Alhamdulillah selepas solat Asar tadi Abu Jandal sempat buat pengumuman mohon jemaah yang terdiri dari ajk Masjid AsSalam ,ahli kariah dan makmum yang singgah solat turun ke pekarangan Masjid untuk bantu membuat persediaan Majlis Silaturahim pada 1/9/2013 jam 10pagi.Walau hujan baru reda namun renyai seruan gotong-royong disambut baik dan alhamdulillah dapat diselesai kerja mengalih kemah dan menyusun meja sebelum jam 6.30 petang.
RAKAN BLOG MASJID
31 August 2013
30 August 2013
29 August 2013
MAKANAN YANG BAIK
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Tuhan
jadikan benda baik dan benda buruk. Disuruh kita memilih benda yang
baik utk dijadikan makanan. "Kulu minat Taiyyibat". Taiyibat termasuklah
benda yang boleh tidak memudaratkan jasad dan fikiran kita serta
membantu kita untuk beribadah seterusnya mengenal Allah.
Bermula
benda yang kurang baik untuk dijadikan makanan ialah haiwan laut
(seafood) seperti udang (jalan reverse), sotong (jalan reverse), ketam
(jalan senget) dan kerang (jumud - hanya menunggu makanan datang baru
dijelir lidah). Tabiat jumud dan songsang yg ada pada haiwan tersebut
akan mempengaruhi tabiat kita.
Kemudian, elok
sikit ikan-ikan kecil dilaut (bilis, sardin, kembong, selar, kerisi dll)
walaupun sebenarnya ia bodoh kerana bergerak secara kelompok yg besar
100 - 500 ekor. Jika pihak hadapan salah "memandu" semua yang lain akan
masuk pukat. Berbanding ikan sungai yang lebih cerdik seperti ikan keli,
haruan dll yang bijak mencari makan seorang diri, melindungi diri dari
pemancing dan banyak khasiat jika dimakan.
Kemudian
yang teramat bahlul dari binatang darat adalah ayam karan (ayam daging)
yang disuntik hormon & steroid agar cepat membesar dalam masa 30
hari didalam sangkar yg sempit tanpa bergerak cergas, tanpa keluarga
ayam, tanpa mengawan, tanpa melawan & berjuang mempertahankan
kawasan. Ayam ini kalau jumpa ular sawa, samada buat tak kenal atau
serah diri awal-awal.
Yang cerdik sedikit dari
itu haiwan berkaki empat yang bergerak lambat, nampak malas tapi rajin
jika dipukul punggung, jinak & dipelihara tuan seperti lembu &
kerbau. Walaupun ia tidak secergas haiwan liar dihutan, ia masih di cop
"bodoh seperti lembu". Seladang tidak di cop sebegitu kerana kuat, gagah
dan nampak gah. Kambing cergas sedikit dan banyak khasiat walaupun
hamis bau badan dan tak mandi seumur hidup.
Yang
amat cerdik, istimewa dan menjadi buruan raja-raja pada zaman dahulu
ialah haiwan berkaki 4 yang hidup liar di hutan. Ia bergerak sejauh
lebih 50km setiap kali waktu malam menjelma. Rusa, pelanduk, napoh,
kancil, kambing hutan, sebukit (kambing bukit) dll amat cergas mencari
makan, amat sensitif deria dengar, bau dan firasat. Makin cerdik ia
melarikan diri dari kepungan askar istana, makin ia disukai raja untuk
dijadikan hidangan. Tabiat ini diharap akan mempengaruhi pemikiran raja
untuk menyusun strategi mempertahankan negara dari ancaman musuh.
Yang
lebih cerdik, cergas dan sensitif deria adalah haiwan berkaki dua
seperti burung merpati, burung wak-wak, itik belibis, ayam hutan, burung
punai yang hidup liar di hutan. Haiwan jenis ini sangat luas
pengalamannya kerana ia hidup bebas terbang kemana-mana yang disukai.
