RAKAN BLOG MASJID

31 March 2014

JADUAL PENGAJIAN BULAN APRIL 2014 MASJID ASSALAM


PROGRAM SATU HARI MASJID ASSALAM 6 APRIL

Bermula dari Solat Subuh Ahad 6/4/2014 .Jemput semua hadir

INNALILLAH ...IMAM II MASJID ASSALAM KEMALANGAN !

 Kemalangan terdahulu 2013 yang berlaku di lokasi yang sama di Bukit Sentosa 2 di simpang ke Surau Saidina Ali dan berdekatan SMKBS2 dan SKBS Bukit Sentosa 2.
 Kelihatan Kereta merah yang terlibat dipandu seorang remaja dan motorsikal Ustaz Haqeem
Lokasi ini diambil dari atas bukit lorong pendek ke SMKBS2 atau ke Taman Anggerik 4 Bukit Sentosa 2

Innalillahhiwainnailaihirojiun .Dilaporkan sehingga 12 mlm tadi 30/3/2014 melalui Pengerusi Surau Saidina Ali Sdr. Azham /Timbalan Nazir Masjid AsSalam Ustaz Hazri bahawa perkembangan Imam II Masjid Assalam Bukit Sentosa Ustaz Haqimuddin atau panggilan ringkas Ustaz Haqeem di Hospital Sg Buluh di ICU Tingkat 3 masih belum sedar selepas menjalani CT scan dan pembedahan akibat kemalangan semasa perjalanan bertugas ke Masjid AsSalam sebelum Zohor 30/3/2014 semalam.
Mohon ajk Masjid dan surau bersama pembaca FB, jemaah dan ahli kariah melaksanakan bacaan Yasin ,solat hajat dan doa memohon agar Imam II disembuhkan dan diberi ketenangan kepada Isteri dan keluarga beliau supaya tabah menempuh dugaan Allah ini.

20 March 2014

MASYALLAH ! POKOK YANG DITANAM JUGA SEDEKAH !


Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda,

"Jika mana -mana muslim menanam pokok dan dimakan oleh manusia ataupun binatang dia akan diberi ganjaran pahala bersedekah."

Abu Nuwas oleh Ahmedfani.

19 March 2014

MENGENALI USTAZ ZAINUL ASRi

SYEIKH ZAINUL ASRI [Da'ie yang Murabbi]

Siapa Syeikh Zainul Asri ?

Beliau ialah Mudir Pusat Pengajian Darul Hadis, Yayasan Paksi, Kedah. Beliau juga dikenali dengan Pak Long Z.Asri dalam kalangan teman dan rakan. Beliau mendapat pendidika...See More

17 March 2014

DIALOG SEORANG BUDAK DENGAN IMAM ABU HANIPAH!

Di Ceritakan al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan :

" Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti "

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya :
"Wahai Tuan, siapakah nama tuan?"

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :
"Namaku Nu'man "

"Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A'dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?"budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.

al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :

"Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya"

Budak itu lalu menjawab :
"Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga"

Menangis al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut.
Allahu Allah..

Kisah yang diceritakan Syeikh Nazrul Nasir Al Azhari didalam penulisannya..FB Pewaris Nabi

16 March 2014

MISTERI MH370 USTAZ KATA DAH TERSURAT TAPI ADA YANG TERSIRAT!

MISTERI MH370
Nampaknya misteri kehilangan MH370 masih belum terungkai walaupun sudah masuk hari ke 5 kejadian. Pada kuliah maghrib di Masjid as-Salam malam tadi Ustaz ada membincangkan satu hadis peristiwa akhir zaman iaitu hadis ke-23 daripada Hadis 40 Peristiwa Akhir Zaman. 

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (Riwayat Ibnu Majah) 

Keterangan hadis di atas ialah Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi material dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat. 

