RAKAN BLOG MASJID
29 April 2012
INGATLAH ALLAH DAN DENGAN IZINNYA KAMU AKAN TENANG
Sabda Nabi, "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah". (HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Firman Allah, "Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring." (An-Nisa' 103)
Firman Allah, "Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." (Al-Ahzab 41-42)
Allah berfirman yang bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)
27 April 2012
BERSIH DITUNTUT ISLAM !
PERINGKAT PERTAMA:
Membersihkan anggota-anggota zahir dari hadas, najis-najis atau kotoran serta benda-benda lebihan yang tidak diperlukan.
PERINGKAT KEDUA:
Membersihkan anggota-anggota badan dari perbuatan dosa.
PERINGKAT KETIGA:
Membersihkan hati dari akhlak-akhlak yang tercela dan sifat-sifat yang terkutuk.
PERINGKAT KEEMPAT:
Membersihkan batin dari sesuatu selain daripada Allah Taala dan ini adalah cara para Nabi s.a.w. mensucikan diri dan juga para siddiqin.
Dari Buku Bimbingan Untuk Mencapai Tingkat Mukmin (hlmn 24)
25 April 2012
APA ANDA BUAT DENGAN AYAT SYIFA?
“Apa kamu buat dengan Ayat Syifa?”
Seseorang ulama sufi bernama Syeikh Abdul Qassim al- Qusyairi (Imam Qusyairi) memiliki seorang anak yang sedang sakit tenat. Beliau selama ini telah berhabis ikhtiar dengan pelbagai cara untuk mengubati penyakit anaknya.
Namun semua usaha itu tidak mendatangkan kejayaan bahawa anaknya akan sembuh seperti sedia kala. Walauapapun keadaan beliau tetap tidak mudah berputus asa untuk mencari penawar bagi menyembuhkan penyakit anaknya yang luka itu.
Pada satu malam yang hening, Imam Qusyairi telah bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w. Lalu tanpa segan silu Imam Qusyairi mengadukan akan masalahnya yang dihadapinya kepada Rasulullah s.a.w. tentang penyakit anaknya itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Iman Qusyairi, “Apa yang kamu buat dengan ayat-ayat Syifa? wahai Abdul Qassim?”
Apabila Imam Qusyairi terjaga dari lenanya maka beliau termenung buat seketika di samping memikirkan akan kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. Apakah rahsia sebenar dan makna di sebalik kata-kata Rasulullah itu? Apakah maksud Nabi dengan ayat-ayat Syifa? Lalu tanpa membuang masa beliau pun mula mencari sambil mengulangkaji dan mencarinya didalam ayat-ayat suci Al-Quran.
Hasilnya Imam Qusyairi telah menjumpai enam tempat di dalam ayat Al-Quran yang mempunyai perkataan Syifa yang membawa maksud sebagai “PENAWAR”. Ayat-ayat tersebuat ialah:-
1. Ayat 14, Surah at-Taubah (juga di sebut didalam surah al- Baqarah)
Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.
2.Ayat 57, Surah Yunus
Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
3. Ayat 69, Surah an- Nahl
Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.
4. Ayat 82, Surah al- Israk
Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.
5. Ayat 80, Surah asy-Syu’ara
Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku,
6.Ayat 44, Surah Fussilat
Dan Jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?” Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: “Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[*1]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh”.
Selepas Imam Qusyairi telah menjumpai ayat-ayat suci tersebut maka beliau pun mula menulis kesemua ayat-ayat itu pada satu lembaran dan kemudian di rendamkannya ke dalam air lantas air tersebut diberikannya minum kepada anaknya. Alhamdulillah, dengan izin Allah maka anak Imam Qusyairi yang tenat (jika di lihat tiada lagi harapan untuk sembuh) telahpun pulih seperti sedia kala.
Begitulah kuasa Allah akan kehebatan Al-Quran sebagai penawar segala penyakit. Kita juga boleh mengamalkannya. Sebaiknya amalkanlah selalu untuk kesihatan diri kita sepanjang waktu. Jangan tunggu sehingga penyakit tersebut sudah bertambah teruk kerana iman kita tidak sekuat dan seteguh Imam Qusyairi untuk mengubati penyakit yang berbahaya tersebut.
P/s. Jika anda tidak mampu untuk melakukan seperti apa yang telah di buat oleh Imam Qusyairi, maka memadailah sekiranya anda membaca dan menghembuskan bacaan ayat-ayat suci tersebut ke air yang hendak diminum. Insyahallah, dengan izinnya di yakini ayat ini, akan terhindarlah kita daripada pelbagai penyakit.
Petikan ayat & maksudnya di ambil dari http://www.darussyifa.org
24 April 2012
KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH, IKHTIAR BERUBAT ADALAH SUNNAH
RENUNGAN
PERTAMA: IKHTIAR BERUBAT ADALAH SUNNAH
KEDUA : KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH
---------------------------------------------------------------------------
IKHTIAR BERUBAT ADALAH SUNNAH
IKHTIAR BERUBAT ADALAH SUNNAHPetikan dari Buku 'Bestseller' Dr. Danial: Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden.
Buku Ini Menjadi Finalis Anugerah Media Islam Nasional 2006 :
Walaupun kesemua perkara ditentukan oleh Allah, berikhtiar dengan pelbagai cara untuk merawat penyakit amat digalakkan oleh agama. Ia tidak bercanggah dengan konsep tawakal. Seorang sahabat pernah bertanya kepada Nabi Muhammad: “Adakah aku tambat binatang dan aku bertawakal ataupun aku lepaskannya dan aku bertawakal?” Jawab Rasulullah: “Tambat dan bertawakal.” (Riwayat Tirmizi)
Justeru, seseorang yang menghidap sesuatu penyakit digalakkan untuk mencari ubatnya dan tidak hanya berserah kepada nasib dan takdir. Mengikut sebuah riwayat dari Usamah ibn Syuraik, beliau berkata: “Aku berada di sisi Rasulullah, tiba-tiba datanglah beberapa orang Arab Badwi dan mereka berkata: ‘Ya Rasulullah adakah kami diizinkan berubat?’ Rasulullah bersabda: ‘Wahai hamba-hamba Allah, berubatlah kerana sesungguhnya Allah tidak meletakkan sesuatu penyakit melainkan Allah meletakkan ubat untuknya kecuali satu sahaja!’ Mereka bertanya: ‘Apakah itu ya Rasulullah?’ Nabi Muhammad bersabda: ‘Penyakit tua’.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, An-Nasai dan Tirmizi. Rasulullah juga turut berikhtiar sebagai contoh dengan berbekam, sedangkan Baginda merupakan manusia yang paling bertawakal kepada Allah.
Selepas seseorang berikhtiar, hendaklah dia bertawakal dan berserah kepada Allah kerana Dialah sebenarnya yang menyembuhkan segala penyakit .
KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH
Bila tubuh menunjukkan reaksi kesakitan, otak akan menghantar mesej kepada yang empunya tubuh bahawa kematian sudah semakin mendekat. Kesakitan dan kematian merupakan satu perkaitan yang sering terlayar luas di minda manusia.
Kita sebagai manusia sering berfikir bahawa sesuatu perkara yang terjadi itu ada sebabnya. “Kenapa dia meninggal?” “Oh, dia memang dah lama sakit.” , “Baru semalam aku jumpa Pak Mail, hari ni dia dah meninggal.” “Kena sakit jantung. Biasalah…” , “Aku dengar Wak Munah yang tinggal di hujung kampung ni dah meninggal. Betul ke?” “Haah… Kanser payudara dia dah merebak.”