Tetapi,
bila difikir dengan mendalam, semua haiwan ini apabila makan, tumpuan
mereka ke bawah berbanding dengan pokok yang makan tetapi pucuknya
sentiasa melihat ke langit (mengenang kebesaran Tuhan). Falsafah pokok
amat tinggi. Kebaikannya banyak. Ia jadi payung ketika panas terik,
tempat bersandar bagi musafir, menghidangkan buah kepada manusia &
haiwan. Bila sampai umur, dahan digugurkan sedikit demi sedikit dan
tidak mencemarkan alam dengan bau bangkai. Pun begitu, jasadnya
digunakan orang utk buat perabut & jambatan. Vegetarian tentu faham
rahsia kehebatan pokok dan tumbuhan.
Apapun, ahli sufi zaman dahulu amat gemar puasa dan berbuka dengan roti kosong dan air.
Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.
Posted by
Ustaz Sufi
28 August 2013
HUKUM SOLAT TAUBAT BERJEMAAH
Soalan;
Bolehkah solat taubat di lakukan berjemaah?
Jawapan;
Terdapat khilaf dalam kalangan ulama dalam masalah melakukan solat tahajjud, dhuha, taubah, hajat, istikharah dan sebagainya secara berjamaah, iaitu solat-solat yang disyariatkan secara bersendirian. Menurut Imam an-Nawawi; asalkan suatu ibadat itu ada disyariatkan walaupun secara bersendirian, harus jika ingin dilakukan secara berjamaah. Antara dalilnya ialah;
1. Hadis Ibnu Abbas RA yang menceritakan; Dia pernah mengikut Nabi SAW mengerjakan solat malam (qiyamullail) di rumah baginda, iaitu berjamaah dengannya (Lihat; Soheh al-Bukhari; 183. Muslim; 763/181).
2. Hadis Anas bin Malik RA yang menceritakan; Aku, seorang budak yatim dan ibuku (Ummu Sulaim) telah mengerjakan solat berjamaah di belakang Nabi SAW di rumah kami. Aku dan budak yatim berdiri di belakang Nabi SAW dan ibuku berdiri di belakang kami) (Soheh al-Bukhari; 727, 871. Muslim; 658/266).
3. Hadis Itban bin Malik RA yang menceritakan; Nabi SAW datang kerumahnya dan berkata; “Di mana tempat di rumahmu yang kamu suka aku solat di situ?". Aku menunjukkan satu tempat. Lalu baginda bertakbir (melakukan solat) dan kami membuat saf di belakangnya (yakni turut berjamaah dengannya). Baginda solat sebanyak dua rakaat. (Soheh al-Bukhari; 424. Muslim; 263/33).
Solat-solat yang dilakukan Nabi SAW dalam hadis di atas ialah solat-solat sunat kerana baginda tidak pernah melakukan solat fardhu melainkan di masjid. Imam an-Nawawi menjelaskan; “Solat-solat selain solat hari raya, solat gerhana, solat istisqa’, solat terawih dan witir selepasnya –seperti solat-solat sunat rawatib, dhuha dan sunat-sunat mutlak- tidak disyariatkan berjamaah, yakni tidak disunatkan berjamaah, namun jika dilakukan secara berjamaah dibolehkan dan tidak dianggap makruh” (al-Majmu’, 4/55).
Sebahagian ulama hanya mengharuskannya jika dilakukan sekali sekali (bukan berterusan), iaitu untuk tujuan belajar atau membiasakan diri sahaja, bukan dengan menjadikannya sebagai kebiasaan, kerana Nabi SAW dan para sahabat tidak pernah menjadikannya sebagai kebiasaan mereka (Tamam al-Minnah, Syeikh ‘Adil bin Yusuf al-‘Azzazi (1/356).
http://ilmudanulamak.blogspot.com/
26 August 2013
JANGAN SAKITKAN ROH P RAMLEE
"Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham disayangi ramai.
"Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti,” katanya.
[Mstar] PETALING JAYA: Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 adalah haram hukumnya di sisi agama Islam.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf.
“Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal.
"Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Pada 21 Ogos lalu sebuah akhbar melaporkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan melakukan pengubahsuaian terhadap pusara P.Ramlee dan Saloma selepas ia roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu.
Mohd Tamyes Abd Wahid
Ketua Pengarah agensi itu, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah dalam laporan berkenaan berkata, kerja-kerja pengubahsuaian tersebut mengambil sedikit masa memandangkan bahan binaan pusara berkenaan diimport dari luar negara yang turut mencecah RM25,000.