Kita berada di akhir zaman iaitu zaman hilang moral dan adab2 agama. Pabila Allah turunkan bala maka semua orang akan mendapatnya bukan sekadar orang jahat sahaja. Sudah lama hujan tidak turun, kita di landa kemarau dan jerebu dan kini kita dikejutkan dengan kehilangan penuh misteri pesawat MH370 pula. Perbuatan kita yang penuh maksiat dan dosa mengundang bala Allah.

Namun apakah kita sedar diri akan segala peringatan demi peringatan Allah ini? Tidak, kita terus berlaku zalim dan mengundang murka Allah. Gejala fitnah terus berlaku. Manusia yang tidak bersalah dihumban ke penjara. Perbuatan demi perbuatan yang terus mengundang bala Allah. Selagi kita jauh daripada Allah maka selagi itulah hidup kita terus celaru.

Allah suruh kita dekat dengan Nya. Taqwalah kamu kepada Allah walau dimana kamu berada. Dulu kita sibuk hutan di Sumatera terbakar dan membawa bahana jerebu ke Malaysia. Maka kini hutan kita pula terbakar. Hari ini pada perjalanan saya melalui lebuhraya PLUS ke tempat kerja, saya lihat hutan berdekatan plaza tol Sg Buaya masih terbakar dan mengeluarkan asap tebal. Hutan2 di sekeliling kita terus terbakar setiap hari. Allah turunkan bala ini kepada kita pula.

Saat ini Islam perlu bersatu, kembali kepada Allah. Pabila sudah banyak dosa maka baliklah kepada iman. Jalan nak buat dosa memang banyak namun jalan nak buat baik tak banyak. Tanya diri, kenapa aku dengan Allah terlalu jauh? Siang hari fitnah orang. Malam hari hilang kapalterbang. Ini peringatan Allah. Manusia bangga hebat dengan teknologi canggih namun tidak boleh lawan kuasa Allah. Kita ini paling banyak buat dosa dengan Allah. Lihat sekeliling maka kita akan tengok judi, arak, riba, zina, fitnah, bunuh, rompak, macam2 jenayah berleluasa.

Ini saat akhir zaman bila terlalu nipis iman kita kepada Allah. Sedarlah kita bahawa tugas makhluk ialah tunduk patuh menyembah Allah. Jangan jadi seperti Iblis yang tidak mahu mengikut perintah Allah. Pegang teguh kita dengan tali Allah iaitu al-Qur'an dan ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah. 

Hadis di atas mengingatkan kita pada era akhir zaman akan berlaku kemarau panjang, zaman tandus. Akan timbul kaki2 dusta yang di kata benar. Manakala orang2 benar pula dikata pendusta. Para pengkhianat di suruh pegang amanah. Manakala orang yang amanah pula di kata pengkhianat. Sesungguhnya kamu lalai dan kamu menyimpang. Yang berpeluang bercakap ialah golongan Ruwaibdhah iaitu golongan yang kerdil, hina dan tak faham masalah orang ramai. 

Di akhir zaman akan timbul Dajjal iaitu makhluk perusak yang Allah jadikan untuk sesatkan manusia. Peranan orang beriman ialah kembali ke jalan yang benar. Antara ciri2 orang yang lalai ialah cenderung kepada nafsu, mengetahui yang zahir dalam kehidupan dunia namun yang batin dia tidak peduli. Dan akhir sekali orang yang lalai ini terus menerus ikut jalan yang sesat. Orang yang lalai, natijahnya rugi. Bila kita lalai Allah akan kunci pintu hati, takut2 mati nanti dalam kafir. Sekiranya kamu laku kejahatan maka segeralah lakukan kebaikan. Fitnah besar di tutup dengan cerita sensasi lain. 