Kematian adalah akhir dari kehidupan iaitu ketiadaan nyawa dalam organisma biologi. Semua makhluk yang hidup pada akhirnya akan mati secara perlahan-lahan, sama ada kerana menghidapi penyakit atau disebabkan kecelakaan. Bukan orang yang sakit sahaja boleh meninggal dunia. Manusia yang muda dan sihat walafiat juga boleh meninggal dunia tatkala sudah tiba masanya dia dijemput Izrael. Andaian itu semua hanya logik akal manusia yang tidak memandang kesakitan dan kematian itu merupakan satu hikmah. Rasuluallah s.a.w bersabda: “Tidaklah ALLAH menurunkan penyakit kecuali beserta dengan ubatnya.”
“Aku dah terbaring di tilam ni bertahun-tahun dan kau cakap sakit ini ada hikmahnya?” , “Kau cakap sakit ujian tuhan. Tapi, aku dah bersabar sepuluh tahun dengan kanser ni tapi aku tetap tak nampak hikmahnya. Apa yang aku nampak, duit aku dah beribu-ribu habis untuk ubati penyakit ni.” , “Aku rindu dengan diri aku yang dulu. Aku nak menikmati kehidupan seperti orang lain. Aku sentiasa berdoa agar ALLAH sembuhkan sakit aku. Tapi, sakit aku tetap tak sembuh-sembuh sampai sekarang. Aku rasa mati lebih baik daripada hidup.”
Setiap luahan kata-kata yang disalurkan melalui emosi memang susah untuk didebati apa lagi untuk diselami. Orang yang sakit sering bermain dengan emosi. Emosi yang mendalam yang hanya dia dan Penciptanya yang mengerti. Kerana itulah orang yang dilimpahi kesakitan dan penderitaan lebih gemar bermain perasaan dengan berkarya dan meluahkannya dalam bentuk syair atau puisi. Itulah hebatnya mata pena. Sesungguhnya, ALLAH itu Maha Besar lagi Maha Agung. Dia lebih tahu apa yang Dia rancangkan. Kesakitan itu memang ada hikmahnya.
Sesungguhnya, sakit itu adalah ujian kesabaran daripada ALLAH untuk kita semua yang bergelar hambanya tidak kira apa agama sekalipun. Seperti sabda Rasulullah Saw, “Sangat menakjubkan urusan orang-orang mukmin itu. Mereka menerima semua persoalan hidup sebagai kebaikan baginya. Apabila kegembiraan yang diterimanya ia akan bersyukur dan itu adalah kebaikan baginya. Dan apabila kepedihan yang diterimanya maka ia bersabar dan itupun merupakan kebaikan pula baginya.”. Sesungguhnya, kesyukuran itu tanda keimanan, dan kedurhakaan adalah tanda kekufuran. Sakit adalah penggugur dosa-dosa hamba-Nya.
Penyakit yang diderita seorang hamba menjadi sebab diampuni dosa yang telah dilakukannya termasuk dosa-dosa setiap anggota tubuhnya Rasulullah Saw bersabda, “Setiap getaran pembuluh darah dan mata adalah kerana dosa. Sedangkan yang dihilangkan Allah dari perbuatan itu lebih banyak lagi.” Sakit juga menyelamatkan insan daripada seksaan api neraka yang sungguh azab. “Rasulullah S.a.w pernah bersabda, bahwasannya sakit kerana demam itu akan menghindarkan orang Mukmin dari seksa api neraka.” Sakit membawa manusia itu sentiasa mengingati ALLAH Tuhan Yang Agung lagi Maha Berkuasa.
Apabila sakit itu singggah menghampiri, lidah kita pantas menyebut, “Aduh, sakit Ya ALLAH.” , “Ya ALLAH, sakitnya!”. Tatkala sakit itu sudah menjadi tamu di tubuh kita dengan mudahnya menerobos masuk ke salur-salur darah hanya kalimat itu yang mampu kita ucapkan. “ALLAH!” Maka beruntunglah orang yang selama ini lalai dan leka daripada mengingati ALLAH lalu ia ditimpakan kesakitan yang datang tanpa diundang.
Oleh itu, maka benarlah sakit itu satu anugerah. Sakit membuatkan kita mensyukuri nikmat ALLAH. “Masa aku sihat dulu aku tak pernah buat baik pada orang. Sekarang aku sakit, tiada siapa yang ingin menjenguk aku.” , “Alangkah bagusnya kalau aku sihat… Bolehlah aku beribadah dengan selesa.” , “Syukurlah kedua-dua kaki aku dipotong, kerana kaki itu selalu membawa aku ke tempat maksiat.”
Sakit membuatkan manusia semakin memahami manfaat sihat. Bersyukurlah dengan kesakitan yang kita lalui kerana ia akan membuatkan kita semakin berterima kasih pada Tuhan yang telah mengurniakan kesihatan pada kita tetapi kita sering terlepas pandang dek terlalu menikmati keseronokan dunia yang tiada penghujungnya. Pelbagai pendapat mengatakan kesakitan yang datang itu merupakan petunjuk daripada ALLAH untuk kita sebagai hambanya yang sering leka melayari dunia yang indah.
Menurut HAMKA, “Bila kita diuji maka bersabarlah kerana sesungguhnya ujian itu adalah sebagai musibah disebabkan kurangnya ketaatan kita kepada ALLAH.” Mata kita akan terpaku saat mendengar pendapat daripada Ibnu Qayyim pula. “Kalau manusia itu tidak pernah mendapat cubaan dengan sakit dan pedih, maka ia akan menjadi manusia yang ujub dan takbur. Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku. Kerana itu, musibah dalam bentuk apapun adalah rahmat ALLAH yang disiramkan kepadanya. Ia akan membersihkan karatan jiwanya dan mensucikan ibadahnya. Itulah ubat dan penawar kehidupan yang diberikan ALLAH untuk setiap orang beriman. Ketika ia menjadi bersih dan suci kerana penyakitnya, maka martabatnya diangkat dan jiwanya dimuliakan. Pahalanya pun berlimpah-limpah apabila penyakit yang menimpa dirinya diterimanya dengan sabar dan redha.”
Sesungguhnya, tiada ubat yang lebih mujarab selain berdoa kepada ALLAH Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Kesakitan itu datang daripada ALLAH, maka kesembuhan itu juga datang dengan izin ALLAH. Manusia yang dijadikan daripada tanah sering berpegang teguh pada pepatah yang sudah semakin lapuk ditelan dek zaman. “Ada sakit ada ubatnya.” Mereka juga terlalu mempercayai bahawa sesuatu yang dilakukan itu pasti akan berhasil. “Kau kalau nak cepat lega demam tu, makanlah Panadol Activefast.” , “Kau kalau tak nak sakit buat pembedahan, pergi hospital swastalah.” , “Ramai yang dah sihat lepas berubat dengan ustaz tu. Baik kau cuba.” , “Aku berubat di hospital tak sembuh-sembuh. Berubat dengan orang tu, terus je sembuh.”
