RAKAN BLOG MASJID

30 June 2013

TENTERAM INGAT ALLAH !

 
(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. [Al-Ra'd : 28]
Assalamualaikum. bila kita kadang-kadang baca tafsir secara terpilih maka terjumpa ayat ni memang pada timing yang sangat diperlukan. Membuatkan rasa sangat bersyukur diberi ujian yang sangat hebat. Sebab selama ni memang lalai dan alpa.
Here's a little something I posted on Facebook:
"Believe in Allah. Redha. Sabar. Syukur. Berserah kepadaNya. Itulah resipi untuk bahagia. Segala apa di dunia ini, hanya pinjaman yang sementara. The ultimate and everlasting happiness is the hereafter. Jadikanlah kebahagiaan akhirat kelak sebagai matlamat hidup, dan InshaAllah, hidup juga akan bahagia tak kira apa musibah yang menimpa. Dan sebenarnya, jika kita mengejar akhirat, istilah 'musibah' akan bertukar menjadi 'nikmat' dan ia sebenarnya peluang untuk dijadikan saham di akhirat kelak."
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan kerana membuka mataku, membuka hatiku, memberikanku cahaya dalam kegelapan.

28 June 2013

KISAH SYAITAN BANTU PEMUDA ADA MAKNA!

Alkisah Syaitan membantu pemuda ke Masjid
Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .

Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.

lelaki itu menjawab

"Aku adalah IBLIS Laknatullah"


Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.

Setan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid,
Allah memaafkan semua dosa2mu.

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.

Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga, jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'

26 June 2013

PERANAN IMAM DALAM MASYARAKAT







Peranan Imam bukan dalam lingkungan masjid tetapi suatu tugas agama dan sosial yang dapat meninggikan taraf masyarakat dari segi pengetahuan , kesihatan dan sebagainya.

Imam dalam istilah sekarang mrujuk kepada mereka yang dilantik oleh pihak berkuasa agama iaitu Jabatan Agama atau Majlis Agama Islam untuk melaksanakan tugas sebagai mengimami atau mengetuai sembahyang lima waktu, sembahyang dan khutbah jumaat, sembahyang hari raya dan hari-hari tertentu keagamaan. Begitu juga pusingan mengajar ilmu-ilmu agama di masjid.

Mungkin lebih luas lagi fungsinya ialah menjadi penanggungjawab agama dan sosial setempat yang mesti manjalankan tugas menyebar luaskan semangat keagamaan serta memenuhi khidmat kemanusian kepada sesiapa yang memerlukan setakat yang termampu.

Oleh sebab itu seorang imam biasanya, dikehendaki memenuhi syarat-syarat seperti mempunya akhlak yang baik dan boleh dijadikan contoh oleh penduduk setempat. Pakaian mencerminkan seorang yang berpegang kuat pada agama dan syarat asas ialah lulus atau terjadi dalam ujian lisan atau tulisan yang diadakan oleh pihak majlis atau jabatan agama negeri.

Disetengah-setengah negeri arab jawatan Imam disyaratkan hendaklah berkelulusan sarjana muda (B.A) dari mana-mana fakulti Islam seperti kelulusan dari Al-Azhar (ini disyarat di Mesir dan Lubnan). Hal ini kalau dikaji ada hubungan dengan taraf anak mukim yang terdiri dari mereka yang berpendidikan tinggi terdiri dari doktor, peguam, jurutera dan para profesional lainnya, yang memerlukan Imam masjid juga mempunyai kelulusan yang memboleh dia menyelesaikan masalah semasa yang dikemukakan.

Tetapi di Malaysia mungkin keadaan tidak memerlukan syarat sedemikian. Walau bagaimanapun fungsi Imam di negara juga mestilah mampu mentadbirkan masjid dan menjadi orang yang berwibawa dalam jawatankuasa masjid. Masjid dalam Islam bukanlah sekadar tempat ibadah tetapi sekaligus adalah sekolah dan pusat kegiatan kemasyarakatan.

Oleh itu Imam mestilah mempunyai senarai keluarga yang didaftarkan di mukim tersebut dengan dengan mengumpul maklumat-maklumat nama, umur, pekerjaan, tanggungan dan keadaan sosial mereka supaya senang bertindak apabila keadaan memerlukan.

Maka dengan itu peranan Imam menjadi penting :

1. Imam bertanggungjawab memberi fatwa dalam mukimnya.
2. Memutuskan hukum , menyelesaikan masalah berbangkit didalam mukimnya.
3. Mengeratkan kerjasama anak mukim dengan berbagai program seperti ziarah, ceramah, sebaran dan pertemuan-pertemuan.
4. Melawat orang sakit dan menolong mereka yang berhajat.
5. Mendekatkan pandangan-pandangan yang berbeza antara satu sama lain.
6. Bekerjasama dengan pihak-pihak sekolah dan lain seperti polis di mukim itu.
7. Menggalakkan kerja amal dan kebajikan.
8. Menyusunkan latihan pertolongan cemas/ pertahanan awam.
9. Kelas malam buta huruf bahasa arab.


Walaupun sekali pandang perkara-perkara tersebut di anggap diluar dari kegiatan Imam, tetapi ia akan berkesan jika dijalankan dengan kerjasama jawatankuasa masjid dan jawatankuasa kemajuan kampung.

Namun demikian harus pula diingat, peranan yang besar mestilah sesuai dengan pendapatan yang patut diterima. Pihak kerajaan khususnya pihak berkuasa agama mestilah memberikan pendapatan para Imam ini yang sesuai, sekurang-kurangnya sama dengan pendapatan Guru Besar, Ketua Polis Daerah, Penghulu atau lebih dari itu.

Imam pula mestilah diberi pembantu-pembantu terutama kerani, hal ehwal wanita dan seumpamanya. Kalau ini berlaku barulah Imam dapat berperanan dan berfungsi. Masjid pula dilengkap dengan perpustakaan dan buku-buku rujukan. Ada pula kawasan permainan yang sesuai, padang letak kereta, barulah masjid akan berfungsi sebagai hati kepada masyarakat. Kalau hati itu lemah atau jantung itu tidak cukup kuat, bagaimanakah diharap dapat melahirkan tubuh badan yang kuat dan cergas.

Persoalan masjid masjid dan Imam tidaklah harus menjadi bahan menungan sampingan kalau kita benar-benar serius. Ia mesti turut dilibatkan para pemikir, ulamak, perancang. para guru dan mereka yang berada, juga media. Masjid mesti diberi keutamaan jauh lebih besar dari projek kebudayaan, sukan atau lainnya. Ia bukan sekadar tempat sembahyang, tetapi pusat segala kegiatan.

Jadi, apa yang penting dalam program pengimarahan masjid atau dikatakan dhomiirul masjid sekarang ini beberapa langkah perlu diambil :

1. Meningkatkan tingkat ilmiah dan gaji para Imam kita benar-benar mampu menjadi pemimmpin dan memberi arahan. Khutbah-khutbah mereka bertenaga dan bukan menjadi tukang baca sahaja. Mereka mestilah dihormati dan terlibat sepenuh masa didalam kegiatan Imam, khutbah, mengajar, nasihat malah dapat menjadi orang tengah ketika ada perselisihan.
2. Suasana masjid sesuai untuk menjadi tempat perbincangan hal-hal keagamaan. Maka binaan dan kelengkapan mestilah sesuai dan dirancang secara betul.
3. Kegiatan masjid diperbanyakan dengan menjemput tokoh-tokoh pemikir dan ulamak membincangkan persoalan-persoalan agama dan ada kaitan dengan soal semasa.
4. Kebersihan masjid diutamakan serta dilengkapkan dengan termasuk buku-buku feqah, tauhid, tafsir dan hadith juga buku-buku ilmiah lainnya.
5. Para Imam dijamin untuk mendapat pendapatan yang cukup supaya mereka dapat menumpu sepenuh masa dengan masjid.

Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Al-Azhar mestilah menjadi contoh yang masih memancarkan cahaya ilmu dan pusat dakwah. Di sana masih terdapat siri pengajian agama, kelas hafal Al-Quran, dan di Malaysia bahasa Arab mestilah dijadikan program yang bersungguh-sungguh. Kalau masyarakat begitu ghairah untuk belajar atau memberikan anak mereka bahasa Inggeris, tetapi kenapa tidak dengan bahasa Arab. Apa mereka mahu sepanjang hidup mereka berdoa tanpa tahu apa yang didoakan?.

Imam dalam memberi khutbah hendaklah menyusuntajuk itu supaya ada urutan dan kaitan, banyak yang menjadi sungutan kepada Imam kerana tidak berupaya menjadikan khutbah itu satu media penting. Akhirnya ia menjadi satu rutin yang terpaksa didengar, sebagaimana mereka juga merasa rutin mengaminkan doa Imam dalam khutbah itu selepas sembahyang.

