa terlibat dengan segala produk atau barang mereka. Dengan semangat perpaduan serta ketaatan pada ALLAH dan Rasul-Nya umat Islam saat itu menumpukan perhatian semata-mata di Suqul Anshar. Bahkan bukan itu saja, kerana dalam sistem ekonomi Islam tidak ada penindasan atau riba serta amat memberi kemudahan dan di dalamnya juga terdapat semangat perpaduan dan rasa ber-Tuhan yang tajam, maka banyak orang bukan Islam dan orang luar kota pun tertarik untuk berdagang ke Suqul Anshar.
.
Hasil dari perjuangan itu maka dalam waktu singkat ekonomi Madinah beralih ke tangan umat Islam, sehingga ekonomi Yahudi yang sudah ratusan tahun, gulung tikar dan bangkrut bahkan mereka menjadi miskin dan akhirnya menutup pasar mereka. Dan karena sebab itu jugalah maka sampai saat ini mereka sangat membenci dan dendam pada umat Islam dan sangat menginginkan secara ekonomi, umat Islam berada dalam kekuasaan mereka tanpa umat Islam menyadarinya.
.
Demikianlah, perpaduan umat Islam saat itu dalam ketaatan kepada ALLAH dan Rasul-Nya, berhasil membangun ekonomi Islam dan sekaligus merobohkan musuh tanpa berperang secara fisik. Dan seharusnya kita sebagai umat Islam meneladani dan mengikuti sunnah Nabi kita sebagai suatu strategi untuk membangun sistem ekonomi Islam.
.
Wallah hua'lam.

17 November 2009

REZEKI MELEMPAH RUAH, MEMBAZIR HILANG MARUAH


Ya Allah , banyaknya rezeki makanan hamba mu ini!






Membazir adalah menyamai perangai syaitan yang direjam

Tak Habis , buang jer

16 November 2009

FORUM ! ISLAM DI AKHIR ZAMAN

Moderator : UST Ridhuan Mohd Nor
Panel 1 : Ust Azman Shapawi
Panel 2 : Ust Wan Azhar

Tempat : Masjid As-Salam Bukit Sentosa
Masa : Lepas Maghrib
Tarikh : 18 November 2009

Semua muslimin & muslimat dijemput hadir dan
mendengar maklumat terbaik untuk sesama kita.

13 November 2009

YANG JAGA SOLAT TIDAK PERLU BACA ?





Rasulullah saw. bersabda "Perpisahan antara seorang lelaki dengan syirik dan kufur itu ialah solat”
Meninggalkan sembahyang atau solat lebih besar dosanya dari perkara-perkara yang lain. Diriwayatkan ada seorang wanita datang berjumpa Nabi Allah Musa as. merayu kepadanya agar dapat memohon kepada Allah swt. mengampunkan kesalahan dan dosanya yang lalu. Nabi Allah Musa as. bertanya apakah dosa itu. Wanita itu menjawab ia sudah bersuami dan telah berzina dengan orang lain dan apabila telah melahirkan anak ia membunuh anak itu.
Mendengarkan pengakuannnya, Nabi Allah Musa as. berasa teramat marah lalu menghalau wanita tersebut. Dengan perasaan sedih, hampa dan kecewa terus pergi dari situ.

Tidak lama kemudian, tiba-tiba Nabi Allah Musa as. memanggilnya semula dan mengatakan bahawa Allah swt. telah mengampunkan dosanya. Maka bergembiralah wanita itu tadi denga rasa syukur. Nabi Allah Musa as. bertanya kepada Malaikat Jibril as. apakah dosa yang lebih besar dari itu. Maka jawab Jibril as. Dosa yang lebih besar ialah dosa orang yang meninggalkan sembahyang atau solat.

AKIBAT MENINGGALKAN SOLAT SIKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA

1. Allah swt. mengurangkan keberkatan umurnya

2. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah swt.