Sesungguhnya, yang menyembuhkan penyakit itu bukan ubat-ubatan, rawatan di hospital, ustaz atau bomoh tetapi kesembuhan itu adalah datangnya daripada ALLAH s.w.t. Itu semua hanyalah sebagai perantaraannya sahaja iaitu sebagai penyebab berlakunya sesuatu. Sememangnya manusia disarankan untuk berikhtiar sehingga sembuh. Namun, janganlah sampai kita mempercayai bahawa yang menyembuhkan itu adalah sesuatu selain ALLAH s.w.t.
Renungilah surah At-Taubah ayat 14, surah Yunus ayat 57, surah An-Nahl ayat 69, surah Al-Israa’ ayat 82, surah asy-syu’ara’ ayat 80 dan surah Fussilat ayat 44. “Dia adalah kesembuhan bagi pesakit ini dan Dia menyembuhkan dada-dada kaum mukminin, Dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang berada dalam dada juga petunjuk dan rahmat bagi mereka yang beriman, pada-Nya kesembuhan bagi manusia, Dan ALLAH menurunkan diantara al-Quran itu ada satu yang menyembuhkan dan rahmat bagi orang yang beriman, Dan apabila aku sakit maka Dialah yang menyembuhkan, Katakanlah: yang demikian itu adalah bagi mereka yang beriman sebagai petunjuk dan kesembuhan yang cepat, tidak meninggalkan sakit atau penderitaan kecuali kesembuhan-Nya.”
“Apa dosa aku sehingga ALLAH bagi aku sakit seperti ini?” Begitu muliakah kita sebagai manusia sehingga tidak pernah berbuat dosa? Sesungguhnya, setiap persoalan yang terukir di minda setiap insan adalah kerana lumrah manusia yang sentiasa berfikir. Berdasarkan Surah Al-Hasyr ayat 21: “Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada ALLAH.
Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.” Tiada jawapan bagi setiap persoalan, tiada penyelesaian bagi setiap masalah dan tiada tujuan bagi setiap kehidupan sekiranya kita tidak menggunakan akal yang dianugerahkan untuk berfikir. Seandainya kita menderita sakit yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar, janganlah kita memarahi manusia yang tidak memahami situasi kita. “Aku nampak sahaja ceria, tapi sebenarnya sakit aku ni lagi teruk daripada orang yang terlantar seperti patung bernyawa.”
Janganlah kita mengharapkan manusia untuk sentiasa memahami kita, tetapi sandarkanlah sepenuh harapan itu kepada ALLAH yang menciptakan kita. Sesungguhnya, Yang Menciptakan itu lebih memahami daripada yang mengenali. Kepada setiap insan yang merasai dirinya seperti dikurung di dinding kaca, diseksa tanpa rasa dan diserang sakit yang berbisa, sabarlah seperti Surah Asy-Syura ayat 33: “Jika Dia kehendaki, Dia menghentikan tiupan angin, maka Tinggallah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda yang besar pengajarannya bagi tiap-tiap seorang mukmin yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.”
http://alikhtiyar.blogspot.com/
MENCINTAI ISTRI KERANA ALLAH
Mencintai Istri Kita Karena Allah
Dalam Islam, menikah sama dengan menyempurnakan separuh agama. Berbagai kenikmatan di surga sepertinya belum cukup bagi Adam ‘alaihis-salaam. Itulah sebabnya Allah Subhanahu wa Ta’ala menciptakan ibu kita, Hawa, untuk mendampinginya.
Jika ditelusuri, sesungguhnya karya-karya besar orang sukses lahir ketika seluruh energi di dalam dirinya bersinergi dengan sumber energi di luar dirinya, yakni dukungan dari orang-orang terdekat. Bagi seorang suami, istri adalah salah satu sumber energi itu.
Istri, di samping sebagai sandaran emosional, juga sebagai penyangga spiritual. Dialah yang siap berbagi tanpa pura-pura dan pamrih. Karunia istri, menurut Al-Qur`an, sama berharganya dengan kejadian dunia dan seisinya (Ar-Ruum: 16-30). Subhanallah!
Seorang suami bisa memperoleh ketenangan dan gairah hidup dari seorang istri. Juga kenyamanan, keberanian, keamanan, dan kekuatan. Laki-laki menumpahkan seluruh energinya di luar rumah dan mengumpulkannya kembali di dalam rumah. Rumah tidak sekadar tempat berteduh secara fisik, tetapi tempat berlabuh lahir dan batin. Sumber menu ruhani dan jasmani.
Potensi besar yang dikaruniakan Allah kepada perempuan adalah kelembutan, kesetiaan, cinta, kasih sayang, dan ketenangan jiwa. Kekuatan itu seringkali dilukiskan bagaikan ring dermaga tempat suami menambat kapal, atau pohon rindang tempat sang musafir merebahkan diri dan berteduh.
Di dalamnya merupakan padang jiwa yang luas dan nyaman. Tempat menumpahkan sisi kepolosan dan kekanakan suami untuk bermain dengan lugu; saat suami melepaskan kelemahan-kelemahan nya dengan aman; saat suami merasa bukan siapa-siapa; saat suami menjadi bocah besar yang berjenggot dan berkumis. Di keadalaman telaga itulah suami menyedot energi spiritual dan ketajaman emosional.
Umar bin Khattab Radhiyallahu ‘anhu pernah berkata, “Jadilah engkau bocah di depan istrimu, tetapi berubahlah menjadi lelaki perkasa ketika keadaan memanggilmu.”
“Saya selamanya ingin menjadi bocah besar yang polos ketika berbaring dalam pangkuan ibuku dan istriku,” kata Sayyid Quthub.
Sebaik-baik wanita (istri), kata Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam, adalah apabila kamu melihatnya menyenangkanmu. Istri yang seperti inilah yang bisa menjadi sumber kebahagiaan, keamanan, dan penjaga kehormatan diri. Bila sumber itu hilang atau kering, tragedi cintalah yang akan terjadi.
Jangan Sampai Membelenggu
Hanya saja, kecintaan kepada istri harus rasional dan proporsional. Tak sekadar menonjolkan rasa, tetapi juga rasio. Cinta terhadap istri hendaknya diletakkan demi kepentingan agama.
Cintailah istrimu di bawah cinta kepada Allah! Jangan sampai kecintaan kepada keluarga menjadi ketergantungan yang membelenggu dan melumpuhkan. Saling mengasihi yang tidak dilandasi agama, suatu ketika bakal menjadi batu sandungan dakwah.
الْأَخِلَّاء يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِي
“Para kekasih pada hari itu (kiamat) sebagian mereka terhadap sebagian yang lain menjadi musuh kecuali orang-orang yang bertaqwa.” (Az-Zuhruf: 67)
Ketergantungan kepada selain Allah adalah indikasi kelemahan jiwa. Umar bin Khattab pernah menyuruh putranya, Abdullah bin Umar, satu dari tujuh ulama besar sahabat Rasulullah, untuk menceraikan istrinya. Pasalnya, ia terlalu berlebihan dalam mencintai istrinya itu.
Terkadang, ia terlambat shalat berjamaah karena asyik menyisir rambut istrinya. Sekalipun ia mempertahankan istrinya yang tercinta, tetapi Umar menganggapnya sebagai kelemahan jiwa.
Ketika seorang sahabat mengusulkan kepada Umar untuk mencalonkan putranya sebagai khalifah ketiga saat menjelang wafatnya, beliau menolak. “Aku tidak akan pernah menyerahkan amanah ini kepada seorang laki-laki yang lemah, yang tak berdaya menceraikan istrinya,” kata Umar.