Secara jelas, masjid mestilah kembali menunaikan tanggungjawab :
1. Menyiapkan Imam yang baik dalam ertikata seorang yang mampu berdakwah ke jalan Allah dengan hikmah dan nasihat yang baik, kerana tugas Imam ini adalah tugas utama para rasul. Imam yang baik dimaksudkan juga baik dari segi agama dan dunia. Mereka mendalam dalam agama dan syariat dan juga faham dengan persoalan semasa yang berbangkit. Maka ini menjadikan mereka mampu menolak pemikiran dan tindakan yang batil itu. Ini memerlukan supaya ditubuh sekolah agama dari peringkat rendah, menengah yang menjadikan hafalan Al-Qur'an dan tajwid sebagai syarat lulusan. Lulusan sekolah ini pula boleh menyambung pengajian mereka ke fakulti dakwah. Fakulti Dakwah perlu ditubuhkan di negara ini dan para pengajarnya hendak terdiri dari mereka yang mendalami Al-Qur'an dan al-Sunnah. Ini semua boleh menjadi asas kepada melahirkan Imam yang dimaksudkan dalam tulisan ini.
2. Para Imam diberi sara hidup yang cukup/sesuai supaya membolehkan mereka bekerja sepenuh masa. Saraan hidup yang cukup amat penting, kalau tidak jawatan Imam akan dijadikan loncatan untuk berpindah pula ke jawatan lain.
3. Melantik para ulamak yang berwibawa dari segi ilmu dan kebolehan walaupun yang telah pencen dari jawatan lain terutama bagi masjid negeri dan daerah yang banyak dikunjungi oleh mereka yang berpendidikan tinggi.
4. Tugas pengajaran dan pendidikan tidak kurang penting kepada Imam dari tugas mengimami sembahyang. Maka masjid mesti dirancang dengan dewan syarahan kerana orang tak mampu berjam-jam duduk dalam masjid untuk mendengar syarahan.
5. Hendaklah ada hubungan baik antara Imam dan anak mukim, sehingga dia dapat mengetahui masalah anak mukim dan anak mukim pula tidak merasa segan untuk memberitahu kepada Imam.
6. Sebuah rumah hendaklah disediakan untuk para Imam berhampiran dengan masjid bagi memudahkan dia mengimami sembahyang tak kira hujan atau panas. Dia dan keluarganya boleh pada bila-bila masa sahaja untuk beribadat di masjid.
7. Imam mengambil bahagian positif mengadakan jawatankuasa menyelesaikan masalah rumahtangga, kerana masalah ini tidak kurang banyaknya berlaku. Jawatan kuasa zakat daerah juga mesti diberi kuasa kepada Imam. Akhirnya masyarakat banyak menumpukan kepada institusi masjid dalam memberikan kebajikan kepada mereka.
8. Imam mestilah diberi pakaian yang khas supaya ada kehebatan pada hati anak mukim, sebagai contoh para guru al-Azhar mempunyai pakaian khusus yang tidak dibenarkan orang lain pakai.

Jadi dengan ini kita yakin masjid akan dapat berperanan dan Imam sebagai kepala masjid akan memberikan suatu kekuatan kepada umat Islam bukan sahaja dalam ibadat tetapi juga ilmu pengetahuan, kebajikan dan lain-lain.

Semoga usaha ini akan diteruskan dan diperjuangkan sehingga apa yang menjadi perbincangan ini tercapai.

Rencana ini dipetik dari Majalah Pengasuh dengan ihsan : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK) .

25 June 2013

SALAM MENANTI RAMADHAN & BERSEDIA MENUNAIKAN IBADAH PUASA 1434 HIJRIAH

SALAM RAMADHAN & SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 

RAMADHAN dirindui dan dinanti, 
Peluang untuk tingkatkan diri, 
Saat terbaik bersihkan hati, 
Raih taqwa insyaAllah Jannah menanti.

Jika semua harta adalah racun, 
Maka zakatlah penawarnya. 
Jika seluruh umur adalah dosa, 
Maka taubatlah ubatnya. 
Jika seluruh bulan adalah noda, 
Maka Ramadhan lah pemutihnya. 

Gersang bumi tanpa hujan, 
Gersang akal tanpa ilmu, 
Gersang hati tanpa iman, 
Gersang jiwa tanpa amal, 

Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, 
Berikanlah kami peluang, 
Mengutip kuntum-kuntum pahala. 
Yang mekar mewangi di Ramadan-Mu. 

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan : " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: 
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); 
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri; 
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya." 

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengamiinkan adalah Rasullullah SAW dan para sahabat dan dilakukan pada hari Jumaat? 

Oleh itu, sambil menunggu datangnya Ramadhan jari ku susun mohon ampunan atas segala salah dan silap samada disengajakan atau tidak kepada semua sahabat dan shabiah. Anggap ini adalah Ramadhan terakhir buat kita. Selamat menunaikan ibadah puasa… InsyaAllah semoga semua amalan kita diterima Allah dan selalu diberkahi di bulan yang penuh mahrifah. 

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK…

DAH JADI AHLI MASJID?

Dah Jadi Ahli?

"Dah jadi ahli?" sms saya kepada Amir di UAI. "Ahli ape Pa?" balasnya. "Ahli Masjid," jawab saya. "Owh jadi Pa...he he," jawabnya.

Apa makna jadi Ahli Masjid? Hati terpaut kepada Masjid. Rindu dan cinta kepada Masjid. Sangat ingin berkunjung ke Masjid. Sentiasa peka dan sedia untuk ke Masjid. Rasa resah bila tidak ke Masjid. Rasa teruja dan sangat syukur dipilih Allah untuk ke Masjid. Itulah ciri utama Ahli Masjid.

"Ini rezki," kerana tidak semua dapat datang ke Masjid.  Islam mendorong kita jadi orang baik dengan berada di Rumah Allah. Islam mengajak kita bercakap dan mendengar benda baik. Islam mengajar kita untuk membuat amal soleh bagi mendapat petunjuk dan redha Allah. 

Kita datang ke Masjid juga malam ini kerana nak faham Agama supaya dapat beramal dengan perkara yang baik2. Cerdiklah siapa yang datang ke Masjid. Beruntunglah sesiapa yang terpilih untuk datang ke Masjid. 

Dalam meniti usia, entah berapa hari lagi yang tinggal? Menghitung hari? Benarkah dapat lagi berjumpa Ramadan tahun ini? Belum tentu. 

Terbina Islam atas lima rukun dan terbina Iman atas enam rukun. Ada 13 Rukun semuanya. Adakah sudah faham semua? Adakah sudah beramal semua? Bila dikatakan dirikan solat lima waktu sehari semalam itu sebagai salah satu rukun Islam, maka untuk solat kena ambil wudhuk. Maka jadilah wudhuk itu sebahagian daripada rukun. Bila berkahwin mengikut syariat Islam yang dicetuskan oleh pegangan dua kalimah syahadah itu maka jadilah perkahwinan sebagai tuntutan rukun Islam itu sendiri. Begitu luas ilmu Allah yang hendak di ketahui yang hendak dituntut dan dipelajari.

Maka menjadi Ahli Masjid ini bisa sangat menjana seseorang untuk lebih ada ilmu. Usah segan lagi untuk mampir duduk di majlis2 ilmu di Masjid saban malam. Sangat malang bila Masjid sunyi sepi daripada majlis2 ilmu, sangat sadis dan pecah amanah. Sangat malang dan petaka besar bila majlis ilmu saban malam diadakan tapi kita tidak kunjung tiba menghadirinya. Tinggal berapa hari lagi usia ini?

Kekadang banyak sangat aircond akan bekukan otak. Naik kereta pasang aircond, pergi ofis aircond, balik rumah aircond, tidur bilik aircond, makan kat restoran aircond. Tentulah otak beku. Bila beku otak walaupun duduk berdekatan dengan Masjid akan gagal hadir ke Masjid. Sayang meninggalkan ruang tamu atau bilek tidur yang ber aircond walupun azan berkumandang di cuping telinga.

Duduk di Jalan Makruf tapi sekelilingnya mungkar belaka. Duduk di Bukit Beruntung tapi masih rugi tak kesudahan. Rumah di jalan suaidamai tapi hati dok asyik gundah dan gulana sepanjang masa. Ahli seumur hidup khairat kehidupan tapi lupa nak daftar masuk sebagai ahli khairat kematian. Sepanjang hidup tak pernah jejak kaki ke Masjid tapi bila mati tetap cari orang Masjid untuk urus mayatnya yang mula membusuk.

Berapa ramai pula Ahli Masjid tapi hati masih jauh dari Agama? Berapa ramai yang dekat dengan Masjid tapi tak faham Agama? Berapa ramai pula yang hadir mendengar kuliah Maghrib tapi jiwanya melayang entah kemana. Ini juga masalah. Berapa ramai manusia yang sudah mengaku Ahli Masjid tapi masih menyokong pemimpin yang menolak Islam?

