RAKAN BLOG MASJID
21 October 2013
ADAB DAN LARANGAN ZIARAH KUBUR
Ziarahlah tanah perkuburan bagi mengingati akan kematian
Sunat memberi salam dan mendahului kaki kanan.
Sunat ambil wuduk, jika ada masjid berdekatan solat sunat tahyatul masjid selepas itu baru ziarah kubur.
Makruh sekiranya ada percampuran lelaki/perempuan bukan mahram, kecuali yang sudah tua hukumnya harus
Sunat baca Quran kemudian tahlil disusuli dengan doa. Duduk hampir dengan kuburnya.
Dilarang tawaf sekeliling kubur atau melakukan kerja syirik.
Lebih mulia ziarah hari Jumaat atau lebaran tetapi tak salah hari lain.
Membersih kubur, jauh dari bercakap hal keduniaan, dilarang merokok atau mengotorkan tanah perkuburan, mematikan telefon bagi mengelak gangguan kepada orang lain
Berpakaian kemas dan menutup aurat
Membantu menjaga tanah perkuburan dan menghormati kemulian tanah perkuburan, dilarang membuang air kecil dan besar kecuali ditempat yang disediakan.
Dilarang membuat kenduri atau makan-makan kecuali minum bagi menghilangkan dahaga.
Dilarang memain alat muzik dan sebarang bunyian
HUKUM SEMBELIHAN PUTUS LEHER
Di atas gambar dari sebuah video yang merakamkan cara sembelihan sengaja memutuskan terus leher binatang ternakan tersebut. Hukumnya makruh (Tertakluk kepada syarat lain telah dipenuhi rujuk butiran di bawah).
Rakaman video di atas adalah Sembelihan yang memutuskan leher dengan cara tidak disengajakan.(sila rujuk butiran di bawah)
HUKUM DAN PERATURAN MENYEMBELIH BINATANG
1.ISTILAH MENYEMBELIH PADA SYARA’
Menyembelih ialah suatu perbuatan yang melukakan bahagian tertentu pada
badan binatang bertujuan untuk mengeluarkan darah daripada badan binatang itu
supaya ia mati, mengikut peraturan dan syarat-syarat yang tertentu.
2.SYARAT-SYARAT ORANG YANG HENDAK MENYEMBELIH
Disyaratkan orang yang hendak menyembelih itu mestilah
1. Orang
Islam atau
2. Ahli
Kitab daripada Yahudi atau Nasrani yang harus orang Islam berkahwin dengan dia.
3.SYARAT-SYARAT BINATANG YANG HENDAK DISEMBELIH
1. Binatang yang hendak disembelih itu
mestilah;
1.1. Binatang yang
masih hidup.
1.2. Binatang yang
halal dimakan.
1.3 Binatang yang dikuasai
atau dalam kawalan dan mudah disembelih seperti kerbau, lembu, kambing dan
sebagainya.
1.4 Binatang liar yang
dapat ditangkap hidup-hidup atau yang tak dapat bergerak kerana tercedera
anggotanya.
( Nota: Binatang ternakan seperti
lembu atau kerbau yang terlepas lari dan menjadi liar hingga sukar untuk di
tangkap, serta sukar untuk disembelih, maka harus jika ia diburu dan jika ia
terbunuh ketika diburu tidak perlu lagi disembelih sama seperti binatang buruan
jua. Tetapi jika dapat ditangkap hidup-hidup dan mudah dikuasai untuk
disembelih, maka disembelih adalah lebih utama).
4.HUKUM BINATANG BURUAN YANG TIDAK
PERLU DISEMBELIH
Binatang liar seperti rusa, kijang,
kancil dan sebagainya atau binatang ternakan yang telah menjadi liar
hingga sukar untuk ditangkap dan sukar untuk disembelih, adalah tergolong
kepada “binatang buruan”, tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-
1. Binatang
yang diburu hendaklah binatang liar yang halal dimakan.
2.
Binatang yang diternak tetapi telah terlepas lari dan menjadi liar yang
sukar untuk ditangkap semula, seperti kerbau atau lembu yang terlepas dan
menjadi liar dan sukar untuk disembelih dengan cara biasa, boleh dikira sebagai
binatang liar yang boleh diburu.