Ibnu Abbas dan Mujahid mengatakan: "Pada hari kiamat setiap kekasih hati menjadi musuh kecuali orang-orang yang bertaqwa."
Sedang Al-Hafidz Ibnu Asakir meriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Jika antara dua orang saling mencintai karena Allah, yang seorang di Timur dan yang seorang lagi di Barat, maka pada hari Kiamat Allah pasti akan mempersatukan keduanya sambil berfirman: "Inilah orang yg kau cintai karena-Ku..."
Agamalah yang bisa memberikan keterampilan kepada pemeluknya untuk mengelola fluktuasi (naik turun) kehidupan dengan semangat yang sama. Sedih dan gembira, suka dan duka, gagal dan sukses, adalah peta realitas kehidupan dunia.
Dinamika kehidupan dipersepsikan dan disikapi sebagai romantika, sehingga istri bisa menjadi teman abadi sepanjang hayat di dunia dan di akhirat. Tidak sebatas pandai dalam menjalin kasih secara biologis, tetapi terampil dalam memetakan masalah dan memutuskan risiko yang terjadi pascanikah.
Membangun Sandaran Spiritual
Syaikh Hasan an-Naisaburi, seorang ulama yang alim, pada usia 40 tahun belum juga menikah. Di tengah kesibukannya, datanglah seorang gadis shalihah yang cacat (bermata juling) dan miskin memberanikan diri untuk menghibahkan dirinya kepada beliau.
“Wahai Ustadz, sudikah engkau berkeluarga dengan orang yang fari ini?” kata gadis itu.
Sang ulama tergagap, seakan-akan telinganya disambar petir, diingatkan akan sunnah Rasul yang selama ini seolah-olah terhapus dalam memorinya. Segera, setelah itu ia bisa menguasai diri.
Beliau menjawab, “Apakah sudah engkau pertimbangkan secara matang hidup denganku yang sudah tua ini? Ingat masa depanmu masih panjang! Jangan engkau korbankan harapanmu denganku!”
Singkat cerita, lamaran gadis tersebut diterima. Sang gadis, terutama bapaknya, segera melakukan sujud syukur, “Alangkah senangnya kehidupanmu kelak, Nak. Bapak doakan semoga pernikahanmu ini yang pertama dan terakhir. Anakku, ditinjau dari berbagai segi, sesungguhnya kamu tidak sekufu dengan ustadz. Baik dari sisi usia, keilmuan, harta, dan keturunan. Tetapi alhamdulillah, permohonanmu diterima dengan tangan terbuka. Doa apakah yang selalu kamu panjatkan kepada Allah selama masa penantianmu yang panjang, Nak?”
Selama lima tahun mujahid yang harum namanya itu berdampingan dengan wanita yang cacat fisik, tetapi sukses mengarungi samudera kehidupan berkeluarga tanpa hambatan yang berarti. Ia berhasil merangkai keluarga sakinah, mawaddah, warahmah, wa muthmainah.
Sekalipun banyak ketidakcocokan di tengah jalan, tetapi dengan mudah dicarikan jalan keluar. Tentu, pasangan ini tidak terfokus perhatiannya pada hal yang bersifat lahiriah. Sang ulama menyadari, jika tidak menyukai satu sifat istri, palingkan penglihatanmu pada sisi yang lain.
Kalau kita baca tarajum (riwayat kehidupan) sang ulama, bisa dipahami bahwa kesamaan cinta kepada Allah-lah yang bisa mempertahankan dan merawat keharmonisan rumah tangga mereka sampai 15 tahun.
Suatu hari, sang istri yang cacat itu lebih dahulu kembali kepada Allah. Sang ulama menuliskan bait-bait puisinya yang melukiskan kepedihan hatinya, karena terlalu cepatnya berpisah dengan belahan jiwanya. “... Sungguh istriku, hati kita yang telah terbuhul... dengan cinta kepada Allah.”
Ia selalu terkenang dengan istrinya yang cacat fisik tetapi hatinya laksana intan mutiara. Lentera di dada.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam berpesan, “Janganlah laki-laki mukmin membenci istrinya yang mukminah. Bila ada perangai istri yang tidak disukai, dia pasti ridha (senang) dengan perangai istri yang lain.” (Riwayat Muslim)./Sahid
Dikutip dan Update Judul oleh situs Dakwah Syariah
22 April 2012
ANTARA MURAH REZEKI DENGAN REZEKI MURAH
Murah Rezeki atau Rezeki Murah?
Kita selalu diajar untuk berdoa, "Ya Allah murahkan rezeki ku" Memang doa ini biasanya tidak ketinggalan dimasa beribadat terutama selepas solat. Intipadi daripada doa kadang kala kita tidak ambil kisah sangat kerana doa yang kita lakukan sekadar menjadi satu tradisi untuk setiap kali beribadat atau dalam mana-mana majlis yang berciri majlis agama.
Rezeki adalah pemberian Allah, kadang kala kita dapat lebih dan kadang kala kita dapat kurang. Ada juga yang tak dapat hingga kebularan. Ada peribahasa menyebut rezeki dalam mulut harimau sekali pun boleh diambil. Betul makanan yang dah masuk dalam mulut kita belum lagi dijamin menjadi rezeki kita, selagi kita belum telan. Dah telan pun boleh keluar semula kalau Allah tak takdirkan itu bukan rezeki kita.
Kekayaan, kesenangan dan bahagia itu adalah hak Dia. Saya sebut kekayaan kerana ramai sangat orang membuat anggapan seolah-olah rezeki yang baik itu adalah kekayaan. Walapun tak tepat 100% tapi saya rasa perbincangan kali ini hampir menjurus maksud yang tak tepat ini.
Saya ada kawan baik seorang pekerja sendiri sebagai tukang rumah. Ada sebuah kereta 'berapa kali hand' Pegueot 404, dan sebuah lagi kereta Toyota Corolla Wagon buruk yang dibelinya RM3000 untuk mengangkut perkakasan pekerjaannya.
Dia tak lulus SPM, sekadar pangkat 3 setelah 2 kali ambil masih gagal. Akhirnya dia buat kerja yang mana patut.
Saya kategorikan dia ini Allah bagi "Rezeki Murah". Kenapa. Dia baik dengan semua orang, jika ke pasar selalu dapat ikan free, kalau belipun harganya murah. Jika dia membeli barang, barang yang dibeli juga murah harganya dibandingkan dengan orang lain. Nak baiki barangan elektrik dia juga ada kawan yang selalunya kawannya akan ambil harga kos barang yang ditukar.
Bukan itu sahaja, saya perhati sarapan pagi di warung dalam seminggu dia hanya bayar sendiri sekali atau dua kali sahaja. Ada sahaja orang tolong bayarkan. Walaupun dia nampak macam mengelak atau kadang kala mengeluarkan wang untuk membayar tapi rakan-rakan dia selalu menegah.
Satu lagi pakaian yang dipakai sehingga saya terlintas untuk bertanya adakah dia beli 2 atau 3 helai warna dan jenis yang sama. Kerana pakaian dia pun tak rosak.