Pusara berkenaan terletak di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini.
Dalam pada itu Mohd Tamyes berkata, setiap pusara di tanah wakaf hanya boleh dihias tidak melebihi setengah kaki selain dilarang sama sekali membina makam atau bangunan pusara berbentuk kekal kerana ia mungkin akan diguna semula pada masa akan datang jika tanah sudah penuh.
Tambah beliau, walaupun matlamat pihak yang mahu menghias sebuah pusara itu sebagai ingin mencantikkan tempat berkenaan tetapi biarlah hiasan pusara dapat memberi manfaat seperti menanam pokok-pokok renek yang akan mendoakan si mati agar mengurangkan dosa-dosa kecil mereka semasa di dunia.
"Senang cerita, kewajipan manusia pada jenazah hanya empat iaitu memandikan, mengapankan, sembahyangkan dan mengebumikannya. Ini yang wajib dan menghias bukanlah dalam perkara wajib," tegasnya yang turut menyifatkan kos pembinaan itu adalah satu pembaziran.
Sementara itu, pendakwah dan pembimbing jemaah Haji, Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar pula berkata pihak Finas perlu mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak berkuasa agama Islam sebelum meneruskan perancangan membaik pulih pusara berkenaan.

Tambah beliau, jika pembinaan pusara itu dibuat secara keterlaluan, ditakuti wujudnya unsur-unsur syirik dengan aktiviti pemujaan untuk generasi akan datang sehingga menjadi tempat penyebaran ajaran sesat.
“Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri,” katanya.
Ditanya siapakah yang berdosa jika projek berkenaan diteruskan Mohd Hasnil berkata, pihak yang terlibat membinanya akan menanggung dosa itu dan bukannya si mati.- 27/8/13

25 August 2013
MESYUARAT MASJID ASSALAM DENGAN 27 BUAH SURAU
Mesyuarat dipengerusikan oleh Cikgu Suhaimi sebagai Nazir Masjid AsSalam Bkt Sentosa.
Banyak perkara dibincangkan dan alhamdulillah semua mendapat penjelasan dan cadang diutarakan.
Akhirnya Mesyuarat memfokuskan Program Hari Silaturahim berupa Jamuan Hari Raya Eidulfitri pada hari Ahad 1 September 2013 yang dilaksanakanoleh Pengurusan Masjid bersama ajk surau-surau yang telah dibagaikan kepada 4 zon.
22 August 2013
BILA 'ABU JANDAL' BERSUARA ,SELALUNYA ADA MAKNA !
Aku Rindu Suasana Ini Yang Di Rakam Pada Malam 27 Ramadan Yang Lalu Di Masjid as-Salam |
Masjid Terbuka.
Abu Jandal penggali kubur bersuara tika para jemaah mula
membentuk saf untuk solat asar di Masjid as-Salam pada petang 10 Syawal
itu. Suara Abu Jandal yang parau dan
serak-serak basah itu mengundang perhatian semua orang di dewan solat itu.
Katanya, “Pihak Masjid akan mengadakan majlis Masjid
Terbuka. Tarikhnya ialah pada sepanjang bulan Syawal yang berbaki ini. Semua
muslimin dan muslimat dijemput hadir. Ia berbeza daripada majlis Rumah Terbuka
yang kedapatan pada sepanjang bulan Syawal kerana juadahnya agak berbeza. Tiada
juadah rendang, lemang, ketupat, satay, lontong, soto, beryani gam, atau mee
kari boleh kita temui. Juadah utamanya ialah makanan ruhani. Antara makanan
ruhani yang disediakan ialah iktiqaf Masjid, azan dan iqamah, solat2 fardu
berjemaah, solat2 sunat, pengajian Qur’an, sebaran salam, majlis2 ilmu, zikir,
selawat dan doa. Jemputlah ramai2 ke majlis Masjid Terbuka ini. Makanlah hingga kenyang. Ia bermula
seawal sebelum subuh setiap pagi dan berakhir selepas solat sunat rawatib
selepas Isyak setiap malam. Kehadiran para muslimin dan muslimat sekelian bakal
mengundang rahmat Allah. Semoga kita semua akan memperoleh hidayah, keampunan,
dan redha Allah.”