3.
Binatang yang diburu apabila telah dibunuh dengan cara
memanah, atau merejam dengan lembing, atau menikam dengan senjata yang tajam
seperti tombak, pedang, mata pisau, atau alat-alat tajam yng diperbuat daripada
batu, buluh, kayu, kaca, besi, tembaga, emas, perak, timah dan logam-logam lain
yang tajam, (tidak termasuk sesuatu alat daripada kuku, gigi atau tulang; dan
tidak termasuk tembakan daripada peluru senapang, meriam, bom, alat peletup dan
sebagainya), adalah dikira seperti telah disembelih. Maka ia tidak perlu
disembelih lagi.
4.
Binatang liar atau binatang ternakan yang terjatuh ke dalam lubang
atau perigi buta, atau lurah gunung yang sempit, hingga sukar untuk diselamatkan
atau disembelih dengan cara biasa, maka bolehlah dilakukan sepertimana
memburu.. Setelah ia mati, bolehlah diangkat naik ke atas dan tidak perlu
disembelih lagi. Ia adalah halal untuk dimakan dan bermanfaat kerana terhindar
daripada menjadi bangkai.
5.SYARAT ALAT MENYEMBELIH
1. Alat
menyembelih mestilah daripada alat yang tajam yang boleh melukakan seperti
pisau, parang, golok dan sebagainya. Ta’arif alat-alat yang tajam ialah sesuatu
yang tajam (yakni boleh melukakan) yang dibuat daripada daripada kaca, batu,
kayu, buluh, besi, timah, emas, perak, dan logam-logam lain, (tetapi tidak
termasuk sesuatu daripada kuku, gigi dan tulang).
6.SYARAT MENYEMBELIH
1.
Menyembelih ialah dengan cara memotong dan memutuskan halqum dan dua
urat-urat marih pada leher binatang, kedudukan sembelihan ialah diantara bawah
dagu dan pangkal leher binatang itu.
2. Menyembelih itu
mestilah memutuskan halqum dan urat-urat mari pada leher binatang kedudukannya
diantara bawah dagu dan pangkal leher disebelah atas dada. Bagi binatang yang
lehernya panjang tempat sembelihan ialah lebih hampir kepada dagunya.
3.
Senghaja melakukan sembelihan keatas binatang itu.
4.
Binatang yang disembelih itu mati kerana sembelihan itu bukan mati
disebabkan yang lain seperti direndam dalam air, disiram air panas, dihempap
benda berat, dipukul, dipijak dan sebagainya.
7.SUNAT
1. Menajamkan pisau.
2. Bagi
binatang yang panjang tengkoknya seperti, unta, angsa, kasuari, burung unta dan
sebagainya, sunat memutuskan dua urat tengkok dan apa-apa selebihnya.
3. Menghadapkan sembelihannya
ke qiblat.
4. Membaca nama
Allah dan Solawat atas Nabi SAW seperti
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ اَللّهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلى سَيِّدِنَا
مُحَمَّد
atau yang ringkas;
بِسْمِ اللهِ
اَللهُ اَكْـبَر، اَللّهُمَّ صَلِّ عَلى
سَيِّدِنَا مُحَمَّد
8.MAKRUH
Makruh jika yang menyembelih ialah;
1. Kanak-kanak
yang belum mumaiyyiz.
2. Orang
mabuk.
3. Orang
gila.
4. Makruh
menyembelih hingga putus leher binatang (dengan senghaja, kalau tidak
senghaja
tidak
makruh).
9.ADAB-ADAB KETIKA MENYEMBELIH
1. Hendaklah berlaku ihsan terhadap
binatang yang hendak disembelih. Yakni tidak
menganiaya dan berlaku kasar
terhadapnya.
2. Jangan
menajamkan pisau dihadapan binatang sembelihan.
3. Jangan
menyembelih dihadapan binatang-binatang lain yang belum disembelih.
10.BEBERAPA MAKLUMAT PENTING YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG
MENYEMBELIH.