Pernah kita terfikir, kenapa kita beli barang selalu mahal sedangkan orang lain beli lebih murah. Pakaian, peralatan dan apa sahaja milik kita selalu rosak sedangkan kita baru beli. Kita sellau sakit dan perlu banyak duit untuk perubatan.
Murah rezeki itu tidak semestinya kaya, tapi Allah memberikan kita kerbekatan pada rezeki kita. Jika membeli kita dapat murah, jika mengguna selalunya lama, tak mudah rosak. Pakaian dan peralatan kita selesa. Kesihatan kita baik, walaupun ada sakit sekadar Allah menguji tetapi bukan sakit yang menyebabkan kita terpaksa mengeluarkan perbelajaan besar untuk pengubatan.
Allah akan memberikan kita apa yang ada pada orang lain, hanya mungkin kita tak dapat awal, tapi kita juga akhirnya dapat merasainya.
Bersyukur dengan apa yang ada, sesungguhnya jarang orang bersyukur!
Dicatat oleh Assistant
20 April 2012
MAHU BAKHIL ATAU PEMURAH
Konsep sedekah: Berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam al-Quran (surah al-Imran ayat 92).
Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat, bukan untuk dunia)
Amalan diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jual beli (perniagaan).
Menurut Nabi SAW, 9/10 (90 peratus) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 saja. Nabi Muhammad SAW sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan jujur, cekap dan amanah.
Peniaga amanah akan dibangkitkan bersama nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan adalah amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan oleh orang Islam. Jika tidak aktiviti ini, seluruh umat Islam akan menanggung dosa.
Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam hadis, Nabi SAW menerangkan setiap awal pagi, ketika terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi.
Yang satu menyeru, “Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan harta kepada Allah.” Yang satu lagi menyeru, “Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek).”
Orang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.
Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda:
“Takutilah api neraka walaupun dengan sebiji tamar.”
Dan sabdanya lagi:
“Sedekah itu penghapus dosa seperti air memadam api.”
Jika dapat diamalkan, rezeki yang dikurniakan Allah akan kekal walaupun sudah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang sudah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta, belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi daripada sumber yang kita tidak ketahui.
Bersedekah itu boleh dilakukan oleh semua orang sekalipun orang itu tidak berharta. Amalan bersedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana bersedekah adalah lambang kesyukuran kepada Allah, pelaksanaan perintah Allah dan mempererat hubungan persaudaraan serta silaturahim sesama Muslim.
Sedekah juga adalah cara mengukuhkan hubungan antara hamba dengan Allah dan di antara hamba sesama hamba.
Firman Allah:
“Wahai orang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepadamu, sebelum datang hari yang tiada lagi jual beli, tiada lagi persahabatan yang akrab dan tiada lagi syafaat padanya. Dan orang yang kafir itu adalah golongan zalim.” (Surah al-Baqarah, ayat 254)
19 April 2012
DOA RASULULLAH SAW KEPADA PUTERINYA
Doa Fatimah Az-Zahra’ (sa) untuk Keperluan Dunia dan Akhirat
Berikut ini adalah doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada puterinya Sayyidah Fatimah Az-Zahra’ (sa) untuk mencapai keperluan dunia dan akhirat:
Ya Allah, cukupkan aku dengan rejeki yang telah Kauberikan kepadaku. Jagalah aku dan sejahterakan aku selalu selama Kauhidupkan aku. Ampunilah aku, sayangilah aku ketika Engkau matikan aku.
Ya Allah, jangan Kaususahkan aku untuk mencari apa yang tidak Kautakdirkan bagiku, dan untuk apa yang Kautakdirkan bagiku lancarkan dan mudahkan ia.
Ya Allah, penuhilah sebaik-baiknya kebutuhan kedua orang tuaku dan semua yang melalui mereka Kauanugerahkan kepadaku kenikmatan.
Ya Allah, ringankan aku untuk melakukan apa-apa yang telah Kauciptakan aku atasnya. Janganlah Kausibukkan aku sebagai beban terhadap apa yang Kauwajibkan padaku. Janganlah Engkau mengazab aku padahal aku memohon ampunan-Mu. Janganlah Engkau mengabaikan aku padahal aku bermohon kepada-Mu.
Ya Allah, rendahkan diriku dan besarkan Dikau di dalam hatiku. Ilhamkan kepadaku ketaatan kepada-Mu, amal yang membuat-Mu ridha dan menjauhi apa-apa yang membuat-Mu murka. Wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi.
Teks Arab doa ini dan transliterasi Arab-Latinnya, ada di sini
http://id.shvoong.com/society-and-news/spirituality/2258947-doa-untuk-keperluan-dunia-dan/
16 April 2012
GUNTUR ATAU KILAT DALAM SURAH AL-RAD
GUNTUR=KILAT
Pernahkah kita berfikir bagaimana guntur - sebagai salah satu peristiwa atmosfera terhebat yang Allah ciptakan - itu terbentuk? Dan bagaimana pula guntur mampu melepaskan sejumlah tenaga yang demikian besar?
Menurut Harun Yahya, selama hujan, guruh dan kilat yang tersusun dari pembentukan cahaya-cahaya terang akibat pelepasan tenaga elektrik di ruang atmosfera, sesungguhnya merupakan sumber tenaga yang menghasilkan elektrik lebih besar dari pada ribuan penjanaan elektrik-di samping sebagai fenomena iklim.
Inilah kehebatan dan keajaiban kilat dan petir:
* Tenaga yang dikeluarkan oleh sekali kilatan petir lebih besar dari pada tenaga yang dihasilkan seluruh penjanaan elektrik di Amerika Syarikat.
* Satu kilatan petir boleh menyalakan 100 watt lampu selama lebih dari tiga bulan.
* Pada titik sentuh petir ke bumi, cuaca menjadi panas hingga 25.000 darjah Celcius. Kelajuan kilatan petir 150.000 km / detik dan rata-rata ketebalannya 2,5-5 cm.
* Petir menghasilkan molekul nitrogen yang diperlukan bagi tumbuh-tumbuhan di Bumi utuk menyokong kehidupanya.
* Setiap petir rata-rata mempunyai 20,000 amper kuasa. Seorang tukang las hanya menggunakan 250-400 amper untuk mengelas baja.
* Petir bergerak pada kelajuan 150,000 km / saat, hampir setengah kelajuan cahaya dan 100,000 kali lebih cepat dari kelajuan suara.
'' Suara yang dilepaskan oleh satu kilatan lebih besar dari pada cahaya 10 juta bola lampu berdaya 100 watt. Jadi, apabila setiap rumah di Istanbul, Turki menyalakan bola lampu, pancaran cahaya dari satu kilatan petir akan lebih besar,'' ungkap Harun Yahya.
Allah menyatakan fenomena kilat yang menakjubkan ini sebagai berikut "... Kilauan kilatnya hampir membutakan pandangan." (Al-Nur: 43)
Bagaimanakah kilat terbentuk?
GUNTUR=KILAT
Menurut Harun Yahya, hawa-yang dipanaskan oleh cahaya matahari-naik membawa molekul-molekul air yang menguap di dalamnya. Ketika udara yang naik ini mencapai ketinggian 2-3 km, hawa tesebut bersentuhan dengan lapisan udara dingin. Saat kenaikan hawa, kristal-kristal ais yang terbentuk di dalam awan melepaskan tenaga elektrik statik yang terbentuk kerana pergesekan. Tenaga elektrik ini mengandungi unsur positif (+) pada lapisan atas awan dan unsur negatif (-) pada lapisan bawahnya. Ketika awan cukup terisi untuk mengionisasi hawa, maka petir terbentuk.