Berbalik kepada misteri kehilangan MH370 iaitu pesawat Boeing 777-200 bersama 239 penumpang itu terus menjadi tanda tanya. Maka timbullah pelbagai pendapat, andaian, analisa, lapuran, dan spekulasi. Itu memang normal selagi misteri kehilangannya tidak terungkai. Jika terhempas mana bangkainya? Jika di hijack mana tuntutannya? Jika sudah landing mana lokasinya? Ia mengundang pelbagai tafsiran akal untuk menjelaskan atau mencari jawaban kepada segala tanda tanya itu. Allah kurniakan akal untuk kita sama2 renung dan fikir.

Saya mendapat satu kiriman whatsapp yang bagi saya agak menarik. Mungkin kita kongsikan untuk penialaian bersama. Analisa daripada seorang Juruterbang berpengalaman:
  1. Agak mustahil untuk sebuah kapal terbang terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.
  2. Agak mustahil untuk kita katakan pesawat mengalami total 'electrical shutdown' dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.
  3. Di udara, setiap pesawat akan dapat baca pesawat lain, yang berdekatan.
  4. Setiap laluan yang dilalui oleh mana-mana pesawat, adalah juga laluan yang dilalui oleh pesawat lain. Laluan utama. Jadi mustahil laluan di situ boleh memutuskan bacaan dan komunikasi dengan menara kawalan.
  5. MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi 'maintainance' kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.
  6. Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering "diculik" oleh syarikat penerbangan lain.
  7. Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan, untuk selamatkan pesawatnya, walaupun gunung ada di depan. Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.
  8. Setiap pesawat boleh terkena petir, itu biasa, namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.
  9. Akhir sekali, sebagai penutup, beliau menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang beliau pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.

Pesan Ustaz malam tadi ialah orang ramai dengan kepakaran masing2 punya hak untuk berbincang dan memberi pandangan mereka tersendiri supaya mungkin ada pendapat2 bernas ini bisa membantu kepada permasalahan yang timbul. 

Saya juga ada melihat temuramah TV3 dengan juruterbang Kapten Noruddin yang menyatakan kita sebagai orang beriman kenalah yakin bahawa semua kejadian adalah di bawah pengetahuan Allah, maka katanya in shaa Allah MH370 bisa ditemui iaitu dengan meminta bantuan kepakaran orang2 soleh yang hampir dengan Allah dan juga doa penuh ikhlas waris terdekat para penumpang. Mungkin teknologi terkini sains masih gagal mengesan MH370, maka kembalilah bergantung harap kepada pemilik sains itu iaitu Allah SWT. Kita sekadar hamba yang lemah. Allah yang Maha Berkuasa.

Harapan kita tragedi kehilangan MH370 yang kini sudah menjadi fenomena akan terungkai dalam sedikit masa lagi. Semoga segala persoalan akan terjawab jua. Semoga segala spekulasi akan terpadam. Yang timbul ialah fakta bukan auta. Simpati dan doa kita kepada seluruh penumpang dan crew yang terlibat serta seluruh ahli keluarga mereka. Pray for MH370.http://schooloftots.blogspot.com

13 March 2014

HARUS ADA SEBAB PERMINTAAN ISTISQA' KITA DITOLAK ALLAH!

Mungkin antara sebab doa solat sunat Istisqa' kita ditolak oleh Allah s.w.t spt dinyatakan oleh ulamak sufi seperti berikut :-

10 Sebab Mengapa Doa Tertolak Menurut Ibrahim Adham

1. Kamu mengaku mengenal Allah,tetapi hak-haknya tidak kamu penuhi.Hak Allah ialah disembah. Menyembah Allah bererti mentaati seluruh perintahnya serta meninggalkan segala larangannya

2. Kamu membaca Al-Quran,tetapi isinya kamu tidak amalkan.

3. Kamu mengaku mencintai Rasulullah ,tetapi sunnahnya kamu tidak amalkan.

4. Kamu mengaku syaitan itu musuhmu,tetapi kamu bersahabat dengannya.

5. Kamu berdoa untuk menjauhi azab neraka,tetapi kamu lemparkan dirimu ke dalamnya dengan selalu membuat dosa.

6. Kamu selalu berdoa untuk masuk syurga,tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7. Kamu katakana bahawa kematian itu pasti datang,tetapi kamu tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