1. Tidak disyaratkan hanya
orang lelakisahaja yang harus menyembelih. Orang perempuan dan kanak-kanak yang
Mumayyiz pun diharuskan menyembelih, yakni boleh menyembelih walaupun ada orang
lelaki.
2. Lelaki dewasa yang
tiada uzur adalah lebih afdhal daripada perempuan dan kanak-kanak.
3. Binatang buruan yang
mati dipanah atau dilembing ketika diburu dikira sudah disembelih, maka
tidak perlu disembelih lagi.
4. Binatang yang sukar
hendak disembelih cara biasa, tidak kira binatang buruan atau ternakan,
contohnya seperti lembu yang terjatuh ke dalam lubang yang sempit harus ia
dimatikan dengan cara berburu. Contohnya: dengan cara menikam mana-mana
bahagian yang boleh mengalirkan darahnya supaya ia mati. Setelah ia
dikeluarkan daripada lubang, ia tidak perlu desembelih lagi kerana ia dikira
sudah disembelih.
5. Binatang
yang mati ditembak tidak halal dimakan, sebab peluru senapang tidak termasuk
dalam istilah alat tajam untuk menyembelih atau untuk memburu. (Nota: Adapun
“peluru tajam yang berbentuk anak panah” yang digunakan dalam senjata “cross
bow” adalah dikiaskan sebagai anak panah jua. Maka ia bukanlah peluru
senapang).
6. Bahagian badan
binatang yang terputus ketika hidupnya dikira bangkai. Maka ia haram
dimakan.
7. Hukum keatas beberapa
ralat, kesilapan dan perkara-perkara berkaitan dengan binatang sembelihan:-
7.1. Sah sembelihan walaupun terlupa membaca nama Allah
(Bismillah…)
dan Solawat (Allahumma solli ‘ala Muhammad) ketika menyembelih,
kerana membaca Basmallah dan Solawat hukumnya sunat, bukan wajib).
dan Solawat (Allahumma solli ‘ala Muhammad) ketika menyembelih,
kerana membaca Basmallah dan Solawat hukumnya sunat, bukan wajib).
7.2. Sah sembelihan walaupun semasa sedang menyembelih, terangkat
pisau sebentar kemudian diteruskan.
pisau sebentar kemudian diteruskan.
7.3. Sah sembelihan, jika, apabila
diangkat pisau didapati urat mari masih
belum putus, hendaklah diteruskan serta merta ditempat yang sama.
belum putus, hendaklah diteruskan serta merta ditempat yang sama.
7.4. Sah sembelihan, walaupun binatang yang disembelih itu mengambil
masa
dua atau tiga hari baru mati.
dua atau tiga hari baru mati.
7.5. Jika lebih pada biasa hingga
melebihi tiga hari tidak juga mati, maka hendakklah
desembelih buat kali yang kedua pada bahagian atas atau pada bahagian bawah
sembelihan yang pertama.
sembelihan yang pertama.
7.6. Sah sembelihan, walaupun yang
tolong memegang binatang adalah
orang bukan Islam.
orang bukan Islam.
7.7. Sah sembelihan, jika terputus
leher binatang sembelihan secara tidak sengaja.
Jika senghaja, hukumnya makruh.
Jika senghaja, hukumnya makruh.
7.8. Haram sembelihan orang kafir
kecuali orang Yahudi atau Nasrani
daripada Ahli Kitab.
daripada Ahli Kitab.
7.9. Tidak sah sembelihan, jika didapati halqum atau urat mari tidak
putus.
7.10.Hukumnya haram memperacepatkan matinya binatang yang disembelih
dengan cara merendam dalam air biasa atau menjirus dengan air panas,
atau menindih dengan benda berat atau memijaknya atau membantingnya
hingga mati dan sebagainya. Jika ia mati dengan cara sedemikian, ia dikira
bangkai dan haram dimakan.

7.11 Haram memakan binatang yang tidak dihalalkan oleh Syarak, walaupun
ianya
disembelih.(Contoh: Singa, harimau,
Anjing, Babi, Serigala, Musang, Kucing, Ular,
Biawak, Burung Helang dan
lain-lain).
