RAKAN BLOG MASJID

28 November 2011

FOTO DEBARAN HADAPI COBAAN !


Ustaz Wan Mohd Shamsuddin sedang bermesra dan menenangkan bakal-bakal lelaki sejati di bilik perpustakaan Masjid.

Sebahagian dari 65 calon yang akan jalani proses menjadi lelaki sejati yang diwajibkan pada orang Islam mengikut mazhab Shafei.

Sepasang kembar menarik perhatian hadirin di majlis tersebut.

Allah..Mak ...berdebar juga jantung ku.

Kelihatan bagai anak-anak yang berani hadapi segala cobaan.

Hee lamanya nak menunggu.


Ok dah nak mula , 5 orang serentak.

Yang berkeras kenalah doktor dan ibu bapa berkeras skit.

Eh! Ayahnya mana? Mungkin kerja kot?

Ok fuh ! Ayah jampi agar tak sakit.





Umur 4 tahun tapi paling tenang sebelum dan selepas berkhatan.Salah seorang dari 7 orang asal.

Wah ! ada ubat tahan sakit ke?

Menarik dan kreatif juga cara ikat kain selepas bersunat ini oleh anak orang asli atau asal ini.

24 November 2011

Ustaz Wan Muhd Samsudin (Oct. 2011)


Al Kuliah 4 All: Ustaz Wan Samsudin (Oct. 2011)

PASTIKAN ANAK KITA BERAGAMA DAN BERAKHLAK

Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya
Ibu bapa pastinya mengharapkan anak-anak hidup bahagia. ... Memang ada anak-anak yang rezekinya sentiasa cerah. ... Anak yang begini mudah mengatur hidupnya sendiri tanpa banyak menyusahkan ibu bapa. .

Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya." Setiap anak yang dilahirkan itu bersih fitrahnya. Adalah menjadi tugas ibubapa untuk mencorakkan kehidupan anak-anak seterusnya sama ada untuk menjadikannya baik atau sebaliknya. Sabda Nabi saw:

"Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan ibubapalah menjadikan mereka yahudi, nasrani atau majusi.

22 November 2011

KENAPA WANITA ISLAM LEBIH CANTIK DENGAN JILBAB ?

MENGAPA MUSLIMAH LEBIH CANTIK MEMAKAI JILBAB


Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung):
Firman Allah, “Hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dada mereka” [QS An-Nur (24):31].
Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Tarmizi menjelaskan, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”
Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

1.Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab??? sebab...DIA AKAN TUTUP AURAT
2. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab??? sebab... DIA AKAN JAGA MARUAH DIRINYA
3. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab??? sebab... DIA CANTIK
4. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab??? sebab... DIA TAK AKAN TUNJUKAN KECANTIKAN PADA ORANG LAIN
5. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab??? sebab... DIA ANAK SOLEHAH
6. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab??? sebab... DIA PATUH PERINTAH ORANG TUA DAN SAUDARI-SAUDARANYA
7. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab??? sebab... DIA MENGHORMATI ORANG LAIN
8. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab??? sebab... DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI JILBAB ORANG AKAN LIHAT DIA CANTIK DAN ADA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRINYA.
9. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab??? sebab... DIA INGIN JAUH DARI FITNAH
10. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab??? sebab... DIA TAK AKAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN
11. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab??? sebab... DIA AKAN DAPAT PAHALA
12. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab??? sebab... DIA DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT
13. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab??? sebab... SUPAYA DIA DAPAT MENJADI CONTOH PADA PEREMPUAN LAIN
14. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab??? sebab... SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN SAJA YANG SUKA DIA
15. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab??? sebab... DIA DENGAR SERUAN RASULULLAH
16. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab??? sebab... DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI
17. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab??? sebab... RAMBUT PEREMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA.., JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI,KERANA JIKA DITUNJUKKANNYA DIA AKAN TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali mahramnya)
18. Kenapa perempuan itu cantik kalau pakai jilbab??? sebab... RAMBUTNYA TIDAK AKAN DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DAHSYAT DI AKHIRAT KELAK.

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."