"Pakcik nak tanya, ada tak orang Islam masuk Neraka?" Ustaz menjawab, "Ramai." Kalau setakat dengan nama, orang Islam boleh masuk Syurga maka ramai lah orang Yahudi dapat masuk contohnya di zaman Nabi orang yang bernama Abdullah Bin Ubai seorang kafir yahudi. "Jika seseorang meremeh-remehkan rukun Islam yang lima itu, maka sesatlah orang itu." Hanya orang yang beriman dan bertaqwa yang mendapat redha Allah dapat masuk ke dalam Syurga Allah. Hidayah itu milik mutlak Allah. Semoga kita berada dalam hidayah Allah.

Pemimpin yang kapitalis akan mengkapitaliskan rakyatnya. Pemimpin yang komunis akan mengkomuniskan rakyatnya. Pemimpin yang sekular akan mensekularkan rakyatnya. Itulah lumrah pemimpin yang berkuasa dari dulu hingga kini. 

Di zaman Kerajaan Umaiyyah, Khalifah ke-6 Sulaiman Bin Abdul Malik tidak minat kepada Agama tapi lebih menumpu kepada pembangunan, suka membina bangunan dan landmark. Dia juga membina tempat perlindungan dan rawatan untuk orang sakit yang menjadi asas kepada hospital yang kita kenali kini. Dia bangga dengan bangunan dan pembangunan fisikal. Pengisian ruhani terabai. Aqidah pemimpin akan mencorak aqidah rakyat jelatanya. 

Khalifah ke-7 ialah al-Walid Abdul Malik adalah seorang pencinta wanita, sukakan perempuan dan hiburan. Maka rakyatnya juga menjadikan perempuan dan hiburan sebagai topik perbincangan. Khalifah ke-8 ialah Umar Bin Abdul Aziz seorang pemimpin yang bertaqwa. Misinya jelas memimpin negara kepada redha Allah. Agenda utama ialah Agama. Rakyat bercerita fasal Agama. Di zamannyalah himpunan hadis-hadis dibukukan. Umar Bin Abdul Aziz terkenal dalam sejarah sebagai salah seorang Khalifah yang teragung dalam dunia Islam.

Statistik tahun 2010 yang dipaprkan dalam majalah al-Islam menunjukkan terdapat satu juta anak luar nikah di Malaysia. Maka sudah tentu emak dan bapa anak2 ini juga tidak bernikah. Maka di sini ada tiga juta manusia luar nikah. Satu gejala sosial yang sangat memudaratkan. Apakah solusinya? Kembali kepada Allah.

Larilah berjumpa Allah di rumah-Nya. Jadilah Ahli Masjid. Janganlah menyesal tidak membuat perubahan di dunia ini hinggakan tiada perubahan di Akhirat nanti. Kau terimalah amalanku ya Allah. Kenapa aku tidak jadikan Rasulullah sebagi role model aku? Di Akhirat nanti hanya Rasulullah yang bisa memberi syafaat. Umat terdahulu menyatakan, "Beruntunglah sesiapa yang dapat menjadi umat Nabi Muhammad." Tapi mengapa kita tidak merasa beruntung? Tidak merasa beruntung sehinggakan sanggup menentang Rasulullah.

Sebagai konklusi carilah suasana iman supaya dapat mencetus keimanan yang mantap. Lingkungkan diri bersama sahabat-sahabat yang alim dan bertaqwa. Carilah majlis2 ilmu untuk dihadiri supaya kita dapat jadi orang berilmu kerana sesungguhnya amal tanpa ilmu sangat kosong. Dan orang berilmu itu tinggi darjatnya di sisi Allah. Daftarlah dalam minda masing-masing aku ini Ahli Masjid. Masjid tempat peberet aku, insyaAllah.

24 June 2013

GOTONG-ROYONG PERDANA MASJID ASSALAM !

 Alhamdulillah Tuan Nazir Masjid Assalam merasa gembira dan mengalu-alukan dengan sambutan  lebih 50 orang hadir dalam program Gotong Royong Perdana Masjid Assalam yang diadakan pada 22/06/2013 bermula sejak 8pagi lagi.Terdapat 2 lokasi gotong-royong iaitu disekitar luar dan dalam masjid Assalam dan juga disekitar perkuburan pada lokasi kedua yang jaraknya lebih 3 kilometer dari masjid.
 Antara yang hadir menghulur sumbangan tenaga adalah dikalangan ajk masjid, sukarelawan masjid muslimin dan muslimat  dan ahli kariah serta wakil pelajar sekolah (Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa) dan juga wakil Pusat latihan Polis Bukit Sentosa.









 Antara Muslimat yang hadir memberi sumbangan tenaga dan masa untuk kebersihan rumah Allah ini.





 Tn Hj Mansur nampaknya terlalu 'khusuk' menggunakan mesin sendiri untuk memotong rumput di pekarangan masjid.
 Antara sukarelawan dari Pusat latihan Polis Bukit Sentosa .Yang pakai baju warna oren adalah wakil sukarelawan dari SMKBS.






Mudahan Masjid Assalam Bandar Bukit Sentosa akan lebih indah dan bersih.

22 June 2013

MAJLIS RAI PESERTA KURSUS HAJI BERSIRI 2013 DI MASJID ASSALAM BUKIT SENTOSA


Alhamdulillah syukor ke hadrat Allah subhannawatala atas limpah kurniaNya kurus haji bersiri 2013 dapat ditamatkan menerusi pengajar utamanya Ustaz Haji Mohd Asri bin Ibrahim selama 17 siri iaitu sekali seminggu.
Ustaz Wan Muhammad Shamsuddin bin Wan Lokman sudi mewakili Pengurusan Masjid Assalam serta sudi merasmikan Majlis Penutupan Kurusus Haji itu mewakili Tuan Nazir Masjid Assalam yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Saudara Asnizan wakil peserta Kurusus Haji memberi ucapan terima kasih pada Tuan Pengajar kursus dan sedikita kata-kata rumusan kurusus tersebut yang dihadir lebih 100 orang.

Ustaz Wan sempat memberi sedikit tazkirah ,nasihat serta merasmi Majlis Penutupan Kursus Haji tersebut serta sudi menyampaikan sijil kehadiran dan cendrahati kepada Ustaz Asri dan peserta muslimat.


20 June 2013

YA ALLAH ! SAMPAIKAN UMUR KAMI KE BULAN RAMADHAN TAHUN INI

Allahumma Ballighna Ramadhan
Karena Allah yang menggenggam umur kita semua, tidak ada yang mampu memanjangkan dan memendekkan umur manusia, kecuali Allah. Tidak ada yang bisa mengatakan bahwa diri saya akan sampai pada bulan ramadhan pada tahun ini, kecuali Allah. dan tidak ada juga yang bisa menyangka bahwa dirinya akan bisa sehat dan mampu menjalankan ibadah-ibadah pada bulan ramadhan; kecuali semuanya bergantung kepada Allah. Karena itu kita selalu baca doa tersebut “Ya Allah sampaikan umur kami pada bulan ramadhan”.
- dipetik dari Muharikah

19 June 2013

RAMADHAN YANG KITA WAJAR MERINDUI !

Bismillahirrohmanirrahim…

Firman Allah s.w.t.

” Wahai orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”

(Surah Al-Baqarah: 183)

Alhamdulillah, akhirnya ‘tetamu yang dirindui’ bakal hadir menemui kita. Tetamu tersebut adalah bulan Ramadhan al-mubarak, bulan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh umat di dunia yang beragama Islam. Pada bulan ini, pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Segala amal kebaikan yang dilakukan pada bulan ini akan diberi ganjaran berganda. Syaitan-syaitan yang sentiasa memusuhi umat Islam juga dirantai. Maka, amatlah beruntung bagi sesiapa yang mengambil peluang ini untuk beribadah dan rugilah pula kepada mereka yang melepaskannya begitu sahaja.

Oleh yang demikian, pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini buat semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan sekerja serta seluruh umat Islam di seluruh dunia. Semoga bulan Ramadhan ini dipenuhi dengan pelbagai amalan dan ibadah. Tinggalkanlah segala kenikmatan yang sementara kita rasai demi pengorbanan kita pada bulan mulia ini. Insha-Allah.

Soal:
“Adakah doa-doa khusus dari Sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam (yang dibaca) ketika masuk bulan Ramadhan yang penuh berkah ? Doa apakah yang wajib di baca oleh seorang muslim pada malam pertama bulan ramadhan ? Berilah kami jawaban, semoga Allah memberkati anda”.