7.12.Haram memakan bangkai atau sebahagian anggota binatang yang
terpotong
semasa hidupnya.
7.14.Haram memakan binatang yang disembelih yang tidak mengikut
peraturan atau
syarat-syarat yang dinyatakan di atas.
syarat-syarat yang dinyatakan di atas.
11. Pada badan binatang yang telah disembelih dengan sempurna, terdapat
10 perkra atau bahagian organ-organnya yang haram dimakan, iaitu:-
1. Darahnya.
2. Najis dan kotorannya.
3. Lendir-lendir selain darah dan najis.
4. Bagi yang jantan: zakar, buah zakar dan semua organ-organ
kelaminnya.
5. Bagi yang betina: faraj yang luar, salur faraj dan semua
organ-organ kelaminnya.
6. Duburnya.
7. Pundi-pundi kencingnya.
8. Mempedunya (termasuk sarung dan isinya).
9. Kulit ari yang nipis dibawah kulit.
10. Kulit yang berpenyakit.
Wallahu a’alam bissawab.
Oleh: Khalid Assalabaqie.
(Mohon pembetulan dan penambah-baikan daripada sdr./sdri. sekalian)
16 October 2013
QIBAS DI SEMBELIH DI MASJID ASSALAM BUKIT SENTOSA
Maksud
Hadis
Dari Jabir bin Abdillah, dia berkata: “Aku shalat ‘Idil Ad-ha bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم, selesai dari solat beliau lalu datang dengan dua ekor Qibas, menyembelihnya dengan ucapan : Bismillah, Allahu Akbar, Allahumma haadza ‘anni wa ‘amman lamyudhohhi min ummati (Dengan Nama Allah, Allah Maha Besar, ya Allah ini Qurban dariku dan dari umatku, yang tidak mampu berQurban).” [Hadits Riwayat Imaam Abu Daawud]

Apa itu Qibas?
Qibas adalah spesis bebiri yang memiliki ekor yang gemuk (besar di bahagian pangkal ekor)
Jenis-jenis Qibas yang terdapat di seluruh dunia adalah seperti Damara, Awassi , Karakul dan Ujumqin
Kelebihan Qibas
Boleh dikorbankan pada umur setahun masuk kedua atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun belum cukup setahun tetapi melebihi 6 bulan
Haiwan yang cukup lasak, tahan penyakit dan mudah untuk diuruskan
Daging mengandungi berbagai zat mineral seperti zinc & besi yang mudah diserap oleh badan serta vitamin b12 dan asid amino penting

14 October 2013
HIASI EIDUL ADHA DENGAN TAKBIR !
Hari Raya Aidiladha pula disunatkan bertakbir pada petang hari Arafah atau 9 Zulhijah dan pada hari-hari Tasyriq, iaitu hari 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah.
Demikian juga dengan Hari Raya Haji, kita bertakbir kerana menang dalam melaksanakan ibadat haji. Kalaupun tidak kita sendiri yang mengerjakannya, mungkin ada saudara-mara kita yang menang dalam menunaikan fardu itu atau rukun Islam kelima itu.. Kita menumpang gembira atas kemenangan mereka. Justeru, kita bertakbir Allahu Akbar sebanyak mungkin pada hari-hari tertentu.
Jika takbir menandakan pencapaian kemenangan dalam perjuangan kita, sebaiknya ucapan takbir perlu dibacakan dengan penuh semangat dan dengan suara yang agak tinggi, sesuai dengan kemenangan yang kita capai.
Ada beberapa tempat kita disuruh bertakbir, semuanya menunjukkan kemenangan dan pernyataan semangat. Takbir itu diucapkan dengan nada yang lebih agresif dan berani. Misalnya, ketika menyembelih haiwan korban tatkala pisau mengena leher haiwan bagi menyatakan secara simbolik bahawa sembelihan itu bukan kerana memuja syaitan yang memang sukakan dirinya dipuja dengan darah, tetapi korban kerana Allah Yang Maha Besar dan Maha Agung.

Subscribe to:
Posts (Atom)
PERINGATAN BAGI LELAKI !
Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat
tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit
kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."