Saya yang tika itu berada selang beberapa jemaah di kanan
Abu Jandal termenung sejenak. Mulanya rasa agak terganggu dengan penyataan
daripada Abu Jandal tadi, apatah lagi tika para jemaah tengah fokus membentuk
saf untuk mendirikan solat bagi mengadap Yang Esa.
Namun setelah berfikir
sekejap saya rasa ada benar dan asli pelawaan daripada Abu Jandal itu. Dalam
kita duduk sibuk memenuhi undangan Rumah Terbuka di sana sini hingga acap pula
terlepas untuk sama-sama berjemaah solat fardu di Masjid, tidak terfikir
langsung kita yang lemah ini fasal memenuhi undangan Masjid Terbuka.
Terima
kasih Abu Jandal kerana berkata yang hak dengan jemputan terbuka tanpa kad ini.
Ayuh kita raikan kemenangan amal soleh Ramadan yang lalu di Syawal ini dengan
berkunjung ke Masjid Terbuka di seluruh Negara.
20 August 2013
PENTINGNYA MUHASABAH DIRI KITA BILA BERIKTIKAF DI MASJID !
Ramai juga yang berkunjung ke Masjid tetapi gagal mencapai matlamat. Ini kerana nawaitu yang silap. Contohnya Mak Bedah yang agak moody sentiasa dan sangat payah untuk senyum atau memberi salam. Dia yang baru berpisah dengan suaminya mungkin terbawa-bawa masalah peribadinya ke Masjid. Mungkin juga dia menjadikan kunjungannya ke Masjid saban malam sebagai tempat pelarian daripada masalahnya.
Ada juga ahli jemaah yang sangat tidak fokus kepada majlis ilmu yang berlangsung malah acap pula mengganggu konsentrasi orang lain. Ada yang asyik rajin berbual dan membuka cerita dari satu cerita ke satu cerita seolah-olah dia pula yang sedang berceramah. Ada pula yang bercakap dengan nada yang nyaring. Ini sangat mengganggu ahli jemaah lain yang memang nawaitunya untuk menuntut ilmu di sesi kuliah maghrib itu.
Saya juga perhatikan ada kelompok jemaah yang jasadnya berada di majlis ilmu namun fikiran merayau-rayau ke tempat lain. Hasilnya kosong. Apa yang disampaikan oleh Ustaz di hadapan itu cuma berjaya masuk telinga kanan dan terus keluar melalui telinga kiri. Tidak melekat satu apa isi pun daripada penyampaian ilmu yang berlangsung. Apatah lagi tidak ada inisiatif untuk mengambil nota atau membuat rakaman audio.
Ramai juga yang menjadikan sesi majlis ilmu sebagai penawar atau ubat untuk tidur. Umpama dos ubat tidur atau ulikan untuk dia tidur. Memang lelap. Sama seperti masa dia di sesi khutbah jumaat saban minggu walau di masjid mana sekali pun dia berada. Penyakit juga orang macam ini. Yang peliknya kalau depan TV tengok bola atau filem aksi segar pula dia. Satu lagi ialah persoalan adab. Ada yang tidak menjaga adab menjadi tetamu Allah di rumah-Nya dengan duduk berlunjur kaki atau secara yang tidak sopan.
Saya lihat ada juga golongan kaki masjid yang juga tidak mendapat faedah daripada majlis2 ilmu yang dilangsungkan. Ada yang lebih suka duduk di anjung masjid sambil relax atau baring2. Ada yang lebih minat berbual-bual kosong hal bursa saham atau hal2 dunia yang lain. Ada yang tekun baca akhbar di kaki lima masjid di kala Ustaz rancak berceramah.
Ada juga yang sambil bersandar ke dinding dengan jari jemarinya rancak bermain atau menggentel buah tasbih. Sedang sibuk berzikir agaknya. Tidak sedarkah dia bahawa sejenak berada dalam majlis ilmu sangat afdal hingga lebih baik daripada mendirikan 1,000 rakaat solat2 sunat. Sepatutnya dia duduk dalam majlis ilmu dan fokus kepada pengajian dan ilmu yang disampaikan oleh para penceramah jemputan saban malam itu.