Jawab :
Saya tidak mengetahui adanya doa khusus yang dibaca ketika masuk bulan ramadhan. Yang ada hanyalah doa umum untuk seluruh bulan. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam jika kita melihat hilal (bulan sabit tanggal satu), baik hilal ramadhan ataupun bulan-bulan yang lain, beliau berdoa : “Ya Allah, terbitkanlah (dan tampakkanlah) hilal kepada kami (diiringi) dengan keberkahan dan keimanan serta keselamatan dan keislaman, (jadikanlah dia) sebagai hilal kebaikan dan petunjuk, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Alloh.”
(HR. At-Tarmidzi (9/142), imam Ahmad (1/162), Ad-Darimi (2/7) dan lain-lain, dishohihkan oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah dalam Shahih Al-Wabilush Shayyib, hal. 220).

“Allah Maha Besar, Ya Allah, terbitkanlah (dan tampakkanlah) hilal itu kepada kami (diiringi) dengan keamanan dan keimanan serta keselamatan dan keislaman. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah”.
Doa ini dibaca ketika melihat hilal di bulan Ramadhan atau bulan-bulan lainnya. Adapun kekhususan membaca doa-doa tertentu ketika masuk bulan ramadhan, saya tidak mengetahui adanya yang seperti itu. Akan tetapi kalau seorang muslim berdoa kepada Allah agar membantunya menjalankan puasa di bulan itu dan menerima puasanya, maka tidaklah mengapa. Hanya saja, dia tidak boleh menentukan (doa-doa tertentu sebagai) doa-doa khusus (untuk bulan Ramadhan).

Dalam rangkaian ayat Al-Qur’an mengenai puasa di bulan Ramadhan terselip suatu ayat yang secara khusus membicarakan soal berdoa. Di dalamnya Allah subhaanahu wa ta’aala perintahkan orang beriman untuk berdoa kepadaNya. Dan Allah subhaanahu wa ta’aala berjanji untuk mengabulkan doa siapapun asalkan memenuhi tiga syarat: (1) Memohon hanya kepada Allah subhaanahu wa ta’aala, bukan selainNya. (2) Memenuhi segala perintahNya dan (3) Beriman kepada Allah subhaanahu wa ta’aala sebagai Rabb yang Maha Kuasa mengabulkan permintaan dan menetapkan taqdir segalanya.


أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

“Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo`a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS Al-Baqarah ayat 186)

Bulan Ramadhan merupakan bulan di mana orang beriman mempunyai kesempatan begitu luas untuk berdoa kepada Allah subhaanahu wa ta’aala. Dan waktu-waktu mustajab (saat doa berpeluang besar dikabulkan Allah) tersebar dalam beberapa momen khusus sepanjang Ramadhan.

ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالْإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

“Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: (1) orang yang berpuasa hingga ia berbuka, (2) imam yang adil dan (3) doa orang yang dizalimi.” (HR Tirmidzi 3522)

Subhanallah…! Dalam hal berdoa orang berpuasa disetarakan dengan pemimpin yang adil dan orang terzalimi. Doa orang berpuasa mustajab. Didengar, tidak ditolak Allah subhaanahu wa ta’aala. Bahkan dikabulkan insyaAllah. Setiap orang yang faham hadits ini sangat bergembira menyambut Ramadhan. Sebab itu berarti selama 29 atau 30 hari selama ia berpuasa peluang doanya dikabulkan Allah subhaanahu wa ta’aala sangatlah luas…!

Dan terlebih lagi saat menjelang berbuka ketika menanti tibanya azan Magrib. Kita harus memanfaatkan waktu sebaiknya untuk berdoa saat itu. Maka, saudaraku, manfaatkan kesempatan emas menjelang berbuka dengan mengajukan berbagai permintaan kepada Allah ta'aala. Sebab sebagian masyarakat kita malah menghabiskan waktu dengan ngobrol tidak karuan menjelang magrib di bulan Ramadhan. Padahal coba perhatikan hadits berikut:


سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ

“Sesungguhnya orang yang berpuasa memiliki doa yang tidak tertolak pada saat berbuka.” (HR Ibnu Majah 1743)

Lalu apakahlafal khususNabi shollallahu ’alaih wa sallam menjelang ifthor berbuka puasa? Beliau membaca sebagaimana dijelaskan dalam hadits di bawah ini:


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَفْطَرَ قَالَ ذَهَبَ الظَّمَأُ

وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

“Jika Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam berbuka, ia berdoa: Dhahabazh-zhoma-u wab tallatil-'uruq wa tsabbatal-ajru insyaa Allah “Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan semoga ganjaran didapatkan, insya Allah.” (HR Abu Dawud 2010)

Mengapa di dalam doa berbuka Nabi shollallahu ’alaih wa sallam mengatakan: ”...dan semoga ganjaran didapatkan, insya Allah.”?

Karena sesungguhnya yang sangat diharapkan bukan semata kegembiraan pertama sewaktu berbuka di dunia, melainkan yang lebih diharapkan orang beriman ialah kegembiraan kedua yaitu saat bertemu Allah ta’aala di hari berbangkit kelak. Orang beriman ketika itu bergembira berjumpa Allah ta’aala karena puasanya sewaktu di dunia diterima olehNya. Demikianlah Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda dalam hadits sebagai berikut:


لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ

Bagi orang yang berpuasa terdapat dua kegembiraan. Kegembiraan saat berbuka dan kegembiraan saat kelak perjumpaannya dengan Allah ta’aala karena ibadah puasanya.” (HR Bukhary 1771)

Hidup manusia di dunia adalah pergantian antara susah dan senang. Maka selama bulan Ramadhan khususnya, marilah kita membaca yang Nabi shollallahu ’alaih wa sallam biasa baca ketika menghadapi keadaan susah maupun menerima karunia. Untuk mengantisipasi kesusahan Nabi shollallahu ’alaih wa sallam melazimkan kalimat istighfar sebagaimana hadits berikut:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

“Barangsiapa yang tetap melakukan istighfar, maka Allah subhaanahu wa ta’aala akan membebaskannya dari segala kesusahan dan melapangkannya dari setiap kesempitan serta akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak diduganya.” (HR Abu Dawud 1297)

Sedangkan ketika menerima karunia, Nabi shollallahu ’alaih wa sallam menganjurkan kita membaca sebagaimana hadits berikut:


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَى عَبْدٍ نِعْمَةً
فَقَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ إِلَّا كَانَ الَّذِي أَعْطَاهُ أَفْضَلَ مِمَّا أَخَذَ

“Setiap orang yang diberi karunia Allah ta'aala lalu ia membaca ‘Alhamdulillah’, maka Allah ta’aala akan berikan yang lebih utama daripada apa yang telah ia terima.” (HR Ibnu Majah 3795)

Ya Allah, basahi lidah kami dengan mengingatMu selalu. Cerdaskan kami dalam mengajukan doa-doa kepada Engkau sesuai situasi dan kondisi kami masing-masing mengikuti teladan NabiMu Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam. Ya Allah, berkahilah kami di bulan Sya’ban dan Ramadhan. Amin ya rabb...

'ROLLERCOASTER' IMAN MENUJU RAMADHAN !

Rollercoaster Iman Menuju Ramadan
Iman ini ibarat rollercoaster. Sekejap di atas sekejap di bawah, kekadang di puncak kekadang merundum, sekejap laju sekejap slow down. Apakah itu lumrah hamba yang hina? Ya Allah kekalkan hamba Mu ini dalam istiqamah melakukan ibadah dan amal soleh.

Pada pemanduan rutin sejauh 46km ke tempat kerja pagi ini, seorang hamba Allah memberi perkongsian bahawa dia penuhinya dengan zikrullah, slawat, istighfar dan sedekah hafazan ayat2 suci al-Qur'an kepada arwah orang2 tersayang. Diselit juga dengan muhasabah diri dan tangisan taubat dan memohon keampunan daripada Pencipta. Bukan niat riak katanya cuma sekadar pembakar semangat atau pencetus fikir.

Kalau selama ini kita menghitung pada neraca masa iaitu berapa minit berapa jam berapa hari? Atau jari sibuk dengan tasbih atau counter untuk mengira. Apa kata sepanjang memandu itu kita hitung guna jarak pula, berapa km? Usah peduli bilangan lagi. Mungkin mencapai ribu-ribu. Biar Allah saja yang tahu. Yang penting kita ikhlas nawaitu kerana Allah.

Cuba bayangkan: "Subhanallah" selama 9km, "Alhamdulillah" selama 9km. Kemudian break sekejap mendengar slot motivasi pagi pada pukul 7:30 di radio IKIM sekadar 10 minit. Kemudian sambung "Allahu Akbar" sejauh 9km, Selawat sepanjang 9km, muhasabah diri, penyesalan, taubat dan mohon keampunan Allah sejauh 1km dan Istghfar sejauh 9km lagi. Wow 46km pengisian yang padat dan mantap. Pulang dari ofis pun boleh membuat pengisian sebegini atau yang sewaktu dengannya. Maka tidak sia2lah waktu di jalanan itu. Lagi jem lagi bagus sebab lagi banyak zikirnya.