8. Kamu sibuk memperkatakan aib saudaramu,tetapi kamu lupa melihat aibmu sendiri.

9. Kamu makan nikmat tuhanmu,tetapi kamu tidak bersyukur kepadanya.

10. Kamu kebumikan orang-orang yang meninggal dunia,tetapi kamu tidak mengambil pengajaran (keinsafan) daripadanya.

05 March 2014

SUSAHNYA MEMAAF PEMFITNAH !

Seorang Pemuda telah memfitnah Abu Nawas. Setelah merasa menyesal dia pergi bertemu Abu Nawas untuk meminta maaf. Abu Nawas menyuruhnya pergi dari situ namun pemuda tersebut enggan beredar sebelum Abu Nawas memaafkan dosanya yg memfitnah Abu Nawas.

Abu Nawas lalu memaafkan pemuda tersebut tetapi dengan dua syarat yang mesti pemuda itu penuhi. Abu Nawas pun memberikan dua syarat kepada pemuda tersebut, syarat yang pertama ialah pemuda itu mestilah mengoyakkan bantal yang akan diberikan kepadanya. Setelah pemuda itu mengoyakkan bantal tersebut, dia kembali kepada Abu Nawas untuk mendengar syarat yang kedua. Utk syarat yg kedua pula, Abu Nawas menyuruh pemuda itu mengutip kembali semua kekabu isi bantal yg telah berterbangan setelah dikoyakkan dan memasukkannya ke dalam sarung bantal sehingga menjadi sebuah bantal sepertimana asalnya.

Ketika ini pemuda itu mengadu yang dia tidak mampu menyempurnakan hajat Abu Nawas. Lalu Abu Nawas memberi pesanan kepada pemuda itu dengan pesanan yang cukup memberi kesan kepada sesiapa yang mendengar.

“Sekiranya kamu telah menfitnah aku dan orang yang telah mendengar berita fitnah kamu ke atas aku terus menyebarkan fitnah dan keburukan aku, apakah kamu mampu mengembalikan maruah aku seperti sediakala ketika sebelum aku difitnah? Nescaya kamu tidak akan mampu melakukan itu semula bukan? Maruah aku juga sama sekali tidak akan kembali seperti asal. Sebagaimana kekabu itu berterbangan, begitu juga fitnah tentang aku akan tersebar dan tidak dapat dibendung walau seribu kali aku memaafkan kamu”.. pemuda tersebut pergi dari tempat tersebut dengan seribu penyesalan.

Dosa memfitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Sanggupkah kita menjadi orang yang muflis di akhirat nanti bilamana semua pahala amalan kita seperti solat, puasa, zikir, ceramah,kuliah serta sedekah kita diberikan kepada orang yang kita fitnah itu? Org yang subahat mempertahankan org yg membuat fitnah dan wala' kpd org yg membuat fitnah tidak terkecuali untuk sama sama menanggung dosa tersebut atas kadar masing masing.

SUNNAH PELIHARA JANGGUT DAN POTONG MISAI


Kelebihan dan rahsia kenapa kita para rijal kena ada janggut..jadi para rijaal semua jgnlah cukur janggut tu
Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.
Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Wallahualam.
kena pakat pegang jaggut ler lepss ni..

02 March 2014

JADUAL MAJLIS ILMU/KULIAH BULAN MAC 2014


SECEBIS KISAH DARI KAHERAH

Suatu hari Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman. 

Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil remaja tersebut.. 

Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir. Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun. Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku. Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini. Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara:

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Gurunya melanjutkan

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja. Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai anakku!

Semoga bermanfa'at... Fi amanillah

PERINGATAN BAGI LELAKI !

Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat

tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,

Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit

kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama

tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."