3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam

4. Hilang cahaya soleh dari wajahnya

5. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala

11 November 2009

PELUANG RAWATAN SIHIR & HISTERIA

PROGRAM REMAJA MASJID AS-SALAM ANJURAN JAIS


Program Kefahaman Islam dan Daurah Al-Quran
Masa : 23/11/2009 hingga 18/12/2009
Tempat : Masjid As-Salam Bukit Sentosa
Anjuran Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama AJK Masjid As-Salam,Bukit Sentosa

Sebarang pertanyaan: Sila hubungi Sdr Azman bin Jamian (013-6758540)
Sdr Mohd Nizam bin Mat Rahim (019-2792901)

CERAMAH UMUM MALAM INI

DATO' ABU HASSAN DIN AL-HAFIZ MALAM INI !
CERAMAH UMUM MASJID AS-SALAM Bukit Sentosa,

Bersama Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz
(Bekas Ketua pegawai Agama Islam Istana Negara)

Tarikh : 12 November 2009
Hari : Khamis
Masa : Lepas Maghrib
Tempat : Masjid As-Salam

Semua dijemput hadir,

04 November 2009

ADAB MEMBACA AL-QURAN


Adab Membaca Al Quran yang dikumpul oleh Ust Zahazan Mohamed daripada Al Imam An Nawawi Membaca Quran - Tibyan fi Adab Hamilatul Quran (Hak2 Quran) & dipetik daripada Ihya Ulumuddin oleh Imam Ghazali
Adab Tilawatul Quran Al A'raf 204:

"Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat"

Adab adab membaca Al Quran adalah seperti berikut:
1. Ikhlas kepada Allah SWT - bukan untuk mendapat ganjaran darinya dan tujuan duniawi
2. Bersiwak (bersugi) - membersihkan gigi
3. Dalam keadaan berwuduk
4. Mengadap kiblat
5. Mulakan dengan Ta'awuz - A'uzubillah...
6. Membaca dengan lihat Mushaf lebih utama dari tanpa mushaf - yang menghafaz Al Quran di haruskan membaca tanpa melihat
7. Baca dengan jelas yang merdu untuk di hayati diri sendiri & orang2 yang dekat
8. Al Imam Nawawi menyuruh memahami & menghayati ayat yang dibaca yakni Tadabur Al Quran. Cara Mentadabbur Al Quran mengikut Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Azkar. Memperlahankan suara kita bila sampai kepada ayat yang menyentuh sifat Allah mengikut cemuhan & tohmahan orang2 kafir. Contoh Yahudi berkata Allah miskin & mereka kaya. Allah Swt berfirman:

"Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan: Sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya, Kami akan mencatat perkataan mereka itu" (QS Ali Imran [3]: 181)

9. Bila mendengar ayat Al Quran tentang orang beriman kita berdoa “ Ya Allah aku di kalangan mereka. Contoh Akhir Ayat Al Zummar Ayat 73 yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk)"

10 Memuliakan Al Quran – Jangan ketawa & berbual melainkan jika perkara itu terlalu penting
11. Membaca Al Quran secara tertib atau taufiqi oleh nabi Muhammad SAW. Ikut Mazhab Shafie, kalau kita menjadi Imam atau ketika solat bacaan surah rakaat kedua mestilah mengikuti turutan surah, selepas surah rakaat pertama mengikut Al Quran
12. Dituntut beramal dengan Al Quran menurut kemampuan kita. Contohnya Ayat Al Baqarah 276:

"Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya"

13. Sentiasa membaca Al Quran di waktu pagi kerana nabi mendoakan keberkatan pada waktu itu
14. Berusaha untuk menghafaz Al Quran & mengingatinya
15. Target untuk mengqatamkan Quran sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun
16. Berdoa bila Qatam Al Quran kerana ia waktu mustajab doa. Atau sekurang-kurangnya jika habis membaca sepotong ayat, berdoa kebaikan dunia & akhirat untuk diri keluarga, anak2 & sebagainya
17. Dilarang membaca Al Quran di tempat yang tidak sewajarnya. Contohnya jangan membaca jika berhadas besar
18. Mengucup Al Quran selepas membaca Al Quran. Jika seseorang berusaha untuk mengucup Hajarul Aswad, Quran itu juga hendaklah di kucup olehnya
19. Diwangikan Quran sama seperti diwangikan Hajarul Aswad
20. Hendaklah diletakkan Al Quran di tempat yang tinggi
21. Bacalah Al Quran dengan penghayatan sehingga ke peringkat menangis
22. Tidak wajar mengucapkan salam pada orang yang membaca Al Quran

03 November 2009

EMEL BERAMARAN UNTUK LELAKI & PEREMPUAN

AWAS taktik baru perompak kereta. Kaum wanita & juga lelaki hendaklah waspada
AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA
Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..
Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya....!!!
Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik ke rumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA -- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua!
Tolong sebar2kan... ....

Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk ke dalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita..
Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa?

Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi! BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ke tangan orang lain.

Terima kasih pada semua.

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."