Cuba bayangkan dari Rumah ke simpang Sg Choh di penuhi dengan bacaan surah2 lazim dengan niat sedekah kepada waris dan kerabat di alam barzakh. Dari Sg Choh ke simpang Mydin Rawang zikir "Subhanallah". Dari Mydin ke Tesco Rawang bibir dibasahi "Alhamdulillah". Dari Tesco ke Selayang "Allahu Akbar". Dari Selayang ke Batu Caves sibuk berselawat. Dari Batu Caves ke Melawati muhasabah diri. Akhirnya Melawati hingga sampai ke ofis istighfar. Perjalanan 46km yng sangat tinggi nilai manfaatnya dalam konteks bekalan harta untuk Akhirat yang kekal abadi.

Ya Allah aku bergantung harap kepada Mu, hanya pada Mu, tidak pada makhluk. Engkau permudahkan segala urusanku, cukupkan rezkiku. Janganlah Engkau mufliskan aku di Akhirat yang kekal abadi dan janganlah Engkau mufliskan aku di dunia Mu yang fana ini. Jadikan segala aktivitiku hari ini sebagai ibadah kepada Mu.

Syaaban sudah mencapai angka 9. Bagaimana pengisiannya setakat hari ini? Di simpang tiga Sg Choh tadi saya lihat ada sebuah banner mempromosi satu kuliah maghrib oleh Dr Basit di surau al-Ikhlas Sg Buaya. Terpapar dalam huruf besar kata2, "Rejab dan Syaaban dipinggirkan,Ramadan tidak terkesan, Kenapa?" Begitulah lebih kurang ayatnya. Membawa makna pentingnya perlakuan dan rutin harian kita di bulan Rejab dan Syaaban ini demi untuk memberi kesan hebat pabila Ramadan tiba.

Seorang Ustaz memberitahu bahawa Rejab itu kalau dalam pertanian ibarat buat earthwork, clear semak, ratakan tanah, gemburkan tanah, bakar semak samun, sediakan tapak untuk menanam, menyemai pokok, dan menabur anak benih.

Syaaban pula dipenuhkan dengan menyiram tanaman, membaja, meracun serangga perosak dan membelai anak pokok dengan kasih sayang demi mencapai pokok dan tanaman yang tumbuh dan membesar dengan subur.

Maka tibanya Ramadan adalah bulan dimana aneka tanaman itu menampakkan hasilnya. Tanaman hijau dan segar. Elok benihnya eloklah hasilnya. Benarlah tidak rugi berbudi pada tanah. Tanam benih yang baik di bulan Rejab/Syaaban untuk dapat hasil yang baik di bulan Ramadan nanti.

Bunga yang berputik bakal menghasilkan buah yang enak dan baik. Kelopak2 daun segar dan pucuk2 baru terus petah bercambah silih berganti. Siraman air yang mencukupi, semak samun yang di cantas, dan pembajaan yang berkahasiat membuatkan pokok sayuran dan buahan yang di tanam membuahkan hasil yang diharapkan untuk manfaat hari2 mendatang. Bukan setakat itu kerana suasana dan cuaca yang elok akan menggandakan hasil tanaman pada kadar yang tak terfikir dek akal. Lumayan sungguh pendapatan si petani dan penguasaha tanah Allah ini.

Maka Ramadan akan dimanfaat sepenuhnya tidak lagi lesu atau tiada beza daripada bulan2 yang lain. Ramadan sebagai masa terbaik meraih keuntungan berlipat ganda. Maka sangat penting untuk tidak meminggirkan Rejab dan Syaaban sebagai bulan2 kerja keras untuk memenuhi syarat2 pre-requisite, bulan latihan intensif untuk menguasai segala teknik dan strategi kejayaan.

Syaaban yang bebaki 20 hari ini jangan dipinggirkan lagi. Penuhi dengan berlatih, berusaha sedaya upaya dan plan bertindak yang di praktikkan iaitu segala aktiviti amal soleh.

Kalau Rejab dimulai dengan 2-3 hari ibadah puasa sunat, mengaji al-Qur'an yang sekali sekala, zikrullah atau slawat yang tidak konsisten, solat tahajjud atau witir yang jarang-jarang, solat dhuha yang kadang-kadang, sedekah yang masih liat, ke masjid yang masih payah, acap ponteng majlis2 ilmu atau solat jemaah yang masih tak lekat, maka Syaaban ini biarlah segalanya berubah.

Pendakian slow motion sebuah rollercoaster yang akan diikuti dengan penuruan dengan pecutan laju pada landasan berpusing atau bengkang-bengkok yang di hujung landasan itu biar ada kepuasan dan rasa lega yang hebat.

Gandakan usaha amal soleh hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Bersihkan hati untuk mudah mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah yang tidak terhitung banyaknya, sabar pada setiap ujian Allah dan redha menerima segala ketentuan Allah.

Usah putus harap. Menaiki rollercoaster iman menuju Ramadan adalah pengalaman yang menyeronokkan pada hati yang hidup, pada jiwa yang dahaga, minda yang sering fikir dan risau. Kekalkan di jalan yang lurus menuju redha Allah. Bila terlintas untuk melakukan sesuatu amal soleh, jangan bertangguh lagi. Terus lakukan.

Di mana pengakhiran hidup ini, apakah di Syurga atau Neraka? Maka setiap langkah dan pengisian masa dalam perjalanan menuju kehidupan akhirat yang kekal itu akan sentiasa diambil secara peka dan berhati-hati. Langkah atau strategi yang silap bisa menjerumus diri ke lembah kehinaan dan penyesalan yang tiada gunanya.

16 June 2013

TIGA PEMIMPIN DUNIA YANG RUGI DI AKHIRAT

Rasulullah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

1-FIR'AUN

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

2-NAMRUD
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

3-QARUN

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang
berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. - dipetik dari halaqah