Mengapa bergemuruh?
Menurut Harun Yahya, petir memanaskan udara di sekitarnya hingga 30.000 darjah celcius dalam sepersejuta saat. Udara yang dipanskan meluas, dan menyebarkan gelombang suara yang lebih cepat dari kelajuan bunyi; dengan tekanan 100 kali lebih besar dari tekanan atmosfera normal. Sama halnya dengan pesawat yang melintas dengan kelajuan suara, ini menyebabkan letupan suara (gemuruh) di udara, sehingga dinamakan gemuruh / guntur.
Mengapa cahaya dan suara guruh tidak bersamaan mencapai bumi?
Harun Yahya mengungkapkan, hal ini kerana suara guntur mencapai pendengaran kita dengan kelajuan suara (340 m / saat di udara), sedangkan petir mencapai visual (penglihatan) kita dengan kelajuan cahaya (99, 793 km / saat). Ini menyebabkan perbezaan masa antara dua peristiwa, dan dengan demikian membuat kilatan (petir) mencapai bumi lebih sebelum guntur.
Apa perbezaan antara kilat dan petir?
Ketika perbezaan muatan listrik menjadi lebih besar antara bumi dan awan, udara menjadi lebih mudah ditembus dari bumi ke awan; pelepasan tenaga elektrik bermula melalui saluran penghantar yang dibentuk oleh udara yang ditembus itu. Pelepasan tenaga elektrik dari awan disebut dengan kilat, dan pelepasan tenaga elektrik dari bumi disebut petir atau sambaran balik.
Kebenaran kilat yang dinyatakan dalam Al-Quran
Guruh atau Guntur ternyata terpilih menjadi nama salah satu surah dalam Al-Quran, iaitu surah al-Rad. Allah memberitahu bahawa guntur dibentuk oleh kilat yang bertasbih memuji-Nya: "Dan guruh bertasbih memuji-Nya (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya ..." (al-Rad: 13)
http://detikislam.blogspot.com/2012/04/subhanallah-guruh-dan-kilat-juga.html#
15 April 2012
ADAP SELEPAS BUANG AIR
Adab setelah Buang Air
Oleh: Sheikh Abu Bakr Jabir Al-Jazairy
1. Mendahulukan kaki kanannya ketika keluar dari WC, sesuai yang dilakukan oleh Rasulullah Muhammad salallahu’alaihi wasalam.
2. Mengucapkan doa:
“Ghufraanaka” (Aku mohon ampunan-Mu) (HR Tirmidzi: 7, dan Ahmad: 6/155, Abu Daud: 1/55)
Atau
“Alhamdulillahilladzi adzhaba ‘annil ‘adza wa aafaanii” (Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan rasa sakit dariku dan memberikanku kesehatan,” (HR Ibnu Majah: 1/378).
Atau
“Alhamdulillahilladzi akhsana ilayya fii awwalihi wa aakhirihi,” (Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kebaikan kepadaku pada permulaanyya dan pada akhirnya) (Subulus Salam: 1/378).
Atau
“Alhamdulillahilladzi adzaa qanii ladz dza tahu wa abqa fii quwwatahu wa adzhaba anna adzahu” (Segala puji bagi Allah yang telah memberikanku rasa enak dan menyisakan padaku kekuatan, serta menghilangkan dariku rasa sakit) (Subulus Salam: 1/254). Semua bentuk doa ini ada sumbernya dan baik diamalkan. Wallahu’alam bish shawwab.
WC - merujuk kepada tandas atau bilik air utntuk buang air kecil dan besar.
Tulisan Irfan Nugroho mukminun.com
12 April 2012
ALHAMDULILLAH ! SEMOGA AJK LANTIKAN BARU AKAN BERI KHIDMAT LEBIH BAIK
Alhamdulillah di Masjid As Salam semalam di adakan mesyuarat khas pemilihan AJK dan Pegawai Masjid bagi sessi 2012/2015. Sebelum itu ramai yang agak gusar juga apabila dikhabarkan ada pihak2 tertentu yang akan menyerang hendap untuk mengambil alih pentadbiran masjid. Yang digusarkan ialah pengimarahan masjid yang mungkin terbantut sekiranya kelompok yang mengambil alih nanti bukan dari kalangan orang2 bertaqwa yang cintakan masjid.
Saya dan isteri hadir sebagai pemerhati. Terkejut juga melihat begitu ramai ahli khariah yang hadir. Tempat parking kereta penuh semuanya. Dalam ruang solat masjid tempat berlangsungnya mesyuarat juga penuh. Saya hadir bertepatan dengan pencalonan untuk pemilihan jawatan utama iaitu Nazir Masjid. Alhamdulillah pencalonan yang diketengahkan adalah calon2 yang berwibawa belaka, dan terdiri dari kalangan muka2 regular di Masjid ini.
Setelah pengundian di jalankan maka tiga nama yang mendapat undi tertinggi akan diajukan kepada pihak JAIS/MAIS untuk terpilih memenuhi jawatan Nazir. Calon yang mendapat undi terbanyak ialah Ust Wan yang memang dikenali sebagai tokoh lama di kawasan ini yang mesra, sederhana, dan banyak baktinya kepada masyarakat. Semoga Ust Wan akan di sahkan sebagai Nazir yang dilantik, insyaAllah.
Jawatan Timbalan Nazir di menangi oleh calon tunggal iaitu Ust Hazri, Alhamdulillah. Saya lupa siapa dimanahkan untuk jawatan Setiausaha. Jawatan Bendahari pula disandang oleh Wan Bazli seorang akauntan beratuliah dan ahli masjid dari Perodua, Alhamdulillah. Jawatan Iman-1 disandang oleh Ust Hj Muhammad Firdaus dan Iman-2 pula oleh Ust Hakim. Manakala Bilal-1 oleh bilal tersohor Noor Kamli Hajat dan Bilal-2 oleh orang lama Hj Kamarudin.
Jawatan siak di amanahkan kepada dua siak asal iaitu Mohamed Redzuan dan Mohd Jasri. “Jawatan penggali kubur kekal kepada Abu Jandal secara sebulat suara walaupun tidak dipertandingkan,” kata pengerusi majlis. Pengerusi majlis ialah moderator yang tidak asing lagi iaitu bekas Nazir Ust Abu Bakar yang tidak bertanding kali ini kerana khabarnya tidak lagi bertugas di IKIM tetapi telah berpindah ke MAIS. Beliau telah berjaya mengendalikan perjalanan mesyuarat kali ini dengan lancar dan santai.
Jawatan AJK masjid pula di pilih dari kalangan orang2 muda yang berstamina dan para Ustaz yang berilmu, Alhamdulillah. Wakil Muslimat kekal buat Hjh Siti Dzauyah dan Wakil Pemuda saya tak ingat. Semoga barisan kepimpinan baru ini bisa menggerak perubahan yang lebih mencabar dan membina ke arah pemantapan aktiviti dan peranan masjid di kalangan masyarakat setempat khasnya dan seluruh daerah Hulu Selangor dan negeri Selangor ini amnya. Walaupun prestasi barisan AJK dulu sangat tinggi sehingga dinobatkan sebagai Masjid Ke-2 terbaik di Selangor selepas Masjid Negeri Shah Alam, namun masih banyak lagi ruang untuk penambahbaikan, insyaAllah.