Ini termasuklah juga kelompok yang berjawatan seperti para AJK Masjid, Pak Bilal, Pak Imam atau Tok Siak. Ada yang berjawatan ini bila tiba masa kuliah maghrib maka dia terus menyelinap keluar atau sibuk buat tugasan lain yang memang sangat bawah prioritinya. Sangatlah rugi dia. Seolah-olahnya dia hanya terpaksa berada di masjid itu demi tugasan. Ada di kalangan petugas ini pula jika bukan giliran dia bertugas maka batang hidung pun tidak nampak. Seolahnya dia datang bersolat berjemaah di masjid itu bila kebetulan masa dia dijadualkan bertugas, bila bukan giliran dia bertugas maka tidak perlu datang ke masjid?
Saya perhatikan ada juga beberapa orang yang menyibukkan dirinya dengan urusan lain dan hanya bergegas masuk saf di hujung2 solat iaitu dengan keadaan masbuk. Dia tidak bersungguh-sungguh mengejar solat secara berjemaah dengan kesempurnaan yang maksima apatah lagi mengejar saf yang pertama. Kesian dia dan ianya sudah bertukar menjadi tabiat yang sebati. Tambahan lagi tiada yang menegur kekurangannya itu kerana segan atau takut jatuh air mukanya. Begitu juga bila majlis ilmu berlangsung dia akan sibukkan dirinya dengan perkara2 lain termasuklah membuat lawak2 bodoh atau berbual kosong tanpa ada nilaian di sisi Allah walau secubit.
Ibarat seorang pustakawan yang bertugas di perpustakaan yang dirinya dikelilingi khazanah buku dan gedung ilmu. Namun dia tidak berminat membaca buku dan mencari ilmu maka dia kekal jahil walaupun suasana ilmu memang ada di sekelilingnya. Begitulah juga terjadi kepada sebahagian para jemaah masjid yang walaupun regular dan rajin mengunjungi masjid malah sudah dilabel sebagai ahli masjid tapi dia tidak merasakan kelazatan atau kemanisan menuntut ilmu di kuliah2 yang diadakan saban malam hinggakan dia tidak dapat walau sedikit ilmu pun.
Sebagai konklusi kita renung balik apakah kita ini ada tergolong daripada kelompok yang rugi itu? Kita mula langkah baru untuk memperbaiki segala kekurangan dan memperbetulkan segala kesilapan demi untuk mengimarahkan rumah Allah dengan cara yang betul dan benar. Agar diakhirnya kita mendapat manfaatnya dan boleh menjadi manusia yang berilmu yang bukan sekadar beramal tanpa ilmu. Dan akhirnya kita sampaikan balik ilmu yang kita dapat itu kepada orang lain. Ilmu yang dapat disebar luaskan dengan usha dakwah masing2 yang tersendiri yang In Sha Allah bakal menyumbang kepada dana Akhirat.
19 August 2013
DOA SENJATA HEBAT !
Ingatlah doa lebih hebat dari sistem e-mel, sms atau
fb atau twitter terutama kepada ALLAH .Walau jauh beribu kilometer namun
doa boleh dimakbulkan Allah dan doa boleh dihantar kepada sesiapa orang
Islam samada kita kenal atau tidak.Janganlah mempersenda atau
memperlekeh orang berdoa atau bersolat walau solat sunat.
Bissmillahirrahmanirrahim...
Secara umumnya doa adalah kekuatan yang mendorong. Justeru itu, ia mesti difahami. Doa juga boleh dianggap perisai pertahanan daripada rasa kekecewaan. Sayangnya ramai diantara kita yang berdoa tapi tidak memahami yang didoakan. Doa juga dapat menyalakan semangat. Ketika kita lemah kita berdoa memohon kepada Allah supaya kita dapat bangkit kembali. Oleh itu berdoalah dan fahamilah apa yang kita doakan itu.