13 June 2013

ISRA' MIKRAJ DIHAYATI, SOLAT DIHARGAI, KEMENANGAN DIRAI ,SEMOGA DIRESTUI ILLAHI

Isra' Mikraj DiHayati, Solat DiHargai, Kemenangan DiRai
السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ : سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Setiap kali berada pada bulan Rejab maka kita tidak lekang daripada memperkatakan tentang suatu peristiwa besar yang pernah berlaku pada tubuh nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa Isra’ Mikraj yang menguji tahap keimanan manusia. Peristiwa yang hebat ini berlaku setelah tentangan terhadap dakwah Islam semakin memuncak terutama dengan kematian isteri tercinta Siti Khadijah yang selama ini banyak membantu nabi disamping kehilangan bapa saudaranya Abu Tolib yang banyak memberi sokongan. Dakwah nabi mendapat tentangan yang hebat dari permulaan daripada masyarakat Mekah yang keras ditambah dengan penolakan oleh masyarakat Taif. Itu belum lagi berdepan dengan kuasa besar Rom dan Parsi yang merupakan empayar terbesar pada masa itu. Namun kesungguhan nabi Muhammad s.a.w dalam menyebarkan dakwa Islam tidak terhenti malah pergantungan diri dengan Allah semakin kuat sehingga berlakunya peristiwa Isra’ Mikraj yang menyaksikan nabi menjadi tetamu Kerajaan Allah untuk menyaksikan alam nyata dan ghaib, alam bumi dan langit yang membuktikan Kekuasaan Allah. Peristiwa ini mengajar bahawa tiada kerajaan yang lebih kuat dan hebat mengatasi Kerajaan Allah. Tidak ada kerajaan yang kekal memerintah kecuali Kerajaan Allah. Oleh itu setiap kerajaan yang ada mesti tunduk patuh kepada Kerajaan Allah jika mahu selamat dan berjaya dunia dan akhirat. Usah sombong takabbur bila diberi amanah untuk memegang kuasa kerana ia boleh ditarik bila-bila masa oleh Allah. Jangan hilang rasa pergantungan diri kepada Allah setiap masa dan tempat supaya bantuan dan pertolongan daripada Allah sentiasa bersama kita Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Hajj: أَفَلَمْ يَسِيرُ‌وا فِي الْأَرْ‌ضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ‌ وَلَـٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ‌ Maksudnya : Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. Sebelum dibawa dengan suatu perjalanan yang hebat maka dada nabi Muhammad s.a.w telah dibelah untuk dibersihkan hati baginda yang mulia. Ia mengajar kita bagaimana pentingnya pembersihan hati daripada sebarang unsur syirik dan sifat mazmumah atau tercela daripada hati kita. Hati yang mati punca utama kepada kerosakan akhlak di mana ia hanya mendengar tentang peristiwa Isra’ Mikraj tetapi tidak mampu untuk dijadikan pengajaran. Begitu juga dengan begitu banyak bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, ribut taufan, angin puting beliung yang banyak mengorbankan harta dan nyawa hanya dilihat biasa saja tanpa diambil pengajaran berharga dalam memperbanyakkan lagi amalan soleh disamping segera bertaubat atas dosa yang dilakukan. Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia ini marilah kita sama-sama bermusabah menghitung diri kita terutama tahap kesihatan hati kita samada sihat atau sakit. Imam Hasan Al-Basri pernah mengajarkan teknik bagi menyemak kesihatan hati dengan katanya: “Rasakanlah kemanisan dalam 3 perkara: [1] ketika melakukan solat, [2] ketika membaca al-Quran dan [3] ketika berzikir. Jika engkau merasakan kemanisan dalam ibadat itu maka bergembiralah kerana hatimu masih hidup dan sihat. Namun jika engkau tidak merasakan kemanisan dalam ibadat maka ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup”. Ibrahim Al-Khawas pula mengajar kita tentang 5 cara untuk mengubat hati iaitu : [1] Membaca al-Quran sambil memahami maknanya, [2] mengosongkan perut, [3] solat malam, [4] berdoa pada waktu fajar dan [5] bergaul dengan orang-orang soleh. Jika kita tidak segera mengubati hati yang sakit, ia akan terus sakit. Suatu hari nanti, iaboleh mati. Orang yang mati hati lebih berbahaya daripada mati jasad. Sebab orang yang mati jasad boleh segera dikuburkan. Sedangkan orang yang mati hati akan menjadi sampah masyarakat. Ia sangat mengganggu kehidupan masyarakat, namun tidak boleh dibuang ataupun ditanam Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 45 surah al-‘Ankabut: اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ Maksudnya : Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. Hadiah yang paling berharga yang dibawa pulang oleh nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa Isra’ Mikraj ialah solat 5 waktu sehari semalam. Ia sebagai bukti bahawa betapa pentingnya solat dalam kehidupan kita kerana solat banyak memberi manfaat untuk dunia seperti adanya kajian sains yang menunjukkan bagaimana solat yang sempurna mampu menajamkan otak, memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh, gerakan jantung lebih teratur, orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang, ubat mati pucuk kalangan lelaki dan masalah kelamin kaum wanita serta seribu macam lagi kebaikan. Apatah lagi kebaikan solat untuk agama dan akhirat kita. Solat 5 waktu merupakan ruang dalam kita berhubung dengan Allah ke arah mendekatkan diri kepadaNya disamping menanam rasa taqwa di mana semuanya ini boleh menghilangkan rasa takut dan begitu bergantung kepada makhluk yang lain sehingga mengenepikan arahan dan larangan Allah, meyakini bahawa hanya Allah yang Maha Besar sedangkan makhluk yang lain kerdil dan hina. Bila perasaan ini berjaya dihasilkan daripada solat kita maka masalah kerosakan akhlak dan jenayah dapat ditangani. Banyak berlakunya masalah sosial dikeliling kita akibat daripada pengabaian solat walau pun ada juga yang mempersoalkan bagaimana ramai juga yang sembahyang tapi turut terlibat dengan masalah keruntuhan akhlak. Maka jawapan mudah ialah kualiti solat yang tidak dijaga sehingga dirosakkan oleh hilangnya khusyu’, riya’ dan perkara yang menghilangkan ruh solat itu sendiri menyebabkan solat seseorang tidak mampu menghalangnya daripada perkara mungkar. Ia ibarat manusia yang bertubuh sasa tetapi tidak bernyawa sehingga dia tidak mampu menahan serangan orang lain walau pun kanak-kanak kecil. Oleh itu bersungguhlah kita dalam memastikan kualiti solat kita sentiasa ditingkatkan dari masa ke semasa agar ia bukan sahaja diterima oleh Allah malah mampu menjadi perisai daripada terlibat dengan perkara mungkar. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 59 surah Maryam: فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا Maksudnya : Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka), Allah telah menjelaskan dalam al-Quran bagaimana akibat meninggalkan solat membawa manusia kepada kerosakan akibat hawa nafsu menjadi ikutan sehingga agama diketepikan. Nabi Muhammad s.a.w ketika saat hampir wafat turut memberi wasiat penting agar menjaga solat. Oleh itu kita menyokong penuh usaha dalam memastikan sebarang pengambilan pegawai baru kerajaan serta kenaikan pangkat mesti daripada kalangan orang yang menjaga solat kerana manusia yang takut kepada Allah pasti menjauhi amalan buruk seperti pecah amanah dan rasuah. Ibubapa sendiri mesti memastikan diri sendiri dan anak-anak menjaga solat. Begitu juga apabila memilih menantu mesti dipastikan dahulu dari segi sembahyang bukan setakat tanya tentang pekerjaan dan gaji bulanan Kita juga mendesak agar suatu program khusus diatur bagi memberi kesedaran dan keinsafan kepada rakyat yang meninggalkan solat seperti Kursus Bina Tatanegara digunakan untuk melahirkan pegawai yang jaga solat bukan mengapi-apikan sikap rasis perkauman sempit. Begitu juga Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) misalnya digunakan sebaik mungkin dalam melahirkan generasi muda yang menjaga solat dan menutup aurat dengan sempurna bukannya dijadikan pusat mengajar pergaulan bebas yang menambah masalah akhlak yang sedia ada Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ : فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar Ketika membicarakan tentang peristiwa Isra’ Mikraj juga maka tidak ketinggalan untuk kita mendoakan kemerdekaan bumi Isra’ Palestin daripada cengkaman Yahudi. Kita pernah menyaksikan bagaimana kejayaan Salehuddin al-Ayyubi dalam memerdekakan Masjid Aqsa daripada tentera Salib dengan memastikan angkatan tenteranya daripada kalangan mereka yang menjaga solat malam. Maka kita pada hari ini wajib memastikan Negara kita merdeka daripada system yang bercanggah daripada Islam dan seterusnya memerdekakan bumi Palestin dengan melahirkan generasi yang sentiasa menjaga solat. Mari kita berusaha dalam memenuhkan ruang masjid dan surau dengan solat berjemaah dan majlis ilmu terutama dari kalangan anak-anak muda bagi memastikan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah semakin dekat dan hampir. Inilah sumber kekuatan kita di mana jika mencari dengan cara lain yang bercanggah dengan Islam maka selagi itulah kita dihinakan dengan kekalahan dan kehinaan di dunia akhirat. Jagalah solat dalam menjana kemenangan. Jagalah solat dalam meraih kejayaan بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Disunting oleh Ibnu Atiq

IMAM ABU HANIFAH BERDEBAT DENGAN KAFIR

Imam Abu Hanifah pernah bercerita : Ada seorang ilmuwan besar, Atheis dari kalangan bangsa Rom, tapi ia orang kafir. Pada suatu hari, manusia berkumpul di masjid, orang kafir itu naik mimbar dan mahu mengadakan tukar fikiran dengan sesiapa saja, dia hendak menyerang ulama-ulama Islam. Di antara shaf-shaf masjid bangunlah seorang laki-laki muda, dialah Abu Hanifah dan ketika sudah berada dekat depan mimbar, dia berkata: "Inilah saya, hendak tukar fikiran dengan tuan".

Mata Abu Hanifah berusaha untuk menguasai suasana, namun dia tetap merendahkan diri kerana usia mudanya. Namun dia pun angkat berkata: "Katakan pendapat tuan!". Ilmuwan kafir itu heran akan keberanian Abu Hanifah, lalu bertanya:Atheis : Pada tahun berapakah Rabbmu dilahirkan?

Abu Hanifah : Allah berfirman: "Dia (Allah) tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan"

Atheis : Masuk akalkah bila dikatakan bahawa Allah yang tiada apa-apa sebelum-Nya?, Pada tahun berapa Dia ada?

Abu Hanifah : Dia berada sebelum adanya sesuatu.

Atheis : Kami mohon diberikan contoh yang lebih jelas dari kenyataan!

Abu Hanifah : Tahukah tuan tentang perhitungan?

Atheis : Ya.

Abu Hanifah : Angka berapa sebelum angka satu?

Atheis : Tidak ada angka (nol).

Abu Hanifah : Kalau sebelum angka satu tidak ada angka lain yang mendahuluinya, kenapa tuan heran kalau sebelum Allah Yang Maha satu yang hakiki tidak ada yang mendahuluiNya?

Atheis : Dimanakah Rabbmu berada sekarang?, sesuatu yang ada pasti ada tempatnya.

Abu Hanifah : Tahukah tuan bagaimana bentuk susu?, apakah di dalam susu itu keju?

Atheis : Ya, sudah tentu.

Abu Hanifah : Tolong perlihatkan kepadaku di mana, di bahagian mana tempatnya keju itu sekarang?