Kita merancang dan Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih Hebat. Saya amat berpuas hati dengan calon2 yang diketengahkan dan terpilih. Harapan saya dan mungkin ramai lagi ahli khariah ialah supaya mereka yang terpilih untuk memegang amanah mentadbir ini dapat memasang niat ikhlas kerana Allah dalam setiap perlakuan.
Sesungguhnya ujian jawatan dan pangkat ini adalah antara ujian yang berat sebenarnya. Ramai yang kecundang di tengah jalan. Bukankah kita selalu melihat ada dikalangan yang digugurkan dari jawatan atau tidak lagi terpilih sebagai AJK dan sebagainya akan menyepi dan manjauhkan diri dari Masjid sedangkan sebelum itu mukanya dapat dilihat setiap masa di Masjid. Maka perbetulkan balik niat. Apakah aku ke Masjid ini kerana jawatan itu? Atau apakah aku ke Masjid ini kerana Allah?
Posted by School Of Tots at 9:44 AM
Admin Assalam berterima kasih dan mengalu-alukan tulisan dan komen tentang aktiviti Masjid AsSalam .
Semoga Allah jua yang dapat membalas.
11 April 2012
ALHAMDULILLAH SEMUA SELAMAT , MESYUARAT BERJALAN LANCAR
Mesyuarat Khas julung kali memilih AJK Masjid baru melubatkan 32 buah surau berjaya dilaksanakan tanpa sebarang insiden dan provokasi.
Teruma kasih pada semua ajk Masjid AsSalam, pegawai-pegawai dari Pejabat Agama Islam Daerah, JAIS , RELA , Polis dan ahli kariah dan jemaah sekitar 32 buah surau yang dibawah pengurusan Masjid Assalam termasuk surau guna jumaat seperti Surau Al-Bayan, Surau Al-Muttaqin, Surau Ar-Raudah , 2 buah surauk solat jumaat di Taman Bunga Raya.
Pemilihan ini berdasarkan ahli kariah yang berdafar dan pemilihan dibuat secara angkat tangan di dalam ruang solat Masjid.
08 April 2012
SEBENARNYA KELUARGA SAYA TAK PERNAH SOLAT DI RUMAH
Pada suatu malam di surau sekolah lebih kurang 8 tahun yang lalu, seorang junior menemuiku selepas selesai solat berjemaah. Lalu dia berkata :
Junior A : Abang, cuba tengok si B (bukan nama sebenar) tu. Solat macam apa entah. Laju je solatnya. Entah sempat baca bacaan dalam setiap rukun itu ataupun tidak.
aku berdiam sambil melihat junior B. Semasa itu, solat jemaah telah selesai, maka pelajar-pelajar yang tidak sempat solat bersama jemaah pertama melakukan jemaah yg seterusnya. Maka, junior B ni telah masbuk dan dapat dilihat pergerakannya dalam solat setelah imam selesai. Aku melihat dengan teliti, memang agak laju solatnya sehinggakan menjadi bualan pelajar-pelajar lain yang juga memerhati.
Aku berfikiran perkara yang sama. Hatiku berbisik,
'Dia ni solat ke tak? rukun-rukunnya cukup ke tidak. Laju betul pergerakannya'
Aku bertekad untuk menegurnya selepas selesai kelas persediaan (prep malam) supaya dia dapat melakukan solat sempurna dan tidak menjadi buah mulut pelajar-pelajar lain, lebih-lebih lagi junior yang lebih muda. Dia pun bukan calang-calang pelajar. Sentiasa membanggakan sekolah dengan kejayaan di setiap pertandingan yang diwakilinya dan menunjukkan keputusan yang cemerlang.
Namun, sayang, jika solatnya tidak sempurna.
_____________________________________________________
Malam itu, sambil aku lalu di kantin untuk ke dewan makan. Ku lihat Junior B ni duduk keseorangan di tangga belakang kantin. Memang tepat pada waktu, lalu aku menyapanya,
aku : Assalamualaikum dik, sihat?
Junior B : waalaikumussalam, sihat bang.
Aku : camne study? ok ke?
Junior B : bleh la, gitu-gitu je.
Aku : Dik, abang nak cakap sesuatu boleh. Just nak nasihat menasihati.
Junior B : Errr, kenapa bang? saya ada buat salah apa-apa ke?
Aku : macammni, tadi kt surau ada junior cakap kat abang yang adik solat laju sangat. So, abg tengok pun memang laju adik solat.
Junior B : Errr...
Aku melihat raut wajahnya berubah. Terkejut mungkin dengan kata-kataku. Mungkin tidak selesa dengan pertanyaanku tadi. Namun, dia kuatkan diri untuk bercakap
Junior B : abg, saya sebenarnya malu dengan rakan-rakan di sini. Sebenarnya, di rumah saya tak pernah solat.
Terkejut aku mendengarnya.
Aku : Nape dik?
Junior B : Saya risau nk bagitau, di rumah, keluarga saya tak pernah solat. Mak ayah saya, adik beradik semua tak pernah solat. Sehinggakan saya nak solat pun segan apabila adik beradik pandang slack je.
Aku terdiam. Aku kenal dan maklum tentang ayahnya, seorang pegawai tinggi dan dikenali masyarakat. Namun, tak sangka ada keluarga Islam yang tidak menitikberat tentang solat.
Aku lihat matanya mula berkaca menandakan kekecewaan dengan apa yang dialami. Hidup tidak berteraskan tauhid Ilahi apabila bersama keluarga.
Aku : Jadi, selama ini adik tidak bersolat apabila balik ke rumah?
Junior B : Ya, apabila saya balik ke asrama baru saya belajar untuk bersolat, bersolat jemaah...... Saya suka untuk solat bang. Tapi..., ramai org yang pandang slack apabila solat saya tidak sesempurna mereka.
Aku mula menyesali tanggapan yang tak berasas terhadap junior ku ini. Selama ini manusia menilai manusia laen tanpa melihat sebab musabab perkara tersebut terjadi. Andainya insan itu nakal atau jauh menyimpang dari agama, pasti dijatuhkan tohmahan dan hukuman, bukan diperbetulkan atau mencari punca permasalahan. Termasuk aku yang tidak sempurna.
Masakan anak remaja yang baru mengenali erti hidup mampu mempamerkan amalan sempurna jika dikelilingi suasana yang jauh dari agama, lagi-lagi keluarga sendiri.
Di saat itu, aku mula sedar, Allah mengurniakan aku ibu & ayah yang mementingkan pegangan agama dan pengamalannya. Namun, tidak semua orang mendapat peluang ini. Nadaku mula berubah kerana kesilapanku menafsirkan perkara yang berlaku,
Aku : dik, cmnilah, adik ambil masa untuk memperbetulkan solat. Jangan malu untuk bertanya abang jika ada perkara yang tidak tahu. Insyaallah, abang akan membantu. Maaf ya kalau pertanyaan abang malam ni menyinggung perasaan.
Junior B : eh, takpe bang. Alhamdulillah abang tanya , baru saya ada kekuatan untuk memberitahu perkara sebenar. Lagipun , saya tak nak abang pandang saya macam orang laen pandang. Saya malu bang, umur begini masih lagi terkapai-kapai dalam solat.