Ketika berdoa kita menceritakan kelemahan diri kita. Kita mengakui akan hukum sebab-musababnya. Kelebihan doa adalah hubungan terus dengan Allah tanpa ada orang tengah. Hubungan inilah merupakan hubungan secara langsung yang membolehkan kita mencurahkan apa sahaja perasaan bagi membuang segala keserabutan di dalam diri kita.
Doa yang benar-benar difahami akan merubah hidup sesorang menjadi lebih berazam, cergas dan lebih jujur. Jadi, doa bukan sekadar kata-kata tetapi interaksi yang boleh merawat diri kerana ia lebih merupakan gambaran perasaan dan jiwa.
Oleh itu, berdoalah dengan bahasa apa sekali pun yang kita fahami kerana Allah itu memahami segala bahasa.
Semoga, dengan keikhlasan serta kesungguhan yang telah kita titipkan di dalam sembahan doa-doa kita itu termakbullah segala harapan atau Allah lah yang Maha mengetahui kesesuaian apa yang diperlukan oleh hamba-Nya. Justeru, jika harapan tidak seperti yang didoakan, mengertilah bahawa Allah sedang merancang atau telah menciptakan sesuatu hal yang lebih baik daripada apa yang kita harapkan. Insya Allah. Ameen..Wallahu'alam...
KISAH NABI IBRAHIM .A.S. DENGAN MENANTU NYA
KISAH NABI IBRAHIM A.S. DENGAN MENANTUNYA
SATU HARI, NABI IBRAHIM A.S DATANG ke rumah anaknya Nabi Ismail a.s... Ketika itu, Nabi Ismail tidak ada di rumah... Yang ada hanyalah isteri Nabi Ismail.... Baginda bertanya kepada perempuan itu tentang Nabi Ismail... Perempuan itu memberitahu bahawa Nabi Ismail keluar memburu... Apabila ditanya tentang suasana kehidupan mereka, maka perempuan itu menjawab : " KAMI HIDUP SUSAH DAN KESEMPITAN".... Nabi Ibrahim bertanya lagi : " Adakah kamu mempunyai tetamu? Adakah kamu mempunyai bekalan makanan dan minuman?"... Jawab perempuan tadi : "Kami tidak mempunyai tetamu, dan kami juga tidak mempunyai bekalan makanan dan minuman".... Setelah duduk sekian lama, Nabi Ibrahim yang tidak memperkenalkan dirinya siapa kepada isteri anaknya itu, berasa kurang senang dengan sikap dan perilaku isteri anaknya itu... Lalu baginda meminta diri dan berpesan, "KHABARKAN KEPADA SUAMIMU BAHAWA ADA SEORANG TUA DATANG, rupanya begini dan begini, dan khabarkan kepada suamimu bahawa ORANG TUA TERSEBUT TIDAK MENYUKAI ALANG PINTU RUMAH INI... MINTA DITUKAR SEGERA.".....
Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya pun menceritakan tentang perihal "orang tua" tersebut dan menyampaikan pesannya.... Nabi Ismail lantas bersuara, "ITU ADALAH AYAHKU NABI IBRAHIM, dan ternyata DIA TIDAK SENANG DENGAN PERILAKU KAMU.... Maka kamu aku ceraikan pada saat ini juga."...
Tidak lama kemudian, Nabi Ismail berkahwin lain, dan sekali lagi Nabi Ibrahim datang berziarah.... ketika Nabi Ismail juga tiada di rumah, dan hanya tinggal isterinya sahaja.... Kemudian baginda bertanya mengenai kehidupan mereka berdua, lalu perempuan itu menjawab : "KAMI BERADA DALAM KEADAAN BAIK DAN BAHAGIA"... SAMBIL ITU DIA MEMUJI-MUJI ALLAH... Setelah duduk sekian lama, Nabi Ibrahim yang juga kali ini tidak memperkenalkan dirinya, meminta diri, lalu berkata, "SAMPAIKAN SALAMKU PADA SUAMIMU, dan khabarkanlah padanya seorang tua yang begini dan begini telah datang melawatnya.... Dan khabarkan padanya bahawa ALANG PINTU RUMAHNYA INI SEDANG ELOK SAHAJA DAN TIDAK PERLU DITUKAR."....