Atheis : Tak ada tempat yang khusus. Keju itu menyeluruh meliputi dan bercampur dengan susu diseluruh bahagian.

Abu Hanifah : Kalau keju makhluk itu tidak ada tempat khusus dalam susu tersebut, apakah layak tuan meminta kepadaku untuk menetapkan tempat Allah Ta'ala?, Dia tidak bertempat dan tidak ditempatkan!

Atheis : Tunjukkan kepada kami zat Rabbmu, apakah ia benda padat seperti besi, atau benda cair seperti air, atau menguap seperti gas?

Abu Hanifah : Pernahkan tuan mendampingi orang sakit yang akan meninggal?

Atheis : Ya, pernah.

Abu Hanifah : Sebelumnya ia berbicara dengan tuan dan menggerak-gerakan anggota tubuhnya. Lalu tiba-tiba diam tak bergerak, apa yang menimbulkan perubahan itu?

Atheis : Kerana rohnya telah meninggalkan tubuhnya.

Abu Hanifah : Apakah waktu keluarnya roh itu tuan masih ada disana?

Atheis : Ya, masih ada.

Abu Hanifah : Ceritakanlah kepadaku, apakah rohnya itu benda padat seperti besi, atau cair seperti air atau menguap seperti gas?

Atheis : Entahlah, kami tidak tahu.

Abu Hanifah : Kalau tuan tidak boleh mengetahui bagaimana zat mahupun bentuk roh yang hanya sejenis makhluk, bagaimana tuan boleh memaksaku untuk mengutarakan zat Allah Ta'ala?!!

Atheis : Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahnya? Sebab segala sesuatu pasti mempunyai arah?

Abu Hanifah : Jika tuan menyalakan lampu di dalam gelap malam, ke arah manakah sinar lampu itu menghadap?

Atheis : Sinarnya menghadap ke seluruh arah dan penjuru.

Abu Hanifah : Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Ta'ala Pencipta langit dan bumi, sebab Dia nur cahaya langit dan bumi.

Atheis : Kalau ada orang masuk ke syurga itu ada awalnya, kenapa tidak ada akhirnya? Kenapa di syurga kekal selamanya?

Abu Hanifah : Perhitungan angka pun ada awalnya tetapi tidak ada akhirnya.

Atheis : Bagaimana kita boleh makan dan minum di syurga tanpa buang air kecil dan besar?

Abu Hanifah : Tuan sudah mempraktikkanya ketika tuan ada di perut ibu tuan. Hidup dan makan minum selama sembilan bulan, akan tetapi tidak pernah buang air kecil dan besar disana. Baru kita melakukan dua hajat tersebut setelah keluar beberapa saat ke dunia.

Atheis : Bagaimana kebaikan syurga akan bertambah dan tidak akan habis-habisnya jika dinafkahkan?

Abu Hanifah : Allah juga menciptakan sesuatu di dunia, yang bila dinafkahkan malah bertambah banyak, seperti ilmu. Semakin diberikan (disebarkan) ilmu kita semakin berkembang (bertambah) dan tidak berkurang."

Ya! kalau segala sesuatu sudah ditakdirkan sebelum diciptakan, apa yang sedang Allah kerjakan sekarang?" tanya Atheis.

"Tuan menjawab pertanyaan-pertanyaan saya dari atas mimbar, sedangkan saya menjawabnya dari atas lantai. Maka untuk menjawab pertanyaan tuan, saya mohon tuan turun dari atas mimbar dan saya akan menjawabnya di tempat tuan", pinta Abu Hanifah.

Ilmuwan kafir itu turun dari mimbarnya, dan Abu Hanifah naik di atas. "Baiklah, sekarang saya akan menjawab pertanyaan tuan. Tuan bertanya apa pekerjaan Allah sekarang?". Ilmuwan kafir mengangguk. "Ada pekerjaan-Nya yang dijelaskan dan ada pula yang tidak dijelaskan. Pekerjaan-Nya sekarang ialah bahawa apabila di atas mimbar sedang berdiri seorang kafir yang tidak hak seperti tuan, Dia akan menurunkannya seperti sekarang, sedangkan apabila ada seorang mukmin di lantai yang berhak, dengan segera itu pula Dia akan mengangkatnya ke atas mimbar, demikian pekerjaan Allah setiap waktu".

Para hadirin puas dengan jawapan yang diberikan oleh Abu Hanifah dan begitu pula dengan orang kafir itu.Kisah ini didapati dalam dua versi yang berbeda sedikit, satu mengatakan Atheis dan yang lain mengatakanya ilmuan kafir, persoalan-persoalan yang dikemukakannya adalah hampir sama, lalu saya gabungkan dan menyusunnya sekali.

Yang perlu mendapat perhatian di sini adalah pernyataan tentang Allah tidak bertempat dan ditempatkan. Madhab Ahlussunnah mengimani bahwa Allah istiwa' di atas Arsy, mengenai kaifiahnya tidak perlu kita bahas kerana itu sudah di luar kemampuan kita.

SUBHANALLAH ! PERINGATAN PADA KITA(MANUSIA)

13 Jun 2013
Mukjizat Hadis Rasulullah SAW : Kemunculan Bara Api di Yaman
Dicatat oleh ustazcyber di 4:57:00 PG


Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
“Tidak akan terjadi hari Kiamat sampai api keluar dari tanah Hijaz yang menerangi leher-leher unta di Bashra.”

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra, berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam as, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – (H.R Muslim) copypaste ustazcyber



12 June 2013

CIRI MANUSIA BERTAQWA !

Apa itu TAQWA
Taqwa
Mengikut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna: .

~ Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (haybah). Antara firman Allah Taala yang tersisip kalimah takwa yang membawa makna tersebut ialah: Dan bertakwalah (takutilah) suatu hari yang kamu akan dikembalikan kepad...a Allah. (2 : 281)

~ Kedua, bermakna taat. Contohnya seperti yang terdapat dalam firman Allah yang maksudnya: Hai sekalian orang yang beriman, bertakwalah (taatlah) kepada Allah dengan sebanr-benar takwa (taat). (3 : 102)

~ Ketiga, mengandungi maksud, menyucikan hati daripada dosa. Contohnya dalam firman Allah yang mafhumnya: Dan sesiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itulah orang-orang yang beroleh kemenangan. (24 : 52)

Kalimah "bertakwa" dalam ayat terakhir di atas bukan lagi bermakna taat atau takut, kerana kalimah-kalimah "taat" dan "takut" telah disebutkan sebelumnya. dalam ayat di atas. Jadi "bertakwa" dalam ayat di atas bermaksud, menyucikan hati daripada dosa. Makna yang ketiga inilah merupakan takrif kepada istilah takwa. Mengikut para ulamak: "Takwa itu ialah menyucikan hati daripada dosa, sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat".

Imam al-Ghazali membuat kesimpulan : Bahawa takwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudharat kepada agama. Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang mengidapi penyakit. Adapun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan kepada agama pula ialah "bertakwa".

"Taqwa ialah ketundukan dan ketaatan terhadap perintah Allah dan menjauhi segala apa yang ditegahNya."
Seringkali kita mendengar dan mengucapkan kata taqwa, tetapi kita sebagai muslim belum memahami dan mengerti apalagi memaknai taqwa dalam kehidupan kita yang singkat ini. Sangat bersyukur sekali kita semua dikaruniakan hadiah terindah dalam hidup kita yakni hidayah islam dan selalu berdoa untuk setia hingga akhir dalam pelukan hidayah Islam.
Seiring dengan krisis yang datang silih berganti, ibarat kata keimanan dan ketaqwaan kita diuji dengan berbagai cobaan hidup baik itu kemiskinan, kemelaratan, sulitnya mencari pekerjaan, meningkatnya keperluan hidup dan banyak hal lainnya yang menuntut kesabaran dan keihlasan hati kita untuk tetap setia berdzikir mengingat kebesaran dan karunia Allah SWT. Cobaan yang datang bukan saja menguji hakikat hati dan kadar keimanan tetapi menguji ketulusan dan keredhaan kita akan menerima dan mensyukuri nikmat yang diberikan Allah. Banyak Saudara kita yang tergelincir imannya dan menukar dengan hanya keperluan pokok, popularitis dan hal lainnya yang sering dilakukan pihak-pihak yang membenci ISLAM. Mari kita bersama memperkuat tali silaturrahim diantara kita dan memperkokoh iman kita agar terhindar dari hal-hal yang merosak dan menukar hidup kita dengan kemurkaan dari azab dari Allah SWT. Semoga dengan tulisan yang sederhana ini proses penguatan iman dan taqwa kita selalu kuat dan tidak goyah dari keimanan lain yang sesat dan menyesatkan. Amin ya Rabbal Alamien.