Aku : Belum terlambat untuk belajar dan memperbaiki diri sebelum ajal tiba. Mohon doa pada Allah supaya diberi hidayah dan dipermudahkan adik untuk faham agama. Insyaallah, lepas ni kita muzakarah tentang solat sepertimana Nabi. Percayalah, Allah Maha Penyayang dan Allah menyayangi adik.
Junior B : Terima kasih bang. Lega rasanya abang tahu perkara ini. Harap abang dapat bimbing saya untuk solat dengan betul.
Aku : Insyaallah, Allah akan akan memberikan kefahaman kepada mereka yang berusaha dalam agam. Oklah, abang pergi 'supper' dulu ye. Insyaallah nanti kita boleh muzakarah lagi. Selamat berusaha dan jangan mudah putus asa lebih-lebih lagi dalam menyempurnakan agama. Assalamualaikum.
Junior B : Waalaikumussalam
Kakiku melangkah perlahan ke arah dewan makan sambil memikirkan nasib junior ku ini. Satu perkara yang aku belajar daripadanya hari ini.
Bersangka Baik lah !
05 April 2012
04 April 2012
03 April 2012
SERIUSLAH DAN YAKINLAH KESAN BERI DAN MENJAWAB SALAM, SUBHANALLAH
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
“ Kesejahteraan keatas kamu beserta Rahmat dan Keberkatan daripada Allah ”
وعليكم السلام ورحمة الله و بركاته
“ Dan keatas kamu juga kesejahteraan, Rahmat serta keberkatan daripada Allah ”
Allahuakbar.. Sungguh indah ungkapan salam itu.
Ayatnya tersusun kemas, mudah difahami dan penuh bermakna.
Cuba anda ulang ucapan salam tersebut. Baca semula secara perlahan-lahan serta hayati makna yang terkandung didalamnya.
Bagaimana? Apa yang anda perasan?
Adakah ungkapan itu biasa-biasa saja?
Sudah semestinya tidak..
Perkataan salam seperti di atas sememangnya biasa kita dengar, namun.. sedarlah bahawa pengaruhnya sangat luar biasa.
“Ungkapan salam yang lahir dari hati orang mukmin itu umpama tali yang bakal mengikat hati-hati orang mukmin yang lain untuk berkasih sayang di bawah lembayung rahmatNya yang penuh dengan kesejahteraan dan keberkatan.”
Begitulah..
Bukankah ungkapan itu merupakan salah satu daripada doa ?
Ya.. Itulah doa yang diajarkan dalam Islam kepada penganutnya ketika memulakan bicara atau bertemu antara satu sama lain, tidak kira kenal atau tidak.
Daripada ‘Abdullah Bin ‘Umar (radiyallahu ‘anhu),
bahawa seorang lelaki pernah bertanya kepada
Nabi (sallallahu ‘alaihi wa sallam) ;
“Apakah amalan daripada ajaran Islam yang paling baik?”
Jawab baginda ; “memberi makan makanan serta mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenali dan tidak kamu kenali.” [Riwayat Bukhari & Muslim]
Alhamdulillah.. lihatlah betapa indahnya Islam..
Kita dididik agar selalu mendoakan kesejahteraan orang lain dan mengharapkan agar Rahmat dan keberkatan daripada Allah dilimpahkan ke atas kita semua.
Islam penyebar salam buat sekalian alam !
Ucapan salam umat Islam ada yang bermasalah.
Wahai sahabat-sahabatku..
Bagaimana ungkapan salam anda ?
Adakah anda sudah terbiasa menyebut ;
“Semekom!!!” atau “Mekooom!!” atau “telekom!! Ops, hehee”
Apa maksud perkataan itu ? Tidak ada maksud bukan ?
Lalu mengapa dibiarkan mulut kita mengeluarkan
kata-kata yang sia-sia ?
Sungguh rugi kita. Kita kehilangan pahala memberi salam.
Oleh itu, mari kita berubah sekarang. Jangan bertangguh lagi.
Ringan-ringankanlah bibir kita mengungkapkan perkataan salam dengan betul dan sempurna.
Tukar perkataan yang salah itu dengan perkataan di bawah;
السلام عليكم
“Kesejahteraan keatas kamu”
Atau..
السلام عليكم ورحمة الله
“Kesejahteraan keatas kamu beserta Rahmat daripada Allah”
Atau..
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
“Kesejahteraan keatas kamu beserta Rahmat dan keberkatan daripada Allah”
Pilihlah ikut suka iman anda, bukan ikut suka hati anda. Semua dibolehkan..Lagi panjang, lagi afdol (terbaik). Hehee..
Apa yang paling penting, kita faham apa yang kita sebut.
Tentu anda pernah mendengar burung kakak tua yang pintar menyebut “Assalamu’alaikum” bukan?
Agak-agak burung itu faham atau tidak akan apa yang ia sebut?
Sudah pasti tidak!!
Adakah anda seperti burung kakak tua ? mengucapkan salam tanpa mengerti maknanya?
Sahabat-sahabatku, kita bukan haiwan. kita manusia ! kita diberi akal untuk bertindak mencari keredhaan Allah. Maka, ungkapkanlah salam dalam keadaan kita sedar akan maksudnya yang sebenar agar ia menjadi doa kesejahteraan buat semua.
Mudahnya, jangan beri salam melalui bibir sahaja, tetapi biarlah ungkapan itu terbit daripada hati nurani yang betul-betul mengharapkan kebahagiaan dan Rahmat-Nya.
Tidak susah bukan?
Salam ucapan Syurga.
Ketahuilah bahawa ungkapan salam itu bukan sahaja diajarkan untuk diamalkan di dunia ini, malah bakal menjadi perkataan terbaik dan terindah di dalam Syurga nanti.
Allah sendiri yang maklumkan dalam Al-Quran.
لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْواً وَلَا تَأْثِيماً
إِلَّا قِيلاً سَلَاماً سَلَاماً
Mereka (penghuni syurga) tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa,akan tetapi mereka mendengar ucapan salam.[56:25-26]
لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْواً إِلَّا سَلَاماً وَلَهُمْ رِزْقُهُمْ فِيهَا بُكْرَةً وَعَشِيّاً
Mereka (penghuni syurga) tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezekinya di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang.
[19:62]
سَلَامٌ قَوْلاً مِن رَّبٍّ رَّحِيمٍ
(Kepada penghuni syurga dikatakan): "Salam", sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang.
[36:58]
Sahabat-sahabatku, mari kita biasakan ungkapan salam ini.
Sebarkanlah salam dengan mengharapkan agar Allah redha dan melayakkan kita menyebutnya semula di Syurga nanti.. amin..
Perkenankanlah ya Allah.
~Akhiratkan kehidupanmu untuk Rahmat Allah!!~
Mohamad Aswan Bin Taggiling
FB: AswanMati Pasti
eman24434@ymail.com
mati-pasti.blogspot.com
02 April 2012
10 PESANAN IMAM ABU HANIFAH
1- Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan.
2- Jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah.
3- Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik.
4- Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat berkat.
5- Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam.
6- Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain.
7- Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan.
8- Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan.
9- Bencikan perkara yang hina di sisi orang berilmu.
10- Jangan banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan.
01 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERINGATAN BAGI LELAKI !
Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat
tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit
kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat
tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit
kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."