Apabila Nabi Ismail yang pulang kemudiannya diberitakan tentang pesanan itu oleh isterinya, Nabi Ismail pun berkata, "ITU ADALAH AYAHKU NABI IBRAHIM, dan ternyata dia amat menyenangi kamu.... MAKA BERBAHAGIALAH WAHAI ISTERIKU."....
18 August 2013
SURAU NURUL IMAN ,BUKIT MANCUNG
Surau Nurul Iman adalah satu-satunya surau di perkampungan orang asal Bukit Mancung di Bukit Beruntung , Rawang, Selangor.Surau ini adalah antara 35 buah surau di bawah naungan Masjid AsSalam Bukit Sentosa. Ustaz Yusuf Abdullah amat lama berjasa menjaga dan memberi ilmu agama Islam sejak sekian lama.
Banyak NGO selain surau di bawah Masjid AsSlam Bkt Sentosa terutama IKRAM sentiasa turun padang melihat, memantau dan membuat program terutama bantuan kepada penduduk beragama Islam di Bukit Mancung.
Alhamdulillah , Pengurusan Masjid AsSalam Bukit Sentosa berterusan memantau Surau Nurul Iman dan menghantar wakil melalui giliran 35 buah surau yang ada .
Kelihatan Sdr Romzi dari IKRAM adalah mantan ajk Masjid AsSalam Bukit Sentosa yang aktif membuat kerja amal tanpa mengira masa dan tempat.

Labels:
ihsan foto 2012 dari ahli IKRAM
16 August 2013
SURAU AL-FAAIZEEN SURAU PRIMA BERUNTUNG
Alhamdulillah
Surau Al-Faaizeen Prima Beruntung telah beroperasi sejak 13 Mac 2013 untuk
kegunaan ahli khariah khasnya dan seluruh umat Islam yang singgah ke situ.Karpet telah selesai di pasang dengan indahnya sebulan.Pagar
sekeliling juga sudah siap sepenuhnya. Lanskap sudah siap
dengan rumput di tanam dan tumbuh subur. Pokok2 buahan juga di
tanam di sekeliling dengan harapan akan membesar walaupun
dalam keadaan cuaca panas sperti sekarang ini.
Peralatan PA system dan kipas dinding dan kipas berdiri juga sudah mencukupi dan berfungsi dengan baik. Jam jadual solat juga tersergam di dinding depan .
Nazir dan Ajk pengurusan mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang dana bagi pembinaan surau Al-Faaizeen itu. Semoga infaq muslimin dan muslimat sekelian diterima Allah.
Alhamdulillah syiar Islam dalam bentuk azan berkumadang sebanyak lima kali sehari semalam menyeru sekelian manusia untuk mendirikan tuntutan solat fardu. Bilal setia menjalankan tugas tanpa jemu. Purata bilangan jemaah untuk solat maghrib dan isyak ialah dalam lingkungan 40 orang manakala untuk solat subuh sekitar 15 orang. Solat zohor dan asar pula purata jemaah ialah 8 orang. Alhamdulillah, semoga bilangan para jemaah akan terus meningkat pada hari2 mendatang ini.
Bacaan hadis daripada kitab Fadhail Amal dan Muntakab Hadis menjadi rutin harian pada setiap selepas solat maghrib dan subuh. Kuliah maghrib mingguan di adakan pada setiap khamis malam dan ahad malam. Kuliah pada selasa malam pula di adakan dua kali sebulan. Manakala kuliah Rabu malam pula di adakan sebulan sekali. Semua ahli khariah khasnya dan seluruh muslimin dan muslimat di jemput hadir. Semoga surau Al-Faaizeen akan terus imarah dengan pelbagai aktiviti ilmu. Kita semua dambakan barokah dan rahmat Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERINGATAN BAGI LELAKI !
Mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995
"Mana-mana lelaki yang baligh yang tidak menunaikan Sembahyang Jumaat
tanpa apa-apa keuzuran syarie yang boleh didakwa dibawah Seksyen 20,
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, sekiranya disabit
kesalahan boleh di denda tidak lebih RM1,000 ATAU dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam (6) bulan ATAU kedua-duanya sekali."