Islam dengan ajarannya yang indah mengajar bahwa perbezaan hakiki manusia tidak berada pada kedudukan, jabatan, pangkat, kekayaan dan lainnya. Manusia dibezakan dengan kadar dan nilai mereka di mata Allah. Perbedaan antar manusia di dalam Islam terletak pada sejauh mana manusia mampu mengoptimalkan kadar ruhaninya untuk mendekat pada Tuhannya. Perbedaan manusia dan kemuliaan manusia ditentukan oleh nilai dan kadar taqwanya yang bergolak dalam dadanya. (QS. Al-Hujurat: 13) Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudhari disebutkan, Hendaknya kamu bertaqwa sebab ia adalah kumpulan segala kebaikan, dan hendaknya engkau berjihad karena ia sikap kependitaan seorang muslim, dan hendaknya engkau selalu berdzikir menyebut nama Allah karena dia cahaya bagimu (HR. Ibnu Dharis dari Abu Said Al-Khudhari).


Definisi Taqwa

Taqwa adalah kumpulan semua kebaikan yang hakikatnya merupakan tindakan seseorang untuk melindungi dirinya dari hukuman Allah dengan sikap tunduk kepada-Nya. Asal-usul taqwa adalah menjaga dari kemusyrikan, dosa dan kejahatan dan hal-hal yang meragukan (syubhat).
Seruan Allah pada surat Ali Imran ayat 102 yang berbunyi, “Bertaqwalah kamu sekalian dengan sebenar-benarnya taqwa dan janganlah kamu sekali-kali mati kecuali dalam keadaan muslim”, bermakna bahwa Allah harus dipatuhi dan tidak ditentang, diingat dan tidak dilupakan, disyukuri dan tidak dikufuri.


Taqwa adalah bentuk peribadatan kepada Allah seakan-akan kita melihat-Nya dan jika kita tidak melihat-Nya maka ketahuilah bahwa Dia melihat kita. Taqwa adalah tidak terus menerus melakukan maksiat dan tidak terpedaya dengan ketaatan. Taqwa kepada Allah adalah jika dalam pandangan Allah seseorang selalu berada dalam keadaan tidak melakukan apa yang dilarang-Nya, dan Dia melihatnya selalu melakukan kebaikan. Menurut Sayyid Quth dalam tafsirnya—Fi Zhilal al-Qur`an—taqwa adalah kepekaan hati, kehalusan perasaan, rasa khawatir yang terus menerus dan hati-hati terhadap semua duri kehidupan.


Saat Umar ra bertanya kepada Ubay bin Ka’ab apakah taqwa itu? Dia menjawab; “Pernahkah kamu melalui jalan berduri?” Umar menjawab; “Pernah!” Ubay menyambung, “Lalu apa yang kamu lakukan?” Umar menjawab; “Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.” Maka Ubay berkata; “Maka demikian pulalah taqwa!”


Demikian banyak ayat Al-Qur`an yang menyerukan kita untuk bertaqwa dalam bingkai taqwa yang sebenarnya, dalam kadar taqwa yang semestinya, dalam bobot taqwa yang mampu kita lakukan. Lihat umpamanya (QS. Al-Ahzab : 70) dan (QS. At-Taubah : 119).
Dalam hadits juga sangat banyak seruan agar taqwa menjadi penghias perilaku kita dan menjadi mutiara batin kita. Seperti sabda Rasulullah, :


“Bertaqwalah kamu kepada Allah, dimanapun kamu berada, dan ikutilah keburukan itu dengan kebaikan, niscaya kebaikan itu akan menghapus keburukan itu. Dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik” (HR. Tirmidzi, Ahmad dan Ad-Darimi).

Ciri Manusia Taqwa

Seseorang akan disebut bertaqwa jika memiliki beberapa ciri. Dia seorang yang melakukan rukun Iman dan Islam, menepati janji, jujur kepada Allah, dirinya dan manusia dan menjaga amanah. Dia mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri. Manusia taqwa adalah sosok yang tidak pernah menyakiti dan tidak zhalim pada sesama, berlaku adil di waktu marah dan ridha, bertaubat dan selalu beristighfar kepada Allah. Manusia taqwa adalah manusia yang mengagungkan syiar-syiar Allah, sabar dalam kesempitan dan penderitaan, beramar ma’ruf dan bernahi munkar, tidak peduli pada celaan orang-orang yang suka mencela, menjauhi syubhat, mampu meredam hawa nafsu yang menggelincirkan dari shiratal mustaqim. Itulah diantara ciri-ciri sosok manusia taqwa itu.


Agar seseorang bisa mencapai taqwa diperlukan saran-sarana. Dia harus merasa selalu berada dalam pengawasan Allah, memperbanyak dzikir, memiliki rasa takut dan harap kepada Allah. Komitmen pada agama Allah. Meneladani perilaku para salafus saleh, memperdalam dan memperluas ilmu pengetahuannya sebab hanya orang berilmulah yang akan senantiasa takut kepada Allah (QS. Fathir: 28). Agar seseorang bertaqwa dia harus selalu berteman dengan orang-orang yang baik, menjauhi pergaulan yang tidak sehat dan kotor. Sahabat yang baik laksana penjual minyak wangi dimanapun kita dekat maka akan terasa wanginya dan teman jahat laksana tukang besi, jika membakar pasti kita kena kotoran abunya (HR. Bukhari).
Membaca Al-Qur`an dengan penuh perenungan dan mengambil ‘ibrah juga merupakan sarana yang tak kalah pentingnya untuk mendaki tangga-tangga menuju puncak taqwa. Instrospeksi, menghayati keagungan Allah, berdoa dengan khusyu’ adalah sarana lain yang bisa mengantarkan kita ke gerbang taqwa. Pakaian dan makanan kita yang halal dan thayyib serta membunuh angan yang jahat juga sarana yang demikian dahsyat yang akan membawa kita menuju singgasana taqwa.

Buah Taqwa

Manusia dengan ciri dan karakterisrik di atas akan memetik buah ranum dan manisnya taqwa. Bukan hanya individual sifatnya namun masyarakat juga akan menikmatinya.
Manusia taqwa akan mendapatkan mahabbah Allah (Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa, (QS. At-Taubah: 4), Allah akan selalu bersama langkah dan pikirnya (Sesungguhnya Allah selalu bersama orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan (QS. An-Nahl; 128), mendapat manfaat dari apa yang dibaca di dalam Al-Qur`an (QS. Al-Baqarah; 2), lepas dari gangguan syetan –“sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila ditimpa was-was dari syetan, mereka ingat kepada Allah maka seketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya” (QS. Al-A’raf: 35), diterima amal-amalnya (QS. Al-Maidah: 27), mendapatkan kemudahan setelah kesulitan dan mendapat jalan keluar setelah kesempitan (QS. Ath-Thalaq: 2 dan 4)

.
Manusia taqwa akan memiliki firasat yang tajam, mata hati yang peka dan sensitif sehingga dengan mudah mampu membedakan mana yang hak dan mana pula yang batil.
(QS. Al-Anfaal : 29). Mata hati manusia taqwa adalah mata hati yang bersih yang tidak terkotori dosa-dosa dan maksiat, karenanya akan gampang baginya untuk masuk surga yang memiliki luas seluas langit dan bumi yang Allah peruntukkan untuk orang-orang yang bertaqwa (QS. Ali Imran: 133 dan Al-Baqarah: 211).


Taqwa yang terhimpun dalam individu-individu ini akan melahirkan keamanan dalam masyarakat. Masyarakat akan merasa tenteram dengan kehadiran mereka. Sebaliknya pupusnya taqwa akan menimbulkan sisi negatif yang demikian parah dan melelahkan. Umat ini akan lemah dan selalu dilemahkan, akan menyebar penyakit moral dan penyakit hati. Kezhaliman akan merajalela, adzab akan banyak menimpa. Masyarakat akan terampas rasa aman dan kenikmatan hidupnya. Masyarakat akan terenggut keadilannya, masyarakat akan hilang hak-haknya.
Semakin taqwa seseorang -baik dalam tataran individu, sosial, politik, budaya, ekonomi- maka akan lahir pula keamanan dan ketenteraman, akan semakin marak keadilan, akan semakin menyebar kedamaian. Taqwa akan melahirkan individu dan masyarakat yang memiliki kepekaaan Ilahi yang memantulkan sifat-sifat Rabbani dan insani pada dirinya.



Wafat saat sujud di Masjidil Nabawi

Sungguh Allah SWT telah memberikan karunia terindah atas umat muslim yang beriman dan bertaqwa hanya kepada NYA.

Akankah kita seperti hamba Allah lainnya menghadap kepadaNya dengan kebanggan dan tingkat taqwa setinggi-tinggi untuk menemui Dzat Yang Maha Agung Allah SWT. Smoga kita termasuk ke dalam golongan orang beriman dan mendapat SyafaatNya di hari Pembalasan. Amin.
Dicatat oleh Masjid Al-Amin

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."